Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 18 Oktober 2010

Kaum Cina Kumpul Duit Bantu Allahyarham Chek Hashim Sulaima Berubat Di China

GUA MUSANG, 18 Okt: Biarpun hanya sempat dua tahun lebih bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), namun nama Allahyarham Che Hashim Sulaima tidak lekang dari bibir masyarakat Galas.
Sikapnya yang bertanggungjawab, rendah diri, suka menolong dan tidak berkira dengan rakyat, menjadikan kehilangannya seperti sukar dicari ganti.
Tidak hairanlah jika rata-rata masyarakat sama ada Melayu, Cina, India mahupun Orang Asli sangat sayang kepada Adun PAS tersebut.
Menurut Penghulu Kampung Bandar, Chong Loi San, 60, (gambar) Allahyarham Chek Hashim seorang yang mudah didampingi dan tidak pernah berlagak seperti seorang Yang Berhormat."Saya kenal dia lebih 20 tahun, dia orang bagus, bukan senget-senget punya."Dia dulu jual rotan, saya beli dengan dia buat niaga kerusi.
"Dia suka tolong sama kita. Pagi ke, petang ke, malam ke, bila kita panggil dia mesti sampai."Banyak kaum Cina undi dia sebab dia mudah kira," ceritanya menggambarkan peribadi Allahyarham semasa hayatnya.
Tambah Chong lagi, beliau mengenali bekas Adun Galas itu seorang yang pemurah dan melayan masyarakat berbilang kaum di kawasannya dengan adil.Antara jasa paling besar Allahyarham katanya, adalah menyelesaikan masalah geran tanah kepada masyarakat Dun itu.

Tengku Muhammad Fa-iz Petra Dilantik Tengku Mahkota Kelantan


KOTA BARU: Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, adinda kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V, dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan pewaris takhta kesultanan Kelantan berkutkuasa serta merta.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias berkata keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang bermesyuarat hari ini dengan dipengerusikan oleh Yang Dipertuanya, Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.
Istiadat penyerahan watikah pelantikan gelaran Tengku Mahkota Kelantan berlangsung di Istana Negeri di Kubang Kerian pada 2 petang, Isnin.
Mohd Aiseri memberitahu satu sidang akhbar bahawa mesyuarat MPN itu dihadiri oleh 14 daripada 15 anggotanya kecuali Tengku Razaleigh Hamzah yang tergugur secara automatik sebagai anggota kerana tidak hadir mesyuarat sebelum ini tanpa keizinan majlis itu.
Tengku Muhammad Fa-iz, 36, adalah anakanda kedua Sultan Ismail Petra daripada empat beradik. Dua lagi ialah Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A-Ishah Putri.
Tengku Muhammad Fa-iz, yang diputerakan di Istana Kota Lama pada 20 Jan 1974, dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan pada 30 Mac 1989 dan menjadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sejak 21 Jun 2009.

Ketua Wanita Umno calon BN Galas?

GUA MUSANG: Ketua Wanita Umno bahagian Musang, Senator Datuk Wan Hazani Mohd Nor kini disebut-sebut akan menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Galas, 4 November depan.

Sebelum ini nama Ketua Bahagian, Tengku Razaleigh Hamzah dan Setiausaha Bahagian, Abdul Aziz Yusof dikatakan akan menjadi calon BN DUN Galas.

Sumber dalaman Umno Gua Musang memberitahu, pemilihan Wan Hazani akan dapat menyelesaikan

"Lagipun, ahli Wanita telah mendesak Umno bahagian supaya memberi peluang Wan Hazani bertanding.

"Ia juga penghormatan kepada pergerakan Wanita yang bekerja keras dalam setiap kali pilihanraya," katanya.

Pilihanraya kecil Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya, Che Hashim Sulama akhir bulan lalu.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 26 Oktober sebagai hari penamaan calon dan 4 November hari mengundi.

Tengku Razaleigh telah dilantik sebagai pengarah pilihanraya BN Galas.

Ketika dihubungi hari ini, Wan Hazani berkata, beliau sedia menjadi calon BN dan yakin akan mendapat sokongan pengundi.

"Ini satu peluang BN untuk menang kerana ada kira-kira 6,000 pengundi wanita di Galas.

"Pengundi Galas memlilih individu dan bukannya parti. Saya akan memberi yang terbaik kepada penduduk Galas," katanya.FMT

Cabaran Debat: Ali Rustam Masih Belum Beri Maklum Balas


Oleh : Sofi Wahab


MELAKA, 18 Okt
: PAS Negeri Melaka sehingga kini masih belum mendapat sebarang maklum balas dari Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam( gambar kiri )dalam isu debat mengenai sekolah mengandung.
Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman (gambar atas) dalam jawapan spontan sedia berdebat dengan Ketua Menteri Melaka berkaitan isu penubuhan Sekolah Harapan.
Menurutnya, PAS menerima cabaran debat dan bersedia pada bila-bila masa dan di mana sahaja untuk menerangkan kebenaran kepada rakyat.
Beberapa orang rakyat yang ditemui kesal dengan sikap Mohd Ali yang seolah-olah takut untuk berdebat sedangkan beliau sendiri yang mencadangkan mengenainya.
Haji Jaya Mohamad, 65, dari Bukit Katil berkata, apa yang hendak ditakutkan kerana perdebatan itu adalah untuk mencari kebenaran, bukannya atas emosi dan kepentingan diri.
"Kita mesti berbincang dan berdebat dalam sesetengah isu untuk mencari kebenaran bukannya untuk tunjuk pandai," ujar beliau.
Mohd Jas Abdul Rahman, 66, dari Taman Saujana kesal dengan sikap Umno yang tidak mahu berbincang sebelum mengambil keputusan.
"Bila kita tegur mereka melenting tanpa usul periksa dan berlapang dada, kita mesti sedar rakyat berhak untuk menegur dan menasihatkan pemimpin dalam apa juga isu lebih-lebih isu penting seperti ini," kata beliau.
Dalam kenyataan sebelum ini, Abdul Ghani menyifatkan cabaran ketua menteri itu untuk berdebat bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, orang menjual maka PAS sanggup membelinya walaupun dengan harga yang mahal.

Fenomena Laut Terbelah Ala Nabi Musa Di Korea Selatan

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG...
Laut terbelah di Jindo, Korea Selatan (asiarooms.com)


Lakaran artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.

Keajaiban laut terbelah seperti yang berlaku pada kisah nabi Musa AS terjadi di Jindo, Korea Selatan. Bedanya, laut 'terbelah' di negeri ginseng itu merupakan fenomena alam yang terjadi akibat pasang surut air laut .

Seperti dilansir dari laman asiarooms, sebuah hamparan tanah dengan panjang sekitar 2,8 kilometer dan lebar 40 meter akan terbuka akibat surutnya air laut pada waktu-waktu tertentu. Saat-saat kejadian tersebut biasanya dikunjungi orang-orang dalam jumlah besar. Sebuah festival khusus didedikasikan untuk memperingati kejadian alam, merupakan fenomena unik di Korea Selatan tersebut.

Terjadinya laut terbelah tersebut, berdasarkan dongeng yang populer di Jindo, bermula ketika desa tersebut diserang harimau, semua penduduk desa telah pergi ke desa Modo kecuali seorang wanita tua yang tinggal sendirian. Dalam 'putus asa', ia berdoa kepada Dewa Laut agar membantunya dan terbukti dewa menjawab doanya dengan membelah laut.

Sultan Kelantan Dijangka Lantik Tengku Mahkota Yang Baru Esok


Sukacita dimaklumkan bahawa sekitar jam 9.00 pagi esok, 18 Oktober 2008 (Isnin), Majlis Perajaan Negeri Kelantan dijangka akan melangsungkan mesyuaratnya di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
Majlis Perajaan Negeri Kelantan, di dalam mesyuaratnya itu, dijangka akan menasihatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, supaya:
1. Memilih dan melantik Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra selaku Waris (Bakal Raja).
2. Mengurniakan kepada Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra akan gelaran Tengku Mahkota Kelantan.

Bertindak di atas nasihat Majlis Perajaan Negeri Kelantan ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, dijangka akan:
1. Memilih dan melantik Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra selaku Waris (Bakal Raja).
2. Mengurniakan kepada Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra akan gelaran Tengku Mahkota Kelantan.

Perisytiharan pilihan dan pelantikan Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra selaku Waris (Bakal Raja) di samping perisytiharan pengurniaan kepada Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra akan gelaran Tengku Mahkota Kelantan ini dijangka akan dibuat oleh Setiausaha Majlis Perajaan Negeri Kelantan merangkap Setiausaha Kerajaan Kelantan, Dato' Mohd Aiseri Alias, di Istana Negeri, Kubang Kerian, sekitar jam 12.00 tengahari esok, 18 Oktober 2008 (Isnin) Baca Seterusnya....

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....