Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 30 Oktober 2010

Biadab !!! Bekas Calon BN Tengking,Enggan Bersalam Dengan Tok Guru Nik Aziz

Haji Omar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar
Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris

GUA MUSANG, 30 Okt: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, petang ini.
Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.
Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).
Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.
Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.

Gambar : Sekitar Kempen Calon Pas Di Kawasan Pengundi Cina Dun Galas

Kempen 'Pertahankan Galas Kito, Sokong Dr Zul! Undilah PAS!'













Kenyataan Rasis : Pemimpin Umno Mohon Maaf




Picture-064KUALA LUMPUR: Pemangku Ketua Umno Bahagian Titiwangsa Johari Abdul Ghani hari ini memohon maaf dan menyatakan bukan niatnya untuk mengguris hati atau meminggirkan masyarakat Cina dan India di kawasan parlimen di bawah tanggungjawabnya.

Ketika menjawab komen dalam blognya www.joharighani.blogspot.com hari ini, beliau mendakwa ucapannya dalam mesyuarat tertutup bersama ahli-ahli Umno pada Julai lalu telah disalah erti.

Beliau berkata, "bukan niat saya untuk memperkecilkan sumbangan pengundi Cina dan India sehingga saya dilabel sebagai rasis.

"Tetapi saya lebih bimbang tentang undi Melayu yang semakin merosot yang diperolehi Barisan Nasional dalam pilihan raya umum (PRU) 2008 di mana BN tewas kepada PAS di Parlimen Titiwangsa," jelas beliau.

Menurut beliau, mesyuarat tertutup itu berkisar kepada para pengundi Melayu dan pendekatan yang perlu diambil oleh Umno untuk meraih kembali keyakinan dan sokongan orang-orang Melayu.

Ujar beliau, "bukannya saya tidak peduli tentang pengundi Cina dan India. Fokus saya ialah perpecahan undi di kalangan pengundi Melayu dan bagaimana berdasarkan analogi yang mudah, 70% sokongan pengundi Melayu boleh membawa kepada kemenangan.

Johari dilaporkan berkata dalam Youtube, bahawa Umno tidak perlu kepada undi kaum Cina dan India jika mendapat 70% pengundi Melayu untuk menang kerusi Parlimen Titiwangsa.

Kenyataan yang panas ini bukan sahaja menimbulkan kemarahan daripada orang-orang Umno sendiri, lebih-lebih lagi daripada masyarakat Cina dan India.FMT

Artikel berkaitan DISINI

Gambar : Sekitar Kemalangan Bas Di Genting Highlands Yang Meragut 6 Nyawa








Pemilihan PKR : Tim.Presiden,Zaid Dahului Azmin

Zaid menguasai enam daripada sembilan cabang yang mengundi hari ini. — gambar fail
 
KUALA LUMPUR, 29 Okt — Datuk Zaid Ibrahim mendahului dua calon lain bagi jawatan timbalan presiden pada hari pertama pengundian pemilihan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di dua negeri hari ini.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan Zaid, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan menguasai enam daripada sembilan cabang yang melangsungkan pengundian di bawah sistem pemilihan langsung yang julung kali diadakan selepas parti itu meminda perlembagaannya tahun lalu.
Kedua-dua Zaid dan Naib Presiden Azmin Ali dipercayai berhadapan dengan saingan sengit. Seorang lagi calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub, yang juga naib presiden, berada di kedudukan ketiga.
Daripada lapan cabang yang diketahui keputusan pengiraan undi, yang berakhir sekitar 10 malam tadi, Zaid memperoleh 573 undi berbanding 311 undi buat Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Daripada lima cabang di Kedah, Zaid memperoleh 282 undi manakala Azmin pula 238 undi.
Sementara itu bagi jawatan naib presiden, daripada 17 calon yang bertanding Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh, Pengarah Strategi Tian Chua, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dikatakan mendahului calon-calon lain.
“Ada beberapa calon yang memperoleh undi yang rapat jumlah mereka,” kata seorang pemimpin yang dihubungi The Malaysian Insider malam ini.
Sembilan cabang yang mengadakan pengundian hari ini ialah Tumpat, Kota Baru, Rantau Panjang dan Pengkalan Chepa di Kelantan sementara di Kedah pula Alor Setar, Langkawi, Pokok Sena, Kuala Kedah dan Kubang Pasu.
Baki 59 cabang akan melangsungkan pengundian esok dan lusa, yang bakal mengubah senario dan meningkatkan persaingan bagi jawatan-jawatan yang dipertandingkan.
Bagi jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan, daripada enam cabang yang diumumkan keputusan tidak rasmi, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai “Chegubard” mendapat 109 undi berbanding penyandang jawatan Shamsul Iskandar Mohd Akin sekitar 80 undi.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....