Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 7 Mac 2013

Polis Sahkan 52 Penceroboh Sulu Terbunuh Setakat Ini

LAHAD DATU, 7 Mac — Seramai 32 pemberontak Sul telah dibunuh sejak semalam, membawa jumlah keseluruhan kematian dikalangan penceroboh bersenjata warga Filipina di Sabah sebanyak 52 orang, kata pihak berkuasa hari ini.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin juga berkata serangan udara pada Selasa lalu ke atas kawasan persembunyian penceroboh Sulu di Kampung Tanduo bukan bertujuan untuk membunuh sesiapa, sebaliknya untuk “meneutralkan” pihak musuh supaya pasukan keselamatan dalam masuk tanpa sebarang tentangan.

“Serangan udara bukan bertujuan untuk membunuh,” kata Zulkifeli semasa sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar hari ini.“Jumlah keseluruhan musuh yang telah terkorban adalah sebanyak 52,” kata Ismail.

Ismail menambah pasukan keselamatan telah menembak 31 penceroboh Sulu bersenjata di Kampung Tanjung Batu semalam dan seorang di kampung Tanduo pagi tadi.

Lapan anggota polis Malaysia terkorban awal minggu ini disini dan Semporna, menjadikan jumlah kematian keseluruhan 60 orang pada ketika ini.Ismail juga berkata jeneral Sulu antara individu yang terkorban.

Namun, beliau menambah tidak dapat mengesahkan sama ada ketua kumpulan penceroboh Agbimuddin Kiram antara mereka yang terkorban.

Zulkifeli berkata penceroboh bersenjata warga Filipina di Kampung Tanduo telah dikepung dalam kawasan yang kecil.

“Sesetengah juga bersembunyi,” tambah beliau, sambil mengakui operasi untuk mengusir baki penceroboh akan “memakan masa”.

Ismail berkata penceroboh Sulu juga telah bergerak ke Kampung Tanjung Batu, yang mana jaraknya antara empat ke lima kilometer persegi.Beliau juga berkata terdapat “sebilangan” penceroboh Sulu juga menghilangkan diri.

Gambar : Perkembangan Operasi Pasukan Keselamatan Di Lahad Datu 7/03/2013




Gambar & Video : Suspek Penceroboh Sulu Yang Ditahan Anggota Keselamatan




Pakatan Rakyat bertegas mahu sidang khas Parlimen isu Lahad Datu

Pakatan Rakyat mengulangi pendirian mahu kerajaan adakan sidang khas Parlimen berhubung tragedi pencerobohan Lahad Datu.Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, persidangan itu perlu untuk membincangkan persoalan penting mengenai krisis tersebut kerana Ahli Parlimen berhak dapatkan penerangan sepenuhnya.

“Kita perlu ambil iktibar. Penyelesaian politik perlu difikirkan sebagai strategi jangka panjang untuk pulihkan keadaan di Sabah,” katanya pada twitter hari ini.Kata Ahli Parlimen Batu itu, Pakatan turut rakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan atas usaha mereka menyelesaikan krisis pencerobohan tersebut.

Senada menuntut sidang khas Parlimen, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, penyelesaian politik perlu sebagai strategi jangka panjang untuk memulihkan situasi di Sabah.Situasi ini katanya, mungkin mengakibatkan krisis politik berlarutan meskipun tindakan ketenteraan menyelesaikan konflik ini untuk sementara waktu.

“Parlimen perlu tahu berapa jumlah sebenar penceroboh yang boleh menembusi sempadan negara. Adakah pasukan keselamatan (polis) diberikan arahan serta matlamat tugasan yang jelas semasa menjalankan operasi?

“Adakah ini berlaku kerana kegagalan perisikan dan mengapa pencerobohan ini pada awalnya tidak dianggap sebagai ancaman bersenjata atau kerajaan tersalah anggap ancaman dari gerombolan penceroboh ini?” katanya dipetik Media Selangorku.Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Tegas Johari, perkara ini tidak boleh dilengah memandangkan Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia dan semua wakil rakyat berhak mendapat penerangan penuh.Hadir sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.KD

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....