Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 23 Januari 2010

SEJARAH BAZAR TOK GURU



Saya diminta Tok Guru membuat catitan sejarah tentang Bazar, Arked dan Pasar Lambak. Atas permintaan itu, saya perturunkan catitan ringkas ini.Imbang Penuh

Pertalian sejarah menguatkan azam Tok Guru untuk menempatkan para peniaga di tingkat bawah Bazar Tok Guru yang akan dibina.

Dua hari sebelum pilihanraya 2008, Tok Guru berucap di hadapan para peniaga kecil, bahawa menjadi hasrat beliau untuk membina satu bazar mercu tanda yang akan menjadi medan perniagaan baru para peniaga kecil di Kota Bharu. PAS mendapat kemenangan besar 2008 yang lalu.

Ada sebab sejarah Tok Guru berucap begitu pada hari itu.

Tiga tahun menjelang kemenangan besar bersejarah buat pertama kali Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990, jentolak-jentolak telah meranapkan gerai-gerai kecil peniaga ini buat selama-lamanya. Waktu itu dikenali sebagai Pasar Lambak. Lokasinya adalah di Medan Hijau di depan Bangunan UMNO Kelantan sekarang.

Jamuan Laksa Sambil Menderma Dewan Pemuda Pas Kaw.Besut

Gerai pendaftaran HIMPIT Besut/Setiu turut di sediakan
Sebahagian tetamu yang hadir
Sebahagian tetamu sedang menjamu selera
Jamuan laksa sambil menderma anjuran DPPKB dengan kerjasama Pemuda Dun Kuala Besut


Dewan Pemuda Pas Kaw. Besut telah mengadakan Majlis Jamuan Laksa Sambil Menderma membabitkan keempat empat Dun dalam Kawasan Besut.Bagi Dun Kota Putera dan Dun Jertih majlis diadakan pada Jumaat 22/Jan/2010.Sementara pada Sabtu 23/Jan/2010 Majlis membabitkan Dun Kuala Besut(Gambar Atas) dan Dun Hulu Besut.Tujuan Majlis di adakan antara lain adalah untuk mengisi Tabung Kewangan bagi membiayai aktiviti Pemuda Besut.Di samping itu kutipan yang di perolehi juga akan digunakan untuk membiyai peserta dari Besut yang akan menyertai Himpit Besut/Setiu.Jika di izinkan Allah kami dari Pemuda Besut akan berkonvoi motosikal ke Setiu dan penyertaannya mungkin mencecah 300 ke 400 orang.
Di kesempatan ini Pemuda Besut ingin merakamkan jutaan terima kepada semua tetamu yang hadir di keempat empat majlis anjuran kami.Terima kasih juga kepada semua yang terlibat menjayakan Majlis ini.Sebelum itu kami dari Pemuda Besut juga ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun kiranya program anjuran kami ini terdapat kekurangan dan kelemahan yang mungkin kami dari Pemuda Besut tidak menyedarinya.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Tok Guru Nik Aziz Beri Kata Dua Kepada Pemimpin Pakatan Rakyat

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi kata dua kepada gabungan parti dalam Pakatan Rakyat bahawa mereka akan dipulau atau sebaliknya oleh rakyat jika mengamalkan gejala tidak sihat, seperti cah keting, kronisme dan rasuah serta tidak prihatin kepada rakyat.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, sejarah telah membuktikan bahawa sesebuah parti tidak kekal dan diterima rakyat selamanya jika pemimpinnya tidak menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

"Saya memberi ingatan kepada pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat supaya mereka menunaikan tanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat dan tidak melakukan perkara buruk seperti cah keting, kronisme, rasuah dan sebagainya.

"Sebaliknya, mereka akan terus diterima rakyat dan menjadi sebuah kerajaan yang berwibawa," katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan Anggota Parlimen Kapar, Selangor, di kediaman rasminya di JKR 10, di sini hari ini.

Hadir sama, anggota Parlimen kawasan itu, S. Manikavasagam dan Ketua PKR cawangan Kapar, Mohd Bakir Abd Wahab. - BERNAMA

Presiden PAS dan Tun Salleh sertai pidato royalti minyak Ku Li

KOTA BHARU, 23 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dimaklumkan akan turut serta dalam perhimpunan khas royalti minyak 28 Januari ini di Stadium Sultan Mohamad Kota Bharu. Perhimpunan yang akan bermula dengan Solat Maghrib yang bakal diimamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu akan mendengar pidato khas Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Pengerusi Petronas.

Pidato anggota Parlimen Umno dari Gua Musang itu sangat penting kerana beliau adalah pihak yang berjanji bagi pihak Petronas untuk membayar 5 peratus royalti kepada kerajaan negeri Kelantan jika minyak dibawa keluar dari perairan negeri ini.

4 ditahan berkaitan kes bakar surau di Muar


Empat orang ditahan di Johor kerana dipercayai terbabit dalam kes membakar surau di Muar dua hari lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mereka yang ditahan itu berusia antara 16 hingga 28 tahun.

Seorang daripada mereka yang ditahan itu dipercayai anak seorang anggota polis.

Pada 21 Januari lalu, dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi.

Kebakaran pertama berlaku di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar manakala yang kedua di Surau Parit Beting di Jalan Salleh yang jaraknya kira-kira dua kilometer.M'kini


Pengerusi Gerak sertai PKR esok



PETALING JAYA — Jika pengerusi pertama Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) menyertai Umno dua tahun lalu, penggantinya Mohd Nazree Mohd Yunus pula akan melangkah ke Parti Keadilan Rakyat (PKR), esok.

Nazree, 26, yang sebelum ini turut disebut-sebut akan mengikut langkah Ezam menyertai Umno, dikatakan sudah memutuskan untuk menganggotai PKR.

Perkara itu yang sepatutnya diumumkan pagi ini hanya akan dimaklumkan kepada umum tengah hari esok.

VIDEO PERISYTIHARAN KEMANGKATAN SULTAN JOHOR




Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat pada 22 Januari 2010 (Jumaat malam) selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.


Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru selepas dimasukkan ke hospital itu kerana gering.Kemangkatan Baginda di istiharkan oleh MB Datuk Sri Abd Ghani Othman.SUMBER

YBK Tidak Bertanggungjawab - MB Selangor





Ugutan Yayasan Basmi Kemiskinan kepada kerajaan negeri yang mahu menyerahkan pengurusan tanahnya kepada Amanah Raya Berhad adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.

Setelah beberapa kali kerajaan negeri mendesak YBK mengemukakan laporan kewangan tahunannya, Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Sakom menyatakan ia sudah diterbitkan di laman sesawang YBK.

Bagaimanapun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan laporan itu hanyalah berkaitan aktiviti tahunan YBK dan menyifatkan Zainal cuba berdalih.

“Zainal Sakom cakap, saya dah terbitkan akaun, tulis akaun, boleh jadi orang Umno tak tahu baca akaun, saya reti baca akaun, dalam akaun tak ada tulis ini, u tak ada cerita, besok tanah hilang, duit semua hilang, saya tanya mana itu akaun, lepas tu dah takut dah, saya serahkan kepada amanah raya, bukan kerana apa, serahkan kepada kerajaan negeri, kita bagi kepada rakyat”, kata Abdul Khalid.

Beliau berucap demikian dalam Forum Rakyat di Cheras malam semalam.

Menurut Tan Sri Khalid, sebelum ini YBK cuba menukar status tanah seluas 1,300 ekar di Serendah dari pertanian kepada komersil dengan tujuan membina bangunan komersial.

YBK kemudian menukar perancangan menjadikan kawasan berkenaan sebagai tapak kampus Universiti Teknologi MARA.

Bagaimanapun tindakan itu mencurigakan kerana tanah terbabit cuba dijual pada harga yang rendah berbanding harga pasaran semasa.

“Dia nampak sombong pula, sekali rupa-rupanya sombong itu kita tengok kerajaan negeri Selangor bukannya bagi sikit-sikit, dia bagi 1,300 ekar tanah di Serendah dekat kawasan Proton, 1,300 ekar tanah dengan janjinya dulu nak dibagi RM600 satu ekar, tak lebih dari RM0.20 satu kaki persegi, jadi kita kata, kalaupun Yayasan Basmi Kemiskinan itu pun tidak pejam mata jual tanah itu, dia jual tanah itu kalau tanah pertanian sekurang-kurangnya RM1.20 satu kaki, ataupun RM60 ribu satu ekar, kalau dijual RM60 ribu satu ekar, nilainya ialah lebih RM70 juta.

“Lepas itu minta kerajaan negeri bukan bagi kawasan pertanian, katakan kawasan perumahan dan nak buat bangunan komersial, kalau komersil harga RM10 sekaki, dekat Cheras pun tak dapat RM10 sekaki, RM10 sekaki ialah RM400 ribu satu ekar, RM400 ribu darab dengan 1,300 ekar, RM500 juta, jadi dulu boleh jadi Khir Toyo tak tahu kira, sanggupkah negeri Selangor membiarkan RM500 juta itu dengan cara tidak terkawal, Umno kata boleh tapi Pakatan Rakyat dan Keadilan kata tak boleh, ini hak rakyat”, katanya lagi. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

Sultan Johor Mangkat (Biodata Baginda Di Sertakan)

JOHOR BAHARU, 22 Jan — Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.
Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di sini malam ini.
Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri.
Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.
Tiga tahun kemudian pada 15 Nov 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....