Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 6 Mac 2012

PRU 13 : Panas !!! Ahli2 Umno Gua Musang Mahu Ku Li Berundur

GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang disifatkan `barah’ dalam Umno kerana banyak mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip perjuangan parti itu dinasihatkan berundur secara terhormat.

Ini bagi mengelakkan pemimpin yang menerajui 37 tahun Umno Bahagian Gua Musang itu menanggung malu akibat digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Keputusan itu dicapai dalam perjumpaan antara 16 pemimpin akar umbi Umno Bahagian Gua Musang yang mengadakan mesyuarat tergempar di Bandar Baru, di sini, pagi semalam.

Majlis perjumpaan yang dipenge­rusikan Ketua Umno Cawangan Bandar Lama, Ab Wahab Yunus itu turut dihadiri tiga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Gua Musang, enam ketua cawangan, wakil peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Felda.

Kebanyakan mere­ka menyuarakan su­dah sampai masanya ba­gi pemimpin paling lama berkhidmat di Parlimen Gua Musang itu bersara daripada parti dan memberi laluan pula kepada pemimpin mu­da sebagai usaha mentransformasikan perjuangan parti berkenaan di peringkat bahagian terbabit.

Perjumpaan diadakan bagi memperbetulkan kenyataan pemim­pin itu yang disiarkan dalam kebanya­kan media berhubung langkahnya untuk bertanding sebagai calon Bebas jika tidak dicalonkan BN pada PRU13 nanti.

Ab Wahab berkata, Tengku Ra­zaleigh semakin hilang pengaruhnya yang bukan sahaja di peringkat pusat, tetapi di bahagian itu apabila tidak mempunyai pendirian dalam perjuangan parti Umno serta BN.

Beliau berkata, kumpulannya terpaksa memberanikan diri membuat pendirian lebih tegas dengan mendesak Tengku Razaleigh berundur lebih awal kerana zaman sekarang bukan lagi sepadan dengan jiwa pemimpin veteran.

“Beliau dalam Umno pun banyak mengeluarkan berita-berita yang sensitif dengan perjuangan Umno dan seolah-olah lebih mirip kepada pembangkang, oleh itu adalah lebih baik dia berterus terang dengan pendirian sebenar.

Jawatankuasa Pemandu diwujudkan bukan untuk ambil alih peranan MB

KUALA LUMPUR, 6 Mac — PAS hari ini menegaskan Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan mereka tiada kaitan untuk mengambilalih kuasa menteri besar dan sememangnya tiada kuasa untuk campur tangan pentadbiran negeri.
Sebaliknya, menurut Setiausaha Agung parti Islam berkenaan, Datuk Mustafa Ali, jawatankuasa itu hanyalah bertindak sebagai penasihat dalam hal ehwal pentadbiran negeri di bawah pimpinan PAS.

“Jawatankuasa ini hanyalah bersifat penasihat dalam hal-hal yang perlukan pandangan pimpinan berkaitan dengan perancangan dan program yang dibuat.

“Tiada kaitan untuk mengambil alih tugas menteri besar melalui penubuhan jawatankuasa ini,” jelas Mustafa (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.Tambah beliau, Jawatankuasa pemandu ini juga bukan khusus untuk menasihati individu tertentu dalam pentadbirannya tetapi kepada semua yang memerlukan pandangan pimpinan parti.

“Dulu PAS sudah wujudkan jawatankuasa ini pada tahun 1990 apabila kita berjaya mengambil alih Kelantan, kini kita hidupkan kembali apabila ia ada keperluan untuk memberikan pandangan dan nasihat kepada pimpinan kerajaan negeri.

“Oleh itu tidak seharusnya berbangkit tafsiran salah tentang fungsi jawatankuasa pemandu ini dan kita harap semua pihak memahami soal ini,” katanya.PAS akan bermesyuarat pada 12 Mac ini untuk membuat perlantikan anggota jawatankuasa pemandu tersebut.

Mahkamah Putuskan Pemecatan Pegawai Tadbir ( Zaman Pas ) Oleh K'jaan BN Terengganu Tidak Sah

KUALA TERENGGANU, 6 Mac: Bekas Pegawai Tadbir Negeri Terengganu yang pernah dilantik ketika PAS memerintah Terengganu pada 1999 hingga 2004 tetapi dipecat oleh Barisan Nasional (BN) pada 2007, mendapat pembelaannya.

Pegawai berkenaan selaku plaintif, Wan Mohd Faizul Wan Abas, 37, ketika itu Pegawai Tadbir Negeri N41 dipecat oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dan pemecatan itu dianggap ‘salah’ (wrongfull dismissal) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.

[Gambar: Wan Mohd Faizul (berkopiah kanan) bersama peguam Fathi Aziz Abu Bakar bercakap kepada wartawan di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.]

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa memutuskan keputusan kerajaan negeri menamatkan perkhidmatan plaintif oleh defenden pertama adalah tidak sah.

Wan Mohd Faizul menamakan Kerajaan Negeri Terengganu sebagai defenden pertama dan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu sebagai defenden kedua.

Ketika membaca keputusan tersebut, Mohd Yazid memerintahkan agar plaintif diambil semula sebagai Pegawai Tadbir Negeri Gred N41 dari tarikh penghakiman itu dan pengesahan plaintif dalam jawatan tersebut tertakluk kepada Perintah Am.

Plaintif juga perlu dibayar semula oleh defendan pertama gaji tertunggak serta sebarang faedah yang dinikmati plaintif sejak dari tahun pemecatannya itu.

Wan Mohd Faizul melahirkan rasa kesyukurannya dengan keputusan mahkamah yang telah mengembalikan semula haknya yang dinafikan sebelum ini.

“Alhamdulillah, keputusan ini merupakan satu bukti hak saya dikembalikan dan maruah saya tertebus. Ini jadi satu pengajaran kepada kerajaan negeri supaya tidak mengambil tindakan sewenang-wenang,” jelasnya di lobi mahkamah.

[Video] Sidang Dun Kelantan : Sesi Soal Jawab Isu Negara Berkebajikan Oleh YB Husam Musa




Sesi soal jawab sewaktu persidangan DUN Kelantan 5 March 2012 oleh YB Dato Husam Musa.Beliau menyentuh ciri-ciri dan konsep negara berkebajikan yang bakal di bawa Pakatan Rakyat dalam mentadbir negara.

Tiba masa nobat pemerintahan Islam di Kedah

PETALING JAYA: Dewan Ulama’ PAS Pusat (DUPP) mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang akur dengan keputusan PAS Pusat untuk mengekalkan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah serta Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh sebagai Exco.

Ketua DUPP Dato’ Harun Taib menggesa semua pihak selepas ini menghalakan segenap usaha dan tenaga yang ada untuk meneruskan perjuangan menobatkan pemerintahan Islam di Kedah Darul Aman dengan mengamalkan konsep ukhuwwah, persepakatan dan musyawarah dalam semua urusan.

Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Manir berkata demikian dalam satu kenyataan ringkas dalam blog DUPP hari ini sebagai respons kepada kemelut yang melanda PAS Kedah yang berakhir dalam suasana harmoni.

Jawatankuasa PAS Pusat telah mengarahkan Phahrolrazi dan Dr Ismail untuk menerima pelantikan semula sebagai ahli exco yang tamat tempoh esok, 7 Mac ini.

Kedua-dua Phahrolrazi dan Dr Ismail, timbalan pesuruhjaya I dan timbalan pesuruhjaya II PAS Kedah akur dengan arahan pucuk pimpinan PAS itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali berkata Jawatankuasa PAS Pusat telah mencapai keputusan sebulat suara setelah mendengar keterangan dari kedua-dua belah pihak dalam satu mesyuarat yang berlangsung selama lima jam di Alor Setar.

“Jawatankuasa PAS Pusat telah memutuskan untuk mengekalkan Azizan sebagai Menteri Besar serta Phahrolrazi dan Dr Ismail akan menerima pelantikan semula sebagai exco,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS Pusat di Kuala Lumpur Isnin lalu.FMT

Isu Kedah : Tangisan Kegembiraan Seorang Pemimpin Pas

Naib Presiden PAS,. Salahudin Ayub adalah orang yang paling gembira sekali mendengar penerimaan dua timbalan pesuruhjaya PAS Kedah terhadap keputusan PAS pusat.

(Salahudin...orang paling gembira di sebalik penyelesaian isu Kedah)

Beliau yang mewakili PAS Pusat ke sana ke mari bagi menyelesaikan isu ini teresak-esak menangis kegembiraan ketika menelefon Harakahdaily.

"Benar ke berita Harakahdaily tu?" tanya Salahudin kepada Harakahdaily merujuk kepada berita bertajuk 'Exco: Phahrolrazi, Ismail akur keputusan PAS Pusat'.

Beliau terus menelefon Harakahdaily sebaik saja membaca berita yang sangat mengembirakan beliau itu.

Harakahdaily telah mengubungi kedua-dua timbalan pesuruhjaya PAS Kedah itu bertanya reaksi mereka terhadap keputusan PAS Pusat yang mengarahkan mereka kembali semula ke dalam barisan exco Kedah.

PAS Pusat mengarahkan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh kembali semula sebagai anggota exco negeri.

Arahan itu dibuat serentak dengan keputusan Datuk Seri Azizan Razak akan kekal sebagai MB manakala PAS Pusat membentuk Jawatankuasa Pemandu untuk membantu pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

Phalrolrazi dan Dr Ismail memaklumkan, mereka berdua menerima keputusan PAS Pusat itu.

Sebaik sahaja mereka membuat sidang media di rumah Datuk Ir Phalrolrazi Zawawi jam 5 petang, Harakahdaily menyiarkan keputusan yang terlebih dahulu dimaklumkan kepada Harakahdaily itu.

"Saya mengeluarkan air mata gembira membaca berita ini," kata Salahudin teresak-esak ketika menghubungi Harakahdaily.

Beliau mengucap ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menyelesaikan kemelut ini terutama sekali pimpinan PAS Kedah dan Pusat.

"Saya berbangga dengan anda semua terutama semangat sayangkan jamaah," kata Salahudin yang turut melakukan sujud syukur bagi menyatakan terima kasih kepada Allah SWT berikutan selesainya kemelut ini.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....