Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 15 Januari 2010

Video:Solat Sunat Gerhana Matahari di Masjid Rusila



VIDEO EHSAN BULETINONLINE

Fenomena gerhana matahari yang berlaku hari ini 15 Januari, 2010, pernah berlaku pada tahun kedua selepas nabi SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah.

CATATAN PENGALAMAN DS NIZAR MENGENAI KEMALANGAN JALAN RAYA 7 JAN 2010

http://haireyhamzah.files.wordpress.com/2009/05/datok-nizar.jpgAsalamu alaikum dan salam sejahtera!

Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah SWT yg melindungi saya dan seisi keluarga sepenuhnya dalam satu musibah kemalangan jalan raya pada 7 Jan 2010(khamis) , jam 9.20 pagi. Ianya berlaku sewaktu dalam perjalan ke klinik pergigian di Silibin apabila tiba-tiba sebuah kereta masuk trus kelorong laju dari persimpangan jalan Seruan yg mana saya terpaksa mengelak dari melanggarnya secara direct kerana ketika itu saya sedang memandu agak laju.

Alhamdulillah, kereta Volvo yg dielak itu hanya tergesel dibahagian hadapan kanan tetapi kereta Camry yg saya pandu terpaksa naik dan melanggar pembahagi jalan di tengah dan trus tercampak dan terbalik 4 roda keatas di pembahagi jalan tersebut.

Dengan izin Alah SWT saya sedar dan merangkak keluar dengan selamat. Saya trus menalipon doktor gigi menyatakan tidak bolih hadir serta anak lelaki saya, sementara pemandu Volvo tersebut, Doktor Nurul Huda menghampiri saya bertanya khabar, saya cuma mengalami cedera ringan di siku kanan dan sedikit pendarahan di pipi kanan.

Ulas Bom Petrol Dalam Facebook,Siswa Di Dakwa Di Mahkamah


"Ke nak aku baling bom petrol di sana plak?... harga boleh runding..."

Tulisan dalam Facebook itu telah mengheret seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini kerana dituduh menggunakan aplikasi dalam Internet untuk membuat komen yang boleh mengancam keselamatan orang lain, lima hari lepas.

Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, mengangguk tanda memahami pertuduhan itu, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Ho Kong Chin.

Hakim Aslam Zainuddin yang sepatutnya mendengar kes itu mempunyai urusan rasmi di Shah Alam.

Ho kemudian menetapkan Isnin ini untuk sebutan semula dan juga untuk menetapkan jumlah jaminan.

Umno akan gagal jatuhkan Tok Guru Nik Aziz - Zaid Ibrahim


PETALING JAYA, 15 Jan: Bekas anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim yakin Umno akan gagal dalam usaha untuk menjatuhkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan.

"Umno mungkin boleh menjatuhkan saya atau Datuk Seri Anwar tetapi saya tidak fikir dia akan mampu berbuat perkara yang sama kepada Tok Guru Nik Aziz," kata Zaid dalam wawancara khas dengan Harakahdaily hari ini.

Wawancara itu diadakan di rumahnya dekat Tropicana pagi tadi oleh wartawan Harakahdaily Zulkifli Sulong dan Hazayani Zakaria dengan dibantu oleh Shukri Mohamad sebagai juru kamera.

Wawancara itu merangkumi pelbagai isu dari penubuhan parti Pakatan Rakyat, Dasar Pakatan Rakyat, sejarah beliau yang pernah menyaman kerajaan Kelantan kerana meluluskan undang-undang hudud serta masa depan Pakatan.

Wawancara penuh akan disiarkan selepas ini dalam bentuk teks dan juga video.

Dalam wawancara itu, Zaid ditanya kenapa beliau mencadangkan Nik Aziz sebagai pemimpin atau spiritual leader untuk Pakatan Rakyat.

Menurut Zaid, Nik Aziz mempunyai ciri-ciri pemimpin yang dikehendakli oleh Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.
"Saya tidak dapat nafikan Datuk Seri Anwar sebagai ketua pebangkang adalah bakal Perdana Menteri kita jika Pakatan berjaya mengambil alih Malaysia tetapi untuk spiritual leader, sebagaimana yang dimainkan oleh Gandhi di India, saya rasa Tok Guru Nik Aziz," katanya.

Beliau bersetuju, ekoran cadangan dan isu-isu berkaitan dengannyalah Nik Aziz dan Kelantan kini menjadi sasaran Umno dan medianya khasnya Utusan Malaysia.

"Saya yakin Umno akan gagal," kata Zaid.

Namun begitu beliau berharap isu di Kelantan sekarang dapat diselesaikan segera.

Bagi beliau, dengan kewangan besar yang bakal dimiliki Umno melalui wang ehsan, PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan perlu bimbang juga.Hrkh

Anwar Ditahan Kali Kedua? Masyarakat Diseru Sertai Forum

Oleh Era Pakatan

KUALA LUMPUR : Berikutan desas-desus Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditahan kali kedua atas isu liwat, masyarakat diseru agar menghadiri Forum Merungkai Konspirasi Membedah Kebenaran, anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) dan Yayasan Aman selama tiga hari, bermula hari ini.

"Forum itu bertujuan mendedahkan isu-isu berkaitan konspirasi terancang yang mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara Sungai Buloh selama enam tahun sebelum ini," kata Penyelaras Program Syafiq Sunny dalam suatu kenyataannya baru-baru ini.

Tambah beliau, forum yang dijalankan selama tiga hari, bermula hari ini turut menyentuh kupasan buku berjudul 'Anwar On Trial' karya Pawanchek Merican yang akan menjelaskan kronologi penuh berhubung penahanan tersebut.

Pemangku Sultan Kelantan Imamkan Solat Hajat Untuk Sultan Kelantan




Tengku Mohammad Faris Petra sedang mengimami solat hajat
Tengku Mohammad Faris Petra sedang khusuk berdoa


Sebahagian dari rakyat Kelantan yang hadir

Pemangku Sultan, Yang Maha Mulia tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra telah mengimamkan solat sunat hajat yang diadakan bagi memohon agar Allah SWT menyembuhkan kegeringan yang menimpa ayahandanya.
Solat Hajat tersebut telah diadakan di Stadium sultan Muhammad IV, selepas sahaja solat maghrib dengan dihadiri rakyat jelata yang kemudiannya diikuti dengan bacaan surah yasin.

Klinik 1Malaysia Najib Agenda Lapuk, Mundur Ke Belakang !



Dr Alias Razak Wakil Rakyat PAS Kawasan Bukit Tunggal Terengganu berkata Klinik 1Malaysia Najib sebagaimana dilancarkan baru-baru ini adalah agenda lapuk dan mundir ke belakang.Sumber

Video:Polis rampas wang palsu lebih AS$66 juta milik hartawan Lubnan, Ellie



 
 
 

 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, ACP Izany Abdul Ghani (tengah) bersama-sama timbalannya, Supritendan Koh Seok Keng (kiri) menunjukkan kepada media wang kertas palsu bernilai USD1juta dan USD100,000 yang dirampas daripada lelaki yang mendakwa dirinya 'jutawan', Elie Youssef Najem baru-baru ini.


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya jutawan, Elie Youssef Najem diberkas di sebuah hotel di sini bersama wang lama palsu Amerika Syarikat.
Pada tahun 2006, lelaki yang berasal dari Lubnan itu pernah membuat kontroversi berhubung dakwaan memberi sumbangan sebanyak RM1 juta kepada Majlis Kanser Nasional (Makna).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur ACP Izany Abdul Ghany berkata, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan pada 12.05 tengah malam Ahad lepas setelah seorang pekerja hotel di Bukit Bintang itu membuat laporan polis selepas menerima sekeping wang kertas US$500 sebagai tip daripada lelaki itu.
“Pekerja wanita yang mendapat wang kertas itu segera pergi ke pengurup wang berdekatan untuk menukar wang berkenaan kepada Ringgit Malaysia.
“Bagaimanapun dia terkejut apabila mendapati wang berkenaan adalah duit palsu dan mengadukan perkara itu kepada penyelianya yang kemudian melaporkan perkara itu kepada pihak polis,” katanya.
Sepasukan polis yang diketuai oleh Inspektor Ridhwan Ani menyerbu bilik hotel Elie dan mereka menemui 60 keping wang kertas US$1 juta setiap satu, 60 keping wang kertas US$100,000 dan 40 keping wang kertas US$500.
Nilai paling tinggi wang kertas dolar Amerika Syarikat sekarang ialah US$100.
zany berkata polis sedang menyiasat dari mana wang itu diperoleh dan tujuan ia digunakan.
"Kalau kita tengok wang itu ia merupakan mata wang lama dipercayai digunakan sekitar tahun 1934,” katanya.
Izany berkata, polis sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 489 © Akta Tatacara Jenayah atas kesalahan memiliki wang palsu.
Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda.
Elie kini ditahan reman selama 14 hari hingga 23 Januari depan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.
Suspek itu juga sedang menghadapi perbicaraan kerana tuduhan menipu.
Elie didakwa di bawah Seksyen 417 Akta Tatacara Jenayah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 8 Januari lalu.Mstar

Kalimah Allah: Jais beri amaran keras pada Khalid Samad


SHAH ALAM, Jan 14 - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberi amaran keras kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad agar berhenti daripada mempertikai keputusan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung isu penggunaan kalimah “Allah”.
Jais turut menolak dakwaan wakil rakyat itu bahawa pihaknya dan Mais sengaja ‘mempolitikkan’ isu berkenaan.
Sehubungan itu, Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata Khalid perlu mengkaji semula kenyataan tersebut kerana ia mempunyai kaitan dengan sensitiviti umat Islam khususnya di Selangor.
“Seharusnya sebagai Ahli Parlimen yang duduk di Shah Alam, beliau sepatutnya berpegang kepada pepatah ‘di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung’ dan sebagai rakyat Selangor beliau perlu hormati dan patuhi titah Sultan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....