Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 13 Ogos 2014

Kritik Presiden,Exco Pemuda Pas Letak Jawatan

Anggota exco Pemuda PAS Zulhazmi Shariff meletak jawatan daripada jawatannya ekoran kritikan 'keterlaluan' terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Zulhazmi (gambar ) adalah ahli mesyuarat dan timbalan pengerusi Badan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat mengumumkan bahawa Zulhazmi "secara sukarela memohon maaf dan melepaskan jawatannya" susulan kenyataan dalam Facebook yang mengulas jurang antara kumpulan pro-menteri besar Selangor dan pro-Pakatan Rakyat dalam krisis di negeri itu.

Semalam Zulhazmi, yang merupakan calon ketua Pemuda PAS tetapi kalah, memaparkan dalam akaun Facebooknya satu "surat terbuka" kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau secara sinis menggesa Najib agar menukar MP Gua Musang dengan MP Marang (Hadi) kerana menurutnya PAS mahukan MP Gua musang sebagai PM yang baru.

Zulhazmi merujuk kepada laporan tentang niat PAS untuk menjadikan Tengku Razaleigh, seorang anggota Umno, sebagai PM jika Pakatan memenangi pilihan raya umum lalu.M,kini

Video : Exco PAS letak jawatan jika Khalid lantik Exco dari Umno

Exco Agama Sallehen Mukhyi hadir di Bangunan SUK, Shah Alam

Exco PAS Selangor tidak akan teragak-agak meletakkan jawatan jika Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik exco baru daripada Umno.

Exco Agama Sallehen Mukhyi berkata, tidak timbul isu pelantikan Umno dalam kuasa eksekutif negeri, sebaliknya hanya mereka berempat akan membantu Khalid menjalankan pentadbiran seperti biasa.

"Umno tidak timbul. Kalau Umno ada dalam barisan exco PAS akan keluar. Dia (Umno) bukan kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.

Semua empat exco PAS hadir ke SUK seperti biasa untuk menghadiri mesyuarat exco jam 10 pagi ini walaupun pemimpin DAP dan PKR malam tadi meminta mereka memboikot mesyuarat itu tanda solidariti terhadap pemecatan exco DAP dan PKR.

Exco Iskandar Abdul Samad dilihat tiba seawal jam 7 pagi bagi mengelakkan diserbu wartawan.Kemudian, diikuti Dr Halimah Ali kira-kira jam 9.30 pagi, Dr Ahmad Yunus Hairi lima minit kemudiannya, dan Sallehen yang terakhir.TMI

Exco DAP dan PKR tolak pemecatan,tetap teruskan tugas

Exco-exco yang dipecat dalam sidang media tergempar oleh Pakatan Rakyat berikutan pemecatan exco-exco Negeri Selangor dari Parti PKR dan DAP di Ibu Pejabat PKR. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor mengatakan pemecatan mereka tidak sah dan tetap akan menjalankan tugas seperti biasa.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Kim menolak pemecatan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tersebut kerana Sultan Selangor sahaja berhak mengambil tindakan sedemikian.

"Pelantikan Exco Selangor dibuat oleh Sultan atas nasihat menteri besar."Oleh itu, Sultan sahaja boleh tolak kedudukan Exco," kata Teng, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP, Sungai Pinang pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam ini.

Teng berkata surat pemecatan yang dihantar meragukan apabila Khalid mengatakan sudah mendapatkan perkenan Sultan Selangor.

"Menurut surat hari ini, Khalid berkata Sultan Selangor setuju tamatkan khidmat kami, tetapi kami percaya Khalid tidak tinggalkan pejabat sejak pagi hingga selesai sidang akhbar 6 petang tadi.

"Ini bererti Khalid tidak beri gambaran yang sebenar beliau masih belum lagi menghadap Sultan Selangor untuk nasihatkan tamatkan khidmat kami sebagai Exco," kata Teng.

Teng berkata sekiranya Khalid mendakwa sudah mendapatkan perkenan semalam, mengapa beliau tidak memecat semalam tetapi sebaliknya mahu berjumpa dengan Exco untuk mendapatkan sokongan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....