Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 17 November 2009

"Kalau Betul Saya Pun Hendak Saham Itu"-Anwar Ibrahim




Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bekas setiusaha sulitnya Anuar Shaari bahawa beliau memiliki saham jutaan ringgit ketika menjadi Menteri Kewangan.

Sehubungan itu, Anwar meminta bekas setiusaha sulitnya itu mendedahkan dokumen pemilikan saham bernilai RM2 juta yang kononnya dimilikinya seperti yang didakwa.

“ Saya kata, saya minta kalau betul, saya pun hendak saham itu. Saya kata kalau betul ada, kenapa dia simpan? Kalau saham saya, bagi kepada saya lah. Kalau tidak kita ambil tindakan undang-undang".

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan bekas setiausahanya membuat laporan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman pagi tadi.

Memetik laporan Berita Harian Online, Anuar membuat laporan polis tersebut berhubung pemilikan saham berjuta ringgit membabitkan bekas ketuanya itu.

Laporan berkenaan menyebut, Anuar mempunyai dokumen pemilikan saham bernilai RM2juta membabitkan Anwar; isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; dan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Sehubungan itu Anwar berkata, toleransi yang diberikan oleh beliau kepada setiap pertuduhan yang dilemparkan membuatkan ramai pihak mengambil kesempatan mengada-adakan cerita terhadapnya.

“ Hendak saman pun tak sampai hati tapi kalau tidak saman terus begitu. Kalau betul ada, mengapa saham itu tidak ada di tangan saya?".

Menurutnya lagi, beliau percaya terdapat media-media tertentu di negara ini yang bekerjasama dengan UMNO-Barisan Nasional demi terus mencalarkan imejnya.

“ Sebenarnya beberapa orang ini memang diupah untuk Berita Harian, The Star dia memang bekerjasama dengan UMNO untuk buat kenyataan bergilir. Oleh itu orang ini yang dia yakin dia boleh boleh menang dalam mempengaruh sistem pendakwa, polis, hakim, maka dia rasa dia boleh bebas” ujarnya lagi. TVS

Kota Seputih | Pas sudah kenal pasti calon:Ustaz Azizan


ALOR SETAR - Pas sudah bersedia menghadapi pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh berikutan berlaku kekosongan kerusi itu seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, calon yang sesuai sudah dikenalpasti sejak beberapa waktu lalu walaupun mengakui itu adalah kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Kita menghormati keputusan mahkamah dan tidak pernah menyalahkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai masalah yang berbangkit.

“Mungkin mereka mempunyai tafsiran undang-undang yang berbeza dengan kita," katanya kepada media selepas membentangkan Bajet 2010 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.SH

Pemuda PAS Johor bawa isu penemuan 14 kad pengenalan ke parlimen




Pemuda PAS Johor bawa isu penemuan 14 kad pengenalan ke parlimen

Dewan Pemuda PAS Johor menyerahkan satu memorandum menuntut isu penemuan 14 kad pengenalan dan beberapa dokumen 6 Jun lalu yang didakwa ada kaitan dengan penyelewengan pilihanraya dibawa ke parlimen.

Ianya ekoran masih tiada sebarang tindakan susulan diambil walaupun perkara tersebut telah dilaporkan kepada pihak Polis dan dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negri Johor.

Penyerahan memorandum tersebut diketuai Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil kepada Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub di lobi parlimen pagi tadi.

Khairul Faizi dalam sidang media sebelum itu memberitahu, siasatan berhubung penemuan itu sangat penting kerana ianya membabitkan keselamatan negara.

“Empat belas kad penganalan ini saya dapati tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan…setidak-tidaknya kad pengenalan yang tidak lagi dimiliki akan dipotong.”

Beliau juga tidak menolak kemungkinan, ianya ada kaitan dengan penyelewengan pilihan raya berikutan kad perwakilan Umno turut ditemui bersama.

“Yang lebih mencurigakan kami, kad pengenalan masih elok dijumpai bersama dengan beberapa dokumen yang mengejutkan…termasuk kad perwakilan jentera (Umno) pilihanraya tahun 1995.”

turut dijumpai, bersama (adalah) kad perwakilan Umno yang tertera nama Norhashimah Abu Samah (iaitu) Naib Ketua Wanita (Umno) Cawangan Kampung Baru (Johor Bharu),” katanya lagi.

Kesemua barangan tersebut didakwa dijumpai 6 jun lalu di satu kawasan tapak pelupusan sampah di Johor Bharu.

Ekoran penemuan itu, beliau memberitahu telah membuat laporan polis pada hari yang sama.

Namun melihat tiada sebarang perkembangan, mereka mula mengatur tindakan susulan termasuk menghantar memorandum kepada balai polis negeri dan kepada pihak lain yang bertanggungjawab.

“Setelah tidak ada laporan (balas) Polis, kami telah hantar memorandum pada Ketua Polis Johor 19 Ogos.”

Tambahnya, hanya dua hari kemudian Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman menjelaskan bahawa kes tersebut bukan di bawah bidang kuasa polis dan telah menyerahkan kes itu kepada JPN Negeri Johor.

Meliahat masih tiada sebarang maklumbalas, mereka sekali lagi menghantar memorandum bantahan sama kepada JPN negeri pada tarikh 17 September lalu.

JPN Negeri dakwanya menjelaskan bahawa kes tersebut di bawah bidang kuasa Polis, kemudiannya menjelaskan bahawa kes itu sudah dipanjangkan kepada JPN Pusat di Putrajaya.

Keadaan saling tolak menolak kes tersebut menyebabkan sehingga kini belum ada sebarang maklum balas positif dari kedua dua pihak tersebut.

Dalam pada itu, Salahuddin ketika menerima memorandum itu berjanji untuk membawa kes tersebut ke Parlimen dalam masa terdekat.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS meminta Polis dan JPN mengambil bertanggungjawab menyelesaikan kes tersebut.

Bercakap pada sidang media yang sama, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul menyifatkan pendedahan tersebut merupakan salah satu penyelewengan pilihanraya menggunakan kad pengenalan. Dzulfikar Mashoor - Hrkh

Umno guna media, SPRM intai kesalahan pemimpin Pakatan - Anwar





Umno dan Barisan Nasional (BN) menggunakan setiap ruang yang ada pada media dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mencari kesalahan pemimpin Pakatan Rakyat.

Terbaru mereka cuba mengenakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan isu tajaan untuk menunaikan ibadat haji.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin Umno menggunakan setiap peluang untuk memperhodohkan wajah pemimpin Pakatan Rakyat.

“Sampai Tok Guru Nik Abdul Aziz hendak menunaikan haji pun cuba disekat dengan menggunakan media dan SPRM.

“Kerja khianat pemimpin Umno juga berterusan dilakukan dengan menggunakan sepenuhnya media massa yang mereka kuasai,” katanya pada perasmian penutup konvensyen KeADIlan Kelantan di KTC di sini, petang ini.

Hadir sama Setiausaha Agung PKR, Datuk Salahuddin Hashim, Ketua PKR Kelantan, Saifuddin Nasution Ismail, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Zaid Ibrahim dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Mohd Zaki Ibrahim.

Jumaat lalu Nik Abdul Aziz mengumumkan membatalkan hasrat menunaikan haji tahun ini disebabkan media sengaja membesarkan isu penajaan untuk ke Mekah.

Malah SPRM dilaporkan membuka fail siasatan berhubung isu terbabit.

Anwar berkata, biar pun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menguar-uarkan konsep 1Malaysia, namun sebenarnya undang-undang yang dipakai ada dua di negara ini.

“Pemimpin Pakatan Rakyat cuba dianiayai dengan pelbagai tindakan melalui undang-undang, sedangkan pemimpin Umno dan BN terselamat.

“Tidakkah ini dinamakan sebagai dua undang-undang dan bukan 1Malaysia yang disibukkan perdana menteri,” ujarnya.

Beliau yang juga ketua pembangkang di parlimen berkata, sebab itulah pemimpin KeADILan yang tidak ada daya tahan mudah mengambil langkah mengkhianati parti sendiri.

Katanya apa yang berlaku kepada dua bekas Adun KeADIlan di Perak, seorang di Selangor dan seorang lagi di Kedah kerana tidak mempunyai daya tahan yang tinggi dalam perjuangan.

“Kalau beri RM5,000 mereka masih lagi tahan, kalau diberi RM50,000 mereka mulai goyah dan kalau diumpan ratusan ribu mereka sanggup meninggalkan perjuangan.

“Seperti juga berlaku kepada Adun Pelabuhan Klang yang sudah tujuh bulan didapati bermasalah. Ketika saya panggil dia datang dan memberitahu jangan ganggu dia,” katanya.

Lebih 1,000 perwakilan dari Cabang KeADILan di Kelantan hadir pada program separuh hari itu. Dua kertas kerja dibentang termasuk oleh Saifuddin dan Setiausaha Badan Perhubungan Terengganu, Rosli Abdullah.

Pada majlis itu juga Saifuddin menyerah 1,685 borang menyertai KeADIlan kepada Anwar. Hrkh.

19 TAHUN PAS PERINTAH KELANTAN-TRIBUTE UNTUK TOK GURU NIK AZIZ

Airmata Tok Guru menjelang PRU ke 12 yang lalu
Tok Guru sekali lagi menitiskan air mata akibat fitnah yang menimpa beliau sehingga beliau membatalkan hasrat ke Mekah




Rutin setiap Jumaat Tok Guru Nik Aziz








Mutakhir ini berbagai tohmahan dan fitnah baik dari dalam Pas dan tentunya dari UMNO menimpa Pemimpin kesayangan rakyat bawahan ini.Jika Zaid Ibrahim boleh mencadangkan Tok Guru sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, kita AHLI PASsepatutnya merasa bangga dan perlu diingat Tok Guru mendapat ranking tertinggi dalam tinjauan pendapat mengatasi Anwar Ibrahim.Sanggupkah kita kehilangan Tokoh yang berjuang untuk Islam ketika kita masih belum mengenal dunia,ketika rakyat Malaysia takut menyokong Pas dan ketika Pas tidak ada apa2 ketika itu.Apakah hak kita mempertikaikan Kepimpinan beliau.Apakah hak mereka yang baru setahun jagung menyertai Pas,menjadi Adun,Ahli Parlimen dan memegang berbagai jawatan dalam Kerajaan atau Parti mempersoalkan tindakan beliau.Dapatkah mereka mengekalkan kehidupan serba sederhana sebagaimana Tok Guru amalkan jika di beri jawatan MB selamamana yang Tok Guru pegang.Dapatkah mereka??tentu tidak.Dapatkah mereka brhujan berpanas memberi ilmu kepada rakyat sebagaimana Tok Guru lakukan setiap Jumaat di Medan Ilmu Kota Bharu.Dapatkah mereka??Entahlah!! Oleh itu sanggupkah kita mendengar berbagai tohmahan terhadap beliau,di manakah maruah kita.Tepuk dada tanya selera.Semoga Tok Guru Guru di panjangkan umur untuk terus memimpin kitaMarilah kita sama sama berdoa untuk kesejahteraan Mursyidul Am Pas ini.Takbiiiir!!!!!
P/S: PEMILIK BLOG INI ADALAH ANTARA JUTAAN PEMINAT DAN PENYOKONG TEGAR TOK GURU NIK AZIZ.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

DUN Kota Siputeh: SPR minta nasihat Peguam Negara


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meminta nasihat Peguam Negara berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh, Kedah.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ia bagi menentukan langkah seterusnya yang patut diambil berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

“Kita perlu meminta nasihat Peguam Negara terlebih dulu mengenai langkah yang perlu diambil memandangkan ini kali pertama kes sedemikian berlaku dalam sejarah.

“Kita mahu lihat sama ada SPR mempunyai ruang untuk merayu kes itu kepada pihak yang lebih tinggi (Mahkamah Rayuan),” katanya, semalam.

“Isu ini telah menjadi satu isu akademik yang wajar diteliti, jadi elok SPR membawanya kepada Peguam Negara terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan,” katanya.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin hari ini memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih wakil rakyat bagi kawasan Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

Isu ini dibawa ke Mahkamah Tinggi berikutan SPR pada mesyuarat 1 September lalu memutuskan kerusi itu tidak kosong kerana pada pandangan suruhanjaya itu, Abu Hassan perlu dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib DUN Kedah terlebih dahulu sebelum kerusi itu disahkan kosong.

Sementara itu, di ALOR SETAR, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Abu Hassan tidak akan menghadiri persidangan Bajet DUN Kedah yang dijadual tiga hari mulai esok sebagai menghormati keputusan mahkamah.

“Kita menerima keputusan (mahkamah) dengan lapang dada dan hati terbuka dan akan sabar menunggu keputusan rayuan pada 20 November ini,” katanya.

Menteri Besar, Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh itu membuktikan Kerajaan Kedah bertindak berlandaskan undang-undang.

Katanya, Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail mengambil tindakan betul apabila mengisytiharkan Abu Hasan hilang kelayakan sebagai Adun kerana tidak hadir sidang DUN dua kali berturut-turut tanpa memaklumkannya kepada Speaker. - Bernama

Anwar Tak Tahu Ekonomi - Tun Mahathir





KUALA LUMPUR, 16 Nov -- Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu sangat mengenai ekonomi.

"Bercakap memang pandai tetapi pasal ekonomi dia tak tahu," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor dengan bayaran elaun simbolik RM1 sebulan.

Dr Mahathir berkata bahawa semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan ketika berlaku krisis kewangan, Anwar telah menerima pakai pendekatan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang memburukkan lagi keadaan di negara ini.

Mengenai bayaran elaun RM1 kepada Anwar, beliau berkata : "Jika kita bayar RM1, maka nilai yang kita dapat adalah RM1."Bernama

unca kenapa rakyat Malaysia guna kereta 'tua'





Punca kenapa rakyat Malaysia guna kereta 'tua' - MP PAS Shah Alam, Khalid Samad mencelah penggulungan Bajet 2010 Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 10 November 2009.Jiwokelate 2009

SPRM cekap bila mahu siasat Tok Guru Nik Aziz,tempat tempat yang runtuh di Terengganu macamana?







KUALA NERUS Tindakan ‘berbeza-beza’ yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di selar kerana tidak ‘konsisten’ dalam menjalankan penyiasatan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata sekiranya kes tersebut melibatkan pemimpin PAS atau dari parti komponen Pakatan Rakyat (PR), SPRM akan bersegera menyiasat.
Namun sebaliknya, kata beliau, SPRM akan melambat-lambatkan, bahkan tidak mengambil tindakan langsung terhadap sesetengah kes yang melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN), walaupun terdapat bukti yang nyata.

”Isu rasuah, kalau kena (kes melibatkan) orang PAS macam (yang berlaku) kepada Tok Guru (Mursyidul Am), ‘berlari tak jumpa tangga bebenar’ (bersgera) SPRM (apabila) mendengar berita orang nak taja Tok Guru pergi ke Mekah (menunaikan haji),

”kalau hok (yang melibatkan) pemimpin UMNO, senyap ‘ketik’ (sunyi), sejak dari kes (pembelian) kappa selam sehingga kes-kes di Terengganu ini,”soalnya kepada pihak berkuasa terbabit.

Justeru kerana tiada sebarang tindakan diambil oleh SPRM, beliau kesal dan secara sinis, mencadangkan supaya bangunan dan binaan yang telah runtuh di negeri Terengganu ini, dijadikan produk pelancongan bagi menarik kedatangan pelancong-pelancong.

”Sebab itu kita syor kepada Zaabar, Exco Pelancong dia buat ‘trip’ mari melancong ke Terengganu melawat tempat-tempat runtuh di Terengganu ini,”tegas beliau.BO

Aktiviti Ziarah Orang Sakit Pas Beris Pak Abu





Hj Mat Ali yang terlantar akibat di serang strok
SU Pas Cawangan,Saudara Saperi Muda bertanya khabar dan menghulurkan sedikit sumbangan dari Tabung Kebajikan Unit Usrah Pas Beris Pak Abu

Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti secara berkala Pas Cawangan Beris Pak Abu.Aktiviti ini dijalankan melalui Unit Kebajikan Usrah yang di naungi oleh Pas Cawangan.Kali ini kami di ketuai oleh SU Pas cawangan Saudara Saperi Muda menziarahi Hj Mat Ali yang terlantar di serang strok.Beliau yang berusia lewat 70 an kini teramat uzur.Sedikit sumbangan dari Tabung Kebajikan Usrah turut di hulurkan yang di sampaikan Saudara SU Cawangan.Kegiatan ini sekurang kurangnya dapat menunjukkan keperihatinan Pas Cawangan terhadap penduduk Kampung dan merapatkan lagi tali persaudaraan antara kami.Usaha yang kami lakukan di Cawangan ini selaras dengan seruan Pemimpin yang mahu memasyarakatkan Pas.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....