Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 25 Mac 2010

Tengku Muhammad Faris Kekal Pemangku Raja Kelantan ,Pemecatannya Tidak Sah

KOTA BARU, 25 Mac — Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) Datuk Mohd Aiseri Alias berkata Tengku Muhammad Faris Petra Tengku Ismail Petra kekal sebagai Pemangku Raja Sultan kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota majlis MPN pada 29 Mei tahun lalu.
Beliau, yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, berkata pengumuman Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud awal hari ini mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra dan digantikan Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah berkuatkuasa serta merta adalah tidak terpakai kerana ia tidak mewakili MPN.
“Ia adalah sama sekali tidak mewakili keputusan Majlis Perajaan Negeri Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan majlis (MPN) tidak akan sah dan terpakai kecuali sekurang-kurangnya dua pertiga daripada anggota yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sidang Parlimen:MP Pas Kota Bharu Lawan MP BN Pasir Salak




Isu tulisan Jawi: MP BN Pasir Salak vs MP PAS Kota Bharu - Perdebatan ini berlangsung semasa MP BN membahaskan titah Diraja pada 23 Mac 2010.

Tengku Muhammad Faris dilucut Pemangku Raja Kelantan

KOTA BARU, 25 Mac — Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra dilucutkan daripada jawatan baginda sebagai Pemangku Raja negeri itu berkuat kuasa hari ini.

Keputusan mengejutkan itu, yang dilihat merumitkan lagi krisis Istana Kelantan, diumumkan oleh Setiausaha Sulit baru Sultan Kelantan Datuk Wan Hashim Wan Daud pada sidang media di sini sebentar tadi.

Wan Hashim, yang pelantikannya dipertikaikan minggu lalu berkata keputusan itu diambil selepas baginda mengingkari arahan Sultan Kelantan agar tidak meneruskan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang dijadual 30 Mac ini.

“Berikutan daripada keingkaran Yang Maha Mulia Pemangku Raja mematuhi titah perintah Sultan Kelantan agar tidak meneruskan sebarang bentuk perayaan termasuk penganugerahan darjah-darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan rasmi ke-60 baginda Sultan Kelantan serta di atas kegagalan Yang Maha Mulia Pemangku Raja memelihara, melindungi dan mempertahankan kehormatan diri dan Perlembagaan Negeri Kelantan, maka Duli Maha Mulia Sultan Kelantan dengan ini menamatkan pelantikan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja,” kata beliau pada sidang media di Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Anak artis Azean, teman wanita didakwa edar dadah hari ini

KUALA LUMPUR, 25 Mac — Anak pelakon Azean Irdawaty (gambar), Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy yang ditahan reman sejak dua minggu lalu dijangka dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini berhubung kes edar dadah.
Dia dijangka dituduh bersama teman wanitanya yang berusia 23 tahun, yang turut ditahan 11 Mac lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata kes siasatan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tujuan pendakwaan.
“Kita sudah selesai menyiasat kes ini dan hanya menunggu maklum balas pendakwa untuk tindakan selanjutnya.
“Arahan pendakwaan dijangka diperoleh hari ini. Ia berikutan perintah reman kedua-dua suspek sudah berakhir,” katanya dipetik Berita Harian.

Gambar:Sekitar Ceramah Muhammad Sabu Di Besut

Majlis di pengerusikan S/U Pas Kaw.Besut saudara Nasir Awang
Ucapan Aluan YDP Kaw. Besut,Ust W.Azhar W.Ahmad
Muhammad Sabu antara penceramah yang popular di Besut
Pimpinan Pas Kaw.Besut bersama Muhammad Sabu,dari kiri saudara Nasir Awang(S/U),Ust W.Azhar(YDP),Hj Hassan Salleh(Tim.YDP) dan Ust Zulkifli(Ketua Pemuda)

Anugerah Kecemerlangan Pelajar DPP Kaw. Besut

Adik Muhammad Munawwir Mohd Hasaan
Slip keputusan SPM adik Muhammad Munawwir
Hj Muhammad Hassan menerima anugerah bagi pihak anaknya adik Muhammad Munawwir yang disampaikan oleh Hj Muhammad Sabu

Ibrahim Ali Bersumpah Tidak Miliki Saham Judi




Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali melahirkan rasa terperanjat dan menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution bahawa dia mempunyai saham dalam syarikat judi, Ascot Sports sebagai jahat, biadap dan tidak berakhlak.


Dalam SMS yang dihantar hari ini, Ibrahim juga membidas Malaysiakini kerana menyiarkan laporan itu semalam.

Saya terperanjat dengan sifat jahat, biadap dan tidak berakhlak langsung tuduhan Saifudin Nasution yang membuat dakwaan saya ada saham saham judi dalam syarikat Ascot Spots kepunyaan Vincent Tan.

Kenyataannya terbit dalam Malaysiakini yang ditulis oleh Salhan K Ahmad. Penulis dajal ini wujud atau pun tidak atau guna nama samaran, tulisnya.

Menurut Ibrahim kenyataan berkenaan bertujuan memburukkan namanya kerana kelantangan beliau memperjuangkan agenda Melayu.Malaysiakini

ULASAN TINTA HIJAU DKB
Walauapapun alasannya raja katak ini tetap terlibat dengan Vincent Tan yang di kritik beliau selama ini.Secara tak langsung beliau mengakui terlibat dan inilah pejuang melayu kononya tapi secara diam2 rupanya mengumpul kekayaan dengan menjadi proksi hartawan cina..ha..ha..ha..dalam kenyataan diatas beliau mengakui menjadi Ahli Lembaga Pengarah kepada syarikat yang ada kaitan dengan Vincent....

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....