Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 14 Mac 2011

Umno Perak Cuba Sabotaj Pertemuan Tok Guru Nik Aziz-Harussani ???



KUALA LUMPUR, 14 Mac – Dewan Pemuda PAS Perak menyifatkan Umno negeri itu “bimbang” dan cuba menghalang pertemuan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menyelesesaikan “perang mulut” dalam hal berkaitan agama Islam antara dua tokoh itu.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan Ketua Penerangan negeri Perak Datuk Hamdi Abu Bakar yang menyifatkan pertemuan tertutup antara Harussani dan Nik Aziz tidak sesuai selain merugikan umat Islam kerana ia dipolitikkan.
“Dewan Pemuda PAS Perak merasa kesal kerana masih ada umat Islam yang membezakan agama dalam politik dan ia tidak sepatutnya berlaku sama sekali.
“Kami melihat Datuk Hamdi Abu Bakar tidak memahami Islam yang sebenarnya dan ia bertentangan dengan slogan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (Menteri Besar Perak) tentang konsep Islam dan agama kerana kurangnya pemahaman dari kalangan pimpinan Umno sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.
Hamdi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Baharu sebelum ini berkata pertemuan antara Harussani dan Nik Aziz (gambar) tidak perlu diadakan kerana perbezaan aliran kedua-dua tokoh itu.
Beliau berkata Harussani merupakan seorang ketua ulama manakala Nik Aziz seorang ahli politik yang berkemungkinan perdebatan di kalangan mereka boleh dipolitikkan.
Kata Raja Ahmad, pihaknya akan berusaha untuk memastikan pertemuan antara Harussani dan Nik Aziz dapat diadakan bagi menyelesaikan segala perbalahan dan “perang mulut” antara mereka terutamanya yang berkaitan hal-hal agama Islam.
“Sepatutnya ia perlu dilihat sebagai satu objektif baik kerana usaha ini akan memberikan kekuatan umat Islam agar tidak bertelagah dengan hukum yang ada.
“Dewan Pemuda PAS Perak sekali lagi berharap dapat menemukan kedua-dua tokoh ini walaupun ada pihak tertentu yang tidak senang dengan usaha ini,” katanya.
Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Perak berkata pihaknya berhasrat menemukan Harussani dan Nik Aziz berhubung “perang kenyataan” menyentuh isu-isu Islam baru-baru ini.

Fitnah 2 : Karpal beri amaran "terakhir' kepada Utusan

KUALA LUMPUR 14 MAC: Peguambela Karpal Singh memberi amaran kepada pihak media arus perdana untuk tidak mengeksploitasi perbicaraan fitnah liwat 2, terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, mana-mana pihak yang berhasrat berbuat demikian untuk bersiap sedia dikenakan tindakan menghina mahkamah.

"Saya memberi amaran kepada sesiapa yang cuba mengeksploitasi perbicaraan ini terutama Utusan Malaysia, kalau mereka tidak berjaga-jaga, bersiap sedia untuk masuk ke penjara," kata Karpal ketika ditemubual di perkarrangan mahkamah pagi tadi.

Selain Utusan, Karpal turut menegur New Straits Times kerana membocorkan maklumat hujah pemohonan pendakwaraya untuk mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim sehari sebelum mahkamah bersidang.

Pendedahan itu disusuli bantahan pertubuhan badan bukan kerajaan pro Umno-BN dan penyokong Umno sendiri di beberapa negeri yang menuntut Anwar menyerahkan DNA untuk tujuan penganalisaan.

Bagaimanapun sambutan terhadap protes itu hambar dengan kira-kira 50 orang sahaja menghadirinya di Petaling Jaya.

Peguamcara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden menafikan di mahkamah bahawa pejabat Peguam Negara bersekongkol dengan Utusan Malaysia dan media lain untuk membocor dokumen hujah beliau sehari sebelum dikemukakan di mahkamah.

Sehubungan dengan itu, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah memberi amaran supaya tiada mana-mana pihak yang cuba mencampuri urusan mahkamah selagi perbicaraan berlangsung.

Karpal menyifatkan perbuatan membocorkan hujah pendakwaraya bertujuan mempengaruhi hakim untuk mengarahkan Anwar seraya mengaburi mata rakyat tentang hujah pendakwaan yang rapuh.

Tambahnya, semua pihak perlu memandang serius kesalahan menghina mahkamah sekaligus melindungi integriti kehakiman negara.

"Perkara utama adalah apa yang berlaku semalam. Tidak pernah terjadi permohonan disiarkan di internet, ini pertama kali. Serta cara Utusan dan NST membawa perkara itu.

"Saya harap amaran daripada hakim diambil serius," ujar Karpal lagi.TVS

Wanita Pertama: Nazri Aziz Putar Belit Fakta Perlembagaan Persekutuan


KUALA LUMPUR, 14 Mac: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebenarnya dangkal dan cuba menghina Perlembagaan negara berhubung Wanita Pertama Malaysia.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, ini kerana jelas diperuntukkan dalam Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Beliau yang juga Ketua Wanita PKR menyatakan demikian sebagai respons kepada jawapan Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini berkenaan soalan ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkaitan takrifan wanita pertama dan penyediaan peruntukan berkaitan boleh disifatkan sebagai sekadar play-safe statement, penuh niat putar belit dan berunsur manipulasi terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, jawapan Nazri yang mendakwa bahawa penggunaan gelaran Wanita Pertama hanyalah sebagai kod amalan menunjukkan bahawa beliau sebenarnya dangkal dan cuba menghina Perlembagaan negara.

Menurutnya, Perkara 32 (2) berbunyi, "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

“Jika benar penggunaan gelaran Wanita Pertama hanyalah sebuah kod amalan seperti yang didakwa, maka saya pasti bahawa isteri Perdana Menteri juga tertakluk dibawah Kod Protokol yang ditetapkan Jabatan Perdana Menteri, dengan mengambil kira beliau hanya sebagai seorang pegawai kakitangan buat Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Namun, jika demikian, soalnya bagaimanakah sejumlah peruntukan sebanyak RM4.5 juta boleh diluluskan buat seorang ‘'kakitangan' untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama.

Beliau juga mempersoalkan bagaimanakah seorang ‘'kakitangan' biasa boleh diberikan peruntukan untuk melancong ke seluruh dunia.

“Apakah seorang ‘kakitangan’ juga dibenarkan berkempen dan membuat pelbagai janji secara melampau dengan menggunakan wang kerajaan sewaktu pilihan raya, yang sehingga kini satu pun tidak tertunai?

“Adakah wujud pula Kod Protokol istimewa dan khas, yang hanya terpakai untuk Isteri Perdana Menteri?” soalnya.

Maka, beliau menggesa agar Mohamed Nazri agar berani untuk segera menjawab dengan jujur, berpaksikan fakta dan realiti yang tepat bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar bebas daripada tekanan mana-mana pihak dalam menjalankan tugasnya.Hrkh

Kes Anwar: Dokumen Pendakwaraya Dibocorkan Kepada Media


KUALA LUMPUR 14 MAC : Ketua Pendakwaraya Datuk Yusuf Zainal Abidin mengaku pihak Peguam Negara bertanggungjawab atas kebocoran dokumen yang bakal di kemukakan oleh beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bersabit kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Akhbar New Straits Times hari ini menyiarkan dokumen hujah Datuk Yusuf bersabit permohonan supaya Hakim Zaibidin Mohamad diah mengarahkan Anwar untuk mengemukakan sampel DNA.

Yusuf begaimanapun meremehkan kebocoran dokumen itu dengan memberitahu mahkamah bahawa ia tidak memberi impak terhadap perbicaraan berkenaan.

Peguambela Sankara Nair memberitahu pemberita bahawa tindakan membocorkan dokumen kepada media arus perdana mirip kepada apa yang berlaku pada tahun 1998.

Dalam perbicaraan fitnah liwat pertma itu fakta-fakta mengenai pertuduhan terhadap Anwar dibekalkan kepada media sebelum ia di kemukakan kepada mahkamah,.

Tindakan itu adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan Anwar diaibkan sepenuhnya sebelum dan semasa perbicaraan.

Yusuf hari ini mengaku beliau perlu bertanggungjawab terhadap kebocoroan dokumen terbaru namun tetap berpendirian isu itu tidak harus diperbesarkan.

Peguambela Karpal Singh turut menarik perhatian mahkamah kepada beberapa tunjuk perasaan anjuran penyokong Umno semalam.

Seperti dokumen yang dibocorkan, tunjuk perasaan itu juga dilihat sebagai bertujuan member I tekanan kepada hakim untuk mengarahkan Anwar supaya memberi sampel DNA itu.

Hakim Zaibidin sebelum ini megisthiarkan bahawa polis memperolehi sampel DNA daripada Anwar secara haram apabila menahan beliau dalam lokap pada 16 Julai 2008.

Selepas menahannya semalaman, polis merampas sehelai tuala. Berus gigi dan botol air mineral yang diguna oleh Anwar untuk menjalankan ujian DNA ke atas Ketua Pembangkang itu tanpa kebenaran beliau.TVS


Bukan Islam Perlu Tahu Dasar Islam Pas

Gambar hiasan

SHAH ALAM – Rakyat bukan Islam di negara ini perlu mengetahui dasar Islam diperjuangkan Pas bagi memudahkan mereka memahami agama itu dengan senang.

Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Malaysia (DHPPM), N Balasubramaniam( gambar kiri ) berkata, masyarakat di Kelantan bersikap terbuka berhubung tindakan Kerajaan Negeri melarang penjualan loteri Big Sweep.

Menurutnya, isu ini cuba diperbesarkan pihak luar, terutamanya pemimpin bukan Islam, dengan alasan untuk merosakkan imej Kerajaan Kelantan.

“Banyak kelebihan jika menerima keputusan larangan penjualan tiket loteri itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Balasubramaniam berkata, 10 tahun lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengadakan perbincangan dengan tokoh Budha dan Hindu di negeri itu dan mereka sepakat dengan keputusan yang dilakukan Nik Aziz.

“Nik Aziz tidak akan membuat keputusan tanpa berbincang dengan pihak sepatutnya,” katanya.

Sebelum ini, Exconya, Datuk Takiyuddin Hassan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkata, Kerajaan Negeri mengharamkan semua bentuk perjudian dan lesen bagi premis serta segala bentuk aktiviti perjudian tidak dikeluarkan di negeri itu.SH

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....