Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 4 Oktober 2010

Tok Guru Gilo : Umno Besut Diberi Tempoh 24 Jam

BESUT - Tempoh 24 jam diberikan kepada Umno Bahagian Besut untuk memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah di sumpah seranah dan di gelar oleh penceramah jemputan Umno, sebagai Tok Guru ‘Gilo’ (Gila).

PAS Kawasan Besut dalam kenyataan media hari ini menegaskan, tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas penganjur ceramah tersebut.

"Jika Umno Bahagian Besut gagal berbuat demikian sehingga jam 12 tengahari 5 Oktober 2010, PAS Kawasan Besut tidak akan teragak-agak mendapatkan nasihat guaman bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak terbabit,"jelas Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad dalam kenyataan yang diedarkan, Isnin, 4 SeptemberImbang Penuh.

Menurutnya, PAS Besut telah meneliti laporan kandungan ucapan yang dibuat oleh penceramah jemputan, Haji Abdullah Sa’amah itu dianggap biadap.

Katanya, kandungan ucapan tersebut berunsur maki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan MB Kelantan dengan kalimah yang biadap serta prejudis.

“Kami (PAS) telah mengambilkira dan meneliti laporan kandungan ucapan yang dibuat oleh penceramah jemputan, Haji Abdullah Sa’amah yang memaki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan Menteri Besar Kelantan itu dengan kalimah yang amat biadap dan penuh prejudis.

“Beliau (Abdullah Sa’amah) menggelarkan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Tok Guru ‘Gilo’ (Gila) dan diulang berkali-kali,” tegasnya

Menurut Ustaz Wan Azhar situasi tersebut tidak mungkin berlaku sekiranya penganjur program tidak mewarnai emosi serta pemikiran penceramah ke arah suatu bentuk ketegangan kepada isu keagamaan dan perkauman.

Oleh itu, PAS Kawasan Besut juga akan menghantar nota bantahan kepada pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPN) kerana membenarkan premis sekolah digunakan oleh parti politik.

Adun Bebas Perak Sertai PPP


IPOH, 4 Okt — Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Malim Nawar, Keshvinder Singh(gambar) yang sebelum ini keluar daripada DAP untuk menjadi wakil Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN), hari ini mengumumkan beliau akan menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP).

Katanya, beliau memutuskan untuk menyertai parti komponen BN itu selepas dipelawa oleh Naib Presiden PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff.

Permohonan akan dikemukakan selepas Presiden PPP Datuk M. Kayveas balik dari luar negara tidak lama lagi, katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Bina Upaya (YBU) dan Institut Darul Ridzuan di sini.Keshvinder mengisytiharkan keluar daripada DAP pada 15 Jun lepas.

“Setelah mengambil kira PPP adalah sebuah parti yang dianggotai pelbagai kaum dan sesuai dengan jiwa saya maka saya menerima pelawaan itu,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika ditemui pada majlis sama, menyifatkan hasrat Keshvinder itu sebagai keputusan yang bijak.

Beliau berkata BN sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka untuk menerima sesiapa saja untuk menyertainya asalkan mereka bersedia menerima perjuangan BN. — Bernama

Marahkan Tsu Koon Keng Yaik Letak Jawatan Penasihat Gerakan

KUALA LUMPUR: Dr Lim Keng Yaik hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai penasihat Gerakan, berkata beliau kecewa dengan krisis pucuk pimpinan parti di Pulau Pinang dan cara Dr Koh Tsu Koon menangganinya.

"Hati saya berdarah," kata bekas presiden parti itu kepada para pemberita yang membuat liputan Majlis Konvokesyen Open University di sini hari ini.

Gerakan akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) Ahad ini untuk membuat usul undi tidak percaya terhadap Ketua Gerakan Pulau Pinang, Dr Teng Hock Nan.

Presiden Dr Koh berkata, beliau telah memaklumkan bahawa beliau tidak akan hadir EGM sambil melepaskan tugas mempengerusikan mesyuarat itu kepada timbalannya Chang Ko Youn.

Dr Lim menyelar Dr Koh, orang yang dipilihnya sendiri, kerana memilih untuk menghadiri mesyuarat agung MCA, juga dijadualkan Ahad ini.

Beliau berkata, presiden parti tidak bertanggungjawab.

Para pemimpin Gerakan tidak dapat dihubungi. Sumber-sumber berkata, mereka sedang sibuk di ibu pejabat di Cheras dengan mesyuarat tergempar.

Chin Fook Weng, speaker persidangan perwakilan Gerakan kebangsaan memberitahu FMT bahawa keputusan supaya Chang mempengerusikan EGM itu dibuat oleh mesyuarat jawatankuasa kerja pusat (CWC) yang dipengerusikan oleh Dr Koh.

Chang, yang mengetuai Gerakan Perak, akan dibantu oleh Ketua Gerakan Kedah Dr Cheah Soon Hai.

CWC juga memutuskan Teng tidak perlu melepaskan jawatannya sebagai Pegerusi Gerakan Pulau Pinang jika undi tidak percaya gagal mendapat majoriti dua pertiga.

Pada persidangan perwakilan tahunan Gerakan 26 September lalu, Teng mengisytiharkan bahawa beliau akan meletak jawatan jika undi tidak percaya mendapat sokongan dua pertiga.FMT

Video : Aktiviti Tok Guru Nik Aziz Selepas Solat Subuh




Selepas menunaikan solat subuh secara berjemaah, jemaah akan berzikir dan kemudian diteruskan dengan kuliah subuh. Selepas kuliah subuh, orang ramai akan membawa anak(bayi yang hendak dicukurkan kepala) masing-masing mengelilingi tuan guru nik aziz.
Masjid Pulau Melaka ini biasanya sentiasa penuh sampai ke pintu masuk. Tidak kira jauh atau dekat pasti seluruh rakyat kelantan bahkan dari negeri-negeri lain seperti Kedah, Terengganu dan lain-lain datang untuk solat berjemaah bersama-sama. Selepas itu, pada pukul 10.00pagi, diadakan pula majlis ilmu di bandaraya islam kota bharu iaitu diperkarangan dewan bangunan jaffar rawas. Sesungguhnya, hari jumaat di Kelantan sentiasa dipenuhi dengan majlis ilmu...

Pemilihan PKR : Azmin Serang Zaid Habis Habisan



AMPANG: Naib Presiden PKR Azmin Ali hari ini mengecam pemimpin yang baru menyertai parti yang didakwa bersekongkol dengan media Umno untuk menghancurkan parti.
Beliau yang akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR berkata, pemimpin itu mencerca dan pempersoalkan pimpinan parti secara terbuka melalui akhbar milik Umno.
Katanya, jangan ingat dalam demokrasi akan bebas segala-galanya dan bercakap kepada media yang yang sebelum ini kita kata `kertas tandas.’ Bagaimanapun, ahli parlimen Gombak berkata, beliau akan melawan mana-mana individu yang sanggup menghancurkan parti.
Beliau turut meminta ahli PKR menolak pemimpin ini sebaliknya memilih pemimpin yang telah terbukti kesetiaannya kepada perjuangan parti. "Individu (pemimpin) ini telah mempertikaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua umum parti kita.
“Siapa kita nak pertikaikan Anwar Ibrahim. Cermin muka dulu, kalau kita jadi pemimpin adakah kita boleh bawa agenda reformasi,“katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat PKR cabang Gombak hari ini yang dihadiri kira-kira 100 orang.
Individu ini, kata Azmin turut memperkecil-perkecilkan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden.Dr Syed Husin Ali.
“Jawatan presiden yang disandang oleh Dr Wan Azizah, dia kata boneka sahaja. Syed Husin , pemimpin yang cukup berpengalam yang menghambakan diri kepada perjuangan parti pula dia kata nyanyuk atau nyanyu.
“Indiuvidu ini baru setahun menyertai PKR tetapi tidak faham agenda reformasi yang ditegaskan dalam dekrelasi Permatang Pauh 10 tahun yang lalu,”katanya.

Gambar Gambar Tok Guru Nik Aziz Pada Majlis Hari Terbuka Aidilfitri Pas Pusat

Program: HARI TERBUKA PAS PUSAT
Tarikh: 3 Oktober 2010 (24 Syawal 1431H)
Masa: 10.00 a.m - 1.00 p.m
Lokasi: Pusat Khidmat Masyarakat Adun Gombak Setia
p/s: Fokus gambar-gambar Tok Guru Nik Aziz..









Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....