Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 31 Mei 2011

Zaid Ibrahim dan KITA Kini Tukang Karut Umno?

Banyak pihak sebelum ini mempersoalkan tujuan Datuk Zaid Ibrahim menerajui KITA. Langkah ini sekaligus menambah jumlah parti pembangkang di negara ini, sesuatu yang dilihat kurang bijak dari segi strategi untuk menumbangkan Barisan Nasional.
Namun jawapan kepada persoalan itu terungkai dalam tempoh beberapa bulan lalu dan semakin jelas dengan langkah terbaru pemimpin parti itu menganjurkan peraduan mirip Anwar Ibrahim yang diumumkan semalam.
Peraduan itu menawarkan hadiah kereta Rolls Royce dan wang tunai RM10,000.
Hadiah lumayan itu diatur oleh Pengerusi KITA di Kedah Zamil Ibrahim adalah sebuah sandiwara yang bertujuan membantu Umno meneruskan proses mengaibkan Anwar bersabit video seks Datuk T.
Mungkin kerana “sambutan” orang ramai khususnya masyarakat Melayu terhadap cubaan untuk mengaitkan video itu kepada Anwar semakin hambar, maka KITA tampil membantu Umno memberi kekuatan baru kepada kempen anti- Anwar dengan peraduan sebegitu.
Hubungan Umno-KITA memang akrab pada masa ini, walaupun Zaid Ibrahim pernah digelar kaki kuda dan kaki arak oleh Utusan Malaysia (akhbar milik Umno) khususnya ketika beliau dalam Parti Keadilan Rakyat dan menjadi calon parti itu pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 13 bulan lalu.
Namun, Zaid menjadi “anak emas” Utusan dan Umno apabila beliau mengkritik Anwar secara terbuka dan pada masa sama serangan beliau terhadap Najib menjadi makin luntur.
Pada masa sama, KITA mencatat sejarah kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran parti itu, hanya tiga bulan selepas Zaid mengambil alih kepimpinan AKIM yang kemudian diubah menjadi KITA.
Hindraf yang membuat permohonan untuk didaftar sebagai NGO pada tahun 2009, masih belum mendapat jawapan daripada ROS.
Begitu juga dengan Pakatan Rakyat yang memohon pendaftaran untuk menjadi entiti politik seperti BN. Permohonan dibuat tahun lalu namun ROS masih membisu.
Berbalik kepada peraduan mencari mirip Anwar – Zamil berkata kereta Rolls Royce yang ditawarkan itu adalah miliknya sendiri. Kereta mewah sebegitu lazimnya sinonim dengan kekayaan yang dimiliki juak-juak Umno.
Bagaimanapun bukan harta mahu pun gaya hidup Zamil atau Zaid yang dipertikaikan. Apa yang perlu diperjelaskan ialah kenapa Zamil dan Zaid dan pemimpin KITA merelakan diri diheret dalam permainan Umno.
Ketika rakyat bergelumang dengan kenaikan harga barangan termasuk tarif elektrik yang diumumkan semalam, pemotongan subsidi barangan keperluan dan risiko cukai GST diperkenalkan, Zaid dan juak-juak dalam KITA masih sibuk dengan video lucah, malah mempunyai “ilham” menganjurkan peraduan mirip Anwar.
Namun itu hak mereka. Tentunya peraduan mirip Anwar yang diumumkan oleh Zamil bertujuan mengisi agenda tertentu yang perlu didokong oleh KITA demi kelangsungan politik parti itu sendiri.
Kesahihan video lucah itu sudahpun diputuskan di dalam mahkamah rakyat. Laporan polis yang dibuat oleh pihak yang menerima video itu menerusi pos, atau menjumpainya di masjid cukup membuktikan rasa mual rakyat dengan isu ini.
Dalam keadaan sebegitu, tampil pula pemimpin KITA menawarkan hadiah kereta Rolls Royce untuk mencari seorang yang seiras Anwar. Tujuan khusus peraduan ini adalah semata-mata untuk mengkitar semula, memerah dan menghangatkan kembali isu berkenaan demi mencari keuntungan politik.
Hakim untuk peraduan mirip Anwar ditetapkan sebagai Presiden KITA, Zaid Ibrahim sendiri, bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohamad Nor yang kini bergelar Senator selepas lompat masuk Umno, serta ahli perniagaan Sharyzl Eskay – satu daripada tiga Datuk T yang mendalangi video lucah itu.
Zamil berkata peraduan berkenaan beserta dengan barisan hakim yang disediakan bertujuan “membela” nama baik Anwar. Pada anggapan orang-orang “bijak pandai” seperti Zamil dan Zaid ini mungkin kenyataan yang dianggap sinis dan menyindir secara cerdik.
Namun hakikatnya ialah, peraduan mirip Anwar anjuran mereka hanya menyerlahkan budaya politik murahan yang semakin didokong oleh Zaid dan pengikut-pengikutnya.

SPRM Gugur Dakwaan Rasuah Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghapuskan tuduhan ke atas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ( gambar ) berhubung dakwaan wujud unsur rasuah dalam urusan haji ke Mekah bersama keluarganya.

SPRM turut membersihkan dakwaan keatas bekas anggota panel suruhanjaya itu, Tan Sri Robert Phang yang dikatakan cuba memberi sogokan kepada Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian.

Menurut kenyataan SPRM, pihaknya menggugurkan tuduhan-tuduhan berkenaan ekoran tiada bukti lengkap untuk mengaitkan mereka terlibat dengan rasuah.

Sebelum ini beberapa portal berita dan blog menyiarkan gambar Abdul gani yang dilihat bersama Shahidan Shafie, yang pernah dikaitkan dengan bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli.

Abdul Gani dibidas ekoran timbul dakwaan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan Tajudin yang kini disiasat oleh SPRM.

pelbagai pihak mendakwa, Shahidan cuba memujuk Abdul Gani supaya tidak membuat pendakwaan terhadap Tajudin.

MAS pernah mengalami kerugian sebanyak RM8 bilion ketika syarikat tersebut diterajui oleh Tajuddin dalam tempoh di antara 1994 dan 2001.

Kerugian utama yang direkodkan membabitkan penempatan semula operasi kargo MAS di Amsterdam dan Frankfrut sebagai hab tunggal di Hahn, Jerman.Mstar

Batal pendaftaran : PKR failkan permohonan mahkamah halang ROS

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) hari ini akan memfailkan permohonan di mahkamah bagi menghalang Pendaftar Pertubuhan (ROS) daripada membatalkan pendaftaran parti itu.

Menurut Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran, permohonan semakan semula pembatalan itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada petang ini.

“Hari ini kita akan failkan permohonan menghalang ROS daripada membatalkan pendaftaran KEADILAN.

“Permohonan ini dibuat ekoran kita menerima notis yang bertarikh 9 Mei daripada ROS yang menyatakan pendaftaran KEADILAN akan dibatalkan selepas 9 Jun,” kata Surendran ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Katanya, antara barisan peguam yang mewakili KEADILAN bagi memfailkan permohonan tersebut terdiri daripada Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah dan Latheefa Koya yang mewakili Lawyers for Liberty (LFL).

“Saya akan bersama peguam Sivarasa dan Latheefa memfailkan permohonan tersebut hari ini,” kata beliau.

Dilaporkan sebelum ini, notis bertarikh 9 Mei 2011 itu ditandatangani Datuk Abdul Rahman Othman dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftaran KEADILAN selepas 9 Jun 2011.

Ia dikirim menerusi pos berdaftar dengan salinan turut dihantar kepada Presiden dan Bendahari Agung, menyatakan pendaftaran KEADILAN akan dibatal selepas 9 Jun, melainkan parti itu menyatakan sebab.Keadilandaily

Gambar : 10,000 sertai program kerajaan Selangor di Sabak Bernam

Dr Halimah melihat pameran Vespa di himpunan itu
Sebahagian remaja dan kanak-kanak yang hadir di majlis yang diadakan di Sungai Besar baru-baru ini

SABAK BERNAM, 31 Mei: Konsert dan Sembang Santai Generasi Idaman Selangor (GeMS) di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar, Sabak Bernam baru-baru ini penuh meriah apabila hampir 10,000 menyertainya.

Exco kerajaan negeri Selangor yang juga penaung program ini, Dr Halimah Ali menyifatkan perhimpunan ini satu kejayaan besar dalam menembusi kawasan Sabak Bernam.

Beliau sendiri yang hadir ke majlis itu menyifatkan sambutan yang diberikan kepadanya suatu yang luar biasa dan kejayaan besar bagi satu majlis anjuran kerajaan negeri.

Di majlis itu, Dr Halimah selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor bersama Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial peringkat Daerah Sabak Bernam yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam sebagai tuan rumah mengadakan dialog terbuka.

Sesi dialog ini disertai penghulu dan ahli JKKK serta wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Pejabat Kesihatan Daerah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah dan Lembaga Zakat Selangor.
Majlis dialog ini bertujuan berkongsi input-input mengenai gejala sosial terkini yang berlaku di daerah Sabak Bernam serta cara menangani masalah tersebut secara menyeluruh dan bersepadu antara agensi kerajaan dengan pimpinan masyarakat.

Pelbagai perkara dapat dikongsi bersama antara pimpinan masyarakat setempat, agensi kerajaan dan kepada pimpinan tinggi Kerajaan Negeri Selangor.

Konsert dan sembang santai ini diserikan dengan kehadiran Shahir AF, Akil Hayy, Dakmie serta peserta Raja Lawak 5 seperti kumpulan R2, Nazmi dan Black.

Konsert dan sembang santai dikendalikan oleh motivator remaja, Akhwan Afandi.

Kelainan konsert ini ialah dengan menampilkan mesej kepada remaja berkenaan isu gejala sosial seperti rempit, pergaulan bebas, penagihan dadah dan sebagainya.

Kebanyakan penonton yang dianggarkan lima ribu orang di sekitar Sabak Bernam yang hadir pada malam itu sangat berpuas hati kerana bukan sahaja dapat melihat artis pujaan mereka secara dekat malah artis tersebut juga memberi nasihat mengenai kehidupan remaja seharian.

Antaranya contoh konsep kasih sayang yang sebenar iaitu kasih sayang kepada Allah S.W.T sebagai pencipta.

Fitnah II: Peguam tetap heret Najib, Rosmah ke mahkamah

KUALA LUMPUR: Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi memberi keterangan di mahkamah dalam kes Fitnah II.

Menurut Sankara Nair, kedua-dua individu itu akan dipanggil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersidang semula pada 6 Jun hingga 30 Jun depan.

Namun, Sankara berkata pihak polis menyukarkan usaha pihaknya untuk memanggil perdana menteri dan isterinya bagi memberi keterangan.

Menurut Sankara, pasukan peguam Anwar sudah memberikan notis untuk memanggil Najib pada 16 Mei lalu tetapi sehingga kini, selepas dua minggu berlalu polis masih lagi tidak membenarkan Najib disoal siasat peguam Anwar.

“Pihak polis belum buat apa-apa persiapan walau pun kami dah beri notis 16 Mei lalu,” kata Sankara kepada keadilandaily.com

Najib Razak adalah antara saksi yang mahu dipanggil ke mahkamah oleh peguam Anwar kerana pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar.

Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di sebuah universiti swasta.

Selain Najib dan Rosmah, peguam juga akan memanggil bekas atlet negara yang juga pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Ezam Mohd Nor.

Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mac lalu, Pegawai Penyiasat Jude Pereira membuat kejutan apabila mengaku mengambil keterangan Najib dan isterinya berhubung kes berkenaan.

Saiful Bukhari dalam keterangannya turut mengaku bertemu Najib yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri tetapi menafikan berjumpa Rosmah.

Sebaliknya Saiful mengaku pernah bertemu Mumtaz Jaafar di kediamannya. Beliau juga mengaku bertemu Ezam Mohd Nor antara tengah malam 27 Jun dan awal pagi 28 Jun, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.Keadilandaily

Isnin, 30 Mei 2011

Kerjasama Dengan Pas : Umno Pujuk Tok Guru Nik Aziz,Tawar 3 Jawatan Menteri

KUALA LUMPUR 30 MEI : Umno menawarkan tiga jawatan menteri kepada PAS, sekiranya Murshidul Am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat bersetuju kepada penubuhan kerajaan perpaduan antara kedua-dua parti itu, kata Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain.

Datuk Nik Aziz bagaimanapun menolak tawaran itu kerana PAS tetap komited kepada Parti Keadilan Rakyat dan DAP dalam Pakatan Rakyat, kata beliau.

Muhammad berkata Nik Aziz mendedahkan tawaran Umno itu pada majlis bersama anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat. (Ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," kata Muhammad yang turut hadir pada majlis itu.

Menteri Besar Kelantan itu tidak mengenal pasti pemimpin Umno yang membuat tawaran berkenaan namun merujuknya sebagai seorang pesara kerajaan bergelar Datuk.

Pemimpin Umno itu dilaporkan mula 'berjinak" dengan Nik Aziz pada April lalu, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja keperluan PAS dan Umno menjalin kerjasama politik demi masa depan orang Melayu.

Difahamkan, majlis di Dengkil itu dihadiri kira-kira 500 orang termasuk Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan Ahli Parlimen Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh) dan Abdullah Sani (Kuala Langat).

Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu.

Sumber yang dekat Nik Aziz mengesahkan pegawai Umno itu menziarahi Nik Aziz beberapa kali, termasuk di rumahnya di Pulau Melaka.

Nik Aziz adalah antara pemimpin PAS yang paling lantang menolak idea kerjasama politik dengan Umno malah pernah mencadangkan supaya PAS mengadakan Muktamar Khas bagi membahas isu berkenaaan secara telus. TVS

Tarif Elektrik Naik 7.12 Peratus Bermula 1 Jun Ini

KUALA LUMPUR: Seperti dijanjikan kerajaan Umno- Barisan Nasional menaikkan tarif elektrik dengan purata kenaikan 7.12 peratus bermula 1 Jun, sebagai usaha menarik bantuan subsidi daripada rakyat.

BN dilapor menaikkan tarif elektrik kepada 2.23 sen kilowatt/jam kepada 33.54 sen daripada 31.31 sen berkuat kuasa 1 Jun.

Gas asli juga dilapor meningkat pada RM3 mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga mencecah paras pasaran pada 2016, apabila harganya akan diapung sepenuhnya.

Kenaikan itu susulan keputusan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota kabinetnya ketika mesyuarat Majlis Ekonomi minggu lalu.

Kerajaan, secara mudah memberi alasan bahawa pengguna domestik yang menggunakan kurang 300 kw unit elektrik setiap bulan tidak tertakluk kepada kenaikan baru itu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin berkata, 44.4 juta atau 75 peratus isi rumah tidak menerima kesan tarif baru tersebut.

Namun beliau tidak menyatakan kesan tarif itu kepada sektor lain seperti pembuatan yang akan menyebabkan berlaku peningkatan kos dan kenaikan mendadak harga barang.

Pakatan Rakyat sebelum ini beberapa kali mengulangi bahawa perjanjian berat sebelah antara Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), menyebabkan syarikat IPP mengaut keuntungan berbilion ringgit setahun.

Syarikat-syarikat IPP yang terdiri daripada kroni antaranya Genting Sanyen, Malakoff dan YTL menerima kira-kira RM19 bilion sehingga RM22 bilion subsidi tahunan.

Malah Petronas juga kerugian hampir RM21 bilion setahun kerana terpaksa menjual tenaga yang lebih murah kepada IPP.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang juga bekas Pengurus kanan di Petronas mendakwa syarikat petroleum negara itu terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual semula kepada IPP dengan harga serendah RM10.Keadilandaily

Ahad, 29 Mei 2011

Musim Ahli Politik "Gila Talak" Dalam Umno Menjelma Lagi

Memang patut Nakhaie Ahmad meninggalkan PAS dan menyertai Umno. Ini bukan kerana ideologi mahupun cara pengurusan atau kepemimpinan PAS yang tidak betul, tetapi personaliti seperti Nakhaie memang tidak sesuai berdiri dalam saf perjuangan PAS.

Rumusan ini boleh dibuat daripada kenyataan Nakhaie yang dipetik oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia semalam. Dalam kes pelbagai tuduhan terhadap Anwar Ibrahim, Nakhaie mengesyorkan supaya ulama PAS membuat penyiasatan sendiri akan kebenaran tuduhan-tuduhan salahlaku seks terhadap Anwar.

Matlamat Nakhaie ialah supaya PAS kemudian boleh membuat pendirian tegas berhubung isu kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar.
Sekali imbas mungkin nasihat bekas Naib Presiden PAS itu ada logiknya. Namun mengambil kira Nakhaie ini adalah orang yang pernah bermufarakah dari jemaah PAS, apa yang dapat disimpulkan daripada saranannya tentu berbaur politik.

Nakhaie ingin menabur jasa menyelamatkan Umno yang sedang menggelepar dalam gelanggang politik. Nakhaie sedar pemikiran politik Umno sekarang ialah ia perlu dapatkan sokongan Melayu semula. Jika orang Melayu bersatu di bawah Umno, pasti parti berusia 65 tahun itu tidak akan jadi parti pembangkang selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.

Sebab itu, Nakhaie cuba menjadi guru tuisyen politik kepada ulama PAS – siasat sendiri tuduhan terhadap Anwar dan kemudian nyatakan pendirian sama ada hendak terus dalam Pakatan Rakyat atau bergabung dalam usul “penyambung hayat” Umno membentuk kerjasama dan perpaduan dengan PAS.

Nakhaie memang terdesak. Kontrak sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah - habuan terbaik yang diperolehinya kerana cuba menggadaikan maruah PAS dengan mentalak jawatan Naib Presiden PAS dan bersenggama dengan Umno – kini sudah jatuh ke tangan orang lain. Beliau tiada kedudukan dalam Umno dan tidak mungkin berpeluang menjadi calon Umno dalam pilihanraya akan datang.
Lantas inilah ketika yang sesuai pada fikiran Nakhaie untuk membuktikan pada kepimpinan Umno, beliau masih ada guna dalam parti itu. Pada congakan Nakhaie jika ada ulama PAS memberi reaksi akan cadangannya itu, tentu ia akan dapat menggoncang perpaduan PAS.

Memang diketahui umum, perpaduan dalam PAS hari ini amat kental. Malah bak kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Kepimpinan PAS, Abdul Halim Andul Rahman, beliau amat tenang menjalankan proses pemilihan parti yang akan berlangsung minggu depan, walaupun ia adalah paling sengit dalam sejarah PAS.

Justeru bagi Nakhaie jika saranan beliau itu dapat menggugah sedikit perpaduan PAS, tentu Umno akan terhutang budi padanya. Kegoyahan perpaduan PAS bererti pendirian tegas PAS agar tuduhan salahlaku seks terhadap Anwar Ibrahim diselesaikan mengikut perintah Allah – laksana hukum qazaf – mungkin berubah dan PAS mungkin boleh dipujuk untuk keluar Pakatan Rakyat dan membuka pintu rundingan dengan Umno.

Pemikiran Nakhaie ini memang Umno. Hal ini disahkan oleh Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang bercakap di mesyuarat perwakilan Umno Bukit Gantang di Taiping semalam bahawa Umno hanya boleh mengekalkan kuasa jika ada perpaduan di kalangan parti itu dengan PAS.

Adalah jelas Umno memang terdesak sekarang. Sebab itu, golongan yang sudah lama terpinggir dari arus kepimpinan Umno cuba mencari-cari jalan untuk kembali ke arus perdana parti itu. Isa Samad, bekas Naib Presiden Umno yang pernah terpelanting dari barisan kepemimpinan Umno kerana rasuah dalam pemilihan parti, kini sudah dapat peluang jadi calon pilihanraya kecil tahun lalu. Kemungkinan beliau kembali memimpin Negeri Sembilan adalah terbuka.

Begitu juga dengan bekas Ketua Pemuda Umno dan juga Mantan Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Thamby Chik. Beliau diberikan tempat untuk memimpin Risda. Tidak puas dengan itu, Rahim membentuk regu Datuk T yang menaja dan menjaja video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Nampaknya, dalam keadaan Umno yang cemas menghadapi pilihanraya umum ini, ahli politik “aliran katak melompat parti” seperti Nakhaie, Zulkifli Noordin, Rahim Thamby Chik, menghidu peluang untuk menggunakan talian hayat politik masing-masing untuk kembali ke barisan pimpinan utama Umno. Persamaan mereka ialah mereka menggunakan modal yang sama – pertikai dan aibkan Anwar Ibrahim, orang yang paling digeruni oleh Umno hari ini.

Bagi mereka harapan ini bukan mustahil dicapai. Selain Isa Samad, mereka melihat paling berjaya mendekati Presiden Umno, Najib Razak sekarang ialah Ibrahim Ali. Dengan menggunakan pendekatan ultra-Melayu Ibrahim dan PERKASA, Ibrahim semakin hari semakin dilihat “berguna” untuk menggertak orang Melayu supaya bersatu di bawah pimpinan Umno.

Namun Nakhaie pula berhajat menggunakan pendekatan lebih “berani dan berbaloi” bagi mencapai maksud “memaksa” orang Melayu berlindung di bawah payung Umno. Nakhaie cuba menyergah ulama-ulama PAS supaya “bangkit” dan ambil pendirian tinggalkan Anwar dan Pakatan Rakyat. Dalam congakan Nakhaie, jika ini bisa dilakukan, tentu habuan untuknya kali ini lebih besar daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Sabtu, 28 Mei 2011

Bukti Pas Berani !!!

TEMERLOH, 28 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa pemilihan pucuk pimpinan utama pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 minggu depan membuktikan PAS adalah parti yang berani.

Ini, katanya kerana pemilihan itu diadakan dalam tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan diadakan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Marang berkata, sedangkan ada parti yang menangguhkan pemilihan apabila berhadapan dengan PRU.

"Kita berani buat pemilihan walaupun dalam tempoh pilihan raya diadakan sedangkan parti lain menangguhkan pemilihan," ujarnya pada sidang media tengah malam tadi selepas berucap pada majlis ceramah sempena Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau.

Hadir sama ialah Naib Presiden dan AJK PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mazlan Aliman.

Tuan Guru Abdul Hadi yang diisytiharkan menang tanpa bertanding jawatan Presiden PAS bagi sesi 2011-2013 menyatakan demikian ketika diminta mengulas berhubung calon-calon yang mengesahkan bertanding dalam pemilihan parti pada muktamar kali ini.

Petang semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman mengumumkan senarai-senarai yang mengesahkan bertanding pada muktamar kali ini.

Mengulas lanjut senarai calon-calon yang bertanding, beliau berkata ia menunjukkan wujudnya demokrasi di dalam PAS.

Jelasnya, PAS memberi hak kepada calon untuk bertanding dan perwakilan untuk membuat pilihan.

Baginya, pemilihan pucuk pimpinan di dalam PAS tidak mendatangkan masalah kerana ianya mempunyai kawalan moral.

Mengenai kemungkinan PRU 13 diadakan secara mengejut, beliau berkata ia adalah urusan BN.

Namun, katanya amalan pilihan raya di negara ini adalah luar biasa berbanding dengan negara maju.

Menurutnya, rakyat di negara-negara maju yang melaksanakan proses demokrasi mengetahui pilihan raya akan diadakan tiga atau empat tahun sebelum itu.Hrkh

Umno kembalikan ciri-ciri pemerintahan Firaun – Anwar

MUAR: Sistem amalan Umno Barisan Nasional (BN) kian menyimpang dari landasan Islam apabila menghidupkan kembali ciri-ciri masyarakat Jahiliah yang menyamai corak pemerintah Firaun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Fitnah bukan sahaja dibiar, tetapi dipertahankan. Ini sebahagian kita tidak percaya, bila fitnah dipertahankan, sistem itu rosak. (Ini) ciri masyarakat jahiliah.

“Kita tidak kata sekarang ini (zaman) jahiliah tapi ada orang berilmu guna media pertahankan fitnah. Ini sistem apa? Ini bukan sistem Islam. Ini sistem yang kita tolak yang disebut berulang kali oleh ulama besar yang menyifatkan Islam bukan pada slogan, bukan pada Umno,” kata Ketua Umum KEADILAN itu di Markaz PAS Parit Pechah, Muar, malam tadi.

Anwar berkata, ciri-ciri pemerintahan Firaun tidak ubah seperti corak regim Umno apabila sanggup mengenepikan undang-undang dan berlagak seperti Tuhan.

“Ada ciri Firaun. Firaun cakap kamu bicara apa yang aku mahu. Kamu mesti kata apa yang aku sebut. Hakim juga ikut Firaun, bukan undang-undang, polis juga ikut perintah Firaun. Ini ciri-ciri orang Umno.

“Siapa yang jahat, bunuh orang, zalim pada orang, buat cerita lucah, fitnah orang, aibkan orang, kes bunuh tutup, rasuah tutup, bodohkan rakyat, (maka) saya kata siapa yang politik begini, ‘pandikutty’,” katanya.

Justeru, Anwar berkata, beliau mahu mengetuai gerakan rakyat untuk menumpaskan riwayat Umno yang hanya terus-terusan memperbodoh Melayu dan umat Islam, sekian lama.

“Kita lawan orang zalim, kita lawan sistem zalim. Memperbodohkan rakyat – itu saya tolak dan tentang.

“Bagaimana parti yang memerintah sanggup berbuat begini? Umno memperbodohkan umat. Media dipergunakan untuk menutup kesalahan Umno, semua yang dilaporm, kebaikan Umno,” katanya.Keadilandaily

Video : Pemfitnah Harus Minta Maaf-Tok Guru Nik Aziz




RAWANG 28 MEI : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan pihak yang menabur fitnah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tampil memohon maaf.

Katanya, ini kerana maruah dan harga diri seseorang individu adalah tunjang sifat kemanusiaan secara jelas tidak boleh diaibkan sewenang-wenangnya demi kepentingan politik semata.

Justeru, Nik Aziz tidak menolak kredibiliti Anwar sebagai pemimpin berlandaskan syiar Islam merupakan faktor kemaraan politiknya disekat oleh kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) yang khuatir akan kehilangan kuasanya.

"Mereka tahu Anwar pandai. Mereka bimbang Anwar jadi Perdana Menteri, sebab itu mereka fitnah. Anwar bukan batang kayu tapi orang. Orang ini ada malu," ujar beliau.

Sehingga kini polis telah menerima lebih daripada 10 laporan berhubung pengedaran cakera padat (CD) rakaman video seks lucah yang cuba dikaitkan dengan ahli Parlimen Permatang Pauh itu di seluruh negara juga kepada ketua-ketua kampung di sekitar Selangor.

Aktiviti pengedaran cakera padat itu juga didakwa didalangi oleh ahli Umno-BN.

Namun sehingga hari ini, polis masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap trio 'Datuk T' yang merupakan dalang utama dalam pendedahan video berkenaan Februari lalu.

Dalam siri ceramah perdana 'Pas Ganti Umno' semalam, Nik Aziz berkata ideologi parti Umno-BN secara langsung memerangkap mentaliti masyarakat Melayu sehingga keliru untuk membezakan kepentingan mewujudkan senario politik sihat.

Malah beliau turut berpendapat pendekatan Umno-BN itu juga telah menghakis prinsip demokrasi yang diamalkan negara ini.

"Mereka rampas Perak. Ini bukan demokrasi. Kalau mahu pindahkan nama pengundi tidak ada masalah tapi di akhirat nanti akan dapat balasan. Mana ada demokrasi halang orang bercakap. Ini hak semua orang," katanya.

Dalam ucapannya di hadapan dua ribu pengunjung yang hadir di padang Kampung Setia itu, Nik Aziz menyifatkan perbalahan isu agama dan kaum hanya membuka ruang kebencian terhadap masyarakat yang pelbagai.

Walhal katanya, fokus pemerintah seharusnya menjurus kearah penyatuan rakyat seperti mana yang di uar-uarkan dalam slogan 1 Malaysia.

Sehubungan itu Nik Aziz mengingatkan, kaedah politik terbaik bagi struktur masyarakat kompleks seperti di Malaysia merupakan politik yang selari dengan Islam.

Dimana, beliau mengambil contoh pendekatan yang dilaksanakan oleh Pas di negeri Kelantan dari sudut sosio-ekonomi, budaya dan sosial tanpa bersikap dwi standard atau prejudis terhadap kaum lain.

"Umno cuba pecahkan (perpaduan) tidak betul. Semua berasal dari seorang bapa iaitu (Nabi) Adam dan Hawa. Cuba kamu cari siapa nenek moyang. Kalau masih tidak jumpa maka semua manusia berasal dari keturunan yang sama," katanya lagi.

Baru-baru ini Presiden Persatuan Peribumi Perkasa (Perkasa), Ibrahim Ali mengisytiharkan kesediaan beliau untuk berperang 'Jihad' sekiranya masyarakat beragama Kristian mempersoal kedudukan agama Islam di negara ini.

Kenyataan tersebut walau bagaimanapun tidak disokong oleh Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein sebaliknya menyatakan bahawa pendapat Ibrahim hanya mewakili segelintir masyarakat Melayu beragama Islam.

Jelas Nik Aziz lagi, beliau turut mengulangi pendiriannya bahawa Pas tidak akan bergabung dengan Umno-BN walaupun perkara tersebut pernah berlaku dahulu.

"Saya antara orang yang menyokong Pas masuk BN selepas 13 Mei. Sehinggakan Pas di Kelantan berpecah kepada empat. Bila (Pas) masuk, dan (BN) senang dia tendang kita. Sekarang bila sudah susah, mereka datang balik kepada kita.

"Jangan masuk lubang kali kedua. Kalau pertama sudah kena sengat, maknanya bodoh kalau kita masuk kali ke dua," tambah beliau lagi.

Beliau sebelum itu menerima penyerahan borang 114 bekas ahli Umno cawangan Kampung Melayu Seri Kundang yang diserahkan sendiri oleh bekas Ketua Bahagiannya, Mat Senin Mat Lana.

Antara lain yang turut menjejaki langkah Mat Senin adalah bekas Ketua Wanita, Kamariah Meor Baldin dan bekas Pemuda, Mohd Khairuddin Abu Bakar.TVS

Pemilihan PAS: Tiada calon tarik diri

PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata setakat hari ini tiada calon yang menarik diri daripada bertanding jawatan masing-masing dalam Muktamar Tahunan ke-57 kali ini.

Beliau yang dihubungi FMT mengesahkan perkara itu manakala kertas undi telah dicetak mulai hari ini.

Menurut Abdul Halim, masih terlalu awal untuk menjangkakan mana-mana calon yang akan menarik diri memandangkan mereka masih boleh berbuat demikian ketika mesyuarat Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat yang bermula pada 1 Jun ini.

Mesyuarat Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan bermula pada 1 dan 2 Jun ini masing-masing di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Dewan SUK, Shah Alam.

Manakala bagi menganggotai Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, perwakilan akan membuang undi pada 3 Jun dan pengumuman calon yang menang pada 4 Jun di Pusat Tarbiyah Taman Melewar, Gombak.

Abdul Halim menegaskan bahawa mana-mana calon yang menarik diri perlu memberi jawapan rasmi secara bertulis kepada pihak Jawatankuasa Pemilihan yang diketuai olehnya.

“Tiada calon yang menarik diri buat masa ini, walaupun kertas undi sudah dicetak bermula hari ini. Tapi mereka masih boleh berbuat demikian ketika mesyuarat berakhir pada 2 Jun ini…..tapi itu terpulang kepada calon.

“Tapi perlu diingatkan bahawa mana-mana calon yang ingin menarik diri perlu memberi jawapan rasmi secara bertulis kepada saya.

Maka pihak Jawatankuasa Pemilihan akan umum calon yang tarik diri dalam muktamar dewan masing-masing sebelum pengundian oleh perwakilan dijalankan.

“Walaupun kertas sudah dicetak dan tertera nama calon yang menarik diri, pihak Jawatankuasa akan memberi taklimat kepada para perwakilan sebelum mereka membuat pengundian. Maka tidak akan wujud undi ke atas calon yang sudah menarik diri itu,” katanya.

Surat rasmi

Semalam melalui sidang medianya di Ibu Pejabat PAS, Abdul Halim mengingatkan calon yang ingin menarik diri di saat akhir perlu mengemukakan surat rasmi kepada Jawatankuasa Pemilihan dan bukannya melalui kenyataan secara terbuka atau melalui media.

Menurut Abdul Halim, seramai 30 petugas akan membantu perjalanan muktamar yang dijadualkan diadakan 1 hingga 5 Jun ini.

Tiga orang petugas akan bertanggungjawab mengetuai setiap mesyuarat dewan muktamar yang diadakan pada hari tersebut.

Muktamar pada kali ini juga membabitkan 750 orang perwakilan daripada Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama’ manakala bagi Jawatankuasa PAS Pusat terdiri daripada 1,100 perwakilan.FMT

Khamis, 26 Mei 2011

Tok Guru Nik Aziz Mengulas Isu Ulama Dan Profesional Dalam Pas

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tidak wujud dua kumpulan — ulama dan profesional, yang didakwa bersaing mahu menguasai barisan kepimpinan parti Islam berusia enam dekad itu.

Sebaliknya kata beliau, istilah golongan ulama dan profesional itu yang seringkali timbul ketika pemilihan parti, sebenarnya “dihidupkan” oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

Nik Aziz (gambar) berkata demikian menjelang pemilihan kepimpinan PAS pusat awal bulan depan dengan tumpuan beralih kepada persaingan jawatan timbalan presiden dan naib presiden.

Jawatan timbalan presiden bakal menyaksikan pertarungan tiga penjuru membabitkan penyandangnya Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja pusat Mohamad Sabu.

Sementara itu, jawatan naib presiden juga bakal menyaksikan pertarungan sengit.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berjaya mengekalkan jawatan presiden tanpa cabaran.

Mereka yang mahu bertanding jawatan tertinggi PAS harus mengesahkan pencalonan mereka sebelum pukul 5 petang ini.

“Kononnya kedua-dua (ulama dan profesional) ini adalah inti yang berlawanan antara satu sama lain. Sedangkan hakikatnya tidak pernah wujud jurang antara ulama atau professional dalam PAS kecuali jurang yang diada-adakan oleh Umno-BN.

“Jikapun ada, kedua-duanya tidak lebih melainkan hanyalah caj positif dan caj negatif yang apabila bergabung menjadi arus eletrik yang cukup kuat untuk memberikan renjatan kepada Umno-BN,” kata Nik Aziz menerusi laman Facebook malam tadi.

Oleh itu kata Menteri Besar Kelantan itu, barisan kepimpinan PAS terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kemahiran.

Justeru, tegas Nik Aziz, walaupun berbeza latar belakang, namun dasar perjuangan dan matlamat yang hendak dicapai tetap sama.

“Tidak ada apa yang pelik jika kepimpinan PAS dilatari oleh individu yang datang dari pelbagai bidang pendidikan dan kemahiran.

“Di zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda mempunyai latar belakang yang pelbagai.

“Oleh yang demikian, tidak ada yang pelik jika di dalam PAS ada kepimpinannya dari pelbagai latar belakang. Profesional dalam PAS itulah golongan ulama, dan ulama dalam PAS itulah professional.

“Semuanya menjadi batu bata membentuk benteng kukuh berdepan dengan ombak sekular. Hari ini, gelombang sekular sedang ganas membadai. Jika dulu, ada gelombang berwarwa biru, hari ini pula ia berwarna merah,” katanya merujuk kepada kempen yang kini digunakan Umno untuk merampas Kelantan.

Tambah Nik Aziz, beliau berharap perwakilan akan membuat keputusan bijak dalam memilih barisan kepimpinan parti untuk meneruskan agenda perjuangan PAS.

“Harapan saya, muktamar yang akan diadakan pada minggu hadapan ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk perjuangan Islam.

“Kepada para perwakilan, pilihlah pemimpin yang bertaqwa kepada Allah. Ikhlaskanlah hati, dan letakkanlah pertimbangan semasa memilih di atas neraca iman kepada Allah, insya-Allah, saya yakin pilihan para perwakilan nanti adalah yang terbaik untuk meneruskan perjuangan PAS di persada politik tanah air,” katanya.TMI

Pemilihan Pas : DS Nizar Tanding Naib Presiden

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin hari ini mengesahkan penyertaannya bagi pertandingan Naib Presiden PAS namun Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli hanya bertanding AJK sahaja.

Nizar (gambar) ketika bercakap kepada Harakahdaily berkata, pihaknya telah menghantar surat pengesahan untuk bertanding jawatan itu ke Pejabat Agung PAS sekejap tadi dan memaklumkan hanya akan bertanding naib presiden sahaja.

Sementara itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli memberitahu Harakahdaily, beliau mengambil keputusan bertanding AJK PAS Pusat sahaja.

Langkah ini diambil beliau selepas bekas naib presiden sebelum ini, Datuk Husam Musa membuat keputusan untuk bertanding jawatan itu kali ini.

"Saya rasa oleh kerana PAS melaksanakan keputusan secara konsensus, saya rasa cukup kalau saya menumpu pertandingan AJK sahaja dan tidak perlu di naib presiden," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily sambil mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang mencalonkan beliau.

Semalam Dr Hatta berkata, beliau masih belum menarik diri lagi untuk bertanding jawatan naib presiden tetapi belum menghantar surat rasmi kepada Jawatankuasa Pemilih.

Nizar, bekas Menteri Besar Perak itu, yang turut mendapat pencalonan untuk AJK PAS Pusat tapi menolaknya kerana mahu memberikan tumpuan kepada naib presiden sahaja.

Jawatankuasa Pemilihan PAS akan mengumumkan calon-calon yang bertanding dalam muktamar PAS kali ini dalam satu sidang media esok. Hari ini adalah hari terakhir untuk calon-calon yang layak membuat pengesahan pertandingan.

Selain Nizar, yang dijangka bertanding untuk naib presiden adalah Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar yang menyandang jawatan itu sekarang di samping Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Exco kerajaan Kelantan Datuk Nik Mohd Amar.

Naib presiden sebelum ini, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan beliau akan bertanding timbalan presiden dalam muktamar kali ini.

Nizar datang ke pejabat Harakahdaily untuk rakaman program 'Persepsion' bersama TVPAS yang akan disiarkan dalam Harakahdaily Jumaat ini.

Nizar berbicara soal 'Perak dalam pilihan raya umum ke 13'.

Semalam, Mohamad Hata Wahiri, Presiden NUJ membuat rakaman untuk rancangan 'Persepsi' terbitan TVPAS untuk Harakdaily.

Hata, wartawan Utusan Malaysia yang baru sahaja dipecat berbicara soal Utusan Malaysia dan Umno dalam siaran kali. Rancangan ini juga akan disiarkan mulai petang Jumaat ini di Harakahdaily.Hrkh

Pemilihan Pas : Mampukah Ust Nasharudin Pertahan Jawatan Tim. Presiden

KUALA LUMPUR: Semua tumpuan kini beralih kepada perebutan jawatan nombor dua PAS ekoran timbulnya persoalan sama ada Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa akan mempertahankan jawatannya atau menarik diri daripada pertandingan selepas Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memutuskan untuk bertanding jawatan itu.

Para pemimpin parti berkata kemasukkan Tuan Ibrahim dalam perebutan jawatan itu telah mengubah perkiraan, dinamik dan perspektif pemilihan parti memandangkan terdapat tiga pemimpin bertanding jawatan nombor dua, memaksa para calon menyemak semula strategi dan peluang mereka.

Selain penyandang, Nasharudin and Tuan Ibrahim, Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mohamad Sabu mengumumkan bahawa beliau juga akan bertanding jawatan Timbalan Presiden.

"Saya berpendapat Tuan Ibrahim mempunyai peluang baik untuk menang. Apa yang menarik adalah sama ada Nasharudin akan tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan jawatan. Namun, Nasharudin berada dalam kedudukan sukar, sama ada terus bertanding ataupun menarik diri," kata anggota Jawatankuasa Pusat PAS Datuk Kamaruddin Jaafar.

Semua calon yang bertanding jawatan utama parti mesti mengesahkan penerimaan mereka untuk bertanding sebelum 26 Mei tetapi terdapat spekulasi bahawa Nasharudin mungkin tidak mempertahankan jawatannya.

Meskipun wujud spekulasi kemungkinan beliau menarik diri, Nasharudin ketika dihubungi kekal menyatakan bahawa beliau akan mempertahankan jawatan disandangnya.

Beberapa penganalisis politik berkata jika beliau menarik diri, ia akan membawa gambaran kurang baik terhadapnya memandangkan beliau merupakan pemimpin pertama yang mengumumkan akan mempertahankan jawatan nombor dua parti untuk penggal ketiga, sejak 2005.

Begitupun, sumber parti menyatakan bahawa mungkin ada keputusan pada saat akhir yang menyaksikan calon menarik diri daripada bertanding seperti yang berlaku pada 2005, apabila Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Harun Din yang merupakan Ketua Penerangan parti ketika itu memutuskan untuk menarik diri.

Berikutan itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang tanpa bertanding sebagai Presiden PAS.

Pada Jumaat ini, Jawatankuasa Pemilihan PAS dijangka mengumumkan senarai nama calon yang layak bertanding bagi jawatan masing-masing semasa Muktamar PAS pada 3 hingga 5 Jun.

Rabu, 25 Mei 2011

Harga Barang : Kebodohan Pemimpin Umno Terserlah



SHAH ALAM 25 MEI : Tindakan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan( gambar ) mencabar negeri-negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga barangan keperluan terutamanya petrol jelas menunjukkan beliau dangkal mengenai sempadan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago berkata, tindakan itu juga sekaligus memperlihatkan betapa rendahnya pemikiran kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu-isu rakyat.

" Saya fikir Datuk Ahmad Maslan ini memang tidak mengetahui apakah peranan kerajaan mahupun tanggungjawab sebenar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri."

" Sudah jelas dalam isu-isu yang berkait dengan harga barangan keperluan itu adalah di bawah tanggungjawab pihak Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, cabaran beliau untuk kerajaan Pakatan Rakyat supaya mengurangkan harga barangan tidak masuk akal dan ia merupakan satu kenyataan yang jelas menunjukkan bahawa orang UMNO ini tidak begitu pandai," ujarnya ketika dihubungi Tv Selangor.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, empat kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang dicabar menurunkan harga barang-barang keperluan terutama petrol berikutan tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang sering menjadikan isu harga barang sebagai modal politik.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara itu bukan sesuatu yang mustahil kerana mereka boleh memberi subsidi sama seperti yang dilakukan Kerajaan Persekutuan ketika ini.

“Saya cabar mereka berikan subsidi sama seperti Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Parti keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang didakwa kaya-raya mungkin boleh memulakan langkah itu melalui Penasihat Ekonomi negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Menurut Charles, kenyataan Ahmad Maslan itu disifatkan sebagai satu lagi cubaan Umno-BN untuk memutar belitkan fakta serta memperbodohkan rakyat berhubung kenaikan harga barangan keperluan ini dengan mengalihkan tugas Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri.

" Kenyataan Ahmad Maslan itu hanya memperbodohkan orang ramai. Dia (Ahmad Maslan) hanya mahu putar-belitkan isu ini sahaja dengan mengatakan ia dibawah bidang kuasa kerajaan negeri dan negeri boleh menukar harga barangan sewenang-wenangnya, walhal ia tidak boleh berlaku," tegasnya.TVS

Fitnah Video Seks : Anwar Saman Balas Hishamuddin

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengemukakan saman balas fitnah ke atas Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang menyamannya berhubung isu berkaitan rakaman video seks didedahkan “Datuk T”.

Justeru, Anwar menuntut sejumlah kerugian daripada Hishammuddin atas kenyataan fitnah yang dikaitkan dengan saman Menteri Dalam Negeri itu.

“Kami telah memfailkan (tuntutan) bela atas tuntutan Hishammuddin dan juga memfailkan tuntutan balas ke atas saman fitnahnya.

“Pokoknya, fitnah berkaitan dengan apa yang dikatakan oleh beliau (Hishammuddin) ketika sidang media di Bukit Aman pada 21 Mac,” kata peguam Anwar K. Shanmuga kepada The Malaysian Insider.

Pada 1 Mei lalu, Hishammuddin berkata, beliau akan meneruskan hasrat memfailkan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkannya dengan video seks yang pelakunya mirip Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata, dakwaan Anwar itu perlu dijawab di mahkamah supaya masyarakat tahu kedudukan sebenar isu terbabit.

“Kita bawa ke mahkamah kerana kalau tidak, apa yang disebar melalui media dan internet orang akan percaya kerana kita tidak jawab,” katanya.

Naib Presiden Umno ini berkata, tindakan Ketua Umum PKR mengaitkan beliau dengan video seks terbabit semata-mata untuk mengalihkan perhatian masyarakat.

“Itu strategi... dia (Anwar) tidak boleh jawab soalan wartawan, dia alih pandangan kepada orang lain. Kita tidak berdosa, kenapa hendak takut,” katanya.

Akhir Mac lalu, Hishammudin melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi mewakili beliau dalam memfailkan saman terhadap Anwar.

Anwar (gambar) dalam laporan beberapa akhbar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video kononnya aksi beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara 21 Mac lalu.

Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan pembabitan mereka dalam rakaman berkenaan.TMI

Pemilihan Pas : MB Kedah Tolak Tanding Tim. Presiden

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanya bertanding jawatan ahli jawatankuasa pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-57, bulan depan.

Setiausaha akhbarnya, Helmi Khalid memberitahu, Ustaz Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri menolak bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS untuk memberi tumpuan kepada Kedah.

Ustaz Azizan antara yang dicalonkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS kali ini selain penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Sehingga kini, Nasharudin, Tuan Ibrahim dan Mohamad mengesahkan bertanding jawatan tersebut sementara Salahuddin mempertahankan jawatan naib presiden yang disandangnya sekarang.

Husam pula mengesahkan bertanding jawatan naib presiden.Hrkh

Selasa, 24 Mei 2011

Pemilihan Pas : 7 Tokoh Sahkan Bertanding Naib Presiden

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah bersama Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli dijangka akan menyertai saingan naib presiden.

"Sedia untuk bertanding naib presiden," tulis Nik Amar kepada Harakahdaily jam 7.15 malam ini.

"Setakat ini tanding, tapi belum bagi jawapan rasmi lagi. Sedang meneliti perkembangan terkini," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily jam 6.32 petang tadi.

Keputusan Dr Hatta dan Nik Amar ini menjadikan tujuh tokoh dijangka menawarkan diri untuk jawatan ini sehingga kini iaitu Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Ustaz Idris Ahmad, AJK Datuk Husam Musa dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, bekas MB Perak.

Nizar bagaimanapun tidak mengesahkan sendiri hal ini kepada Harakahdaily tetapi difahamkan PAS Perak memutuskan beliau bertanding. Menurut pembantunya, pencalonan yang diperolehi oleh Nizar amat memberangsangkan untuk dibiarkan begitu saja oleh beliau.

Seorang lagi calon, Datuk Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah masih belum diketahui sikapnya.

Menurut Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid, Azizan akan membuat keputusan esok samada bertanding atau tidak.

Dr Hatta, anggota Parlimen Kuala Krai, dikenali sebagai aktivis parti yang sangat lasak di samping mempunyai latar belakang akademik yang baik iaitu memiliki master dalam kesihatan awam dan menjadi pensyarah perubatan di Univerditi Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum aktif dalam PAS sepenuhnya.

Nik Amar, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pernah menyertai pertandingan naib presiden sessi lepas tetapi tewas.

Tengahari tadi, Datuk Husam Musa mengesahkan penyertaannya untuk jawatan naib presiden manakala pagi tadi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan penyertaannya untuk jawatan timbalan presiden.

Muktamar PAS kali ini akan diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar bermula 3 hingga 5 Jun ini.

Pemilihan akan berlangsung di hari kedua muktamar iaitu Sabtu 4 Jun.

Muktamar PAS akan dirasmikan pada hari Jumaat jam 9 pagi dengan Ucapan Dasar oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang telah menang tanpa bertanding.

Pada 1 Jun, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa akan merasmikan Muktamar Dewan Pemuda di Dewan MBSA Shah Alam.

Muktamar penuh ketiga-tiga dewan iaitu Ulama, Pemuda dan Muslimat akan berlangsung pada 2 Jun. Pemuda di MBSA, Muslimat di Dewan Jubli Perak, Shah Alam dan Ulama di Dewan KUIZM.Hrkh

Pemilihan Pas : Tuan Ibrahim Sah Bertanding Jawatan Tim. Presiden

KUALA LUMPUR, 24 Mei - Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini secara rasmi mengumumkan mahu bertanding jawatan timbalan presiden walaupun sebelum ini menegaskan tidak berminat turun gelanggang kerusi nombor dua parti itu.
Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah berfikir secara mendalam untuk bertanding jawatan itu walaupun mengakui sebelum ini tidak bercadang untuk turut serta menyertai pertandingan.
Ekoran keputusan ini, jawatan timbalan presiden bakal menyaksikan pertarungan tiga penjuru selepas penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu telah mengesahkan pendirian masing-masing.
"Setelah memikirkan secara mendalam, saya akur dan menerima pencalonan untuk jawatan timbalan presiden PAS dengan hati yang terbuka dan pada masa yang sama saya menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan.
"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kawasan yang telah mencalonkan saya, dengan rendah diri saya sedar saya bukanlah calon terbaik berbanding calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama," kata Tuan Ibrahim dalam entri blognya.
Tuan Ibrahim (gambar) menang jawatan naib presiden dalam percubaan kali pertama dua tahun lalu.
Kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu, beliau sebenarnya tidak berniat untuk bertanding jawatan itu namun ekoran pencalonan yang memberangsang daripada kawasan-kawasan beliau terpaksa memikirkan semula hasrat itu.
"Walaupun saya telah berkali-kali menyatakan hasrat bahawa saya lebih berminat untuk diberi peluang bagi meneruskan kerja saya dalam parti sebagai naib presiden sekiranya ada pencalonan yang mencukupi, namun kawasan-kawasan terus juga mencalonkan saya untuk bertanding jawatan timbalan presiden dengan jumlah pencalonan yang agak besar.
"Saya tidak bercadang untuk menyatakan jumlah pencalonan yang saya terima, namun ia suatu jumlah yang memerlukan saya untuk memikirkannya semula hasrat saya sebelum ini secara mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan," katanya.
Selain Nasharudin, Mohamad Sabu dan Tuan Ibrahim, turut dicalonkan untuk jawatan itu adalah Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayub.

Tok Guru Nik Aziz Rai Pengantin Orang Asal


GUA MUSANG, 23 Mei: Seramai 17 pasangan pengantin Orang Asal dari Pos Lebir, diraikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi.

Mereka adalah antara pengantin yang mengambil bahagian dalam Perkahwinan Perdana anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri tahun lalu.

Mereka diraikan pada majlis jamuan meraikan pasangan kahwin perdana di Kampung Pasir Linggi, dekat sini.

Program itu sebagai memenuhi hasrat Tuan Guru yang ingin meraikan mereka pada majlis khas selepas acara kahwin perdana tahun lalu.

Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu melahirkan rasa syukur kerana berjaya menyempurnakana cita-citanya untuk meraikan masyarakat terbabit pada majlis jamuan berkenaan.

“Apa yang penting keraian perlu dibuat bagi melahirkan rasa syukur kita terhadap sesuatu perkara, terutama perkahwinan kita,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun berharap masyarakat itu mencari ilmu untuk membina keluarga, kerana dengan ilmu insan dapat melahirkan generasi berakhlak.

Pelbagai acara menarik dianjurkan pada majlis itu, antaranya persembahan dikir barat oleh Megat Nordin yang turut disertai oleh masyarakatnya.

Turut diadakan persembahan budaya masyarakat itu sewaktu menyambut kedatangan Tuan Guru.

Turut hadir pada majlis tersebut, anggota exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar, Adun Mengkebang, Abdul Latif Abdul Rahman.

Program berkenaan turut dijayakan oleh Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri.Hrkh

Isnin, 23 Mei 2011

Malaysia Tempat Ke 10 Pengguna Arak Terbesar Dunia

KUALA LUMPUR 23 MEI : Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan 'tahniah' dan 'syabas' kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ‘berjaya’ membawa Malaysia ke ranking ke-10 negara konsumer arak terbesar dunia, kata Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen.

Menurut Herman, kedudukan itu disahkan Pertubuhan kesihatan Dunia (WHO) yang menyatakan rakyat Malaysia menghabiskan lebih RM1.5 bilion setahun untuk membeli arak.

“Setiap tahun, 30% kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku kerana pengaruh alkohol. Malah lebih teruk dari itu, arak juga sering dikaitkan dengan jenayah penganiayaan, dera, rogol dan bunuh. Gejala pengambilan arak juga kini sudah menular kalangan pelajar sekolah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru itu, DPPWP menggesa Pihak berkuasa Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri dan Persekutuan supaya serius menangani perkembangan industri arak di negara ini.

“Pengeluaran arak di kilang-kilang dalam negara hendaklah dikurangkan, dan permohonan lesen-lesen pengilangan dan penjualan arak baru hendaklah dibatalkan.

“DPPWP juga mahu pihak berwajib memantau aktiviti penjualan arak dikedai-kedai, restoran dan Kelab Malam. Arak tidak sepatutnya dibiarkan dijual secara terbukaseperti dikedai-kedai ubat dan 7-Eleven yang beroperasi 24 jam. Akses pembelian arak yang begitu terbuka menyebabkan rakyat negara ini begitu mudah terlibat kepada gejala penagihan arak ini,” ujarnya.

Dalam pada itu Herman berkata, Pemuda Pas kesal kerana kerajaan gagal menghalang umat Islam dari terjebak dalam urusniaga arak dan meminumnya.

“Oleh itu, Kerajaan wajib memberikan kuasa penuh kepada JAKIM dan Majlis Agama Negeri memantau umat Islam dari terjebak kepada arak. Islam mengharamkan umatnya meminum arak. Bukan hanya kepada rakyat biasa tetapi kepada golongan kaya dan pemimpin sekalipun, hukumnya tetap haram di sisi Islam.

Bagi yang bukan Islam, pula katanya, DPPWP menasihatkan supaya mereka menjauhi arak kerana ia lebih banyak memberikan keburukan berbanding kebaikan.

“Akhir sekali DPPWP berharap agar Kerajaan tidak terus menerus menutup mata, memekakkan telinga hanya kerana cukai arak yang tinggi dapat memberikan pulangan kepada dana kewangan negara.

“Ahli-ahli parlimen wajar membincangkan isu ini dan mencari langkah-langkah penyelesaikan terbaik bagi menyelamatkan rakyat. DPPWP berharap agar pemimpin Islam dan bukan Islam dinegara ini dapat mengambil perhatian serius fakta WHO ini dan berusaha menjadikan negara ini bebas dari pengaruh arak,” katanya.TVS

Tanding Timbalan Presiden: Tuan Ibrahim Umum Esok

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan mengumumkan pendiriannya esok sama ada akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu bulan depan.

“Berkenaan dengan pemilihan, saya harap tunggu lah esok. Insya-Allah saya akan keluar kenyataan rasmi sama ada akan bertanding jawatan Timbalan Presiden atau tidak,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dilaporkan telah menerima menerima 39 pencalonan untuk Timbalan Presiden dan 97 pencalonan untuk Naib Presiden.

Tekanan dikatakan amat kuat ke atas beliau daripada ahli PAS di peringkat kawasan agar bertanding jawatan Timbalan Presiden walaupun sebelum ini telah memaklumkan tidak bersedia bertanding jawatan tersebut.

Menurut sumber, tekanan tersebut semakin memuncak apabila pencalonan yang diterima Tuan Ibrahim tidak banyak berbeza dengan dua lagi calon popular timbalan presiden iaitu penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

Justeru, sumber itu berkata ada cadangan agar Tuan Ibrahim bertanding kedua-dua jawatan iaitu Timbalan dan Naib Presiden untuk menghormati pencalonan kawasan-kawasan.

Selain Nasharudin, Mohamad Sabu dan Tuan Ibrahim, turut dicalonkan untuk jawatan itu adalah Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayub.

Sehingga kini, hanya Nasharudin dan Mohamad Sabu mengesahkan untuk menyertai pertandingan jawatan timbalan presiden manakala Salahudin membayangkan akan hanya mempertahankan jawatannya sekarang iaitu naib presiden.

Kesemua calon-calon untuk jawatan tertinggi PAS mesti mengesahkan kesediaan mereka untuk bertanding sebelum 26 Mei ini.

Jawatankuasa Pemilihan PAS akan mengumumkan calon-calon yang layak bertanding pada 27 Mei ini.Mstar

Utusan sahkan Umno sedang usaha tarik DAP sertai BN ???

Rencana Nordin Kardi dalam Utusan 20 Mei


KUALA LUMPUR, 23 Mei: Selepas sebulan Harakahdaily dan Harakah menyiarkan cerita kononnya Umno sedang berusaha menarik DAP bersamanya, media Umno Utusan menyiarkan hujah-hujah kenapa ia wajar dilakukan.

Hujah-hujah itu dipaparkan Utusan melalui tulisan salah seorang pemikir (think tank) Umno, Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas Ketua Pengarah Biro Tata Negara dan juga Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.
Melalui tulisan yang disiarkan Jumaat 20 Mei itu, Nordin Kardi memberikan hujah-hujahnya kenapa Umno perlu menerima DAP sebagai rakannya selepas MCA dan Gerakan membuat pelbagai perangai.

Sebelum ini, Harakahdaily menyiarkan laporan Umno sedang berusaha untuk mendekati DAP selepas berjaya memecahkan PAS melalui isu kerajaan perpaduan.

Menurut sumber Harakahdaily, usaha itu dibuat melalui beberapa pemimpin DAP yang ada hubungan dengan pimpinan utama parti itu.

Namun begitu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menolak laporan itu dengan berkata, dia sendiri tidak tahu menahu mengenainya dan mustahil DAP meninggalkan Pakatan Rakyat buat masa sekarang.

Ekoran laporan Harakahdaily itu, Utusan melaporkan, pemimpin Umno menolak laporan itu dan menafikannya.

Namun tulisan Nordin Kardi ini membayangkan sesetengah pihak dalam Umno sedang melobi agar Umno menarik DAP menyertai BN.

Dalam tulisannya di Utusan, Nordin Kardi berhujah, ideologi DAP lebih dekat dengan Umno berbanding dengan MCA dan Gerakan yang ada sekarang.

Tambahan pula dengan karenah kedua-dua parti itu sehingga Umno perlu menyebut kepadanya, "take it or leave it".
(Gambar kiri : Laporan Harakah yang berdasarkan laporan Harakahdaily 29 April lalu)
"Pemimpin MCA muncul atas kepentingan peluang perniagaan kontrak di Malaysia yang selama ini dimonopoli oleh syarikat-syarikat Inggeris berbanding PAP (Lee Kuan Yew) muncul atas kebimbangan kaum Cina akan diketuai oleh penganut-penganut komunis.
"Ini bermaksud DAP yang berkongsi ideologi dengan PAP itu secocok dengan ideologi Umno yang telah menyingkirkan pemimpin yang cenderung kepada faham kiri.

"Kuan Yew pernah memenjarakan Lim Chin Siong, yang pernah berjuang bersamanya, kerana dikatakan komunis, mirip tindakan Umno menolak beberapa pejuang kemerdekaan yang dikatakan berhaluan kiri.

"Jika hal begini diambil kira, secara ideologi nampaknya Umno dan DAP boleh duduk bersama dengan selesa," tulis Nordin dalam Utusan.

Bagi beliau juga, tuntutan "Malaysian Malaysia" DAP sebelum ini adalah selaras dengan apa yang telah dibuat oleh Datuk Seri Najib sekarang iaitu 1 Malaysia.

Khairy sokong ketika mentua jadi PM, bantah waktu Najib

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail menganggap usul Ketua Pemuda umno, Khairy Jamaluddin( gambar ) untuk menentang kenaikan harga minyak sebagai sandiwara politik dan cuba berlagak jaguh terutama ketika menjelang pilihan raya.

Katanya, pendirian itu ternyata berbeza tiga tahun lalu apabila Khairy dilihat menyokong penarikan subsidi dan kenaikan harga barang ketika Tun Abdullah Badawi, yang juga bapa mentuanya menjadi perdana menteri.

“Secara luarannya ucapan beliau dilihat menentang penarikan subsidi dan kenaikan harga petrol dan barang keperluan oleh kerajaan. Ucapan ini nampak seolah-olah lunak, tetapi sebenarnya tidak lebih dari sebuah sandiwara untuk berlagak jaguh rakyat terutama ketika pilihanraya umum semakin dekat.

“Kenapa ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri, Khairy menyokong penarikan subsidi dan kenaikan harga barang, sedangkan ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, Khairy terpaksa meminjam hujah Pakatan Rakyat yang konsisten menentang kenaikan harga barang dan penarikan subsidi kepada rakyat?,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Khairy dalam kenyataan disiar media semalam antara lain menggesa Pemuda Umno seluruh negara membuat usul menentang kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat dan melakukan penjimatan perbelanjaan.

Menurut Saifuddin, ia bertentangan dengan kenyataan ketika Khairy membahaskan usul kenaikan harga petrol dan barangan yang dikemukakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 23 Jun 2008.

Dalam ucapan tersebut yang turut direkod hansard parlimen, Khairy berkata, ” Walaupun pahit dan mengundang pelbagai reaksi negatif rakyat jelata, (namun) keputusan kerajaan menstrukturkan (menarik balik) subsidi merupakan satu keperluan ekonomi yang tidak dapat dielakkan”.

“Beliau (Khairy) juga berkata dengan menaikkan harga minyak dan harga barangan keperluan, kerajaan membuat keputusan yang bertanggungjawab, beramanah dan jauh memandang ke hadapan,” kata Saifuddin.

Saifuddin menambah, Khairy pada waktu itu turut mengakui meskipun rakyat terpaksa memikul beban, penstrukturan semula subsidi membawa sistem yang lebih adil dan progresif.

“Harus diingat, petikan ucapan itu adalah ketika bapa mertua beliau, Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. Soalan saya, kenapa Khairy sebagai seorang pemimpin utama parti Umno mengubah pendirian prinsipnya hanya dalam masa tiga tahun..

“Saya percaya ini, sikap sebenar Khairy adalah ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri dan sikapnya tidak pernah berubah, kecuali untuk mengaburi mata rakyat dan berlagak hero menjelang pilihanraya ke 13,” katanya.Keadilandaily

Ahad, 22 Mei 2011

Video: Jom Tengok Bob Lokman Menyanyi




Bertempat Di Padang Perdana Sempena Majlis Himpunan 10k Pemuda Negeri Kelantan...

Pertembungan Anwar Dan Najib Hampiri Kemuncak ??

BUKIT MERTAJAM, 22 Mei: Pertembungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kian sampai ke kemuncaknya tidak lama lagi kata, Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Sharin.

Menurutnya, kerajaan mana yang akan mendaki Putrajaya juga akan terjawab bila rakyat sendiri menilai antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat yang mana memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Pertembungan Najib dan Anwar sudah melepasi tahap kedua di mana masing-masing merangka strateji politik cuma perbezaan BN main politik tidak sihat mempergunakan semua kesempatan untuk menekan Pakatan Rakyat. Itulah politik Umno dan BN mereka tidak akan duduk diam buat kejahatan, " jelasnya ketika menyampaikan ceramah di Juru, Bukit Mertajam semalam.

Namun apa pun, rakyat yang cintakan kebenaran mesti yakin dan melaksanakan kerja menjatuhkan BN cara terhormat melalui pilihanraya serta menyampaikan maklumat terkini sehingga ke akar umbi, kata beliau yang juga dikenali sebagai Cikgu Bard.

Sekarang ini BN cuba memperbanyakan program kepemudaan menerusi Belia di mana kemunculan konsert dan rancangan realiti yang tidak membawa manafaat kepada wawasan yang ingin dibina.

Mereka tahu tambahnya, lagi banyak program seumpama itu bermakna sokongan golongan muda terhadap BN tetapi jangan bimbang Pakatan Rakyat juga mempunyai ageda yang tersendiri untuk mengajak anak muda bersatu di bawah satu payung kebenaran.

"Memang tidak dinafikan BN banyak adakan rancangan bermotif politik namun jangan bimbang Pakatan Rakyat juga ada agenda untuk menyusun beberapa program demi menyelamatkan golongan terbabit daripada terus menjadi hamba kepada politik kotor BN, " terangnya yang juga Ketua Cabang Parti KeAdiLan Rembau, Negeri Sembilan.

Bagi beliau, kemampuan Dato' Seri Anwar lebih menyerlah walaupun beliau ditekan dengan berbagai isu yang kadang-kadang jika dilihat Anwar akan kalah awal sebelum bertarung pada pilihanraya umum nanti.

Sebenarnya Najib lebih tertekan dengan isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat seperti kes Antantuya, pembaziran Datin Seri Rosmah Mansor, kes liwat atau video lucah yang bakal dibicarakan bulan depan.

"Terdapat kelebihan pada Pakatan Rakyat sebab itu BN cuba mengalih pandangan masyarakat pada isu yang tidak rasional seperti percubaan mengharamkan Parti KeAdiLan, " katanya lagi.

Justeru itu, rakyat yang mahukan kemenangan muklak mesti bekerja keras dengan parti dalam gabungan Pakatan Raykat bagi memastikan kerusi parlimen atau negeri di semenanjung Malaysia dikekalkan atau menambah banyak kerusi manakala rakyat di Sabah dan Sarawak wajar memenangkan sepuluh kerusi parlimen berbanding lapan yang menjadi sasaran sebelum ini.

Berceramah sama dalam program anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Tengah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Komuniti (JKKK) Kampung Sekolah, Juru ialah Ketua Srikandi Malaysia, Siti Aishah Sheikh Ismail dan Yang Dipertua PAS Kulim Bandar Baru, Ustaz Haji Hasan Abdul Razak.Hrkh

Menjawab Tuduhan Khairy Jamaluddin

Oleh : Idris Ahmad

Khairy Jamaluddin(gambar), Ketua Pemuda Umno mendakwa hanya Umno pembela Melayu di negara ini. Lain daripada Umno, bukan pembela Melayu. Persoalannya benarkah Umno pembela Melayu. Tidak malukah Khairy yang mendakwa bahawa Umno pembela orang Melayu, hakikatnya Umno hanya mengguna Melayu untuk membela pemimpin Umno bukan bela Melayu jauh sekali untuk mengangkat agama di tempat yang sepatutnya.
Beliau juga menyebut fakta yang tidak betul ketika berucap di Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pontian di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Pontian yang mendakwa PAS ditubuhkan kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad kalah menentang Datuk Onn Jaafar di dalam mesyuarat Agung Umno. Faktanya bukan Ustaz Haji Fuad kalah melawan Dato' Onn Jaafar, tetapi tewas dengan dengan Tunku Abdul Rahman merebut jawatan Yang Dipertua Umno. Seorang lagi calon ialah CM Yusuf. Khairy juga salah fakta mengenai perkara tersebut, kerana apa yang berlaku ialah tarikh pertandingan dalam Umno ialah 25 Ogos 1951 sedangkan mesyuarat di kalangan ulamak untuk menubuhkan PAS kali kedua pada 23 Ogos 1951 di Padang Kelab Sultan Sulaiman. Mesyuarat ulamak dahulu daripada tarikh pertandingan Haji Ahmad Fuad dengan Tunku Abdul Rahman. Di manakah fakta beliau dapat?
Perlu diingatkan penubuhan PAS bukan kerana kecewa tidak mendapat jawatan dalam Umno, tetapi kerana teguran ulamak mengenai isu agama tidak dipedulikan antaranya isu judi. Ulamak merasakan perlu menubuhkan badan yang bebas untuk memberi tekanan kepada Umno dalam hukum agama.
Menjawab tuduhan yang mengatakan penubuhan PAS memecahbelahkan perpaduan Melayu juga ditolak. Sebenarnya penubuhan Umno menyebabkan Melayu berpecah, kerana sebelum Umno sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Umno ialah parti restu penjajah, sebab itu Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Dharurat 1948 walaupun semua parti diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.
Beliau menuduh Melayu terbela di bawah Umno? Sudah 54 tahun merdeka, keadaan ekonomi jauh terkebelakang berbanding dengan Cina, India. Apa yang Umno lakukan untuk orang Melayu sehingga tertinggal ke belakang. Bukankah 2/3 anggota kabinet orang Melayu? Bukankah pegawai tertinggi orang Melayu.
Maka jalan pintasnya untuk menutup bangkai gajah, maka Umno menuduh ini angkara bukan melayu dengan meniupkan sentimen kaum.

Pemilihan Pas : Mahfuz Pertahan Jawatan Naib Presiden

KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar mengumumkan bertanding mempertahankan jawatan naib presiden PAS dalam muktamar 3 Jun depan.

Beliau telah memenangi jawatan tersebut dalam muktamar lepas yang di adakan di Shah Alam pada 2009.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang telah mencalonkan saya untuk jawatan naib presiden dan AJK.

“Atas dasar itu saya menerima pencalonan untuk jawatan naib presiden.

“Saya tidak mahu menggunakan perkataan pertahaan kerana seolah jawatan milik peribadi saya.

“Jawatan ini milik parti dan semua orang boleh bertanding,” katanya dalam sidang media di pejabat agung PAS di sini.

Bagaimanapun, ahli parlimen Pokok Sena tidak mahu jumlah sebenar pencalonan yang diperolehinya.

Tetapi menurutnya lebih banyak dari 20 pencalonan yang diperolehi pada 2009.

Alasan beliau enggan memberitahu jumlah sebenar kerana calon jawatan lain juga tidak mengumumkan jumlah pencalonan mereka.

Mahfuz berharap perwakilan membuat penilain berdasarkan hasil kerja dan bukan kehebatan dan kewibawaan.

Menurutnya, beliau tidak memilikiu semua itu tetapi mahu bekerja kuat untuk parti dan negara.FMT

Laporan Terkini Tragedi Tanah Runtuh Di Hulu Langat

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat dekat sini, ditemui awal pagi ini.

Dengan itu 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal, demikian menurut laporan Bernama.

Operasi mencari dan menyelamat disambung pukul 8 pagi ini.

Mayat tiga daripada empat mangsa itu, dikenali sebagai Riz, Fahad dan Hazim, kesemuanya berumur 9 tahun ditemui pada pukul 4.21 pagi dan mayat kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Boboy, 11, diitemui pada pukul 5.05 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang semalam itu, seramai 25 orang yang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim tertimbus.

Laporan semalam menyebut ada 49 orang di lokasi kejadian.

Sementara itu, satu lagi laporan Bernama menyebut, lima daripada lapan mangsa kejadian tanah runtuh yang dimasukkan ke Hospital Ampang dekat sini semalam berada dalam keadaan stabil.

Tiga lagi kritikal, kata laporan itu yang memetik Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab.

Mereka yang stabil dikenali sebagai Aizat, 12, yang cedera tangan kiri; Muhd Alauddin Sobri, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Pandan Mewah yang patah tangan kiri; Muhd Syafiq Ibrahim, 21, warden pula patah kaki kanan dan terkehel di bahagian leher; Khairul Anuar Nasri, 9, (luka kaki kanan); dan Siti Fatimah Ibrahim, 21, warden yang dikatakan mengalami trauma akibat kejadian tanah runtuh itu.

Menurut Ab Rashid, kesemua mereka cedera akibat dihempap runtuhan tanah.

Tiga lagi mangsa yang kritikal dikenali sebagai Hairi, Izudin dan Muhd Harris Izzudin Sharul Azmi.

Ada mangsa yang dihantar ke Hospital Kajang.

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus.

Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Azman Ayob mangsa yang meninggal dunia di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....