Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 15 Mac 2012

Video : Bersama Ust Azhar Idrus Di Konsert Kembalilah




Konsert Kembalilah 12/3/2012 Batu 5, Dungun.Ali XPDC , Mael XPDC, Mel WINGS, Empy SPRING, Ustaz Azhar Idrus, Bob Lokman.

Bubar Parlimen selepas pertabalan Agong ?

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata adalah lebih baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah supaya membubarkan Parlimen selepas istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda disempurnakan 11 April nanti.

Beliau berkata ia penting supaya tidak timbul sebarang persoalan atau dicabar di mahkamah kelak mengenai kesahihan pembubaran itu.

"Banyak intepretasi undang-undang mengenai perkara ini. Seri Paduka bersemayam di takhta sekarang kerana perkhidmatan Agong yang lepas telah tamat.
  
"Ada yang berpendapat apabila Agong belum ditabalkan, jadi tak boleh  bubar Parlimen. Pada saya ini adalah pandangan peribadi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
  
Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lepas menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat pemerintahan pada 11 November 2011.
  
Pensyarah Undang-undang Universiti Islam  Antarabangsa (UIA) Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata pertabalan Yang di-Pertuan Agong adalah satu formaliti dalam proses peralihan kuasa ketua negara.
  
Beliau berpendapat apabila Yang di-Pertuan Agong baru sudah dilantik dan menduduki takhta berkenaan, satu penyerahan kuasa telah berlaku.
  
"Sekiranya tidak, Agong yang baru dilantik tidak boleh berada di situ  dan tidak boleh digelar Yang di-Pertuan Agong.
  
"Berkenaan sama ada Perdana Menteri boleh menasihatkan Agong  untuk membubarkan (Parlimen), itu tidak timbul masalah," katanya.
  
Pembubaran Parlimen sebelum Yang di-Pertuan Agong ditabalkan tidak pernah berlaku sebelum ini, kata Shamrahayu. - Bernama

Video : Ceramah Keibubapaan 'Zuriat Kita Tanggungjawab Kita' oleh Tok Guru Nik Aziz

Tuan Guru Nik Aziz ketika berucap di majlis ceramah keibubapaan di KTC


Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan tips istimewa kepada para pemuda untuk mendapatkan zuriat yang baik iaitu mencari isteri yang solehah.

“Isteri yang solehah dapat menerbitkan kebahagiaan rumah tangga di samping dapat mendidik anak-anak menjadi soleh,”ujarnya.

Sambungnya, isteri yang soleh lebih penting dari memilih kedudukan atau kekayaannya kerana apa yang ada itu adalah hak isterinya.

Strategi Umno peralat Hasan Ali serang PAS

Oleh AZIZ MUDA

DISEBABKAN terdesak, Umno- BN kini mempergunakan sepenuhnya khidmat bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali untuk menyerang PAS, bagi mempengaruhi rakyat agar tidak menyokong PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti.

Dalam program-program yang dianjur, Hasan didapati berusaha keras membangkitkan pelbagai isu yang diada-adakan untuk mencemarkan imej PAS dan menimbulkan ketegangan kaum, dengan melakukan serangan pemikiran terhadap orang ramai menerusi kepetahannya berucap dan bercakap.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib berkata, usaha tersebut didapati dilakukan dengan begitu tersusun dan padu oleh Hasan dengan pembantu-pembantu tajaan Umno.

“Antara strategi yang digunakan termasuklah mendakwa Pakatan Rakyat akan menjadikan negara ini sebagai republik jika menang pilihan raya nanti.“PAS sekarang sudah hilang matlamat perjuangannya, PAS diperalatkan DAP dan PAS kahwin dengan DAP.

“Benar tak benar apa yang dikatakan oleh beliau dan pembantupembantunya itu bukan lagi menjadi perhitungan kepada Dr Hasan dan para pengikutnya.“Yang penting baginya, orang ramai tak sokong PAS pada PRU13 ini, tapi sokong Umno,” katanya

Selain mengadakan program, menurut Saari, bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor itu juga didapati turut ke kedai-kedai kopi bagi menyempurnakan matlamatnya, dengan tumpuan utamanya sekarang di kawasan Dun Gombak Setia, Hulu Kelang, di kawasan Dun-Dun PAS lain serta kawasan Melayu.

“Bagi PAS Selangor, apa yang dilakukan oleh Dr Hasan itu tidak boleh dipandang mudah.Jadi, PAS Selangor juga terpaksa turut mengadakan program, ceramah dan majlis penerangan khas bagi menjelaskan perkara sebenarnya kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan apa yang dikatakan Hasan itu,” tegas beliau yang juga Adun Hulu Kelang.

Untuk tujuan itu, tambah Saari lagi, PAS Gombak telah pun menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau ceramah, ucapan dan segala isu yang dibawa oleh Hasan pada setiap program dan pertemuannya dengan orang ramai, bagi memudahkan PAS memberikan penjelasan kembali kepada akar umbi, kelompok tertentu dan orang ramai.Detikdaily

Malek Noor Sokong Hudud

Malek Nor dan Aziz Desa dalam sessi sembang petang di KTC

KOTA BHARU
Kerajaan diminta mengkaji semula undang-undang yang ada termasuk menimbang untuk melaksanakan hukum hudud khususnya berhubung jenayah memandangkan hukuman yang dikenakan terhadap ‘pendera’ kanak-kanak begitu ringan.

Bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor, berkata sekiranya kerajaan ingin melaksanakan hukuman hudud beliau adalah orang pertama yang akan menyokongnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis sembang petang bersama Datuk Malek Nor sempena Pekan Buku anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pusataka Wilayah Timur, Kelantan Trade Canter (KTC) dan Buroqoil.

Sembang Petang itu dikendalikan Ketua Pegawai Operasinya, Aziz Desa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataannya dalam ucapan sembangnya diawal majlis yang mengutuk kekejaman manusia mendera kanak-kanak termasuk ibubapa sendiri yang mencampak anak dari bangunan yang tinggi.

Ketika mengulas penderaan kanak-kanak, beliau tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir.

Malek seterusnya berkata, kerana undang-undang yang ada dalam negara begitu longgar menyebabkan pesalah termasuk orang lain tidak pernah berasa insaf dengan hukuman yang dikenakan.

“Setakat hukuman setahun, dua tahun kemudian lepas, tidak akan menginsafkan mereka.

Kenyataan Najib kelirukan rakyat Selangor

SHAH ALAM - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa usaha transformasi gagal kerana Kerajaan Negeri Selangor merampas tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) amat tidak bertanggungjawab yang bertujuan mengelirukan rakyat Selangor khususnya.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, pengambilan tanah YBK adalah jalan terakhir yang terpaksa diambil Kerajaan Negeri selepas banyak peluang diberikan kepada pengurusan YBK kerana tidak membayar cukai tanah dan melanggar syarat-syarat tanah yang ditetapkan.

"Kerajaan Negeri perlu bertindak adil kepada semua pihak hatta melibatkan anak syarikat milikan penuh atau agensi di bawah Kerajaan Negeri. YBK yang diberikan tanah secara percuma sepatutnya melunaskan tunggakan cukai tanah dan menggunakan tanah-tanah yang diberikan itu untuk program kebajikan bukan membangunkan dengan projek pembangunan untuk keuntungan kroni-kroni.

"Kerajaan Negeri telah mendedahkan senarai syarikat  yang mendapat manfaat daripada projek pembangunan tanah yang diberikan kepada YBK dan akibatnya, Kerajaan Negeri telah disaman tetapi kemudian ditarik balik oleh YBK. Jika dakwaan ini salah, sudah tentu YBK tiada alasan menarik semula saman ini," katanya dalam satu kenyataan, semalam .

Menurutnya, Kerajaan Negeri telah membantu banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan mendermakan dana atau bantuan lain dan akan sentiasa menyokong usaha-usaha murni mereka.

"Ini amat berbeza sekali dengan YBK yang mendapat banyak bantuan termasuk pemberian tanah percuma tetapi tiada impak besar kepada golongan sasar sebaliknya golongan kaya yang mendapat faedah," katanya.SH

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....