Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 24 Ogos 2010

Khutbah: Khatib Zakaria tetap pertahan doanya

Zakaria Ahmad dikerumuni wartawan semasa keluar dari Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang selepas memberi keterangan mengenai isu khutbah, di George Town hari ini. – Foto Bernama

GEORGE TOWN, 24 Ogos — Zakaria Ahmad, khatib yang mencetuskan kontroversi kerana berdoa untuk Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang, mempertahankan tindakannya itu dan berkata ia tidak salah di sisi agama.

“Bagi saya, berdoa (untuk orang bukan Islam) itu tidak salah cuma cara berdoa dan tempat (ketika khutbah Jumaat) itu yang dikatakan menjadi kesalahan.

“Insya-Allah lepas ini saya tidak akan mendoakan lagi (khutbah Jumaat) kalau hendak mendoakan pun di tempat lain,” katanya kepada pemberita selepas member keterangan kepada Jawatankuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) di sini.

Dipetik Bernama, beliau menyifatkan isu berdoa itu adalah kecil tetapi telah diperbesarkan oleh orang politik dan beliau berterima kasih kepada MAIPP kerana member bimbingan kepadanya

Isu membaca doa untuk Lim bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat itu didedahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

Yang Dipertua MAIPP Elias Zakaria berkata jawatankuasa itu berpuas hati dengan keterangan Zakaria dan hasil perbincangan itu akan dibawa ke mesyuarat MAIPP untuk tindakan lanjut.

Katanya setakat ini tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap Zakaria dan khatib itu juga bersetuju untuk tidak mengulangi perbuatan itu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan polis telah mengambil keterangan Zakaria hari ini.“Kita cuba menyelesaikan siasatan berhubung kes ini hari ini,” katanya.TMI

Saman Fitnah,Husam Dapat Ganti Rugi

KOTA BHARU, 24 Ogos - Kes saman fitnah oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa terhadap bekas Anggota Parlimen Tanah Merah Datuk Shaari Hassan diselesai di luar mahkamah.

Keputusan itu, yang direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Ahmad Zaidi Ibrahim di sini Selasa, dibuat selepas Shaari bersetuju membayar ganti rugi kewangan yang dituntut oleh Husam.

Husam, yang ditemui pada di pejabatnya, bagaimanapun enggan mengumumkan jumlah ganti rugi itu tetapi menyatakan jumlahnya "amat memuaskan hati".

Pada 25 Dis 2007, di Masjid Padang Lalang di Tanah Merah, Shaari didakwa membuat dakwaan berunsur fitnah melibatkan Husam, yang kemudiannya memfailkan saman menuntut agar Shaari memohon maaf kepadanya dan membayar sejumlah ganti rugi.

Pada prosiding hari ini Husam diwakili Hisham Fauzi manakala Shaari diwakili Azmi Abdullah.-BERNAMA

Ujian DNA dedahkan Hitler mungkin keturunan Yahudi



ADOLF HITLER

BRUSSELS - Ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) ke atas ahli keluarga pemimpin Nazi di Jerman, Adolf Hitler menunjukkan bahawa dia mungkin berketurunan Yahudi dan Afrika Utara, lapor sebuah akhbar semalam.
Penemuan itu mengejutkan kerana Hitler bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan penduduk berketurunan Yahudi pada zaman Perang Dunia Kedua.
Hitler mati dengan menembak dirinya semasa jerman kalah dalam perang Dunia Kedua.
Majalah Knack yang beribu pejabat di Brussels mendakwa DNA yang diambil daripada saudara Hitler yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) telah membawa kepada penemuan tersebut.
Seorang wartawan, Jean-Paul Mulders mengumpulkan DNA daripada kain napkin yang digunakan oleh salah seorang daripada tiga pewaris Hitler yang tinggal di Long Island, New York.
Kejayaan DNA itu menyebabkan seorang petani di Austria yang hanya dikenali sebagai Norbert H. dan merupakan sepupu kepada diktator Jerman tersebut berjaya dijejaki.
Mulders mendapatkan khidmat pakar sejarah Marc Vermeeren untuk mencari Norbert di Waldviertel, Austria.
Norbert H. memberikan Vermeeren dan Mulders sampel air liurnya.
Dengan menggunakan sampel Norbert dan DNA daripada kain napkin itu, Mulders mendakwa terdapat hubungan antara kedua-dua lelaki itu.
Namun, DNA jenis Haplopgroup E1b1b (Y-DNA) yang ditemui pada kedua-dua lelaki itu jarang dijumpai di Jerman dan Eropah Barat.
"Ia lazimnya ditemui dalam penduduk Barbar di Maghribi, Algeria, Libya dan Tunisia termasuk puak Yahudi Ashkenazi dan Sephardic," kata Mulders.
"Itu merupakan keputusan yang mengejutkan. Sukar diramalkan bagaimana penyokong dan penentang Hitler menerima maklumat ini," kata pakar genetik, Ronny Decorte yang mengesahkan hasil ujian terbabit dan menegaskan bahawa kemungkinan Hitler juga mempunyai darah keturunan Afrika Utara.Menurut majalah Knack, DNA itu diuji dalam kondisi makmal yang ketat. - Agensi

Surau Disimbah Cat: Empat Ditahan

Kerja-kerja membuang cat sedang dijalankan di sebahagian pintu cermin dan dinding Surau Taman Pulai Impian, Sikamat dekat sini, yang disimbah dengan cat merah serta botol arak dalam kejadian awal pagi semalam.

SEREMBAN: Empat ditahan berhubung kejadian menyimbah surau dengan cat merah di surau baru Taman Pulai Impian, Sikamat, dekat sini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, empat suspek terbabit ditangkap dalam tempoh 12 jam selepas kejadian yang tidak bermoral itu di sekitar negeri ini.

"Terperinci mengenainya saya akan nyatakan pada sidang akhbar petang ini," katanya pada di sini pada Selasa.

Dalam kejadian awal pagi Isnin, jemaah surau berkenaan terkejut selepas mendapati surau mereka disimbah cat merah dan dilempar beberapa botol arak.Surau berkenaan dibuka pada 24 Julai lalu.Mstar

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....