Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Penghinaan Terkini Mahathir Terhadap Hudud Dan Jawapan Pemimpin Pas

Raja Bomoh Mengaku Penyokong Umno BN


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 4 Oktober 2011

Koleksi Gambar Rumah Nabi Muhammad SAW Di Mekah

Sosok manusia paling mulia dan paling berpengaruh sepanjang zaman tampil hidup di tengah-tengah masyarakat negeri Arab ketika itu dengan penuh kesederhanaan. Sosok yang berakhlak mulia dan tidak pernah letih membimbing umatnya ini hidup bersama isteri tercintanya Khadijah r.ha di rumah yang sederhana.


Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.
Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah r.ha yang dilihat lebih dekat.


Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah r.ha

Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah r.ha, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.
Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha

RM 2 juta halang himpunan Bersih 2.0

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Kerajaan telah membelanjakan lebih RM2 juta bagi menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussin dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh).

Menurut beliau, untuk tujuan itu juga sejumlah 11,046 pegawai dan anggota polis terlibat mengawal keselamatan di Lembah Klang termasuk 2,600 yang dikerah untuk siap sedia di kontinjen-kontinjen seluruh negara untuk dipanggil jika keadaan memerlukan.

"Pihak PDRM terpaksa membuat persiapan rapi yang memerlukan perbelanjaan bagi perolehan kelengkapan tambahan, makan minum, penginapan dan keperluan logistik lain.

"Kos keseluruhan yang dibelanja oleh PDRM bagi menangani perhimpunan tersebut adalah sebanyak RM2,018,850.06," katanya.

Teresa dalam soalannya meminta Hishamuddin menyatakan bilangan anggota polis yang dikerah untuk bertugas di Lembah Klang pada 6 hingga 9 Julai 2011.

Beliau juga menanyakkan jumlah elaun yang dibayar kepada mereka untuk bertugas dan perbelanjaan sepanjang operasi menghentikan perhimpunan aman Bersih 2.0.

Pada 9 Julai lalu, Bersih atau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, yang turut disokong parti politik pembangkang dan lebih 60 NGO telah berjaya menghimpunkan hampir 100,000 rakyat berkumpul di ibu negara biarpun berdepan halangan pihak berkuasa sejak awal pengumuman mereka.

Selain mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram, mereka yang memakai baju kuning berlogo bersih juga ditangkap.

Selain itu polis juga turut menghalang sebarang bentuk program termasuk ceramah yang melibatkan himpunan tersebut.

Selain halangan tersebut, kerajaan juga turut menggunakan seluruh media milik mereka menggambarkan Bersih 2.0 sebagai ganas dan merbahaya.

Ianya juga menyaksikan semua jalan utama menuju ke ibu negara Kuala Lumpur dikunci setiap penjuru pada tarikh 9 Julai itu.Hrkh

Liwat 2 : Saksi Misteri Muncul Dan Kronologi Perbicaraan Hari Ini

Mohd Najwan Halimi, saksi yang tampil mendedahkan watak sebenar Saiful Bukhari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini

KUALA LUMPUR: Identiti dan watak sebenar Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes fitnah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dibongkar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, apabila peguam memanggil saksi terbaru mereka.Saksi misteri yang ditampilkan peguam itu adalah bekas rakan sekolej Saiful sendiri, yang pernah bersama belajar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Pendedahan saksi berkenaan mengesahkan lagi konspirasi yang dilakukan Umno-BN untuk menghancur dan menjatuhkan reputasi Anwar sebagai Ketua Pembangkang dengan tuduhan fitnah.Mohd Najwan Halimi dipanggil pada jam 11.22 pagi ketika mahkamah bersambung selepas mendengar keterangan Pengarah Jabatan Forensik, Jabatan Kimia, Lim Kong Boon.

Beliau kini merupakan pembantu Anwar selaku Penasihat Ekonomi Selangor.Dalam keterangannya di mahkamah, Najwan memberitahu beliau mengenali Saiful sejak 2003 dan tinggal berdekatan biliknya di Uniten.“Saiful mahasiswa yang aktif dan mempunyai kualiti kepimpinan. Saya dan Saiful terlibat dalam program Baktisiswa.“Dia ada kepimpinan tetapi suka publisiti,” katanya.

Menurut Najwan, program itu dilancarkan bekas menteri dalam negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan Saiful ketika itu timbalan presiden program dan Setiausaha Majlis Pimpinan Pelajar.Najwan berkata, beliau melihat laman sosial Friendster milik Saiful dan melihat banyak gambarnya dengan pemimpin BN, termasuk Syed Hamid Albar, Mustapa Mohamed dan Azalina Said Othman.

“Pada 2008, Saiful meletakkan dirinya sebagai penyokong BN dan menyisytiharkan bahawa Anwar munafik,” katanya di mahkamah.Menurut Najwan, Saiful juga pernah membantu kempen pilihan raya untuk Barisan Nasional (BN) pada 2008. Beliau menafikan Saiful mengagumi ketokohan Anwar, sebaliknya sangat membenci Ketua Umum KEADILAN itu, seperti diakui Saiful sendiri.“Dia benci Anwar,” kata Najwan.

Ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Najwan menjelaskan beliau pernah berkhidmat dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, Kementerian Pengangkutan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum itu.

PRU 13 : Ibrahim Ali calon ’Mesra BN’ di Pasir Mas?

PASIR MAS, 4 Okt: Kini geger diperkatakan Datuk Ibrahim Ali yang pernah bertanding menggunakan lambang PAS pada pilihan raya umum lalu mahu beralih angin kepada Barisan Nasional (BN) pula.

Ramai mendakwa bekas pemimpin Semangat 46 dan Berjasa itu difahamkan bakal bertanding menggunakan lambang BN pula.

(Ibrahim Ali semasa menjadi calon PRU 2008 dengan menggunakan lambang PAS. Dalam PRU akan datang, beliau dikatakan akan gunakan lambang dacing pula)

Sekiranya andaian itu menjadi kenyataan, tercatatlah sejarah seorang pemimpin yang paling kerap beralih parti, dengan kata lain tidak ada prinsip perjuangan.

Bagi pengundi PAS yang pernah memangkah Ibrahim kerana lambang Bulan pada pilihan raya lalu, ramai tidak menghalalkan perbuatan anggota parlimen terbabit.

Kata mereka Ibrahim kena bertanggungjawab di hadapan Allah Taala bermula di lubang kubur nanti.

Biar pun Ibrahim mulai dianggap sebagai calon mesra BN, namun kehadirannya ternyata membuatkan barisan kepimpinan Umno yang ada sekarang tergugat.

”Bagi membolehkan Ibrahim bertanding menggunakan tiket BN di kerusi parlimen Pasir Mas, Ketua Bahagian, Datuk Hanafi Mamat perlu dipindahkan ke Dun Tendong.

”Sedangkan pada pilihan raya umum lalu Hanafi bertanding di kerusi Dun Pengkalan Pasir. Ketika itu Ahmad Rosdi Mahamad menjadi calon BN berdepan dengan Ibrahim di kerusi parlimen,” kata satu sumber di sini.

Menurutnya Timbalan Ketua Bahagian, Che Johan Che Pa pula mengintai peluang di Dun Chetok. Namun, kerusi itu juga sudah diintai Ketua Pemuda, Najib Rusdan Abdul Rahman.

Medan perebutan di Chetok sedang hangat diperkatakan sekarang apabila Che Johan dan Najib Rusdan dikatakan tidak mahu mengalah.

Malah, pertelingkahan kedua-dua pemimpin Umno terbabit difahamkan tidak mampu diselesaikan lagi apabila seorang daripada mereka dikait dengan kes bakar kenderaan di Pasir Mas pertengahan September lalu.

Manakala Dun Pengkalan Pasir pula lebih terbuka kepada Naib Ketua Bahagian, Abdul Aziz Muhamad.

”Mengapa Hanafi yang pernah menang seketika di Pengkalan Pasir memilih Dun Tendong. Ini kerana baginya BN boleh menang di situ dengan lebih mudah memandangkan ada sisa-sisa pengaruh Ibrahim.

”Jadi laluan diberi Hanafi untuk membolehkan Ibrahim bertanding menggunakan tiket BN di kerusi parlimen,” kata seorang pemerhati politik dari Tendong.

Kelibat Ibrahim untuk terus mempertahankan kerusi parlimen jelas kelihatan pada Ramadan lalu apabila cuba memancing orang ramai dengan sumbangan raya.

Ramai melihat Ibrahim mahu mengulangi taktik 2008 meraih simpati PAS, kini mempamerkan sikap mesra BN, selepas keahlian Umnonya dilucut kerana bertanding tiket Bebas pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 2005.

Hujah mereka, Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), NGO fanatik Melayu hanya mengharapkan umpan wang ringgit bagi menarik simpati rakyat.

”Rakyat di Pasir Mas sudah lama kenal siapa Ibrahim, cuma beliau bernasib baik pada pilihan raya umum lalu kerana bertanding di atas lambang Bulan, kalau parti lain usah harap untuk bergelar wakil rakyat,” kata Azmin Md Yusof, 45 dari Kubang Bemban.

Pilihan raya umum ke-13 akan menjawab siapa Ibrahim selepas ini.Hrkh

Adun BN Johol meninggal dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johol, Negeri Sembilan Datuk Roslan Md Yusof meninggal dunia pada pukul 4 pagi tadi dipercayai akibat komplikasi paru-paru.

Pada 8 Mac 2008, Allahyarham Roslan dari Barisan Nasional (BN) menewaskan Kamarudin Md Tahir dari PAS dengan majoriti 1,263 undi.

Wakil rakyat penggal kedua ini menjalani pembedahan spina dua tahun lalu dan bergantung pada kerusi roda selepas terjatuh di rumahnya Ogos lalu, lapor Star Online.

Jenazah Roslan akan dikebumikan selepas solat Zohor.

Dalam pada itu, laporan Bernama Online mebyebut Roslan meninggal dunia di Hospital Tunku Ampuan Najihah.

Allahyarham Roslan, 58, dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas mengadu sesak nafas semalam.

Wakil rakyat itu meninggalkan isteri Datin Zawayah Marzuki, 53, dan lapan anak, tiga lelaki dan lima perempuan berumur 28 hingga 17 tahun.

Roslan, seorang bekas guru yang mewakili BN memenangi kerusi Johol pada pilihan raya umum 2004.

DUN Johol terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Pilah, yang turut mempunyai DUN Senaling, Juasseh, Pilah dan Seri Menanti.

Pada 2009, Allahyarham Roslan dilaporkan mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika bermain badminton menyebabkan tulang belakangnya cedera.

Berikutan itu, beliau telah menjalani pembedahan dan fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur bagi membetulkan tulang belakangnya awal tahun ini.

Anak sulung Allahyarham Mohd Hafizi, 28, berkata jenazah Allahyarham telah dibawa ke kediamannya di No. 6, Kampung Berambai dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cabang Dua, Johol.TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....