Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 10 Julai 2010

Sultan Kelantan akan ke Singapura untuk rawatan susulan 14 Julai

Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada 14 Julai ini untuk menjalani rawatan susulan.

Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata tujuan rawatan tersebut adalah untuk menukar tiub di perut Sultan yang berfungsi untuk menyalurkan makanan.

Beliau bagaimanapun berkata rawatan susulan itu tidak diuruskan oleh Pejabat Sultan Kelantan dan setakat ini pejabat itu tidak dititah menguruskan rawatan susulan tersebut.

Katanya sebelum ini Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra bertitah sebarang rawatan ke atas baginda Sultan di luar negara perlu mendapat perkenan baginda selepas dirujuk kepada pakar perubatan dalam negara seperti yang digariskan dalam peraturan kerajaan.

“Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra amat prihatin terhadap kesihatan Sultan Kelantan dan tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya rawatan yang hendak dilaksanakan di Hospital Mount Elizabeth tidak terdapat dalam negara dan telah dirujuk dan disyorkan oleh pakar-pakar perubatan dalam negara dan dibincang di kalangan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat sungutan rakyat untuk mengetahui kedudukan sebenar keadaan kesihatan Sultan dan ada juga kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak mendapat perkenan Sultan mahupun Pemangku Raja yang menyebabkan timbul kekeliruan.

“Cadangan untuk mendapatkan rawatan di luar negara tanpa mengikut prosedur yang digariskan menambahkan kekeliruan di kalangan rakyat dan ada pihak membuat andaian bahawa ianya dibuat untuk melindungi keadaan sebenar Tuanku Sultan,” katanya.

Tuanku Ismail yang mengalami masalah kesihatan telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini pada 14 Mei tahun lalu untuk menerima rawatan.

Baginda kemudiannya dihantar ke Hospital Mount Elizabeth untuk menerima rawatan susulan pada 24 Mei tahun lalu dan berangkat pulang ke Istana Mahkota di sini pada 4 Mac lalu.

Pada 4 Mei lepas, Tuanku Ismail dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk diperiksa oleh doktor panel yang dilantik oleh kerajaan negeri dan baginda dibenarkan keluar dari HUSM pada 9 Mei. — Bernama

Saya sedia kembali jika dijamin tidak ditahan ISA-Raja Petra Kamaruddin


RPK, yang dikatakan dalam persembunyian, kini muncul secara terbuka di kota London. — gambar fail

LONDON, 10 Julai — Mengikuti program-program muzik, menikmati makan malam bersama kawan-kawan dari Malaysia sehingga 11 malam dan berucap pada majlis-mjalis awam.
Ini antara akitiviti harian blogger Raja Petra Raja Kamarudin, blogger berkontroversi di sini, yang menurut Polis Diraja Malaysia menjadi buruan mereka sejak setahun lalu.
Pun begitu beliau tidak kelihatan seakan seorang yang melarikan diri kerana mahu mengelak buruan pihak berkuasa.
Ataupun, sebagaimana diperkatakan oleh kebanyakan media — beliau seorang pelarian jenayah.
Kata Raja Petra, penahanan tanpa dibicarakan adalah satu-satunya sebab yang menghalang beliau untuk kembali ke tanah air.
“Mengapa saya dipanggil pelarian jenayah atau cabut lari atau lebih teruk lagi melarikan diri? Seolah-olah menggelapkan wang dan meninggalkan negara,” kata Raja Petra dalam temu bual bersama The Malaysian Insider di sini.
Penulis ruangan “No Holds Barred” dalam portal Malaysia Today ini menegaskan, disebabkan tidak disabitkan kesalahan berhubung apa jua tuduhan jenayah atau adanya sebarang tuduhan ataupun waran tangkap, beliau tidak harus diklasifikasikan sebagai pelarian.
Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai “RPK” mendakwa tindakannya meninggalkan negara bukan kerana mahu mengelak tuduhan hasutan dan fitnah jenayah, tetapi sumber-sumbernya memaklumkan perintah tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sedang disediakan ketika itu.

Isu negara Islam percubaan akhir lagakan parti

Gambar fail

KUALA TERENGGANU - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa UMNO dan Barisan Nasional (BN) cuba melemahkan Pakatan Rakyat dengan merancakkan isu penubuhan negara Islam yang menjadi pertikaian antara Pas dan DAP ketika ini.

Perkara itu disifatkan sebagai percubaan terakhir melaga-lagakan parti dalam pakatan pembangkang, selain mendakwa ia dibangkitkan secara berkala dan bersiri.

“Ini hanya percubaan akhir UMNO dan BN untuk cuba melemahkan PR, tapi dia dah cuba, hampir setiap enam bulan sekali bangkit isu ini. Isu berkala. Drama banyak siri,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutup Seharum Seminar Harapan Baru untuk Malaysia di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Biro Hal Ehwal Antarabangsa dan Ketua Biro Latihan PKR, Mustaffa Kamil Ayub; Pengerusi PKR Terengganu, Abd Rahman Yusof; Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Heng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.

Mengulas perkara itu, Anwar menganggap perbezaan pendapat Pas-DAP bukanlah satu masalah, baik kepada kepimpinan ataupun penyokong PR.

Menurutnya, perkara itu boleh dibincangkan dalam wacana lebih segar. Pihaknya turut mengadakan pertemuan serta mesyuarat dengan pimpinan daripada ketiga-tiga parti itu setiap minggu bagi membincangkan pelbagai perkara membabitkan ketiga-tiga parti. SHImbang Penuh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....