Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 5 Disember 2012

Gambar : Ceramah Merdeka Rakyat Diganggu Seorang Cedera Ditikam

 Pemuda Umno cuba menganggu ceramah Merdeka Rakyat di Gombak

Provokasi Pemuda Umno dengan memasang bendera BN
  
Gangguan samseng Umno terhadap aktiviti Pakatan tidak pernah ada kesudahan
 Cedera dibahu akibat tusukan benda tajam
Kesan tikaman oleh samseng Umno
 Anggota FRU yang dikerah untuk mengawal keadaan
 Sebahagian orang ramai yang mahu mendengar ceramah tetapi diganggu

GOMBAK 5 DISEMBER: Seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera ditikam samseng Umno pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Parlimen Gombak malam tadi.

Mangsa luka di bahu kiri akibat tikaman yang dipercayai menggunakan senjata – kerambit, sebelum dirawat petugas KEADILAN.

Ia berlaku ketika sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini.

Kumpulan samseng Umno yang sebahagiannya didakwa sebagai pesilat, selain berbuat bising menggunakan kata kesat turut melempar batu ke tapak ceramah.

Mengulas kejadian itu ketika berpidato, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras perbuatan zalim itu.

“Ikut sejarah Islam, yang baling batu ini siapa? Puak Jahiliyah!” katanya yang turut mendesak polis menjalankan siasatan sehingga pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan.

“Kalau tak ambil tindakan, saya sendiri datang cari Ketua Polis (Daerah) Gombak,” katanya dengan nada tegas.

Beliau juga meminta penyokong Pakatan tidak membalas kezaliman itu, sebaliknya menjaga akhlak dan istiqamah dalam perjuangan.

“Kalau kita pun balas baling batu, kita sama dengan mereka. Kita nak menang jaga akhlak, Kita nak menang pertahan Semangat Perlembagaan” katanya.KD

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam. Saya berasa sedih sebab kita orang Melayu bergaduh sesame sendiri. Siapa ketawakan kita? Bangsa Asing!!! Kita sepatutnya bersatu – Orang Melayu beragama Islam dan Pemilik Negara yang kita sayangi ini.. Musuh kita bukan sesame Islam dan Orang Melayu. Ini mesti disematkan didalam HATI SANUBARI KITA. SIAPA YANG MENANG JIKA KITA BERGADUH DAN BERBUNUHAN SESAMA SENDIRI (NAUZUBILLAH HI MIN ZALIK}?? Jangan tuduh menuduh. Semua pihak kata dia benar. Tanya mengikut Islam patut ke angkara tersebut berlaku. Semua pihak mesti sedar yang angkara tersebut adalah salah dan bertentangan dengan Islam. Kita WAJIB BERSATU UNTUK ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MELAYU YANG KITA SAYANGI INI.

Tanpa Nama berkata...

Salam. Saya ingin tanya pembaca blog ini sedar atau tidak Orang Melayu adalah golongan MINORITI di negara ini. Walau pun jumlah kita ramai tetapi kita bukan majoriti. Kenapa? SEBAB KITA TELAH BERPECAH TIGA.Sebab kita berpecah belah nak luluskan undang-undang apa pun kita tak boleh. Janganlah mimpi nak laksanakan Hudud atau undang-undang Islam yang lain. Sebab itu saya berasa sedih. KENAPA KITA TAK BERSATU? ADAKAH HATI PERUT ORANG ISLAM MELAYU LEBIH TERUK DARIPADA ARAB JAHILIAH? Berasaskan Islam yang dibawa Rasullullah saw mereka dapat disatukan. Marilah kita bersatu semula untuk SELAMATKAN ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MELAYU INI.AMIN.

TAUSUG SEMENANJUNG berkata...

tak payah bersatu dengan puak yang tak menghormati hak orang lain.. PERGI JAHANAM LAH UMNO...

Tanpa Nama berkata...

BERSATU UNTUK ISLAM...KITA BERSAMA PAS, BUKAN BERSAMA PUAK UMNO KEPARAT KURANG AJAR DAN SAMSENG TUUU...MUKMIN DAN FASIK MEMANG TAK AKAN BERSATU.

Tanpa Nama berkata...

melayu umno yang nak da bersepai.
daripada bersatu dengan melayu umno lebih baik bersatu dengan cina islam

Tanpa Nama berkata...

kepada dok fikir MELAYU DAN ISLAM itu mentaliti HASAN ALI... fikirlah KEADILAN ISLAM SEJAGAT... ISLAM untuk mendamaikan semua bangsa termasu korang kafir ISLAM FOR ALL macam slogan PAS bawa... saya yakin 100% kepada pemimpin2 PAS, pemimpin UMNO sedikit pun saya tak yakin dengan kejujuran mereka. teruskan perjuangan Pakatan Rakyat.. kamu di pihak yang benar.

Tanpa Nama berkata...

sanggup tikam saudara seagama lepas tu nak ajak bersatu pula, porahhh la umno, orang kedah kata: tak kelapag kat umno, perangai huduh.

Tanpa Nama berkata...

ceh , kalau org dengar bunyi macam org UMNO TOTOK nak suruh org bersatu...eh eh kami melayu nak sangat bersatu...TAPI BUKAN DALAM UMNO....AMACAM, BOLEH???? kah kah kah kah kah....macam2 perangai keluar time time dah nak nak KARAM ni yeee....takpa...kami paham....

DDepak adik angkat kak ros berkata...

Kalau dah perangai macam lanun, elok buatkan solat hajat mintak mamposss mat rempit umeno tuu. Tak pon mintak doa biar mampos kena langgar lori balak!

Tanpa Nama berkata...

Salam. Kita mesti fikir jauh. Jangan ikut perasaan. Kalau tak bersatu akhirnya siapa rugi. PAS, UMNO dan Melayu PKR yg rugi. Saya tak mahu Melayu diNegara ini rugi dan jadi macam Melayu dinegara di selatan negara kita. MELAYU merempat di negara sendiri. Kerana berpecah kita terpaksa tunduk ditekan bangsa lain.UMNO dgn kerenah dan demand MCAnya. PAS terpaksa tukar objektifnya dpd Negara Islam dan Hududnya kpd Negara Berkebajikan. Kiri kanan Melayu yang rugi. Bangsa asing tunggu saja bila kita lemah dia BERSATU SEMULA. Itu strategi mereka. Mereka "berpecah" - MCA, DAP, Gerakan untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Bila Melayu lemah mereka bersatu semula. Masa tu kita akan di tekan. Contoh sudah ada. Kita kaji sejarah negara jiran kita. Grand Plan mereka ialah untuk meyatukan negara kita dgn negara jiran. Bila berlaku MEREMPATLAH ORANG MELAYU DI NEGERI SENDIRI. Saya tak rela berlakunya keadaan tersebut kpd kita dan Negara kita. NAUZUBILLAH HIMIN ZALIK.

Tanpa Nama berkata...

Sedih Melihat Nasib Agama Islam, Masa Depan Orang-Orang Malayu dan Cucu Cicit Kita Dan Negara Kita Yang Kita Cintai Ini BINASA.

Apa yang saya nampak kita orang-orang Melayu akan membinasakan diri kita sendiri, agama Islam dan masa depan cucu cicit keterunan kita.

PUNCANYA ADALAH PERPECAHAN DIKALANGAN ORANG-ORANG MELAYU ISLAM ITU SENDIRI.

Kita perlu kaji sejarah negara jiran di selatan Semenanjung Malaysia. Asalnya Pulau itu milik Melayu. Melayu yang memerintahnya. Bila berlaku perpecahan dikalangan orang-orang Melayu di situ Bangsa Asing dapat menguasai negara tersebut. ORANG MELAYU DI NEGARA ITU HIDUP MEREMPAT DI NEGARA YANG PADA ASALNYA ADALAH MILIK MEREKA.

DIANTARA KESAN BURUKNYA ADALAH:

1) Tak mungkin orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri di negara tersebut.
2) Tiada juruterbang/pilot Melayu bagi pesawat pejuang tenteranya.
3) Azan tak bolek kuat dan speaker mesti menghala kedalam masjid
4) Saluran TV kegemaran orang Melayu tidak dibenarkan mengucap “Assalammualaikum” semasa memulakan apa jua rancangan
5) Dalam tentera kalau orang Melayu dapat jadi Sarjan sudah kira bernasib baik
6) Bila menghantar alatan-alatan tentera - tentera daripada Orang Melayu tunggu di gate sahaja dan tidak dibenarkan masuk kedalam pengkalan.
7) Penduduk-penduduk Melayu dipecah-pecahkan supaya tidak kuat.
8) Bangsa yang sama dengan pemerintah dibiarkan/digalakkan untuk menjadi rakyat negara tersebut. Ini terus menenggelamkan majoriti Melayu disana.

Apa yang menyebabkan berlaku keadaan tersebut ialah PERPECAHAN DIKALANGAN ORANG-ORANG MELAYU.

MAHUKAH KITA KEADAAN TERSEBUT BERLAKU DI NEGARA KITA???

Sebenarnya penindasan dan tekanan terhadap Orang-Orang Melayu secara halus telah pun mula berlaku di salah sebuah negeri di Negara kita ini. Negeri tersebut diperintah oleh Kembar Siam negara selatan.

JANGAN BIARKAN KEADAAN TERSEBUT BERLAKU DI NEGARA KITA INI!!!

Kehancuran Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara ini boleh dielakkan!!! Bagaimana?




ORANG MELAYU MESTILAH BERSATU

Jangan kira Parti – PAS, UMNO atau PKR. KITA BERSATU ATAS DASAR KITA ORANG ISLAM DAN ORANG MELAYU.

Bila bersatu kita tidak perlu “MEMINTA SEDEKAH UNDI UNTUK MEMERINTAH NEGARA KITA INI”

Hukum apa pun boleh kita laksanakan – UNDANG-UNDANG ISLAM, HUDUD dan sebagainya boleh kita laksanakan sebab KITA BERSATU DAN KITA MAJORITI.

Sekarang ni baik parti apa pun PAS, UMNO, PKR tak mungkin dapat melaksanakan Undang-Undang Islam OLEH KERANA KITA BERPECAH. Ini memang di sukai oleh bangsa asing. JANGAN KITA MELUTUT KEPADA MEREKA.

Ingat perintah Allah dan Rasullullah saw. Kita ORANG ISLAM mestilah bersatu barulah kita kuat.

SAYA CABAR PEMIMPIN PAS, UMNO DAN MELAYU DALAM PKR SUPAYA SELAMATKAN ISLAM, ORANG MELAYU DAN KETURUNAN KITA.

KETEPIKAN KEPENTINGAN DIRI SENDIRI DAN BERJUANGLAH UNTUK ISLAM, BANGSA MELAYU/KETURUNAN KITA DAN NEGARA KITA.

“BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH”
Ingat “Mereka Berpecah” Untuk Menguatkan Kedudukan Mereka.

Jangan Perpecahan Kita Mengjahanamkan Agama Islam, Bangsa Melayu Dan Negara KITA.

INGAT “GRAND PLAN” MEREKA UNTUK MENYATUKAN NEGARA KITA DENGAN NEGARA DI SELATAN TANAH AIR. JIKA BERLAKU MEREMPATLAH ORANG MELAYU DI NEGARA SENDIRI

Saudara Ikhlas Memperjuangkan Islam, Bangsa Melayu Dan Negara Melayu ini ??? Tolong Sebarkan Nota Ini.

Tanpa Nama berkata...

Semua pihak kata dia baik dan pihak lawan yang buruk. Allah Maha Mengetahui. Saya bedoa dan berserah kepada Allah untuk memberi kemenangan kepada pihak yang akan dapat menyelamatkan ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYU INI didalam PRU 13 yang akan datang. Amin.

Tanpa Nama berkata...

aper de..
suasana kalut ni kalau nak banding ngan beribu2 peristiwa setan telah mentertawakan manusia disepanjang zaman dan dimerata tempat. yang jelasnya nanti kita berbondong2 ke neraka mengekori kepimpinanan dari mereka yang bodoh didunia. bagai gerabak2 keretapi. siapa yang peduli kalau tak diri sendiri berserta safaat junjungan SAW.
tak ramai kepimpinan sebegini yang sedar tanggung jawabnya atas kekalutan anak buahnya yang kian sasau tanpa belaian kasih. mereka;untuk melihat malaysia secara nyata dan bukan fatamorgana buat menjayakan islam pun jadi kemuskilan ..inikan pula mendabik tidak tergolong dalam kejahilan.

1946 oprioti

Tanpa Nama berkata...

Macam mana nak bersatu,org islam sendiri terang-terang tolak hukum Allah.Dahlah tolak dihinanya pula hukum Allah dalam akhbar2..mereka ini layak dihina sehina2nya.Tak payah bersatu sesama bangsa,bersatulah sesama islam.Sikit2 bangsa,sikit2 bangsa,umno cukup suka sangat dengan bangsa..boleh jalan daaa...

Tanpa Nama berkata...

THE GRAND PLAN


Salam. Alhamdulillah saya dah lama hidup di negara kita ini. Sepanjang tempuh tersebut sekarang ini lah saya nampak berapa parahnya persaudaraan orang-orang Melayu/Islam sesame sendiri (ada yang tak mahu di panggil Bangsa Melayu. Panggil Bangsa Islam. Dalam al-Quran pun Allah ada sebut bangsa Arab, Yahudi dll lagi).

Bila nak PRU kali ini saya gerun sebab jika kita orang Melayu/Islam tidak insaf kita akan berbunuh sesame sendiri (Nauzubillah Hi Min Zalik). Mungkin mereka yang menulis didalam blog-blog terdiri daripada anak-anak muda yang begitu mengikut perasaan, kurang terdedah kepada sejarah dan factor-faktor lain. Ini bukan nak merendahkan mereka. Begitulah sikap anak-anak muda. Kalau saya muda saya pun berkemungkinan bersikap sedemikian.

Sebagai “orang tua” saya terpanggil untuk menulis beberapa perkara yang saya harap anak-anak muda dan saudara sekalian akan memikirkannya secara teliti dan mendalam. Tolak perasaan dan ketepikannya dahulu.

Dasar penjajah memanglah nak memecahbelahkan rakyat dinegara takluknya supaya senang diperintah. Di negara kita yang didiami orang Melayu telah dibawa masuk Bangsa Cina dan India.

Orang Melayu (majoriti) serta Cina dan India telah bersatu untuk mendapatkan kemerdekaan. Alhamdulillah kita telah Merdeka pada tahun 1957. Oleh kerana Melayu majoriti, bangsa lain ikut setuju apa yang diutarakan oleh Orang Melayu. Tetapi tetap terpendam didalam hati mereka cita-cita untuk menguasai pemerintahan negara ini.

Berbagai strategi telah dirancang dan digunakan mereka. Umpamanya “strategi sokong dan hentam.” Di wujudkan dua kumpulan satu bersama dengan orang Melayu yang memerintah (menyokong) dah lagi satu yang menghentam. Strategi ini sungguh efektif. Sedikit demi sedikit kuasa Orang Melayu terhakis.

Apabila Singapura merdeka ia telah bersatu dengan Malaysia. Tetapi oleh kerana lain pendirian Perdana Menteri Lee Kuan Yew dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman maka Singapura telah menarik diri keluar daripada Malaysia.

Tindakan keluar Singapura merupakan satu kesalan yang amat sangat kepada Lee Kuan Yew. Kalaulah dia sabar sudah tentu Negara Singapura lebih besar lagi daripada sekarang. Alhamdulillah Allah telah selamatkan negara kita, Islam dan Orang Melayu daripada MEREMPAT DI NEGARA SENDIRI seperti orang Melayu disana sekarang ni. Tetapi cita-cita negara yang lebih besar ini masih terpendam dihati mereka.

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan langkah pertama untuk mengambil kuasa negara ini. Alhamdulillah KERANA ORANG MELAYU BERSATU CUBAAN TERSEBUT GAGAL.

Mereka sedar kalau Orang Melayu bersatu mereka takkan dapat menguasai negara ini. Kalau nak berjaya PERPADUAN ORANG MELAYU MESTILAH DIHANCURKAN .

Sebab itulah mereka bersatu dengan PAS dan PKR. Mereka tahu PAS tak ngam dengan UMNO/BN. Kalau tiada UMNO/BN hendak ke DAP bersatu dengan PAS?

Sekarang mereka duduk tepi gelanggang dan tengok orang Melayu PAS dan UMNO bergaduh dan berbunuh sesame sendiri. Bila Orang Melayu/Islam BERPECAH senang mereka ambil alih pemerintahan negara ini sebab mereka majority dan Melayu/Islam minoriti.

Keadaan ini akan jadi lebih teruk lagi sebab mereka akan bersatu dengan negara jiran kita. Masa itu kitalah jadi minoritI dan mereka majoriti. ORANG MELAYU/ISLAM AKAN HIDUP MEREMPAT DINEGARA SENDIRI.

INI YANG HARUS KITA INGAT DAN HINDARI. SEBAB ITU SEMUA ORANG MELAYU/ISLAM MESTI BERSATU. JANGAN KIRA PARTI. KIRA KITA ORANG ISLAM/BANGSA MELAYU DAN BERSATU MENCEGAH DARIPADA TERLAKSANANYA “GRAND PLAN” TERSEBUT”

“Grand Plan” ini akan dapat digagalkan bila Bangsa Melayu/Islam bersatu. Jika tidak terkuburlah Orang Melayu PAS, UMNO dll.

KALAU TAK BERSATU SAYA ANGGARKAN PALING LAMA ORANG MELAYU/ISLAM DAPAT MEMERINTAH NEGARA INI IALAH 10 TAHUN LAGI.

Allah selamatkan kita daripada BALA TERSEBUT.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....