Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 12 Februari 2012

Tok Guru Nik Aziz Masih Mampu - Harussani

KUALA LUMPUR, 12 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yakin Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mampu untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13, menambah agar jangan mempersoalkan kelebihan Mursyidul Am PAS itu.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum ini mengumumkan akan menyertai pilihan raya umum ke-13 walaupun didesak berundur oleh Umno.

Pemimpin veteran PAS berusia 81 tahun ini mula bertanding sejak pilihan raya umum 1967 dan mengetuai pentadbiran Kelantan selepas pilihan raya umum 1990 sehingga kini.

Menurut Harussani, Nik Aziz (gambar) masih mampu untuk meneruskan perjuangan Islam walaupun dianggap “sudah terlalu uzur” untuk terus melibatkan diri dalam arena politik negara.“Masalah perjuangan tidak kira umur, kalau beliau (Nik Aziz) mampu untuk teruskan mengapa perlu dihalang?

Yayasan Selangor Di Audit 3 Tahun Sekali Ketika BN - MB Selangor



SHAH ALAM 12 FEB : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim menjelaskan sebelum kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor pada 2008, yayasan Selangor di Audit tidak berdasarkan perbelanjaan tahunan tetapi dilakukan setiap tiga tahun.

Sebaliknya selepas mengambil alih kerajaan Pakatan Rakyat menyediakan laporan Audit setiap enam bulan bagi memastikan kecekapan pengurusan kewangan dipantau dan diurustadbir secara berhemah.

"Satu perkara yang jelas ialah semua sedia maklum sebelum tahun 2008, akaun (Yayasan Selangor) tidak diaudit dengan betul, jadi isu mendedahkan laporan audit bukan satu perkara yang aneh kerana sejak kami (Pakatan Rakyat) ambil alih ia diaudit setiap tahun.

"Yayasan Selangor sebelum 2008, sepanjang tiga tahun akaunnya tidak diaudit dan sekarang ianya diaudit setiap enam bulan,"katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar Khalid mendedahkan laporan audit dua anak syarikat kerajaan negeri itu.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, siasatan audit itu dipercayai dilakukan berikutan kontroversi perbelanjaan membabitkan kedua-dua syarikat itu baru-baru ini.

Antaranya kata beliau, Yayasan Selangor disiasat berikutan perbelanjaan RM300,000 bagi majlis sambutan ulang tahunnya ke-40 sehingga menyebabkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat berangkat ke majlis itu kerana dukacita dengan kos penganjuran.

Selain itu katanya, semua aktiviti membabitkan Jabatan Perhubungan Awam PKNS pula dibekukan berikutan dakwaan salah guna kuasa.

Menjawab persoalan ini, Khalid ketika menemui pemberita menjelaskan kepimpinan Selangor era pemerintahan Pakatan Rakyat ini mengamalkan ketelusan dalam tata kelolanya.

Khalid menambah, ia dibuktikan apabila akaun anak syarikat kerajaan negeri akan diaudit setiap enam bulan pada setiap tahun.

"Ia mesti diaudit dalam masa enam bulan, sasaran saya ialah bermula selepas tiga bulan, kerja-kerja audit sudah boleh dijalankan, ia tidak boleh diaudit selepas tempoh enam bulan kerana ia telah terlalu lewat.

"Displin inilah yang kerajaan negeri amalkan, jadi kepada sesiapa yang ingin melihat akaun Yayasan Selangor ataupun mana-mana anak syarikat dibawah kerajaan negeri Selangor, sebelum bulan Jun semua akaun itu telah tersedia,"ujar Khalid

Khalid berkata demikian sejurus selepas menghadiri Majlis Anugerah UPSR 2011 Sekolah-sekolah Tamil Negeri Selangor di sini hari ini.

Khalid menambah, usaha tersebut adalah untuk mencegah daripada kegagalan sebelum ini dimana akaun anak syarikat gagal diaudit selama tiga tahun.TVS

Ceramah SMM Diserang !!!

Klang, 12 Feb: Program Jelajah Mahasiswa di sebuah dewan orang ramai di Kampung Idaman, Pandamaran malam tadi diserang sekumpulan samseng yang membuat kecoh dan memecahkan meja dan kerusi.
 
Difahamkan lebih 50 orang samseng tersebut menyerbu dewan itu dengan mensasarkan pemimpin pelajar Adam Adli.Bagaimanapun ketika kejadian kira-kira jam 8 malam tadi itu, Adam Adli berada di luar dewan dan sempat menyelamatkan diri.
 
Kumpulan samseng itu difahamkan bertindak merosakkan barangan dalam dewan termasuk memecahkan kerusi dan meja.Penganjur program Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kemudiannya bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Idaman.
 
Insiden itu bagaimanapun tidak berakhir di situ apabila kumpulan samseng tersebut bertindak mengepung sekali lagi mahasiswa-mahasiswa tersebut di hadapan balai polis tersebut.Keadaan tegang itu memaksa pihak polis membawa mahasiswa tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang bagi tujuan mendapatkan perlindungan.
 
Pada masa sama, kumpulan samseng itu juga turut mengekori mahasiswa itu dan menanti mereka hadapan IPD Klang itu.Selepas mendapat maklumat berhubung insiden itu, pasukan Unit Amal PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut bergegas ke tempat kejadian.
 
Ketua Penerangan AMK Selangor, Saifullah Zulkifli yang ditemui di tempat kejadian berkata, setibanya di perkarangan IPD itu beliau dan beberapa rakan dihalang sekumpulan samseng tersebut.Mereka juga diludah dan dihambur dengan kata-kata kesat.
 
"Malah ketika saya berjalan untuk memasuki IPD sekumpulan pengikut Umno seramai 50 orang itu telah memaki hamun serta ada antaranya meludah ke arah kami walaupun kami memaklumkan kehadiran kami tidak ada kaitan dengan mahasiswa tersebut," jelasnya.

Video : Ucapan TG Nik Aziz Di Majlis Jamuan Makan Sempena Kutipan Dana Pilihanraya Pas Kaw. Besut



BESUT – Umno yang tidak beradab telah merosakkan minda orang Melayu, sehingga tidak tahu membezakan diantara kedudukan manusia dengan kedudukan raja-raja Melayu dan kebesaran Allah Subhanahu Wata'ala.

Menurut Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, orang-orang Melayu meletakkan bahasa khusus kepada raja-raja Melayu sebagai tanda hormat.

“(kepada) sultan ni, orang-orang Melayu ada bahasa khas kepada para sultan, kalau sultan makan dia (orang Melayu) tak kata makan, dia kata santap, kalau sutan tidur dia tak kata tidur, dia kata beradu, kalau sultan berjalan dia tak kata berjalan, dia kata berangkat,

“yang hok ni….dia kata ‘Natang’ (kepada Sultan), di situlah Umno ini memunohkan minda orang Melayu, sampai kepada peringkat tak reti beza antara Allah ke, orang ke, Raja ke….,”ujarnya.

Tok Guru Nik Aziz berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Makan Tengahari Dana PRU13 PAS Besut yang diadakan di Tok Bali dekat sini pada Sabtu 11 Februari.

Selaku Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz kesal kerana menurutnya, ada diantara wakil rakyat Umno yang memanggil Sultan Terengganu ‘Natang’ pada suatu masa dulu.

Turut hadir dalam Majlis tersebut adalah Pesuruhaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, ADUN Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Hussin Awang, Ketua Muslimat, Cikgu Safinah Jusoh dan Yang DiPertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.BO

Sesat: Pemuda PAS sedia debat dengan Ahmad Said

KUALA TERENGGANU, 12 Feb: Pemuda PAS Terengganu dengan penuh rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan PAS daripada tuduhan jahat Datuk Seri Ahmad Said, Ketua Perhubungan Umno negeri dan juga Menteri Besar yang menyatakan PAS ialah ‘Parti Ajaran Sesat’.

“Sesiapa sahaja boleh juga menuduh Umno sebagai United Musyrik National Organization.

“Tetapi kami tidak merasa selesa untuk membuat tuduhan ini dengan menggunakan uslub celupar Ahmad,” tegas ketuanya, Mohd Nor Hamzah (gambar) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau juga meminta pihak penguasa buat penyiasatan segera tentang tulisan dalam Sinar Harian yang bertajuk “Mat Said mempertikaikan hukum liwat” yang diluluskan dalam Enakmen Jenayah Syarei Terengganu (Hudud dan Qisas) 2003.

Katanya, pertikaian Ahmad tentang peruntukan dalam enakmen itu juga menggambarkan sikap beliau yang menghina enakmen itu dan Tuanku Sultan Terengganu yang telah menandatanganinya.

Menurutnya lagi, sikap Ahmad yang mempertikaikan enakmen itu juga menolak pandangan ijmak ulama tentang kesalahan suami yang meliwat isteri tidak boleh dijatuhkan hukuman Hudud.

Beliau yang juga Adun Bukit Payong berkata Ahmad mula berada dalam kesesatan, bila mana beliau mempertikaian pendapat ijmak ulama.

Tambahnya, tuduhan jahat Ahmad terbongkar daripada hati yang jahat dan kebencian yang membara kepada rakyat yang mendampingi, menyokong dan bangkit bersama PAS untuk menjatuhkan kesombongan, pembaziran, penyelewengan dan penyalahgunakuasa pemimpin-pemimpin Umno.

Katanya, isu NFC, penyalahgunaan wang zakat, stadium runtuh dan banyak isu yang menjerat Umno untuk mempermudahkan rakyat menggantikan Umno dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata tuduhan Ahmad yang berupa fitnah yang berkemungkinan mencetuskan perpecahan, perbalahan dan huru-hara dalam masyarakat.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....