Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 6 April 2012

Exco Selangor Buat Laporan Polis Selepas Di Tumbuk

SHAH ALAM 06 APRIL : Ahli Dewan Undangan Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah cedera ditumbuk oleh dua lelaki di sebuah restoren di Jalan Sekolah Kampung Baru, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 pagi itu, Ean yang juga Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram ditumbuk oleh lelaki terbabit selepas selesai makan di restoren itu.

Ketika keluar dari restoren itu, dua lelaki terbabit menghampirinya dan terus memarahi serta bercakap dengan nada kasar.

“Seorang daripada lelaki itu terus menerpa ke arah saya dan memukul bahagian kiri wajah menggunakan tangan, dia turut memukul dan menarik tangan saya.”

“Sebelum beredar, rakan peniaga berkenaan turut mengugut mengancam nyawa saya. Sebaik kejadian, kedua-duanya terus melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang diletakkan di luar restoran,” katanya.

Ean berkata beliau ditumbuk di hadapan 20 ahli jawatankuasa DAP Seri Kembangan dan beberapa pelanggan di restoran itu.Katanya, beliau mengenali salah seorang daripada dua lelaki terbabit.

Jelasnya, salah seorang lelaki terbabit merupakan salah seorang peniaga daripada 184 peniaga yang dipindahkan ke pasar rakyat Jalan SK 6/1.

“Peniaga itu tidak berpuas hati dengan lokasi tapak gerainya itu, manakala rakannya itu merupakan seorang ahli parti politik lain,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan perkara itu berunsurkan politik.“Saya yakin perkara ini didalangi oleh politik pembangkang (BN), ” katanya.

Bagaimanapun, Ean hanya mengalami kecederaan ringan itu membuat laporan polis di Balai Polis Seri Kembangan selepas setengah jam kejadian.Malah, salah seorang suspek itu ditahan polis pagi tadi bagi membantu siasatan.TVS

Full Video : Artis Aishah Ceritakan Pengalaman Di Program Pas




Penyanyi, Aishah berkongsi pengalamannya di Program 'Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah' di perkarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak - 4 April 2012

Video : EKSKLUSIF Bersama MAT SABU


Harga Proton Di Arab Saudi Jauh Lebih Murah Berbanding Di Malaysia

Promosi kereta Proton di Arab Saudi
Harga Proton di Arab Saudi


Harga Proton di Malaysia

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....