Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 14 November 2009

Presiden PAS disenaraikan Pengganas Oleh Israel


Nama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang disenaraikan dan disiarkan oleh TV Israel sebagai penggans oleh Negara Haram Israel.trgkini

MAJLIS KONVOKESYEN PASTI BESUT KALI KE -5

Besut, 14 Okt- Majlis Konvokesyen dan Ihtifal PASTI Kawasan Besut Kali ke-5 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis itu dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad. Majlis kali ini lebih meriah dengan adanya beberapa cabutan bertuah untuk ibu bapa , guru dan murid.Disamping itu, ada anugerah yang baru diperkenalkan iaitu anugerah PASTI Cemerlang. Anugerah ini berdasarkan prestasi pelajar yang terbaik. Anugerah ini dirangkul oleh PASTI An-Naziha, Padang Luas, Jertih.


Ustaz Kaspi, Pengarah PASTI Kaw. Besut menyampaikan ucapan alu-aluan.

para ibu bapa sedang mendengar ucapan alu-aluan

Pelajar-pelajar PASTI sedang menunggu giliran untuk menerima hadiah.


YDP PAS Kawasan Besut menyampaikan hadiah untuk pelajar 6 tahun beserta sijil.
sumber:http://islamitutinggi.blogspot.com/

Pemuda PAS Sifatkan Isu Baiah Talak Tiga Sengaja Digembar-gembur Untuk Gambar PAS Zalim

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi hari ini berkata isu baiah atau sumpah taat setia talak tiga di kalangan wakil rakyat PAS ke atas isteri masing-masing jika mereka keluar parti, sengaja digembar-gemburkan bagi menggambarkan parti itu sebuah parti yang zalim terhadap wanita.

“Ini adalah satu percubaan untuk menggambarkan PAS sebuah parti yang negatif dan buruk dan ia bukan perkara baru. Dulu kita pernah dilabel sebagai parti yang anti-wanita dan didakwa tidak memberi peluang kepada wanita dalam hireraki parti serta pilihan raya.

“Kita harap dengan penjelasan yang dibuat itu akan dapat menutup segala persepsi yang salah tentang PAS,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam yang parti itu hanya mengamalkan baiah sumpah setia laknat bukannya amalan baiah talak tiga seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sebelum ini.

Semalam, Mustafa berkata, amalan yang dilakukan sejak sekian lama itu adalah bertepatan dengan dasar PAS yang memperjuangkan Islam di samping menunjukkan yang mereka sedia dilaknat sekiranya mengkhianati perjuangan Islam.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Nasrudin berkata, perkara tersebut juga merupakan satu usaha untuk mengelirukan persepsi masyarakat terhadap PAS.

“Alhamdulillah kita dapat selesaikannya dengan menunjukkan bukti kepada mereka apakah sikap sebenar PAS.

“Hari ini kita sudah ada pemimpin wanita di peringkat pusat bahkan ada yang sudah dilantik sebagai wakil rakyat dan Senator. Jadi tidak timbul soal kita (PAS) nak memperdagangkan kaum wanita bahkan kita memperjuangkan hak mereka (wanita),” katanya.

Oleh yang demikian Nasrudin berkata, jalan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan isu tersebut daripada berpanjangan adalah dengan merujuk kepada pucuk pimpinan parti terlebih dahulu sebelum mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan.

“Apabila timbulnya sesuatu isu terutamanya isu baiah ini, ia cepat diperdebatkan oleh media, sedangkan pucuk pimpinan belum lagi keluarkan kenyataan.

“Sepatutnya pucuk pimpinan parti perlu dirujuk dan dijadikan sumber supaya dapat dijadikan pegangan dan apabila ia diabaikan maka timbul persepsi yang berbeza dalam hal ini,” katanya.

Nasrudin berkata, dengan keputusan yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan parti beliau yakin ahli-ahli parti akan dapat memahami dan masyarakat dapat menerimanya secara positif.

“Apabila keputusan sudah dibuat kita harap tidak ada lagi percanggahan. Ia merupakan satu mekanisma yang sepatutnya dihormati oleh semua pihak,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nasrudin berkata, Dewan Pemuda PAS akan menganjurkan konvensyen bersama-sama dengan kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam pada bulan Januari tahun depan.

Beliau berkata, konvensyen itu diharap dapat memberi ruang kepada PAS untuk menjelaskan mengenai prinsip perjuangan parti itu dalam menegakkan syiar Islam.

“Ia (konvensyen) akan dapat membetulkan persepsi masyarakat tentang tohmahan yang mengatakan PAS tidak lagi mempedulikan isu-isu Islam yang berkait dengan prinsip perjuangan parti.

“Ini kita akan perbetulkan semula. Kita perlu jelaskan bahawa PAS akan tetap bersama-sama dengan dasar dan prinsip perjuangan parti,” katanya.

Bagaimanapun Nasrudin berkata, perkara tersebut tidak akan menjejaskan hubungan PAS dengan parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.

“PAS akan tetap memperjuangkan dasar dan prinsip perjuangan Islam namun hubungan kita dalam Pakatan Rakyat akan kekal harmoni dan kita akan saling hormat-menghormati dalam memperjuangkan prinsip perjuangan masing-masing,” katanya.mstar

Politik adu domba Umno pecahbelahkan PAS-Pakatan Rakyat



Nash Ar-Rawy

Perangai Umno mengadu-dombakan pimpinan PAS pusat dan dengan Pakatan Pilihan Rakyat memang menjadi tabiat tradisi Umno ; kalau tidak bukanlah Umno namanya.

Apa lagi setelah usaha pecah belahkan PAS sesama pimpinan melalui isu UG itu gagal samasekali dan sekarang ini pakai pula umpanan berjenama “MelayuIslam”Umno ;suatu ideologi assobiyyah Islam kosmetik “MelayuIslam Umno”; yang sesat jahiliyyah siber lagi menyesatkan.

Namun, terbukti umpanan perangakap UG ini bisa ditangani dengan baiknya segala fitnah media baru bloggers Umno; bisa diselesaikan hingga ke peringkat akar umbinya sampai ke peringkat pimpinan tertinggi secara telus, terbuka , berprofesional dan berhemah tinggi yang di hormati dan diakui oleh DS Anuar sendiri akan sikap dan keistimewaan PAS selaku Gerakan Islam dan massa yang berwibawa untuk memimpin ummah.

Umno pastinya dayus untuk mengadakan koreksi terbuka seperti seminar terbuka PAS itu kerana Umno bukan parti Islam dan sarat dengan politk korupsi. Pemimpin UBN di lindungi gua zam-zam alakazam yang berjenama ISA, SPRM, SPR dan Mahkamah.

Memang kelebihan dan keistimewaan yang ada pada Gerakan Islam dan massa PAS sangat di geruni oleh UBN apabila berlaku cantuman dan persenyawaan politk baru Malaysia PAS – DAP – PKR ; memberikan nafas dan nyawa baru bagi massa untuk menumbangkan entiti politik penindas rakyat dan penyelewengan salah guna kuasa , kefasadan rasuah dan autokrasi berparlimen yang menghimpit dan menekan keringat dan khazanah rakyat untuk kepentingan kroni elit” Umnoputra MelayuIslam” dan konglomerat MCA .

Semua orang tahu siapa yang menghanguskan wang rakyat sebanyak 20 Billion dalam skandal Perlabuhan Kelang Free Zone ; di mana wang rakyat berlabuh di dalam poket korprat –keparat UBN .

Mengapakah ‘ Parti Baru” keluarga UBN, iaitu SPRM senyap sunyi seribu bahasa. Tetapi, bisa pula menggeledah 200 persen tindakan optimum ke atas apa-apa sahaja tuduhan ke atas anggota Pakatan Pilihan Rakyat.

Sekalipun bisa membawa maut; tiada menjadi hal buat mereka walaupun membabitkan nyawa manusia yang diisytiharkan oleh pakar bedah Thailand sebagai kes bunuh bukannya bunuh diri.

Inilah kerakusan dan kefasadan politik UBN yang tiada berperikemanusian, primitif dan buta perut; diperlihatkan kezalimannya kepada massa secara terang dan jelas Yang tiada pernah diinsafi oleh UBN ; walaupun pembunuhan pernah berlaku ke atas pemimpin PAS allahyarham Samad Gol Kelantan dan pembunuhan beramai –ramai di Memali , Kedah ke atas rakyat yang tiada berdosa dan tiada bisa dibuktikan bersalah oleh mahkamah sehingga kini masih lagi tergantung pembicaraannya, Mengapa? Anda sudah tahu jawapannya!.

Mana ada demokrasi dan keadilan di negara satu Malaysia ini; yang penuh dengan skandal demi skandal daripada BMF ke Pewaja Steel ( ‘Stealings the masses money ‘) Tabung Haji, Bank Islam kepada PKFZ dan entah apa lagi satu demi satu pembongkaran yang dibuat bukan oleh Pakatan Pilihan Rakyat ; tetapi antara sesama kroni suku –sakat “MelayuIslam Umno” UBN. yang memfaraidkan harta rakyat sesama mereka dengan kekayaan yang melimpah ruah. Golongan marhein bagaimana?

Bagilah beras sekampit seorang sedangkan wang rakyat berbilion trillion di telan mereka sekali gus dengan sekelip mata sahaja ; bermain silap mata dengan massa. Wang rakyat di luar negara hasil daripada usahasama negara dengan negara luar di simpan dalam akaun satu syarikat proksi pemimpin “MelayuIslam Umno “; itu sahaja berjumlah 1.1. trillion . habuan joli dan rasuah politik untuk PRU 13 akan datang.

Inilah dia rakyat di dahulukan kononnya dalam retorik tadika satu Malaysia; yang SMS ( Satu Malaysia Sekular ) .

Gua zam-sam alakazam yang terkini dan ternanti-nanti oleh kroni korprat keparat “MelayuIslam Umno” ini ialah ternganga-nganga untuk menelan emas hitam berjenama ehsan melalui Jabatan Persekutuan dan JKKK(P) di Kelantan.

Sesi memfaraid wang ehsan emas hitam tersebut adalah di kuasai sepenuhnya oleh kroni-kuncu “MelayuIslam Umno” untuk mengkayakan diri di atas nama rakyat satu Malaysia.di Kelantan.

Seperti kata TGNA ,” siapa yang eshsan siapa . Pusat ehsan Kelantan ke , Kelantan yang ehsan pusat ?. Di Kuala Lumpur setitik minyak pun tak ada”.. Ini wang dan hak rakyat negeri Kelantan kerna minyak mengalir di Kelantan dan rakyat Kelantan berhak seratus peratus ke atas ROYATI yang mesti bagi kepada warga Kelantan terus melalui kerajaan Negeri bukan 5% royalti itu milik putrajaya .

Mana dia satu Malaysia yang pakai sistem FEDERALISME . Kalau rakyat Sabah dan Sarawak bisa meni’mati wang Royalti walaupun lebih daripada 3 batu nautika dan memang tak ada pun syarat tersebut di dalam Akta Petroleum . Ternyatalah kroni ‘MelayuIslamUmno” adalah perompak gua zam-zam alakazam yang lebih ganas lagi daripada 40 orang penyamun.

Justeru kerna, ketuanya juga bapak perompak wang negara sebanyak RM500 juta yang terselam di selami oleh KD Atantunya.

Oleh kerna kuncu-kuncu kroni dalam UBN ini terlalu sibuk untuk mengaut keuntungan ; meraka terlupa akan perkhidmtan cemerlang kakitangan awam yang mempunyai saham yang besar di dalam membangunkan negara dan bekerja keras untuk memajukan ekonomi negara .

Tanpa mereka siapa lah yang bisa mengurus-tadbir segala kementerian utama pemacu ekonomi negara. Akan tetapi, keringat mereka langsung tiada dihargai dan diapreciasi. Permintaan Ceupac untuk mendapatkan dua bulan bonus ditolak mentah –mentah . Sedangkan “One Day One Million Formula One ,One Malaysia” bisa saja dibung setiap hari satu juta dan PKFP bisa saja buang 20 Billion yang bisa bagi 10 KALI BONUS ; kerna apa? Kerna khazanah dan kekayaaan negara itu; sudah direzab untuk knoni “MelayuIslam Umno” dan UBN , itu saja. Rakyat marhein dan kakitangan awam ? Disuruh satu Malaysia undi UBN . Apakah anda bisa ?

Selamatkanlah agama , bangsa dan tanah air anda . Cukuplah dengan apa yang berlaku setelah UBN diberi peluang dan amanah untuk memerintah satu Malaysia selama lebih daripada lima dekad. Selamatkanlah negara Malaysia yang KAYA dan tercinta ini daripada jatuh bankrup!

Gagasan Pakatan Pilihan Rakyat; gabungan padu dan mantap untuk semua kaum dan agama PAS DAP PKR dan gandingan mantap ketokohan kepemimpinan PAKATAN PILIHAN RAKYAT ; HADI ANUAR KIT SIANG adalah lebih baik daripada PARTI KORUPSI UMNO MCA GERAKAN dalam PKRZ dan MIC dalam MAIKA HOLDING.

Ternyata PAS DAP PKR yang memerintah lima negeri ; lebih afdal dan lebih baik daripada UMNO MCA MIC . Kapal UBN yang sarat dengan perbagai jenis sindrom yang kronik itu , sudah tiada bisa diobati lagi .

Pembersihan apa kalau masih ada lagi wakil rakyat dan Ketua Menteri satu Malaysia perasuah !.MCA dan Gerakan sekarang sudah jadi seperti parti “MelayuIslam Umno” yang terdiri daripada perasuah.

Bahtera Pakatan Rakyat insyaAllahu SATU-SATUNYA PILIHAN RAKYAT yang ada yang bisa memenuhi cita rasa dan aspirasi massa semua kaum dan agama SATU MALAYSIA BARU pada PRU13.di bawah kerajaan baru PAKATAN PILIHAN RAKYAT ( PPR ) .KE ARAH PUTRAJAYA dengan jayanya .InsyaAllahu.hrkh

Rakyat Selangor Alu-alukan Anwar Sebagai Penasihat Ekonomi

Pelantikan mantan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Selangor yang diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mendapat reaksi positif orang ramai.Rata-rata rakyat Selangor menyokong penuh pelantikan Anwar dengan pengalaman luasnya sebagai menteri kewangan dan penasihat-penasihat bank luar Negara.Status sebagai antara 10 manusia paling berpengaruh di dunia yang dinobatkan Majalah Times mengukuhkan lagi kredibilitinya untuk membantu menjana ekonomi Selangor.“Saya rasa Anwar Ibrahim ni banyak pengalaman kerana dia pernah menjadi menteri kewangan dan timbalan perdana menteri. Jadi dia punya kebolehan dan pengalaman sangat luas kepada ekonomi negeri ini. Saya rasa dah cukup untuk melayakkannya meneraju kita punya Negara,” kata Roseni M Syed.Pelbagai harapan yang diletakkan rakyat Selangor terhadapnya dalam menjana ekonomi dan memacu pembangunan di Selangor.“Oleh sebab sebelum ni dia pernah jadi menteri kewangan dan saya rasa peluang ini patut diberi kepada beliau. Diharap kehadiran beliau dapat menguruskan dengan lebih cekap kewangan kerajaan negeri Selangor,” kata Zulhisham Mohd.“Nak jadi penasihat ni bukan boleh tengok dari satu angel sahaja. Macam-macam angel. Dia kena tengok on the social part, dia kena tengok daripada segi ekonomi.“Jadi kalau seseorang itu nak jadi penasihat kewangan negeri, kalau tiada pengalaman kemungkinan apa yang dicadangkan tak membawa kebaikan,” kata Ibrahim Mad Daim pula.Kelantangan dan keberanian Anwar dalam memacu Negara suatu masa dahulu menjadikannya di gemari ramai dan sokongan yang tidak berbelah bahagi terus di ungkapkan orang ramai.“Anwar ni seorang yang aggresif masa pengalaman yang sebelum ni ketika zaman bersama kerajaan barisan Nasional. Dan dia seorang yang bersuara lantang, kalau dia tak puas hati, dia tak suka dia cakap. Jadi ini peluang Anwar untuk majukan lagi negeri Selangor,” kata Rohana Arshad.Terdahulu, dalam sesi penggulungan perbahasan belanjawan bajet 2010 Sidang Dewan Negeri semalam, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan pelantikan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Selangor dengan bayaran serendah seringgit sebulan.TVS

Kedudukan Sebagai Pemimpin Nombor Satu PAS Tidak Terjejas - Presiden Pas

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kedudukan beliau sebagai pemimpin nombor satu parti itu tidak terjejas walaupun ada pihak tertentu cuba menggambarkan sebaliknya.

Katanya sokongan terhadap beliau daripada anggota parti peringkat akar umbi dan barisan pimpinan PAS lain, termasuk daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, juga tetap utuh.

Mengakui mempunyai perbezaan pendapat dengan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum ini, Abdul Hadi menegaskan ia telahpun diselesaikan.

"Hubungan kami macam isi dengan kuku. Memang ada perbezaan pendapat tapi tetap bersatu, lebihlebih lagi bila beliau (Nik Aziz) terima resolusi yang dibuat dalam seminar parti barubaru ini," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz sebelum ini meminta parti itu mengadakan Muktamar Agung Khas bagi membolehkan perwakilan membuat keputusan mengenai kedudukan beberapa pemimpin PAS disifatkan sebagai bermasalah termasuk mereka yang pro-Umno.

Bagaimanapun parti itu memutuskan untuk mengadakan seminar politik pada 7 November lalu dan membincangkan masalah berbangkit.

Berhubung isu bai'ah, beliau menjelaskan bai'ah sumpah setia laknat yang diamalkan parti itu seperti didedahkan Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali hari ini, tidak menyalahi ajaran Islam.

"Bai'ah talak tiga tidak menjadi dasar atau konsep dalam PAS," katanya. BERNAMA

Benarkah sokongan orang muda terhadap PAS berubah?


Oleh MAT ZAIN MAT ISA

Alhamdulillah, hasrat sebilangan pihak melihat perbalahan dan perpecahan besar dalam PAS tidak menjadi kenyataan. Sekurang-kurangnya itulah kesimpulan awal dapat dibuat dengan berlangsungnya Seminar Memperkasakan Parti di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Sabtu (7 November) lalu.

Berbeza dengan apa yang diramal dan digema-riuhkan segenap saluran media arus perdana sebelumnya, seminar khas itu berlangsung dengan tenang dan beradab. Meskipun sesekali ia turut dibauri emosi dan perbahasan hangat, setiap hadirin mengambil bahagian dalam suasana penuh tanggungjawab dan kesedaran mencapai maksud ia diadakan.

Walaupun seminar sehari itu tidak merongkai semua isu dan permasalahan yang menjadi inti pertikaian dalaman PAS kebelakangan ini, paling tidak ia telah memperjelaskan letak duduk PAS dalam politik negara, terutama berhubung peranannya dalam Pakatan Rakyat.

PAS buat kali yang entah ke berapa mengulangi pendiriannya untuk memperkukuhkan perjuangan bersama pakatan pembangkang, bertepatan dengan keputusan dua muktamar terakhir parti. Namun itu tidak bermakna parti itu bersedia mengorbankan dasar dan prinsip Islam yang menjadi teras perjuangannya selama ini.

"PAS bergerak di atas sifatnya sebagai sebuah parti dakwah. Hubungan yang terbentuk ini (dalam Pakatan) kuat tetapi fleksibel. Bukan hubungan yang kuat, kukuh tapi tidak fleksibel. Strategi bersama ini berjaya menyekat BN," tegas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Wang dalam ucaptamanya.

Pendirian serupa dipertegaskan Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Katanya, "PAS perlu berpijak kepada dasarnya, kita memang hendak menang tapi jangan gadaikan prinsip Islam untuk dapatkan undi."

Penegasan kedua-dua mereka itu sepatutnya sudah cukup untuk memperjelaskan asas segala percaturan politik PAS. Dalam apa juga keadaan, kepentingan mendapatkan undi tidak sepatutnya mengorbankan prinsip Islam. Asas itu seyogia menunjangi halatuju dan apa juga perancangan politik parti, terutama dalam keghairahannya mengecapi kemenangan lewat pilihan raya umum akan datang.

Sebab itu apabila fakta mengenai kemerosotan sokongan terhadap PAS didedahkan, ia wajar diterima dan diteliti. Seminar diberitahu sokongan golongan muda kepada PAS beralih arah secara mendadak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, Mac 2008.

Fakta itu dibacakan pengasas dan Pengarah Zentrum Future Studies, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, yang dijemput sebagai panel seminar tersebut. Katanya, 70 peratus golongan muda yang percaya pentadbiran PAS sangat baik ketika PRU-12 kini berpendirian berbeza.

Beliau yang juga pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya (UM), menyatakan demikian dalam kertas kerja bertajuk 'Kajian Mikro Kepercayaan Politik di Malaysia Dari Persepsi Pola Kepercayaan Untuk PRU ke-13 akan datang'.

Sementara para pemimpin tertinggi PAS memberikan reaksi positif terhadap dapatan kajian itu dan merangka tindakan susulan mengenal pasti langkah menangani kemerosotan sokongan tersebut, beberapa penelitian lain juga wajar dibuat.

Pertama, kajian membabitkan hanya 2,100 responden terutama di negeri Utara dan Pantai Timur. Apakah jumlah sekecil itu boleh dijadikan sampel yang ideal dan tipikal untuk keseluruhan sokongan terhadap PAS?

Kedua, jumlah responden itu membabitkan pelbagai peringkat usia. Hanya fakta kemerosotan sokongan golongan muda yang ditonjolkan. Bagaimana dengan sokongan peringkat usia lain?

Ketiga, fakta-fakta diberikan kajian itu juga menampakkan golongan dimaksudkan bukannya kalangan ahli atau pendokong PAS. Mereka hanyalah penyokong. Masakan ada ahli parti yang hanya kenal lima pemimpin utama PAS?

Menurut kajian itu, golongan muda cuma mengenali Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Abdul Hadi, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Pakatan Perak), Mohamad Sabu dan Dato' Seri Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah).

Mereka juga mendakwa PAS gagal menonjolkan pemimpin muda. Ini satu lagi fakta menampakkan mereka tidak begitu mengenali PAS. Ia bertentangan dengan realiti, terutama jika diteliti saf kepimpinan PAS Pusat yang dibarisi kebanyakannya tokoh muda, jika pun tidak pada usia pemuda.

Keempat, keputusan beberapa pilihan raya kecil dilalui PAS selepas PRU-12 juga membantu. Jika pun ada sedikit kemerosotan sokongan orang muda di Manek Urai, undi mereka diakui banyak membantu kemenangan PAS di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. Apakah penilaian lebih baik mengenai sokongan mereka selain kertas undi?

Kelima, kemerosotan sokongan kepada mana-mana parti tidak hanya disebabkan kelemahan parti tersebut. Faktor tawaran, janji dan habuan parti lawan juga tidak boleh diperkecilkan.

Justeru, hasrat PAS melakukan kajian semula terhadap hasil kajian tadi amat wajar. Paling utama, sebarang cadangan dan tindakan ke arah memaut golongan muda menyokong PAS tidak sepatutnya mencalarkan prinsip asal perjuangan.

Misalnya, mungkin ada penganalisis menganggap tindakan Dewan Pemuda PAS yang gemar membantah konsert artis antara faktor golongan muda menjauh diri dari parti itu. Maka apakah PAS sanggup memekakkan telinga dan memejamkan mata terhadap aktiviti merosakkan moral masyarakat sebegitu, semata-mata demi memenangi sokongan orang muda?detikdaily

Kalau PAS Berlawanan Dengan Islam, Kita Akan Tentang PAS - Presiden PAS





MARANG - Jika dasar PAS yang selama ini memperjuangan Islam mengikut al-Quran, hadis, ijma’-ulama dan qias diubah, PAS juga akan ditentangnya.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan demikian dihadapan para wartawan pada satu sidang media selepas Majlis Hi-Tea bersempena pelancaran Program Bersama Intifadah Mempertahankan Baitul Maqdis, di Rusila dekat sini.

Katanya, kepatuhan dan kesetiaan ahli parti akan kekal selagi PAS tidak mengubah dasar dan tidak berlawanan dengan Islam.
“Kita (ahli) patuh kepada PAS selagi PAS tidak berlawanan dengan Islam. Jika parti PAS berlawanan dengan Islam pun, kita (ahli) lawan parti PAS ini.

“Kita (ahli) meletakkan Islam mengatasi segala-galanya. Selagi PAS ini tidak ubah dari segi perlembagaan parti al-Quran, hadis, ijma’-ulama dan qias yang tertinggi.

“Selama itulah kita (ahli) setia dengan perjuangan. Jika PAS telah ubah perlembagaan dia (parti) dari quran, hadis, ijma’-ulama dan qias, dengan PAS sekali kita (ahli) tolak,” tegasnya

Ketika menjawab soalan wartawan berkait isu ‘bai’ah talak tiga’, beliau menafikan ia menjadi amalan bahkan menegaskan itu bukan dasar dan prinsip PAS.

Namun begitu, beliau mengakui perbuatan bai’ah terhadap kesetiaan dengan perjuangan Islam dibenarkan dan menjadi sebahagian amalan Nabi-nabi dan Khalifah Islam.

“Dalam Islam dibenarkan berbai’ah dan Nabi SAW berbai’ah dengan sahabat-sahabat dia (Nabi SAW). Khalifah Islam berbai’ah dengan menteri-menteri dia. Bai’ah ini berlaku.

“Bai’ah kita dalam PAS iaitu taat setia dalam perjuangan parti (PAS). Selagi parti menegakkan Islam dan jika dia (pemimpin) khianat, dia akan dilaknat oleh Allah SWT dan dilaknat oleh Malaikat dan semua melakna mereka,” jelasnya.

Menurutnya, setiap orang yang menjadi bertanding sebagai calon PAS dalam pilihanraya akan berbai’ah dengan pemimpin parti, berjanji tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan.

“Bai’ah ini samalah seperti akad jual-beli iaitu ada yang menyebut dan ada yang menerima.

“Tiap-tiap orang yang jadi calon (pilihan raya) dan yang jadi pimpinan PAS, dia mesti berbai’ah dengan pimpinan parti antara satu sama lain.

“Bai’ah ini ialah tidak khianat kepada perjuangan Islam. Kita tidak sebut PAS tetapi perjuangan Islam,” ujarnya.

Oleh itu, kata Ustaz Abdul Hadi menjelaskan isu bai’ah telah selesai dan ‘bai’ah talak tiga’ itu adalah sangat kecil berbanding dengan perjuangan menegakkan Islam yang lebih besar.

Namun demikian, katanya, sekiranya terdapat di kalangan ahli PAS yang melakukan perbuatan demikian, ia tidak dipanggil bai’ah dan tidak mendapat pahala dari Allah SWT.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.BO

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....