Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 19 Jun 2010

Pengawal istana buat laporan dakwa isteri kedua sultan Kelantan ganggu ketenteraman

Gambar fail
KOTA BAHARU, 19 Jun – Seorang pengawal Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini membuat laporan polis terhadap isteri kedua Sultan Kelantan Cik Puan Elia Suhana Ahmad, yang didakwa melakukan gangguan ketenteraman awam di perkarangan Istana ketika cuba melawat suaminya pada 23 Mei lalu.
Pengawal itu, Muhamad Khairul Abdullah, 24, berkata Elia Suhana, 31, didakwa mengganggu ketenteraman awam di istana tersebut walaupun telah dimaklumkan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra tidak perkenan bertemu dengan isteri kedua baginda itu dan perkarangan istana itu merupakan kawasan yang “sensitif”.

Akibat Ketirisan, Rasuah Malaysia Bankrap 2015?

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menjangkakan negara di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional(BN) akan berstatus bankrap menjelang tahun 2015 dan bukannya 2019 seperti mana yang unjurkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.
Menurut Azan jangkaan ini berdasarkan kepada beberapa faktor dan juga berlandaskan kepada laporan Rancangan Malaysia Ke-10 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lalu.
Walaupun Najib memberi jaminan bahawa nasib ekonomi Malaysia tidak akan menyamai Greece yang jatuh muflis baru-baru ini, Azan menyanggah sambil berkata terdapat beberapa persamaan dengan negara anggota Kesatuan Eropah itu yang memungkinan negara bankrap lebih awal daripada dijangkakan.
“Dalam keadaan sekarang, kerajaan cuba menyembunyikan beberapa statistik seperti kaedah kebocoran yang melampau, pengurusan yang tidak cekap, kadar rasuah yang parah, semuanya kombinasi ini akan menyebabkan terjerumusnya ekonomi kita pada kemungkinan kebankrapan yang lebih cepat dan drastik.

Tok Guru Nik Aziz Saran Wanita Solat Jumaat

BACHOK, 19 Jun: Kompleks Masjid Daruttarbiyah bakal menyaksikan perubahan baru apabila kaum wanita disaran supaya menunaikan solat Jumaat seperti mana dilakukan kaum lelaki selepas siap pembinaannya kelak.Saranan itu diutarakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Sebenarnya sudah lama saya hendak tengok keadaan ini boleh dilakukan oleh wanita," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan dan Penerimaan Derma mengisi tabung kompleks masjid tersebut di Kampung Wakaf Zain, dekat sini, malam tadi.
Beliau berkata, keselesaan ruang masjid yang cukup luas mampu membawa kaum wanita untuk turut bersama menunaikan solat Jumaat.
"Saya cadangkan ruang bawah untuk orang perempuan dan di sebelah atas pula bagi orang lelaki masa sembahyang Jumaat," katanya.

Jui Meng dakwa Umno dalang Johor tarik balik ‘Datuk’

Chua menunjukkan pingat kebesaran yang akan dipulangkan kepada Istana Johor pada sidang media pagi tadi. — Gambar oleh Jack Ooi

PETALING JAYA, 19 Jun — Bekas naib presiden MCA Datuk Chua Jui Meng mengulangi bahawa Umno sebagai dalang di sebalik tindakan Istana Johor menarik balik pingat kebesaran yang membawa gelaran “Datuk”.
Bekas menteri kesihatan yang menyertai PKR Julai lalu menyifatkan ia sebagai tindakan intimidasi politik.
“Saya pasti sekarang Umno amat menyesal dengan perkiraan salah mereka mengintimidasi saya,” kata anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR ini.
Chua (gambar) berkata ini kerana dalam beberapa hari sahaja rakyat dari seluruh negara menyatakan sokongan moral bukan sahaja kepada beliau, juga kepada Pakatan Rakyat dalam isu terbaru ini.
Selain itu, Chua juga mendedahkan beliau telah diminta oleh Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli supaya mengembalikan Pingat Sultan Ibrahim (PIS) yang tidak membawa sebarang gelaran.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....