Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 23 Julai 2009

Ku Li mungkin sertai PKR


Kuala Lumpur 23 Julai:Walaupun menafikan beliau akan menyertai PKR selepas dijemput secara terbuka oleh Datuk Zaid Ibrahim, Tengku Razaleigh Hamzah dipercayai mempertimbangkannya dengan saksama.

Bahkan, desas-desus yang mengatakan beliau akan menuruti jejak Datuk Chua Jui Meng yang menyertai PKR selepas menafikannya, kini bertiup kencang dan tidak ditolak oleh rakannya, Ustaz Ibrahim Azmi.

Siasahdaily/-

Program Lajnah Penerangan dan Da'wah Dewan Muslimat Pas Terengganu di Besut

Wakil Lajnah Penerangan dan Da'wah Muslimat Negeri di ketuai Pengerusinya Puan Azizah Mat Zin
Muslimat dari seluruh Kawasan Besut yang hadir
Sambutan yang menggalakkan dari Muslimat kawasan Besut

Hari ini Lajnah Penerangan Dan Da'wah Dewan Muslimat Pas Terengganu telah turun mengadakan lawatan ke Kawasan Besut,di ketuai Pengerusinya Puan Azizah Mat Zin bersama beberapa AJK yang lain.Program yang di hadiri oleh seluruh muslimat Pas kawasan Besut ini antara lain bertujuan memberi penerangan kepada muslimat tentang perjuangan dan hala tuju Muslimat dalam menghadapi musuh politik.Program yang bermula jam 4.00 petang dan berakhir jam 5.00 petang turut dihadiri Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Besut Puan Nafisah Ismail dan Ahli Jawatankuasanya.Muslimat Pas Beris Pak Abu turut menghantar wakil yang terdiri dari Ketua Muslimat Puan Hjh Aminah Mohd,Setiausaha Puan Azizah Ismail serta dua orang AJK Puan Hanusi Hashim dan Puan Fatonah Yaakub.
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Pro ISA tambah sokongan

Gerakan penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menambahkan kekuatan mereka dengan melibatkan kumpulan baru dengan dua lagi lokasi perhimpunan 1 Ogos nanti.

Perhimpunan anjuran bersama Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) - serentak dengan demonstrasi besar untuk mendesak penghapusan akta kontroversi itu yang dianjurkan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) - akan turut disertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan kumpulan pesilat lincah.

Timbalan Presiden II Pewaris, Rahimuddin Md Harun memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa dua NGO Melayu ini akan berkumpul di Masjid Negara mulai jam 11 pagi dan akan bergerak ke Dataran Merdeka jam 1 tengah hari.

Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) - antara 10 NGO awal bersama Pewaris - dalam perkembangan terbaru dijadual memimpin barisan penyokong ISA berarak dari Padang Merbok di sebelah Bank Negara bergerak ke dataran pada waktu yang sama setelah berkumpul di situ jam 11 pagi.

Sementara itu, presiden GGMM, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, mereka menambah tempat berhimpun bagi menunjukkan kemampuan menyaingi sokongan terhadap GMI – yang juga akan berhimpun di tiga tempat.

“Kita ikut GMI, nak tunjuk kita juga mempunyai sokongan,” katanya.

Mahaguru Persatuan Pesilat Lincah Malaysia, Datuk Omar Din - yang baru menyatakan sokongan terhadap perhimpunan pada 1 Ogos ini - pula berkata, mereka akan turut serta kerana mempunyai pendirian yang sama.

Menyifatkan ISA seperti kunci bagi mempertahankan keamanan negara, Omar berkata, sokongan pesilat lincah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan kekuatan kepada penunjuk perasaan anti-ISA.

“Kita bukan hendak tunjuk kekuatan, kita cuma hendak tunjukkan sokongan (kepada ISA). Sebarang pertembungan elakkanlah, kita sama-sama Melayu,” katanya.

Tengah hari tadi, GMI mengumumkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut serta dalam Himpunan MANSUH anjurannya.

Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh juga berkata, ia akan turut disertai pimpinan atasan Pakatan Rakyat, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan pemimpin lebih 83 NGO dalam gabungan tersebut.

Tok Guru Nik Aziz turut serta demo anti ISA


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut serta dalam himpunan besar-besaran mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos ini.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata perhimpunan itu juga turut disertai pimpinan atasan Pakatan Rakyat, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin lebih 83 NGO dalam gabungan tersebut.

Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas menyerahkan surat pemakluman kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung hasrat GMI menyerahkan “deklarasi rakyat” pada tarikh tersebut.

Surat tersebut diserahkan kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Mohd Khairi Abdul Rahman di pondok pengawal, kira-kira jam 11.50 pagi tadi.

Syed Ibrahim diiringi Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzzaman Mohamad.
SUMBER:malaysiakini

Warkah Takziah dari Tok Guru Buat Keluarga Teo



Ibu bapa kepada
Mendiang Teoh Beng Hock
D/a Pejabat YAB Menteri Besar Selangor
Tingkat 21, Bangunan SSAAS
40502 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

Warkah Takziah

Saya cukup tergamam apabila menerima berita penuh misteri di hari pemergian mendiang Teoh Beng Hock pada awal petang 16 Julai 2009. Lebih tragik apabila bencana yang menimpa mendiang, berlaku sewaktu beliau sedang menjadi tetamu kepada SPRM; ketika beliau sedang memberikan kerjasama ke atas sebuah kes dalam siasatan.

Dalam Islam, tidak syak lagi tetamu wajib dihormati, bahkan dilindungi. Tidak boleh sekali-kali timbul sebarang syak akan status keselamatan tetamu dalam apa jua keadaan kerana sebaik-baik tetamu diterima sebagai tetamu maka Islam secara otomatik mewajibkan jaminan perlindungan diberi oleh tuan rumah. Jaminan perlindungan ini meliputi soal maruah, air muka, keturunan, harta benda dan nyawa. Ini soal hak asasi yang dijamin oleh Islam. Ini konsepnya.

Bagaimanapun, apa yang berlaku di Plaza Masalam di Shah Alam pada Khamis yang sugul itu cukup-cukup membuatkan saya menjadi terkejut. Hati saya sebak, enggan menerima dan tidak dapat menahan kesedihan. Saya sungguh-sungguh tidak dapat membayangkan bagaimana ini semua boleh terjadi. Saya cukup yakin, untuk dilantik ke jawatan Setiausaha Politik, sudah tentu mendiang adalah seorang yang terdidik, telah melalui liku-liku pengalaman, dan terdedah dengan pelbagai rancah kehidupan. Bukan senang untuk melahirkan satu-satu bakat, kebolehan dan ketokohan.

Kepada kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga mendiang, saya mohonlah berpesan supaya teruskan bersabar. Tabahkan hati sewaktu mengharungi ujian yang segenting ini. Di sisi Islam, jika Allah menguji kita dengan sesuatu musibah nescaya di sana akan ada kebaikan yang akan menanti kita. Terus bersangka baiklah. Sementara menantikan sebuah Suruhanjaya Bebas di Raja yang perlu di lantik dalam tempoh terdekat, izinkan saya mengangkat sekawat nota takziah buat Tuan , Puan serta seluruh ahli keluarga. Insya-Allah, kita akan dapat mengetahui punca sebenar yang telah meragut nyawa mendiang melalui siasatan yang sehabis telus dengan pembentukan Suruhanjaya yang sangat diperlukan ketika ini. Jika dalam banyak hal kita sering bercakap tentang integriti dan ketelusan , maka inilah ketika untuk membuktikannya.

Dari siasatan Suruhanjaya itu, rakyat berhak untuk mendapat maklumat penuh tentang apa yang sebenarnya telah terjadi. Sudah tentu andaian-andaian longgar yang sekadar mengesahkan, “mendiang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi” tidak boleh diterima. Saya berharap, jangan ada satupun fakta biarpun sejarum patah, yang sengaja ditinggalkan di dalam peti siasatan sewaktu mengendalikan pos mortem ke atas tragedi ini.

Dalam hal ini, semua pihak harus sedar bahawa melakukan siasatan dan bercakap benar adalah menjadi kewajipan. Jika tidak, di akhirat kelak, dari segi Islam semua orang akan tetap diheret juga untuk dipaksa bercakap benar.


Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud,

pada hari (itu) dibukakan segala rahsia. Maka sekali-kali tidak ada bagi manusia itu satu kekuatanpun dan tidak (pula) seorang penolong”- [ on the day when men’s consciences are searched (for belief, intention etc.) (at the moment) men shall have no power (to defend himself) and no helper.”] - ( Surah Ath Thaariq : Ayat 9 dan 10).


Sementara itu, teruskan bersabar dan kuatkanlah kesabaran.


Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS merangkap
Menteri Besar Kelantan

SUMBER:http://www.blogtokguru.com

Ketua Kampung Perak Saman Kerajaan Negeri


Peguam memberikan sedikit penerangan kepada Ketua-Ketua Kampong berhubunghasil perbicaraan sebentar tadi


22 Julai, Ipoh : Ketua-Ketua Kampong Negeri Perak yang dilantik oleh YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Bin Jamaluddin , telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Ipoh pagi tadi satu semakan kehakiman ; memohon relif-relif berhubung pemecatan atau penamatan perkhidmatan kesemua Ketua Kampong berkuatkuasa 16 April, 2009 oleh kerajaan Negeri Perak.

Status-Quo mereka ialah, mereka masih lagi
Ketua Kampong yang sah apabila Mahkamah
menerima affidavit mereka pagi tadi

Ketua Kampong Sungai Ati , Padang Rengas, Mohd Ridzuan Bin Asit telah menuntut bagi pihak diri sendiri dan sebagai mewakili kesemua Ketua Kampong berkenaan.Mereka telah diwakili oleh tiga orang panel Peguam.

Ketua-Ketua Kampong menuntut supaya mahkamah membatalkan keputusan dan tindakan Kerajaan Negeri untuk memecat ataupun menamatkan perkhidmatan mereka yang telah dilantik oleh YAB Dato' Ir Hj Mohammad Nizar dan menuntut untuk mendapatkan perintah mandamus yang mewajikan respondan (Kerajaan Negeri Perak) untuk melantik semula kesemua Ketua-Ketua Kampong dan Pengerusi JKKK sehingga 31.7.2010.

Peguam Yussuf Ali bersama Chan dikerumuni
pihak media selepas keluar dari bilik mahkamah

Mereka juga menuntut perintah deklarasi bahawa pemecatan mereka atau penamatan perkhidmatan tersebut adalah tidak sah, batal dan kosong dari segi undang-undang.

Mereka juga memohon untuk mendapatkan perintah injunksi untuk melarang Responden atau agen-agen Responden , atau pengkhidmat-pengkhidmat Responden dari melantik sesiapa yang lain sebagai Ketua Kampong ataupun Pengerusi JKKK ataupun memberi kepada kepada sesiapa yang lain hak-hak ataupun kuasa-kuasa Ketua Kampong ataupun Pengerusi sebelum 31.7.2010

Satu pertanda baik terukir melalui senyuman
dua peguam muda ini, Leong dan Chan

Hakim yang bersidang bersetuju untuk mendengar tuntutan-tuntuan tersebut termasuk tuntutan gantirugi atau gantirugi punitive, keterlaluan dan teladan untuk dibayar kepada pemohon dan kesemua Ketua Kamnpong yang terlibat.

Satu siasatan dan taksiran akan dibuat bagi menentukan gantirugi untuk dibayar kepada pemohon serta lain-lain relif yang Mahkamah anggap suaimanfaat.

Perbicaraan akan disambung pada 2 September akan datang - al-husseyn

Suruhanjaya Diraja Siasat Kematian Teo Biar Bebas-PAS


Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....