Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 16 Ogos 2012

Dua Kawasan Maut Buat BN Di Terengganu

KUALA NERUS - Bendahari PAS Terengganu berkata PAS telah mengenal pasti dua kawasan ‘hitam’ bagi Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang, iaitu kawasan parlimen Marang dan Kuala Nerus

Menurutnya laporan bahagian risikan menyatakan PAS mempunyai peluang yang cerah dan berupaya menguasai kedua-dua parlimen sekiraya kerja yang bersungguh-sungguh dilakukan oleh petugas PAS.

Katanya, makluat tersebut adalah berdasarkan laporan yang dibuat oleh bahagian risiskan.

“Laporan yang dibuat oleh beberapa agensi risikan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) melaporkan kekuatan Umno di Terengganu seimbang dengan PAS.

“Dua kawasan yang Umno lemah iaitu di Marang dan Kuala Nerus. Sebab itu, Najib (Perdana Menteri) kerap sangat datang ke Terengganu di kawasan Marang dan Kuala Nerus.

“Kita (PAS) kena gunakan peluang (laporan) ini untuk perkemaskan jentera kita dan menguasai pada pilihan raya akan datang, Insya’Allah,” jelasnya pada Majlis Iftar anjuran Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Tepoh, di Pusat Khidmat Dun Tepoh, Tok Jiring, 13 Ogos lalu.

Beliau selaku Yang Dipertua PAS Kuala Nerus menyarankan agar kedua-dua kawasan tersebut dijadikan kawasan ‘maut’ buat Umno-BN Terengganu.

Justeru, katanya keempat-empat Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kuala Nerus ini bakal dimenangi oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Pengerusi MTD Tepoh, Ustaz Abu Bakar Abdullah serta Ahli Jawatankuasanya.BO

Video : Kenyataan Terkini Ust Nasharudin Mat Isa



SHAH ALAM – Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menegaskan beliau tidak ada niat untuk masuk Umno, sekali gus menafikan tanggapan banyak pihak bahawa kemunculannya di Makkah pada majlis Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin sebagai tanda akan melangkah ke parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

“Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk Umno.Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuk lah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan.

“Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah,” kata beliau dalam satu kenyataan petang ini.SH

'Fatwa' kafir harbi bukti Umno guna agama untuk politik


SHAH ALAM: PAS Selangor bertegas bahawa Umno sudah tidak bopleh dijadikan tempat bergantung umat Islam yang cintakan kepada agamanya.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, Umno sepatutnya sebagai sebuah parti pemerintah harus membuat penjelasan secara konsisten tentang Islam agar difahami oleh semua termasuk bukan Islam.

Namun malangnya, Umno lebih gemar mengelirukan rakyat dengan fatwa songsang mereka termasuk terbaru menggelar DAP sebagai kafir harbi.

"Tindakan Umno yang berdiam diri setelah fatwa 'kafir harbi' menunjukan mereka tidak serius untuk memartabatkan Islam, melainkan untuk politik mereka sahaja," jelasnya pada sidang media di Pejabat PAS di sini.

Timbalan Persuruhjaya PAS II Selangor, Sallehen Mukhyi pula berkata, agama digunakan Umno hanya untuk kepentingan politik mereka sahaja termasuk mengexploitasi ahli agama mengeluarkan fatwa-fatwa yang jeles meleset.

"PAS Negeri berpendapat bahawa amatlah perlu umat Islam kembali kepada asas-asas agama Islam termasuk dalam persoalan politik.

"ini penting untuk mengatasi kekeliruan yang dihasilkan oleh golongan yang ingin memutar belitkan ajaran Islam demi kepentingan politik mereka," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Abd Samad memberitahu istilah kafir harbi merupakan istilah yang cukup bahaya kerana ia seperti menghalalkan darah golongan yang digelar itu.

"Umno sendiri sentiasa mengapi-apikan rakyat negara ini dengan fahaman perkauman yang menebal serta bercanggah dengan ajaran Islam yang meminta keharmonian kaum itu perlu diutamakan.

"Tindakan seperti ini menimbulkan kekeliruan kepada seluruh rakyat serta kegagalan Umno menaikkan syariat Islam di negara ini," jelas Khalid.Hrkh

Tok Guru Nik Aziz Difitnah Lagi ???

laporan dari BERNAMA semalam
Kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook TG Nik Aziz

Semalam BERNAMA telah melaporkan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada PAS setelah bekas Timbalan Presiden PAS tersebut dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah pada Selasa.

Kenyataan yang menyebut nama Nasharudin itu sebenarnya adalah satu kenyataan yang ditokok tambah oleh BERNAMA sendiri kerana dalam kenyataannya TG Nik Aziz tidak langsung menyebut nama Nasharudin.

Beberapa Isu Hangat Sidang DUN Terengganu

Maidam dakwa 39 amil DiPecat; Kerajaan Kata Sebaliknya

 Pada 28 Jun 2012 menurut siaran sebuah akhbar tempatan, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) melucutkan serta-merta pelantikan 39 amil pada tahun 2011 setelah didapati terlibat menyeleweng wang kutipan zakat.

Yang Dipertua Maidam, Datuk Mazlan Hashim berkata, tindakan tegas itu diambil berikutan amil yang terlibat gagal menyerahkan wang kutipan yang diperoleh mengikut tempoh yang ditetapkan.

Sehubungan itu, pada 1 Julai 2012 Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, tindakan memecat amil tersebut adalah tepat kerana kerajaan tidak boleh bertolak ansur dengan pihak yang gagal  melaksanakan tanggungjawab.

Sebaliknya kerajaan Umno-BN Terengganu telah menolak soalan yang dikemukakan oleh ADUN Bukit Payong pada siding DUN 18 Ogos lalu, berkenaan perkara tersebut.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menyifatkan ia adalah satu tindakan kerajaan menyelwengkan fakta dan kebenaran dan cuba mengelirukan rakyat.

“Saya hairan, gesaan saya supaya kerajaan mengambil tindakan ke atas amil-amil yang dipecat tidak diendahkan sedangkan Khazan mendakwa tindakan memecat amil terbabit adalah tepat,

“satu ajukan soalan untuk meminta bukti siapakah amil-amil yang dipecat itu, tetapi soalan saya ditolak,”tegasnya.

Menurutnya, ini membuktikan bahawa kerajaan Umno-BN tidak layak lagi diberi amanah untuk mentadbir negeri Terengganu.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....