Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 4 November 2009

Royalti minyak Kelantan | Ahli Parlimen PAS selar kenyataan PM





KUALA LUMPUR, 4 Nov:
Ahli Parlimen PAS kesal dengan penyelewengan fakta yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dewan rakyat berhubung pembayaran royalti petroleum kepada rakyat Kelantan.

Pengumuman Najib bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan, bercanggah dengan akta 144 kemajuan petroleum 1974 yang memperuntukkan lima peratus mesti diberikan kepada negeri pengeluar minyak.

Salahuddin Ayub (PAS - Kubang Kerian ) berkata, pembayaran wang ehsan yang diputuskan itu jelas bertentangan dengan akta 144 kemajuan petroleum 144 dan merupakan satu pembohongan terhadap rakyat Kelantan.

"PAS kesal dan dukacita dengan jawapan perdana menteri tadi tentang pembayaran royalti minyak yang ditukar dengan wang ehsan. Jelas ianya penyelewengan fakta yang terkandung dalam akta 144 petroleum negara yang jelas memberikan lima peratus untuk negeri yang mengeluarkan minyak," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi tadi.

Beliau juga berkata, rakyat Kelantan tidak mengharapkan wang ehsan sebaliknya mahu hak mereka ke atas royalti minyak dikembalikan.

"Rakyat Kelantan bukan peminta sedekah. Mereka memperjuangkan hak di atas semangat federalisme. Kita (ahli parlimen PAS) akan perjuangkan hak ini dan jelas jawapan perdana menteri tadi bertentangan dengan semangat federalisme, bertentangan dengan perlembagaan dan akta 144 petroleum yang disebut tadi," tegasnya yang juga Naib Presiden PAS.

Image Beliau di dewan rakyat pagi tadi meminta Najib menyatakan bilakah tuntutan royalti kerajaan kelantan akan dilangsaikan petronas.

Najib dalam jawapannya berkata Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan.

Najib juga berkata, kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.

Dr. Dzulkifly Ahmad (PAS � Kuala Selangor) pula mahu tindakan undang-undang diambil terhadap Najib yang juga menteri kewangan kerana menyelewengkan fakta dengan mensyaratkan kedudukan telaga minyak mesti tiga batu nautika dari darat untuk mendapat royalti sedangkan dalam akta petroleum tidak disebutkan syarat itu.

"Jelas perdana menteri tadi melakukan penyelewengan fakta dengan menyebut tentang pensyaratan 3 batu nautika sementara akta 144 petroleum tidak dinyatakan syarat ituuntuk berikan royalty," tegasnya.

Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena) pula menyifatkan Najib sebagai pengecut kerana tidak berani mengambil tindakan yang betentangan dengan tindakan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menarik kembali royalti minyak yang diberikan kepada rakyat Terengganu apabila PAS mengambil alih pemerintahan negeri itu.

"Saya melihat Datuk Seri NAjib begitu kerdil dan takut untuk mengambil tindakan yang sama dengan bekas perdana menteri dahulu, Tun Mahathir,"

"Tun Mahathir pernah tarik balik riyalti minyak Terengganu apabila PAS perintah negeri itu. Jadi tindakan yang sama dibuat apabila telaga minyak dan gas ditemui di Kelantan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Menurut beliau juga, PAS akan mendapatkan bantuan daripada pakar undang-undang untuk mengambil tindakan kepada kerajaan persekutuan yang telah menafikan hak rakyat Kelantan.

"Kami akan bincang dalam parti untuk memberi nasihat kepada kerajaan Kelantan untuk dengan bantuan penasihat undang-undang untuk ambil tindakan perundangan sepertimana kerejaan Terengganu di bawah pimpinan PAS satu masa dahulu menyaman kerajaan pusat yang telah menafikan hak kerajaan negeri," katanya.

Khalid Samad (PAS � Shah Alam) pula menegaskan kerajaan pusat tidak berhak ke atas royalti minyak itu kerana laporan kewangan petronas mengakui negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia adalah Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.

"Ia bercanggah dengan laporan kewangan petronas yang menyebut negeri-negeri pengeluar minyak di malaysia adalah Sabah, Sarawak Terengganu dan kelantan. Berdasarkan kepada laporan, ia mengakui ia milik kelantan. Maka royalti itu harus diserah kepada kerajaan yang dipilih rakyat,"

"Ianya bererti bahawa kerajaan pusat tidak ada hak untuk memegang wang rakyat Kelantan," tegasnya.

Siti Zailah Mohd Yusuf (PAS �Rantau Panjang) dalam pada itu meminta kerajaan menjelaskan kepada rakyat kenapa royalty yang telah sekian lama dituntut digantikan dengan pemberian wang ehsan.

Beliau turut mempersoal di bawah akta dan peruntukan manakah wang ehsan ini diberi.

"Kami mminta kerajaan jelaskan kenapa rakyat kelantan harus diberikan wang ehsan sedangkan mereka menuntut royalti minyak dikembalikan,"

"Dan kadar wang ehsan itu dikira berdasarkan akta mana?" Soalnya._hrkh

Kelantan lantik panel peguam urus royalti minyak-Husam Musa

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan akan melantik panel peguam bagi meneliti daripada sudut undang-undang berhubung tuntutan kerajaan negeri bagi pembayaran wang royalti minyak daripada kerajaan pusat.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Datuk Husam Musa berkata kerajaan negeri mengambil langkah proaktif itu untuk memastikan tuntutan wang royalti itu berjaya.

"Kerajaan negeri tidak (dapat) menerima bayaran wang ihsan yang diumumkan hari ini bagi menggantikan bayaran wang royalti minyak kepada Kelantan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bahawa kerajaan pusat akan membayar wang ihsan kepada kerajaan negeri Kelantan melalui Petronas bermula tahun depan, sebagai menggantikan tuntutan royalti minyak.

Katanya, bagaimanapun kerajaan negeri menganggap pemberian wang ihsan itu satu langkah pertama hasil inisiatif kerajaan negeri dalam tuntutan royalti minyak itu. - Bernama

(Video)Dr Asri jawab tuduhan terhdapnya




Sarjana Muda Kepujian, University Of Jordan yang menunjukkan pengkhususan Dr Mohd Asri dalam Bahasa Arab dan Sastera serta Syariah Islamiyyah. Ia bercanggahan dengan dakwaan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zain AlGhari yang disiarkan Utusan Malaysia pada 2 November 2009.

Najib umum pemberian wang ehsan untuk Kelantan mulai 2010



KUALA LUMPUR: Kelantan akan menerima wang ehsan daripada kerajaan pusat hasil pengeluaran minyak di luar pesisir negeri itu mulai tahun hadapan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

Perdana Menteri berkata sama seperti Terengganu, pembayaran wang ehsan itu diberi setelah kerajaan pusat mengambil kira keperluan untuk membangunkan Kelantan serta meningkatkan kesejahteraan hidup penduduknya selaras dengan arus pembangunan negara.

"Bagi memastikan agihan wang ehsan itu dibuat dan dinikmati secara langsung oleh rakyat Kelantan, peruntukan tersebut akan disalurkan dalam bentuk projek pembangunan dan program membasmi kemiskinan dan akan disalurkan terus oleh kerajaan (pusat) setelah berbincang dengan kerajaan negeri," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Najib berkata demikian bagi menjawab sekali gus soalansoalan yang dibangkitkan oleh beberapa Anggota Parlimen dari Kelantan sebelum ini berhubung tuntutan royalti minyak bagi negeri itu.

Perdana Menteri berkata kerajaan Persekutuan telah meneliti isu royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan secara mendalam termasuk dari sudut perundangan berkaitan kuasa kerajaan serta pengurusan hasil petroleum negara. BERNAMA


Royalti,itu yang patut di umum oleh Najib.Memang pemimpin Umno ni tidak ikhlas dan tidak ikut undang2 yang mereka sendiri gubal.Ambo raso wang ini nanti akan di salurkan ke JPP untuk di lahap oleh pimpinan Umno Kelantan.Jangan2 wang ni pun akan jadi seperti wang PPRT,kalau tak percaya tanya Nuar Muso yang arif tentang wang PPRT 200 juta itu.Sepatutnya Royalti ini di serahkan terus kepada Kerajaan Kelantan yang sememangnya telus dan bebas rasuah.Nampaknya beraya sakanlah pemimpin Umno Kelantan nanti. Yelah tentunya para Ketua Bahagian juga dapat habuan.Patutlah Berahim Ali semakin jauh dari Pas,rupanya beliau dah terhidu semua ini,bolehlah Berahim tumpang semangkuk. Pas Kelantan perlu berwaspada,wang ini nanti mungkin akan di gunakan untuk membeli rakyat Kelantan dalam bentuk dana Khas sebagaimana yang mereka lakukan di Terengganu berwaspadalah. Tapi ambo rasa rakyat Kelantan tidak sebodoh rakyat Terengganu yang sanggup menukar kepimpinan ulama dengan wang RM 300 setahun.
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

10 Perang tersingkat sepanjang sejarah‏


1. Anglo-Zanzibar War, 45 minit
Perang tahun: 1896perang
Antara: British Empire vs Zanzibar
Hasil: British menang

2. 6 Day War, 6 hari
Perang tahun: 1967
Antara: Israel vs Egypt, Syria, Jordan, Iraq
Hasil: Israel menang

3. Perang India-Pakistan, 13 hari
Perang Tahun: 1971
Antara: India vs Pakistan
Hasil: Bangladesh menjadi negara merdeka

4. Perang Serbia-Bulgaria, 14 hari
Perang Tahun: 1885
Antara: Kerajaan Serbia vs Kerajaan Bulgaria
Hasil: Bulgaria menang

5. Perang Armenia-Georgia, 24 hari
Perang Tahun: 1918
Antara: Georgia vs Armenia
Hasil: Reksa administrasi sengketa Kecamatan

6. Sino-Vietnam, 27 hari
Perang Tahun: 1979
Antara: Cina vs Vietnam
Hasil: Kedua belah pihak mengistihar menang

7. Yunani-Turki, 30 hari
Perang Tahun: 1897
Antara: Yunani vs Kesultanan Utsmaniyah
Hasil: Yunani kalah

8. Perang Balkan kedua, 32 hari
Perang Tahun: 1913
Antara: Bulgaria vs Yunani, Serbia, Montenegro, Rumania, Kesultanan Utsmaniyah
Hasil: Bulgaria kalah

9. Perang Polandia-Lituania, 37 hari
Perang Tahun: 1920
Antara: Republik Polandia vs Lithuania
Hasil: Polandia menang

10. Falklands War, 42 hari
Perang Tahun: 1982
Antara: Argentina vs Inggeris
Hasil: Inggeris menang

Dr Asri - Kenyataan Ketua Wanita PKR





Ipoh 3 November - Ketua Wanita Keadilan yang juga Ahli Parlimen Ampang membuat pernyataan berkenaan penahanan Dr Asri, mantan Mufti Perlis oleh pihak JAIS baru-baru ini.Beliau antara 300 orang yang berada dalam majlis ceramah Dr Asri.
http://perakexpress.com/www/

Krisis MCA makin kusut,ROS sahkan Soi Lek masih Tim. Presiden yang sah





PUTRAJAYA:
Datuk Seri Chua Soi Lek masih Timbalan Presiden MCA, kata Pendaftar Pertubuhan (ROs) Datuk Md Alias Kalil.

Ini kerana tidak berlaku kekosongan jawatan itu memandangkan keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA pada 10 Oktober lepas tidak memenuhi keperluan dua pertiga majoriti supaya beliau dilucutkan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 35 Perlembagaan MCA, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata surat mengesahkan kedudukan Chua itu dihantar kepada MCA hari ini.

"Surat itu mengesahkan tidak berlaku kekosongan jawatan Timbalan Presiden MCA. Jawatan itu hanya boleh terlucut jika delegasi memberi majoriti dua pertiga untuk dilucutkan," katanya.

Chua sebelum itu berkata beliau telah menerima surat daripada ROS yang mengesahkan beliau masih Timbalan Presiden MCA.

Pada Ogos lalu, Majlis Presiden MCA memecat Chua daripada parti itu berkuatkuasa serta merta berikutan kes skandal seks beliau yang terpapar dalam DVD dua tahun lepas.

Bagaimanapun, pada 19 Sept, Jawatankuasa Pusat parti itu membatalkan keputusan pemecatan itu dan sebaliknya mengenakan hukuman gantung keahliannya selama empat tahun. BERNAMA

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....