Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 5 Julai 2010

DUN Sarawak: Komponen Pakatan mula ‘teropong’ kerusi bakal ditanding



KUALA LUMPUR, 5 Julai — Komponen Pakatan Rakyat (PR) telah diarah agar mengenal pasti kerusi-kerusi yang hendak ditandingi parti masing-masing pada pilihan raya negeri Sarawak, yang disebut-sebut bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang.Dewan Undangan Negeri Sarawak memperuntukkan 71 kerusi untuk direbut.
Ketiga-tiga parti dalam PR telah diminta mencadangkan kerusi pilihan mereka mengikuti pertimbangan masing-masing untuk dibincangkan secara terperinci oleh pucuk kepimpinan pakatan itu dalam waktu terdekat.
Jabatan atau jawatankuasa pilihan raya parti masing-masing akan membentangkan laporan mengenai aspek ini.Bagaimanapun tiada tempoh ditetapkan untuk tujuan tersebut.
“Majlis Kepimpinan Presiden minggu lalu telah meminta ketiga-tiga parti agar menyelesaikan urusan ini dengan mencadangkan kerusi yang mereka hendak tanding... urusan ini boleh mengambil kira aspek kapasiti, sokongan dan populariti komponen Pakatan,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar(gambar kiri) ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Ahli Parlimen Pokok Sena ini memberitahu, langkah ini juga bertujuan mengelakkan pertembungan sesama sendiri kelak, dan bagi mencerminkan persefahaman antara komponen PR dalam menghadapi pilihan raya negeri ini.

Bekas Tim. Menteri Cabar Najib Dedah Laporan Kewangan Petronas

SHAH ALAM 5 Julai - Mantan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya mendedahkan segala akaun dan kewangan dengan telus syarikat Petroliam Nasional (Petronas) untuk tatapan rakyat Malaysia.
Dr Tan yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat berkata walaupun Petronas adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang diurus secara baik dan profesional serta menyumbang kira-kira 40 peratus kepada perbelanjaan tahunan kerajaan namun akaun serta laporan kewangan badan itu tidak pernah dibentangkan di dalam Parlimen.
"Malah saya sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Malaysia (PAC) pernah mendesak Menteri Kewangan II ketika itu untuk meneliti laporan kewangan Petronas tetapi jawapan lesu yang diberi beliau hanya menjaga Kementerian Kewangan manakala Petronas di bawah jagaan Jabatan Perdana Menteri.
"Saya mahu bertanya kepada Perdana Menteri, Umno dan seluruh Kabinet, mengapa rakyat tidak boleh mengkaji dan meneliti laporan kewangan dan akuan Petronas?
"Mengapa, mengapa, mengapa? Sebagai 'doktor cucuk' hanya satu kesimpulan yang boleh dibuat sekiranya kerajaan tidak berani bentangkan laporan kewangan dan skrutini rakyat Petronas iaitu kerajaan mempunyai banyak rahsia besar mengenai akaun Petronas yang mahu disembunyikan," kata Dr Tan dalam komentarnya mengenai badan itu kepada Suara Keadilan.

Adun Malim Nawar Di Beri Tempoh 14 Hari Mohon Maaf,Gantirugi RM 500 000

IPOH, 5 Julai: Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh hari ini diberikan notis 14 hari untuk memohon maaf kepada Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim serta membayar ganti rugi RM500,000 kerana membuat kenyataan tidak benar tentangnya.
Surat notis itu akan dihantar petang ini oleh peguam Khalil Idham, A Sivanesan yang juga Adun DAP Sungkai, selepas Khalil membuat laporan polis mengenainya tengahari tadi di Balai Polis Parit Buntar.

"Saya beri dia notis 14 hari untuk meminta maaf dan membayar gantirugi RM500,000. Jika tidak prosedur saman ini akan difailkan oleh peguam saya," kata Khalil Idham kepada Harakahdaily.

Keshvinder, Adun DAP Malim Nawar telah keluar DAP baru-baru ini. Dalam kenyataannya kepada media, beliau berkata pernah meminjam wang dari Khalil Idham, Adun PAS, untuk membantu penduduk kawasan DUNnya.

Namun, menurut Khalil Idham yang juga Ketua Penerangan Pakatan Perak dan bekas Pengerusi Kelab BBC kerajaan Perak, beliau dihubungi oleh Kesvinder melalui sms untuk meminjam wang bagi membayar hutang bank setelah keretanya ditarik.

Benarkah Anwar minta maaf pada Yahudi ? Terjemahan artikel Washington Post yang mencetuskan kontroversi

Oleh JACKSON DIEHL, Washington Post
Berikut terjemahan bebas MUHAMMAD NOR ABD SAMAD terhadap artikel bertajuk "Flirting with zealotry in Malaysia" yang disiarkan akhbar The Washington Post, Isnin 28 Jun 2010 yang menimbulkan polemik di Malaysia:
Anwar Ibrahim, pemimpin politik pembangkang Malaysia sejak sedekad yang lalu cukup terkenal sebagai pejuang demokrasi liberal di kalangan negara-negara Islam.
Di antara kawan-kawannya yang ramai di Washington, termasuk ahli pergerakan neokonservatif ternama seperti Paul Wolfowitz, bekas Presiden Bank Dunia dan duta Amerika Syarikat (AS) ke Indonesia dan juga tokoh demokratik ternama Al Gore. Akhir-akhir ini Anwar menjadi tumpuan atas sesuatu yang lain pula: retorik keras mengenai Israel dan dakwaan "pengaruh Zionis" di Malaysia.

Baru-baru ini beliau menyertai demonstrasi di hadapan Kedutaan AS di Kuala Lumpur di mana bendera Israel dibakar. Beliau mengecam kerajaan Malaysia kerana menggunakan perkhidmatan syarikat perhubungan awam Washington, Apco Worldwide yang "dikuasai Yahudi".

Terdapat satu cerita dalam era Obama - mengenai survival politik dan peribadi seorang ahli demokrat yang bermasalah dengan sedikit bantuan daripada Washington; mengenai peningkatan tekanan masyarakat antarabangsa terhadap Israel; dan mengenai peningkatan kesediaan sahabat-sahabat AS di beberapa tempat seperti Turki dan Malaysia untuk mengeksploitasikannya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....