Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 28 Ogos 2010

Bukan Islam Masuk Masjid,Ulasan Tok Guru Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

"Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," katanya kepada pemberita, sebagaimana dipetik Bernama.

Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit.

Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.

"Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," katanya.

Umno Langgar Fatwa, Dr Asri Pertahan Tindakan Ahli Parlimen Serdang

Dua tokoh terkemuka agama terkemuka negara, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Dr Muhammad Nur Manuty menyifatkan perbuatan Ahli Parlimen Sedang Teo Nie Ching memasuki bahagian dalam surau, tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Selain diperkuat dengan fatwa yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Malaysia, mereka berpendapat, amalan orang bukan Islam mendekati masjid atau surau adalah tanda positif terhadap penerimaan agama, selagi tidak bercemar kesucian agama.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Keputusan itu dicapai pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010.
Bekas Mufti Perlis itu tegas menyatakan, bukan menjadi satu kesalahan kepada orang bukan Islam untuk memasuki surau dan masjid asalkan niatnya baik dan betul.

“Jika tujuan dia masuk itu tujuannya untuk mempelajari Islam mengetahui tentang Islam dan mengkaji tentang Islam ataupun untuk urusan kehidupan yang ada dengan kepimpinan Islam dalam masjid umpamanya seperti zaman nabi.

"Nabi sebagai ketua agama dan berpusat di masjid mereka masuk untuk berjumpa dengan nabi dan meminta masuk yang mereka rasa urusan mereka dan mereka masuk tidak ada masalah,” kata bekas Mufti Perlis kepada TV Selangor.

Dr Asri berharap kepada umat Islam di negara ini tidak terikat dengan stigma tertentu hingga mendorong mereka membuat kesimpulan mudah tapi salah.

Beliau menyarankan semua pihak menyelesaikan masalah ini berpandukan hukum hakam agama dan bukan bersandarkan kepada pemikiran politik.

“Saya mengharapkan perkara seperti ini jangan dimulakan hukuman yang menjadikan orang bukan Islam takut, lebih baik media-media ini memainkan peranan menerangkan prinsip umum Islam termasuk dalam masjid, apa pandangan Islam. Islam kata tidak ada masalah, mereka boleh masuk masjid jika niat mereka betul.

"Jika niat mereka salah, maka tujuan mereka salah, maka tidak boleh masuk masjid,” kata beliau.

Dr Asri mengingatkan semua pihak prinsip agama bukan bertiangkan politik kepartian yang membawa kepada pelbagai prejudis dan persepsi, sebaliknya mesti bersandarkan fakta dan dalil.

BN serang MP Serdang guna isu ‘murahan’

KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa Barisan Nasional (BN) mengamalkan dwistandard mengkritik Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berhubung kunjungannya ke Surat Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.

“(Sebenarnya) satu kebiasaan bagi pemimpin parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, Sabah dan Sarawak untuk datang ke masjid dan memberikan ucapan,” kata Salahuddin (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.Oleh itu kata beliau, apabila pemimpin BN melakukannya ia tidak dijadikan isu.

“Bagaimanapun apabila Pakatan Rakyat (PR) melakukan, ia dijadikan isu. Ini publisiti murahan bagi mereka,” kata beliau lagi.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini berkata serangan BN ke atas Teo menunjukkan perikatan itu semakin menjadi sebuah parti “rasis”.

“Mereka (BN) lebih rasis dan ektremis (sekarang),” katanya lagi sambil menambah, “tiada masalah dengan (tindakan Teo masuk ke surau).”

Dalam satu kenyataan tengah hari tadi, Teo menjelaskan bahawa kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

“Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik,” kata beliau.

Teo turut menegaskan bahawa lawatannya ke surau berkenaan tidak berniat politik dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.

Beliau turut menyambut baik pesanan dan nasihat daripada semua pihak mengenai perkara tersebut dan akan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa akan datang.TMI

Ahli Parlimen Serdang sembah penjelasan, permohonan maaf kepada Sultan Selangor


KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tetapi menjelaskan, beliau tidak menyampaikan ucapan politik di Surau Al-Huda, Kajang yang didakwa pihak tertentu.
“Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang.
“Saya juga akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj mengenai perkara ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini.
Jelas Teo, beliau selaku Ahli Parlimen Serdang telah mengunjungi Surau Al-Huda untuk menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan untuk memperbaiki pagar surau dan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau.
“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor,” kata wakil rakyat DAP penggal pertama ini.
Teo menambah, beliau menyesal perkara ini telah menimbulkan keresahan antara umat Islam dan telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik.
“Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan,” katanya.

Felda,Dah Kalah Salahkan Peguam ??


- Peneroka Bukan Umno Mesti Buat Perubahan!
Ingat bila dah bersara dalam memegang jawatan parti UMNO, al-fadhil ustaz Dr Yusof Noor tidak lagi bercakap politik. Tetapi dek kerana lama duduk dalam UMNO sehingga ke sisa-sisa usia masih terbawak-bawak perangai UMNO. Dan memang UMNO pun. Walaupun mendapat anugerah "tokoh Ma'al Hijrah" bersama seorang lagi yusof iaitu Dr Yusof al-Qardawi tetapi keduanya bak langit dan bumi.

Sepatutnya sebagai pengerusi Felda lulusan pengajian tasauf Cairo Universiti, mengakulah bahawa Felda telah menipu peneroka di Kemahang. Dan bukan hanya di Kelantan, bahkan diseluruh Negara. Tanyalah peneroka yang celik mata dan hatinya dan bukan tali barut UMNO, nescaya mereka akan mengetahui dan mengakui bagaimana Felda menipu ketika membeli hasil sawit mereka dan hal ini telah diputuskan oleh mahkamah.

Selaku pengerusi FELDA beliau sepatutnya membuat kenyataan meminta maaf secara terbuka kepada semua peneroka bahawa FELDA telah mengambil kesempatan keatas peneroka. Bahkan sepatutnya beliau merasa malu dan memikul tanggungjawab dengan meletakkan jawatan. Nak harap Yusof Noor letak jawatan? Huh jangan diharap! Sayangkan pendapatan 2juta setahun tu?

Takkan nak lepas macam tu saje. Tetapi kalau di Jepun memang Pengerusi Felda dah melakukan tindakan 'Harakiri'. Bunuh diri guna pedang dihadapan Ibu pejabat FELDA sebagai tanda meminta maaf dan bersalah serta memikul tanggung-jawab. Itu di Jepun dan disini Malaysia.

Pemimpin UMNO bagaikan pelepah pisang. Dia takkan letak jwatan sehingga buruk dibatang pisang macam tu je. Letak jawatan tidak sekali. Taklah macam pelepah kelapa, bila dah kering dia akan gugur sendiri. Kalau kat Malaysia jangan diharap le. Kecuali dengan kuasa rakyat dijatuhkan UMNO-BN dalam pilihanraya nanti dan barulah boleh dibuang sikap tamak kuasa ke atas institusi seperti Felda ini.Mereka ada media dan akan dikibas supaya membara tentang segala macam kebaikan untuk menyembunyikan keburukan dan penyelewengan ke bawah karpet.

Ini bukan kali pertama yang melibatkan al-fadhil, sudah timbul isu penyelewengan zakat ketika memegang di wilayah persekutuan yang membawa beliau meletakkan jawatan. Sebagai pengerusi Felda, beliau secara terang-terangan dikawasan Felda khususnya di Terengganu membahagikan rasuah wang tunai ketika tempoh pilihanraya untuk kemenangan UMNO-BN. Lihatlah kenyataan terbaru beliau:-

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....