Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 28 Januari 2013

Tok Guru Nik Aziz Sahkan Ust Nasha Tak Tersenarai Sebagai Calon Pas

KOTA BHARU - Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas Timbalan Presiden Pas itu tidak dicalonkan lagi.

"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari lalu.

Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.

"Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat," katanya, sambil menambah bahawa Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.

"Itu saya tak mahu sebut pasal keburukan orang dan setiap apa yang berlaku itu ada kaedahnya," katanya.SH

Umno guna sentimen agama untuk api-apikan rakyat

KUALA LUMPUR 28 Jan: Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng berkata, setelah taktik murahan dan jahat, Umno memilih pula sentimen agama untuk menghasut dan mengapi-apikan rakyat.

Beliau mengulas insiden khianat di Batu Pahat Johor apabila bendera KEADILAN dan PAS dicalitkan dengan lambang salib, Jumaat lalu.Bendera tersebut juga ditulis dengan perkataan-perkataan buruk menghina kedua-dua parti.

“Strategi jijik Umno menggunakan sentimen agama untuk mengapi-apikan orang Melayu supaya marah kepada Pakatan Rakyat,” kata Jui Meng ketika dihubungi.

Menurutnya, Umno mencuri bendera-bendera yang dipasang penyokong Pakatan, kemudian menconteng dan kibarkan semula untuk menimbulkan isu agama dan perkauman.

“Itu cara Umno untuk hasut masyarakat luar bandar. Orang Kristian sendiri marah dengan perbuatan jijik itu tetapi mereka tidak marah Pakatan. Mereka tahu hanya Umno yang ada motif nak buat begitu,” jelasnya.

“Kita harap orang Melayu tidak termakan taktik dan politik murah Umno itu,” katanya.Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, sentimen perkauman dan agama semakin kuat dimainkan Umno BN.

Dalam isu berkaitan, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dalam satu program di Permatang Pauh menggesa umat Islam membakar kitab Bible berbahasa Melayu, kononnya untuk menjaga sensitiviti umat Islam di Malaysia.

Justeru itu, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyeru rakyat Malaysia agar tidak termakan cubaan mengapi-apikan sentimen agama untuk menyekat kebangkitan rakyat.KD

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....