Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 14 Ogos 2010

Gambar & Video : Sekitar Kejadian Ribut Di Pasar Ramadhan Jasin Melaka















Sumber gambar: Utusan Malaysia, Forum Cari dan Myra Zoe

Pendapatan Pengerusi Felda RM2 Juta Setahun ?

Yusof (kiri) diminta menyatakan samada pendapatan beliau mencecah RM2 juta setahun. — gambar fail

PETALING JAYA, 14 Ogos — Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sivarasa Rasiah hari ini mencabar Tan Sri Mohd Yusof Nor agar mendedahkan kepada umum jumlah ganjaran yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda.
Sivarasa mendakwa maklumat diterima pihaknya menunjukkan Yusof memperoleh pendapatan mencecah RM2 juta setahun termasuk gaji dan juga elaun.
Perkara ini ditimbulkan di sebalik dakwaan PKR bahawa Felda akan muflis manakala lebih 700 peneroka dari dua Felda menyaman agensi persekutuan RM200 juta berhubung isu penipuan dalam kiraan perahan minyak sawit.
Dua bulan lalu Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa aliran wang tunai semasa Felda telah merosot berbanding lima tahun lalu.
“Saya nak tanya kepada beliau (Yusof) berapa jumlah ganjaran yang diperoleh sebagai Pengerusi Felda yang turut mengawal anak-anak syarikat Felda?

57 peratus orang Melayu tak percaya media arus perdana


KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Enam daripada 10 rakyat Malaysia tidak percaya media arus perdana manakala hanya satu dalam lima mempunyai akses kepada berita “online”, demikian menurut satu kajian yang dikeluarkan baru-baru ini.
Kajian Merdeka Center dijalankan antara 27 Jun dan 25 Julai lalu menunjukkan 57 peratus orang Melayu tidak percaya pada laporan media arus perdana berbanding 33 peratus yakin manakala 10 peratus lagi mengatakan mereka tiada maklumat.
Di kalangan masyarakat Cina pula, 58 peratus responden berpandangan bahawa mereka tidak percaya pada media arus perdana, 30 peratus percaya dan 12 peratus lagi pula tidak tahu.
Hasil kajian itu dilihat mempunyai kaitan dengan arah aliran jualan suram bagi kebanyakan organisasi media arus perdana.
Perangkaan edaran menunjukkan akhbar bahasa Inggeris dan Malaysia seperti New Straits Times, The Star, Berita Harian dan Utusan Malaysia berhadapan dengan kemerosotan jualan pada tahun ini berbanding 2009 iaitu dalam lingkungan 20 peratus.
Beberapa eksekutif akhbar mengakui liputan politik yang berpihak telah memberi kesan ke atas paras jualan.
Kajian itu juga menunjukkan bahawa akses kepada alterntif media kekal rendah dengan sekitar 80 peratus responden mengatakan bahwa surat akhbar bercetak masih masih menjadi sumber maklumat utama.
Hanya 21 peratus yang ditemui mengatakan mereka ada membaca berita internet sepanjang sebulan lalu tetapi kebanyakan membaca media arus perdana versi online.
Majoriti responden berkata mereka tiada kepercayaan tinggi ke atas media alternatif meskipun ramai bersetuju bahawa ia sebenarnya lebih boleh dipercayai.
Ulasan-ulasan daripada perbincangan kumpulan fokus juga menunjukkan ramai merasakan kebebasan media masih terhad di negara ini disebabkan amalan tapisan yang kuat.

Ribut Di Melaka Ragut 2 Nyawa Peniaga Pasar Ramadhan


Seorang mangsa cedera akibat ribut di Bazar Ramadan dibawa ke Hospital Jasin. - Foto Bernama

JASIN, 13 Ogos — Dua orang peniaga dan seorang pengunjung terbunuh menakala 18 yang lain cedera dihempap khemah yang diterbangkan ribut dalam kejadian yang melanda kawasan Bazar Ramadan di pekarangan Stadium Jasin di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Che Suza Che Hitam berkata dua peniaga yang terbunuh dalam kejadian pukul 5 petang itu ialah Mahadi Mohamad, 40, berasal dari Kampung Gong  Nering,Jerteh Terengganu; Abdul Omar, 73, dari Kampung Air Merbau di sini dan pengunjung Muhammad bin Wahab, 49, dari Kampung Rim di sini.
“Ketiga-tiga mangsa cedera parah di kepala terkena khemah (panjang) 20 kaki kali 20 kaki (lebar) yang diterbang ribut,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Che Suza berkata Abdul meninggal dunia ditempat kejadian, Mahadi di. Hospital Jasin manakala Muhammad di Hospital Melaka.
Mayat Abdul dan Mahadi dibedah siasat di Hospital Jasin manakala Muhammad di Hospital Melaka.Mahadi peniaga martabak manakala Abdul penjual cendol.Sebanyak 21 khemah disediakan untuk 56 orang peniaga di bazar tersebut.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....