Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 23 Februari 2012

Terjemahan Penuh Debat Lim Guan Eng Dan Chua Soi Lek


Oleh Lim Guan Eng


Adakah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berani mendedahkan sepenuhnya teks ucapan perbahasannya dengan saya pada 18 Februari 2012 dalam Bahasa Malaysia agar rakyat Malaysia dapat baca sama ada MCA bersikap perkauman serta melancarkan serangan peribadi bukan sahaja terhadap saya dan mantan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat?

Hari ini, saya telah mengumumkan teks ucapan dan transkrip perbahasan saya dengan Chua yang bertajuk, “Adakah Sistem 2 Parti Akan Menjadi Sistem Dua kaum?”. Ini adalah untuk menjawab usaha media massa yang dikuasai BN, yang putar belit ucapan saya dengan fitnah. Pada 21 Februari 2012 suratkhabar milikan MCA, The Star telah meminta maaf kerana fitnah dalam artikel Baradan Kuppusamy di bawah tajuk All hype but no climax? yang cuba mengindahkan Chua.

Teks ucapan ini adalah penting untuk menangkis tuduhan puak rasis dan ekstremis yang cuba menggambarkan parti berbilang kaum seperti DAP sebagai parti perkauman sedangkan sebenarnya parti MCA adalah parti perkauman sama seperti UMNO dan MIC. Teks ucapan penuh adalah seperti berikut:-

Pendahuluan, Lim Guan Eng:

Pertama sekali saya ingin mengucap terima kasih kepada penganjur kerana melangsungkan debat televisyen ini. Debat televisyen mencipta satu bab yang baru dalam politik demokrasi Malaysia kerana ia merupakan satu sifat penting dalam kemajuan demokrasi. Saya berharap mulai hari ini, debat televisyen akan menjadi satu fenomena umum yang lumrah dalam sistem demokrasi Malaysia seperti di Eropah dan Amerika Syarikat.

PAS dedah skandal jual beli tanah di Iskandar Malaysia

JOHOR BARU: PAS negeri mendedahkan ada syarikat pemaju yang membeli tanah dengan harga lebih rendah di Iskandar Malaysia tetapi tidak melabur di kawasan tersebut.

Syarikat itu membeli tanah kononnya untuk membuat pembangunan tetapi sebaliknya telah menjualnya kepada syarikat lain untuk mendapatkan keuntungan mudah.

Timbalan Pesuruhjaya PAS, Zulkifli Ahmad mendedahkan perkara ini berdasarkan pemantauan sejak tiga tahun lalu  oleh pasukan petugas PAS terhadap pembangunan di Iskandar Malaysia itu.

Modus operandi mereka ialah membeli tanah di kawasan tertentu tetapi menjualnya kepada syarikat lain dengan harga lebih tinggi untuk mendapat keuntungan.

“Bagi menampakkan mereka mahu melabur di Iskandar Malaysia, mereka membuat pengumuman mengenai perkara tersebut di media-media massa.

“Tetapi yang sebenarnya tidak ada pelaburan, mereka cuma mahu keuntungan dari penjualan tanah,” katanya ketika dihubungi.

Iskandar Malaysia diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2005 meliputi beberapa daerah utama Johor

Pembangunan Iskandar Malaysia yang mengikut acuan Shenzen, China dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.

Bai'ah : Tok Guru Nik Aziz Bidas Mahathir

Untuk besarkan KLIK pada IMEJ

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyifatkan amalan bai'ah atau sumpah taat setia dalam parti itu hanya untuk kepentingan pemimpin yang mempunyai matlamat tertentu.

Menurut Nik Abdul Aziz, kenyataan bekas perdana menteri itu merupakan satu tuduhan yang tidak berasas.

"Ia semacam mentohmahkan cara bai'ah PAS sebagai ketaksuban kepada pemimpin dan tidak kepada Allah.

"Sebenarnya PAS tidak mengamal sebegitu. PAS mengajar ahli dan pemimpinnya berbai'ah tetap kepada Allah dan Rasul serta kepatuhan kepada rukun berjamaah dan bukannya pemimpin," katanya menerusi status facebook di sini, Khamis.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir pada Rabu yang mengecam cara amalan bai'ah PAS kerana menurutnya sumpah seumpama itu hanya boleh dibuat kepada Allah dan bukannya kepada pemimpin mereka yang hanya berminat untuk menang pilihan raya.

Menurut Dr Mahathir, jika manusia biasa membuat bai’ah atau lafaz taat setia sesama manusia atau parti, mereka mempunyai kecenderungan melanggar lafaz yang telah dibuat.

Bagaimanapun tegas menteri besar Kelantan itu lagi, Dr Mahathir melakukan tafsiran yang salah mengenai amalam bai'ah PAS kononnya parti itu meletakkan kepentingan pemimpin dan matlamat peribadi sebagai keutamaan.

"Jelas sekali Dr Mahathir sudah tersasar dalam menterjemahkan PAS sebagai sebuah gerakan politik Islam yang meletakkan akidah perjuangan Islam sebagai keutamaan," katanya.Mstar

Video : Anak Mahathir Antara 40 Individu Terkaya Malaysia 2012

Anak Mahathir tersenarai ditangga ke 13 dari 40 individu terkaya di Malaysia 2012



Jumlah kekayaan 40 individu terkaya di Malaysia susut tahun ini kesan daripada krisis kredit global dan kelemahan pasaran ekuiti.

Menurut Malaysian Business keluaran 16 Februari, jumlah aset 40 taikun itu secara kolektif, turun tujuh peratus daripada 206.37 bilion ringgit tahun lalu kepada 193.2 bilion ringgit sehingga 20 Januari 2012.

Meskipun dengan penurunan kekayaan 8 peratus Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok kekal terkaya dengan nilai aset RM45.7 bilion.

Disusuli taikun telekomunikasi Tan Sri T Ananda Krishnan dengan nilai aset RM42.99 bilion.Di tempat ketiga Pengerusi Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow RM12.64 bilion. Pengasas Kumpulan IOI pula pada kedudukan ke-4 dengan aset RM11.36 bilion.

Di tempat ke-lima Pengerusi Yayasan Albukhary Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dengan aset RM9.53 bilion.Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia pula kekal orang ke-6 terkaya asetnya RM 8 bilion.

Menanti debat Anwar-Najib

 Oleh : Ahmad Lutfi Othman
 
Saya langsung tidak berminat dengan polemik siapa pemenang dalam debat di antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek, jam 5 petang, 18 Februari, di Hotel Berjaya, Kuala Lumpur, yang disiarkan secara langsung oleh Astro.

Akhbar harian, termasuk The Star  (pedulikan paparan Utusan Malaysia dan Berita Harian yang dikontrol Umno), tidak dapat menyembunyikan keghairahannya untuk mempolitikkan event yang bersejarah itu bagi kepentingan pemiliknya, MCA. The Star turut mengada-adakan kenyataan yang tidak dilafazkan Lim.

Lim ternyata tidak mendapat liputan adil, termasuk oleh akhbar Cina terlaris, Sin Chew Daily, apabila Chua disifatkan lebih terserlah, walaupun hakikatnya Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak mahu terperangkap dengan permainan Presiden MCA yang gemar melakukan serangan peribadi.

Bagi Lim, debat seharusnya merupakan satu pertandingan yang berlandaskan idea, cita-cita dan prinsip. Bagaimanapun, kepada saya, sikap penonton yang agak emosional, terutama ketika mengemukakan soalan kepada Lim dan Chua, adalah lumrah dan dipercayai akan menjadi lebih matang jika amalan perbahasan seumpama ini dapat dilazimkan dalam budaya politik Malaysia.

Sebenarnya perdebatan sejam, yang berjalan dalam bahasa Cina, tetapi dialih bahasa secara langsung ke bahasa Melayu oleh Astro Awani, bertajuk "Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem dua-parti menjadi sistem dua-bangsa?" itu sendiri sudah merupakan satu kejayaan dan perlu diteruskan.

Di kala kebebasan bersuara di televisyen dikuasai mutlak Umno-BN, tradisi debat wajar diperluaskan khususnya menjelang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13, bagi membuka ruang awam yang lebih kondusif agar rakyat dapat membuat penilaian dan pilihan dengan lebih tepat.

Apatah dalam situasi Pakatan Rakyat sentiasa dinafikan hak untuk akses kepada media; mereka hanya berpeluang menemui rakyat melalui saluran yang sememangnya sukar disekat oleh elit penguasa, iaitu media baru. (Saya teringat  tuntutan asas Bersih, iaitu akses media yang bebas dan adil, juga masa kempen minimum 21 hari).

Malang sekali apabila medium tradisi yang dimanfaatkan Pakatan, khususnya program ceramah, turut disekat, bukan sahaja oleh kesukaran mendapat permit polis dan kepayahan mencari lokasi sesuai, malah Umno kembali mempromosi budaya samseng, dengan tindakan ganas untuk menakutkan masyarakat Melayu.

Insiden terkini melibatkan majlis ceramah Anwar Ibrahim di kawasan Parlimen Sembrong, Johor, yang diwakili Menteri Dalam Negeri, pada 19 Februari lalu. Kereta yang dinaiki Ketua Pembangkang itu diserang  kira-kira 200 "samseng berbayar" mengakibatkan remuk cermin depan dan kemek pintu belakang di sebelah kanan.

Video : Demo Anti Israel Di Perlabuahan Klang



Sekumpulan NGO dan aktivis mahasiswa hari ini ( 22/Feb/2012 ) berhimpun di Westport dekat Pelabuhan Klang bagi membantah dakwaan akses kapal Israel di situ.

Kumpulan kira-kira 80 orang yang diketuai Ketua Penyelaras Jingga 13 Fariz Musa itu berhimpun sejam sambil melaungkan slogan anti-Israel.

Perhimpunan itu berlangsung aman dan hanya diperhatikan kira-kira 20 anggota polis yang bertugas.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....