Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 30 Disember 2011

Yahoo ! senaraikan Dr Hasan Ali antara tokoh politik terhangat 2011

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Cara dan tindakan Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali diiktiraf oleh portal berita antarabangsa, Yahoo! sebagai antara tokoh paling panas bagi tahun 2011.

Dalam 10 tangga teratas, beliau menduduki tangga ke 6 dan merupakan dua individu, bersama bekas perdana menteri Itali Silvio Berlusconi, yang dinamakan sebagai berita politik terhangat 2011, manakala lapan yang lain ialah insiden, peristiwa kontroversi ataupun janji-janji pemimpin.

Dalam huraiannya, Yahoo! Malaysia menyifatkan Hasan (gambar) sebagai seorang yang boleh menulis manual atau cara untuk “membuat musuh dan menyakitkan hati orang”.

“Ini adalah orang yang menyakitkan hati banyak pihak, dan beliau layak menduduki tempat ini berdasarkan tindak-tanduknya sendiri,” tambah laporan itu.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu turut disebut sebagai individu yang sering menjadi berita muka depan akhbar pada 2011, terutamanya dalam isu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor ke gereja Methodist Damansara Utama dan penggunaan kuasa solar talking-Bible untuk memurtadkan orang Islam.

“Beliau mengakhiri tahun 2011 dengan bergaduh dengan pemimpin PAS kerana ingin mewujudkan kembali isu perpaduan antara PAS dan Umno, dan memastikan bahawa beliau memasuki tahun baru ini tanpa dilupakan orang awam,” tambah laporan itu lagi.

Dalam carta Yahoo!, isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan menduduki tangga ke 10, diikuti dengan video seks merupai Datuk Seri Anwar Ibrahim di tangga ke 9.

Mengenai skandal video tersebut, Yahoo! berkata walaupun para penyokong Anwar menyatakan bahawa isu tersebut tidak merosakkan nama baik ketua umumnya, namun persoalan yang lebih besar perlu dijawab ialah adalah isu tersebut telah mengoyahkan keyakinan dan kepercayaan kepada para pengikut yang dekat dengan Anwar yang diibaratkan sebagai “God-sent leader”.

Tangga ke 8 pula diduduki oleh peristiwa Amerika Syarikat berundur daripada Iraq, diikuti kematian Kim Jong-iI di tangga ke 7, Perhimpunan Agong Umno di tangga ke 5 dan diikuti skandal seks Silvio Berlusconi di tangga ke 4.

Tiga tangga teratas pula diduduki janji reformasi Datuk Seri Najib Razak di tangga ke 3, penahanan enam aktivis PSM di bawah ordinan darurat di tangga ke 2, dan kebangkitan Arab menduduki tempat pertama.

Mengenai janji-janji Najib, Yahoo! melaporkan bahawa perhimpunan Bersih 2.0 telah meninggal kesan yang mendalam kepada kerajaan pimpinan Najib yang telah bertindak keras terhadap perhimpunan tersebut, walaupun Barisan Nasional enggan mengakui sepenuhnya.

“Buktinya ialah pengumuman Najib pada Hari Malaysia, di mana beliau mengumumkan beberapa reformasi termasuklah pemansuhan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa deklarasi darurat.

“Namun begitu, ia masih tidak cukup untuk para pengkritiknya, yang mendakwa perdana menteri hanya melakukan usaha yang minimal yang gagal menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi negara,” kata laporan tersebut.TMI

11 Orang Ditahan Kerana Edar Risalah Bebaskan Anwar 901

KELANTAN: Jumlah tangkapan terhadap kempen Bebaskan Anwar 901 hari ini meningkat kepada 11 orang, kebanyakan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), kata Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani.

Beliau berkata, tangkapan itu termasuk Ketua AMK Kelantan kini yang kini ditahan di balai polis Kuala Krai bersama tiga ahli lain manakala tujuh lagi dilokap di balai Tanah Merah.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Amran yang kini berada di balai polis Tanah Merah, berkata penahanan itu dibuat kerana mereka mengedar risalah bertema ‘Bebaskan Anwar 901′.

“Polis memaklumkan, risalah bertemakan ‘Bebaskan Anwar 901′ tidak boleh diedar kerana ia bertentangan dengan Akta Mesin Cetak.

Beberapa minit lalu, Keadilan Daily sempat menghubungi Ketua AMK Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman yang memaklumkan penangkapan ahli parti sekitar 3.45 petang tadi. Laporannya di sini.Keadilandaily

Ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ didakwa menipu pengerusi NFC

Datuk Shamsubahrin Ismail keluar dari mahkamah sambil melambaikan tangan kepada media. — Foto oleh Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk” yang cuba memberi rasuah kepada pegawai kanan CCID semasa siasatan skandal Pusat Fidlot nasional (NFC) hari ini didakwa atas tuduhan menipu di Mahkamah Tinggi di sini.

Datuk Shamsubahrain Ismail dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran rundingan untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat.Shamsubahrin didakwa dengan dua tuduhan menipu di bawah seksyen 420 Kanun Jenayah.

Beliau dikatakan melakukan kedua-dua kesalahan itu pada 20 November di sebuah restoran di Bukit Tunku dan antara 25 November dan 6 Disember di Solaris Mont Kiara, juga di Kuala Lumpur.Jika sabit kesalahan Shamsubahrain boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Beliau mengaku tidak bersalah di atas kedua-dua pertuduhan itu.Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan ikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Shamsubahrain menyerahkan passportnya.Kes ini akan disebut semula pada 21 Januari.Shamsubahrain sebelum ini ditahan reman oleh polis kerana dikatakan cuba memberi rasuah kepada tiga hingga empat pegawai kanan CCID yang menyiasat skandal NFCorp.

Polis menyiasat NFCorp atas kesalahan pecah amanah berikutan dakwaan PKR bahawa syarikat itu menyalahgunakan dana jutaan ringgit yang diberikan kepada NFC.Shamsubahrain, yang memiliki syarikat khidmat perunding dan syarikat teksi premium kemudiannya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Prof Dr Aziz Bari Sedia Bertanding Atas Tiket Pakatan Rakyat Pada PRU 13

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Pakar perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon berpotensi pada pilihan raya umum akan datang untuk Pakatan Rakyat, mengatakan beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Pensyarah akademik yang lantang ini berkata beliau “tidak ghairah” tentang menjadi anggota parti sambil menambah sistem dua parti yang berkesan membenarkan reformasi dan pentadbiran yang bagus.

“Maksud saya, seperti mengambil bahagian dalam pemilihan parti, saya hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan saya sesuai untuk menjadi calon mereka,” katanya kepada The Malaysian Insider melalui kiriman emel.

Beliau mengesahkan menerima tawaran “tidak rasmi” dari semua parti pembangkang iaitu PAS, PKR dan DAP namun berkata “masih terlalu awal untuk membuat keputusan” parti mana yang akan ditandinginya.

Abdul Aziz (gambar) menambah beliau tidak memilih tentang bertanding di bawah mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat memandangkan “semua parti komited untuk melaksanakan dasar dengan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan ia pentung bagi mewujudkan sistem dua parti.”

Namun bekas pensyarat Universiti Islam Antarabangsa ini berkata keputusannya adalah untuk terlibat dalam politik dan berminat menyertai pilihan raya dan bukan sebagai anggota parti yang disifatkan tidak mempunyai “stamina” melakukannya.

“Ini adalah perkara yang dihalang untuk dilaksanakannya. Menyertai politik bukan bermakna terlibat dalam politik parti.

“Apa pun dalam politik, seperti kerjaya dalam akademik atau NGO, ia hanya platfom untuk perubahan. Tidak kisah apa pun saya terlalui tua untuk menjadikan politik sebagai kerjaya. Jika saya berumur 40 tahun ia berbeza tapi saya akan mencecah 53 tahun,” tambahnya.

Abdul Aziz terlebih dahulu digantung tugas dari UIA kerana mengkritik campur tangan Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam negeri itu ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau dilaporkan memperhatikan kerusi Parlimen Sabak Bernam yang dipegang Abdul Rahman Bakri, yang dijangka akan dibicarakan pada Jun kerana didakwa membuat sembulan tuntutan palsu.

Pensyarah kontroversi ini berdepan dengan siasatan dalaman oleh UIA kerana mengkritik Sultan Selangor.

Selain itu Abdul Aziz juga disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.TMI

Video : Panas !!! Kata Dua 14 Cawangan UMNO Kepada BN




Encik Arif Bin Buang, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Labuan meluahkan rasa hatinya dan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Suhaili, mantan Ketua Bahagian UMNO Labuan.

Beliau memberikan kata dua kepada Barisan Nasional agar mengembalikan ketua mereka ke jawatan asal atau 14 cawangan Umno Labuan akan dibubarkan.

Umno ugut Umno wakakakaka,ada berani ke TV3 suku siarkan berita masaalah dalaman Umno cam ni...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....