Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 29 Januari 2011

PRK Tenang : Cikgu Mala,Tangan Yang Menghayun Buaian Boleh Menggegar Dunia


Keputusan PAS-Pakatan Rakyat meletakkan calon wakil rakyat wanita pertama parti itu di Johor untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mencetuskan spekulasi pelbagai pihak.
Perkara yang digusarkan termasuk kewibawaan wanita untuk dipertanggungjawabkan membawa masalah rakyat ke sidang DUN Johor selain timbang semak dasar yang dibahaskan oleh kerajaan negeri itu.
Umno-Barisan Nasional (BN) pada awalnya turut membidas PAS dengan mempertikai pendirian parti itu meletakkan calon wanita, namun kepimpinan PAS melihat ianya bukan halangan dengan menambah bilangan kepimpinan wanita yang ada mewakili parti itu.
Namun di sebalik kebimbangan yang berlegar di kalangan pemimpin dan masyarakat tentang kebolehan wanita, PAS menyatakan pendirian bahawa pilihan terbaik untuk calon wakil rakyat di daerah itu adalah seorang wanita.
Berpegang kepada peribahasa 'Tangan yang menghayun buaian boleh menggegar dunia' PAS akhirnya memilih Normala Sudirman Anak kelahiran Muar, Johor itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Kemelah dan kemudian mengikuti kursus perguruan di Maktab Tuanku Bainun.
Memegang jawatan sebagai Naib Ketua Dewan Muslimat Johor dan Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.
Anak perempuan kepada Sudirman Suratman, bekas Ketua Peserta FELCRA dan bekas Pengerusi Koperasi FELCRA Sekijang dalam menifestonya ingin membawa suara rakyat tertindas khususnya peneroka-peneroka Felda di tiga tanah rancangan di daerah itu ke meja Dewan Undangan Negeri Johor.

PRK Tenang : Perubahan Wajah MCA Dan Wajah Sebenar DAP


Oleh : Ahmad Tajdid

RAMAI penganalisis politik menyifatkan keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang mempunyai signifikan tertentu dalam episod terkini politik tanah air. Ia menjadi penanda aras bagi BN mengukur kestabilan pengaruh di kawasan kebal yang dikuasainya khususnya negeri Johor. Di masa yang sama, Dun Tenang juga menguji kemampuan Pakatan Rakyat untuk menembusi kubu Umno dan BN yang telah berakar sejak lebih 50 tahun lalu.
Satu lagi aspek penting yang patut dilihat adalah perubahan ' rupa dan pendekatan' parti-parti dominan Cina dalam meraih sokongan masyarakat Tionghua dalam suasana real politik yang ada.
Aspek paling ketara dilihat sepanjang PRK Dun Tenang adalah perubahan pada rupa, wajah dan pendekatan MCA dalam memperdagangkan isu ketika berkempen. Di masa yang sama, komitmen tinggi yang ditunjukkan para pemimpin DAP dalam membantu calon PAS juga berjalan seiring dengan wajah dan pendekatan parti itu yang begitu kontradik dengan persepsi dan tanggapan majoriti masyarakat Melayu negara ini; khususnya yang mempunyai kecenderungan politik terhadap Umno dan BN.
MCA yang dikenali sebagai parti kerabat BN yang moderat, moden dan toleran dengan realiti masyarakat majmuk di negara ini tiba-tiba muncul sebagai sebuah parti 'ekstremis sekular' yang tidak langsung mahu menghormati adab, tatasusila dan ajaran agama (dalam konteks ini Islam sebagai agama rasmi negara). Ini dapat dilihat daripada isu bersalam calon PAS dengan pengundi lelaki, usaha menakut-nakutkan kaum Tionghua dengan konsep negara Islam dan momokan terhadap hukum syariah khususnya hudud pada kelompok pengundi yang sama.
Malah anak Presiden MCA yang mewarisi kerusi parlimen Labis daripada ayahnya, pergi lebih jauh dengan berbohong kononnya calon PAS, Normala Sudirman mempersoalkan tindakan seorang peniaga Cina yang menjual arak di kedai kopi yang diusahakannya. Chua Tee Yong @ Chua Jr bagaimanapun gagal memberikan sebarang bukti terhadap dakwaannya itu apabila dicabar PAS. Malah berdolak-dalih kepada media apabila diminta mendedahkan perkara sebenar.

Ahli Parlimen Padang Serai Umum Keluar PKR Jadi Ahli Parlimen Bebas


KUALA LUMPUR, 29 Jan — Ahli Parlimen PKR Padang Serai N Gopalakrishnan( gambar ) sebagaimana telah dijangkakan sejak awal tahun lalu mengumumkan keputusan keluar parti itu berkuat kuasa hari ini.
“Ya, saya melepaskan semua jawatan dan saya sudah keluar PKR... sekarang saya wakil rakyat Bebas,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider tengah hari ini.
Ketika ditanya sama ada akan menyertai mana-mana parti atau Konsensus Bebas, Gobalakrishnan berkata: “Buat masa ini saya akan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas, saya bergerak sendiri... saya Bebas.”
Sebelum ini beliau berkata tidak akan keluar parti, biar pucuk kepimpinan memecatnya ekoran kecaman keras terhadap parti.
Beliau menolak akan menyertai parti Kita yang kini diketuai oleh Datuk Zaid Ibrahim, yang November lalu turut keluar PKR.
Gobalakrishnan (gambar) juga menghadiri majlis pelancaran parti itu di ibu negara 19 Januari lalu.
“Saya tidak menyertai (parti Kita),” katanya lagi.
Menjawab soalan sama ada sudah memaklumkan PKR tindakannya, wakil rakyat itu menambah: “Parti sudah tahu, saya sudah membuat pemakluman menerusi blog (dan Twitter) dan juga media, mereka tahu.”
Pagi tadi bekas calon naib presiden PKR itu mengumumkan melepaskan semua jawatannya dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu.
Beliau yang juga ketua PKR cabang Padang Serai pada Mei lalu didenda RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Pulau Pinang kerana didapati bersalah terhadap pertuduhan menghalang anggota polis sebagai penjawat awam menjalankan tugas pada tahun 2002.
Dengan itu beliau berhadapan dengan risiko hilang kelayakan sebagai wakil rakyat. Rayuannya masih didengar.

Dari Wad 3 Hospital Daerah Besut


Salam...hari ni blog Tinta Hijau Dari Kaki Bukit di update dari Wad 3 Hospital Besut.Nak buat macamana terpaksa bergilir dengan isteri menjaga anak bongsu kami yang ditahan dihospital.
Walaubagaimanapun blog THDKB tetap akan diupdate seperti biasa.
Ambo tetap akan membawakan kepada anda berita2 terkini terutama perkembangan PRK Dun Tenang.
Kat sini ya Allah berukband celcom lembab gila.Tapi untuk update blog tu bolehlah,untuk upload video rasanya susah sikit...

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Terkini : Ahli Parlimen Padang Serai Lepaskan Semua Jwatan Dalam PKR


Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Gobalakrishnan, yang juga anggota Parlimen Padang Serai, mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam PKR. Pengumuman itu yang dibuat menerusi laman sosial twitter beliau, juga menyebut bahawa beliau akan meneruskan kerja-kerjanya melalui sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang baru.

Gambar : Ceramah Pakatan Rakyat Menjelang Hari Hari Terakhir Tempoh Berkempen Di Dun Tenang






Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....