Kuala Lumpur: Pendakwaan liwat kali kedua ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dibantah. Sekumpulan penunjuk perasaan dari pelbagai kaum menunjuk perasaan di hadapan masjid Wilayah Persekutuan berhampiran kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas solat Jumaat di sini, hari ini.Para demonstrator membawa kain rentang ‘Keadilan Untuk Anwar’ dan ‘Perhimpunan Bantah Fitnah ke-2’. Mereka melaungkan Reformasi dan mengutuk pendakwaan yang hanya bertujuan untuk menghancurkan karier politik Anwar.
“Apa yang berlaku ini adalah satu ulangan yang familiar dalam sejarah tanah air. Kita akan berjuang berhabis-habisan menentang satu sistem yang sanggup menzalimi hak individu untuk kekal berkuasa pada kedudukan mereka.
“Ini adalah satu perkara yang kejam,” tegasnya.
Seorang lagi tokoh Reformasi Datuk Johari Abdul menyatakan pendakwaan terpilih tersebut hanyalah usaha terdesak regim BN untuk meneruskan kekuasaan. Oleh itu para penggerak Reformasi akan kembali bersatu untuk menggerakkan perhimpunan massa seperti mana yang pernah mereka lakukan sepuluh tahun lalu.
Perhimpunan aman itu berakhir dalam masa lima belas minit tanpa gangguan polis. - erapakatan.com

Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata laporan itu akan dibuat mengikut Seksyen 2, Ordinans Darurat atas dakwaan salah guna kuasa.
"Sepatutnya kena ada pengesahan minit dulu, baru ada tindakan, tetapi pada 3 Februari mesyuarat exco, pada 4 Februari dah dipulangkan semula (bayaran) kepada YBK," katanya.
Katanya, firma guaman Kamarul Hisham dan Hasnal Redzua telah menghantar satu notis bagi pihak yayasan itu kepada kerajaan negeri, juga pada 3 Februari.





Berita ini mendapat liputan luas dalam media bahasa Cina, malah mengundang komen daripada penganalisis politik dalam kolum masing-masing. Sementara di akhbar bahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian, berita ini hanya mengisi ruang yang kurang menonjol.