Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 11 Disember 2010

Analisis : Merenung Nasib,Mencongak Untung Pakatan Rakyat Perak Dalam PRU13

Oleh: antihadhari92

SEPINTAS LALU PILIHANRAYA UMUM 2008


Dalam Pilihanraya Umum 2008 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Perak,jumlah pengundi berdaftar adalah sebanyak satu juta seratus sembilan puluh enam ribu seratus enam puluh orang pengundi (1 196 160) di 59 buah Dun dan 24 buah Parlimen di negeri Perak.
Secara pecahannya pula,bilangan pengundi mengikut kaum adalah Melayu (53.1%),Cina (35.61%),India (10.88%) dan lain-lain (1.22%).Berikut pula adalah jumlah undi yang diperoleh oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat di Perak:


Bacaan Undi mengikut Dun pula adalah seperti berikut:

LEMBARAN SATU
N1-N14
LEMBARAN 2
N15-N28

LEMBARAN 3
N29-N42

LEMBARAN 4
N43-N59

Peguam Negara perlu buat penjelasan-Penasihat SPRM



KUALA LUMPUR, 11 Dis – Pengerusi Yayasan Sosial Penyayang Tan Sri Robert Phang hari ini secara terbuka menggesa Peguam Negara agar membuat penjelasan berhubung dakwaand-dakwaan mengaitkannya dengan personaliti korporat berprofil tinggi, yang turut menimbulkan persoalan komitmen Putrajaya melawan rasuah.
Phang, yang juga anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, cakap-cakap mengenai hubungan rapat Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) telah mencalar kedudukan beliau selaku penasihat perundangan tertinggi negara, yang secara tidak langsung membawa kepada persepsi bahawa kerajaan mengamalkan pendakwaan selektif.
Jaksa Pendamai ini menggariskan beberapa kes sebagai contoh, antara ketiadaan tindakan mahkamah di pihak kerajaan ke atas bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli berhubung dakwaan skandal kewangan yang membawa kepada kerugian RM8 bilion.
Phang juga mempersoalkan keputusan terbaru untuk mendakwa bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berhubung isu pembelian dua lot tanah dan banglo di bawah Kanun Keseksaan berbanding akta baru SPRM yang membawa hukuman lebih berat.
Mohamad Khir, 45, didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah syarikat itu, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
“Malangnya jika Peguam Negara sendiri menjadi halangan kepada langkah kerajaan dan SPRM dalam usaha memperlihatkan kerajaan yang Bersih, Cekap, Amanah,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
“Orang awam perlu diberi kepuasan berhubung usaha kerajaan mendapatkan kembali keyakinan publik bahawa ia serius dalam menangani rasuah dan dalam usaha mendapatkan keadilan bagi semua,” tegas beliau.
Gambar-gambar percutian Abdul Gani bersama Shahidan Shafie – yang dikatakan sebagai proksi Tajudin - yang disebar luas menerusi Internet dan saluran-saluran lain, mendesak pihak berkuasa agar membuka semula kes membabitkan kerugian RM8 bilion MAS pada 2001.

Nazri Aziz Tidak Peduli Sindiran PERKASA


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memandang enteng sindiran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mendakwa kononnya beliau sanggup merendahkan maruahnya dengan bertemu Wee Meng Chee atau Namewee di Parlimen, Khamis.

Malah beliau tidak peduli dengan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Perkasa, Mohd. Zahid Md. Arip itu kerana menganggap sesiapa sahaja bebas bersuara tetapi berada dalam batas undang-undang.

"Saya muka tebal. Saya tidak peduli masalah itu kerana kita menghormati kebebasan bersuara. Tapi apa yang saya buat semua itu adalah betul. Tidak ada yang salah.

"Asalkan saya tidak lakukan perkara yang melanggar undang-undang, ia adalah okey," katanya kepada mStar Online, Sabtu.

Beliau diminta mengulas kenyataan Mohd. Zahid sebelum itu yang menyelar tindakan Mohamed Nazri yang meluangkan masa menemui Namewee di Parlimen pada hari yang sama.

Namewee mengunjungi Mohamed Nazri bagi meminta kerajaan membiayai pembikinan video 1Malaysianya.

Pemuda kontroversi itu meminta bantuan peruntukan RM1 juta daripada kerajaan.Mstar

Speaker DUN Selangor antara dikurnia ‘Datuk’

SHAH ALAM, 11 Dis — Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V mengetuai senarai 121 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan Ke-65 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sultan Johor dan Sultan Kelantan masing-masing menerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.).
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menerima Darjah Kelas Pertama — Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran “Datuk Seri”.
Turut menerima S.P.M.S. ialah Canselor Universiti Kolej Sedaya International (UCSI) yang juga Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad. Istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu berlangsung di Istana Alam Shah, Klang pada Sabtu.
Anakanda Sultan Selangor Tengku Amir Shah dan Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Tan Sri Nayan Ariffin masing-masing menerima Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) (Kelas Pertama) yang membawa gelaran “Datuk Setia” bagi lelaki dan “Datin Paduka Setia” bagi wanita.
Dua belas orang menerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran “Datuk” bagi lelaki dan “Datin Paduka” bagi wanita iaitu Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim, Pengarah Urusan Sime Darby Property Bhd Datuk Tunku Putra Badlishah Ibni Tunku Annuar; Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Leftenan Jeneral Datuk Wira Allatif Mohamed Noor; Pakar Klinikal Kanan O&G Markas Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Dr Abd Razak Md Yusoff, Panglima Angkatan Bersama Markas Angkatan Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Jamil Osman, Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Md Nasir Md Arshad, Timbalan Ketua Pengarah II Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Datuk Wahab Hamid.
Turut disenaraikan ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Mislan Tugiu, Pegawai Daerah Hulu Langat Zainal Abidin Aala, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Che Asmah Ibrahim, Pakar Perunding Bedah Am dan Ketua Jabatan Bedah Hospital Tengku Ampuan Rahimah Dr Mohamed Yusof Abdul Wahab dan Pengarah Nestle (M) Bhd Mohd Rafik Shah Mohamad.
Penerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran “Datuk” bagi lelaki dan “Datin Paduka” bagi wanita pula ialah Panglima Sistem Armada Markas Tentera Laut Laksamana Pertama Datuk Khairuddin Khalid, Timbalan AKS Perkhidmatan Anggota Kementerian Pertahanan Brig. Jeneral Datuk Ahmad Annuar Ahmad (TUDM); Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Datuk Dr Ramlah Adam, Ketua Pasukan Malaysia Perlawanan Bola Sepak Jerman Sukan Olimpik 1972 Datuk M. Chandran, Pegawai Daerah Klang Bakhtiar Hussin, Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia Azizan Mohamad Sidin, Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal UPM Dr Yaakob Che Man; Pengarah Pasukan Pertubuhan Khas Persekutuan Majlis (Sabah Labuan) Keselamatan Negara Misri Barham, Pensyarah Jabatan Fizik Universiti Malaya Prof. Dr Mohd Zambri Zainuddin, Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr Ab Halim Tamuri, Pendaftar UPM Wan Azman Wan Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holdings Bhd Norazlina Zakaria.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....