Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 30 Ogos 2010

Fitnah Tragedi 13 Mei : Awas Zainuddin Maidin !!!

Parti Islam Se-Malaysia memandang serius fitnah yang dilemparkan oleh bekas Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mengatakan bahawa semasa Tragedi 13 Mei 1969 Pas minta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina, manakala ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia Pas menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Kenyataan yang dibuat dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat Pas" bersama umno-online itu adalah satu fitnah yang besar dan cuba memberikan gambaran buruk berkenaan PAS kepada orang-orang Cina dan rakyat keseluruhannya. Kenyataan beliau itu jelas sengaja dicipta bagi mencemarkan imej dan nama baik PAS sebagai sebuah parti yang mendokong kedaulatan negara dan perpaduan rakyat.

PAS yakin beliau dan Umno kini terdesak untuk memburukan PAS dan sanggup mencipta fitnah di bulan Ramadhan ini bagi menarik sokongan bukan Melayu untuk kepentingan politik mereka.

Umno sudah sinonim dikaitkan dengan penciptaan kisah-kisah fitnah dan propaganda jahat demi survival politik mereka yang kini tertekan dengan penolakan bukan Melayu dinegara ini. Tuduhan bahawa PAS
menyokong Indonesia semasa konfrontasi juga sengaja direka bagi menunjukan bahawa PAS ini tidak patriotik sedangkan begitu ramai tokoh-tokoh politik dalam PAS telah berjuang memartabatkan kedaulatan negara dan menjaga kepentingan rakyat.

PAS menuntut Zainuddin menarik balik fitnah yang diciptanya itu dan memohon maaf dalam masa 3 hari. Sekiranya beliau enggan menarik balik fitnah itu PAS akan mengarahkan semua organisasi PAS negeri dan dewan-dewan untuk membuat laporan Polis dan seterusnya akan mengemukakan saman kepada beliau.

Ustaz. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Isu Lawat Masjid : Teo Nie Ching Temui Tok Guru Nik Aziz





Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hari ini bertemu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan pandangan berhubung isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang 22 Ogos lalu.

Nurul Izzah mahu mohon permit akhbar harian





KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bercadang mahu menerbitkan akhbar harian — Utusan Rakyat — ketika Kementerian Dalam Negeri masih belum memperbaharui permit akhbar mingguan terbitan partinya, Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Wakil rakyat PKR penggal pertama ini berkata, surat hasrat untuk menerbitkan akhbar itu telah pun dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri hari ini.

“Saya minta sokongan menteri agar permohonan ini dipercepatkan,” kata Nurul Izzah kepada The Malaysian Insider.

Kini pasaran tempatan mempunyai akhbar harian Bahasa Malaysia Berita Harian, Utusan Malaysia, Sinar Harian, KOSMO dan Metro.

Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim ini berkata, permohonan itu dibuat atas kapasiti peribadinya.

Bagaimanapun kata beliau, butiran pengurusan penerbitan itu akan diputuskan kemudian.“Kami akan memutuskan soal hak milik dan butiran lanjut kemudian,” kata beliau.

Menurut Nurul Izzah, pegawai kementerian ada memberitahunya bahawa permit penerbitan akhbar harian itu akan diluluskan jika pihaknya memenuhi kesemua syarat yang dikenakan.Permit penerbitan perlu diperbaharui setiap tahun.

PAS pernah membuat permohonan sedemikian pada 2000 menggunakan nama Purnama tetapi telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri.

Nurul Izzah muncul dengan idea ini ketika Kementerian Dalam Negeri belum memperbaharui permit akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan yang diterbitkan setiap minggu.

Suara Keadilan juga telah diberikan surat tunjuk sebab ekoran penerbitan edisi akhir Jun lalu dengan tajuk muka depan “Felda Bangkrap”, yang mendakwa agensi itu kini berada di ambang muflis.

Dua lagi komponen Pakatan Rakyat, DAP dan PAS juga pernah berhadapan dengan masalah permit penerbitan diperbaharui.

Bagaimanapun Harakah dan The Rocket telah menerima permit masing-masing akhir Julai dan dua minggu lalu.

Kedua-duanya dikenakan syarat hanya boleh dijual kepada ahli masing-masing dan premis masing-masing, bukannya secara terbuka.TMI

Kunjungi Masjid,Selepas Teo Ahli Parlimen Selayang Pula Jadi Sasaran


KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Selepas Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching “diserang” kerana didakwa memberikan ucapan di ruang solat sebuah surau, rakan sejawatannya William Leong yang menjadi mangsa terbaru Umno-BN, mempertahankan tindakannya sambil meminta jangan mencampuradukkan politik dan agama.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ahli Parlimen Selayang dari PKR itu berkata, kunjungannya ke masjid tersebut adalah untuk memberikan sumbangan kepada masjid dan surau di bahagian Parlimen Selayang.
“Saya datang kerana dijemput untuk beri sumbangan dan bila saya sampai di kawasan masjid program tersebut sudah pun bermula.
“Tetamu yang berada di luar menyuruh saya masuk ke dalam ruang solat untuk memberikan sumbangan,” kata beliau yang juga Bendahari PKR.
Semalam, Mingguan Malaysia menyiarkan berita wakil rakyat itu dikatakan diberi kebebasan berada di saf paling hadapan di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.
Serangan terhadap Ahli Parlimen Selayang itu berlaku selepas seminggu daripada kejadian yang hampir sama dengan Teo yang didakwa menyampaikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang minggu lalu.
Tindakan Teo itu dikritik Umno dan Perkasa sebelum ini dan turut dilaporkan menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.
Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....