
KOTA DAMANSARA - Pelakon dan pelawak Husni Mohd Rawi atau lebih popular
dengan panggilan Bob Kuman mengucapkan ‘tahniah' kepada mereka yang
bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya dia sudah meninggal dunia
hari ini.
Katanya, tersebut telah 'berjaya' menyebabkan semua rakan termasuk saudara maranya sedih."Berita ini fitnah, saya terima panggilan daripada rakan tentang
perkara ini ketika hendak solat Zuhur 1 petang tadi," katanya sewaktu
ditemui di rumahnya kira-kira jam 2 petang tadi.
Menurut Bob Kuman, 40, tindakan melampau didakwa didalangi oleh
orang-orang yang mahu mengambil kesempatan di atas kesusahan yang
dialaminya ketika ini.
“Saya tidak mahu tuduh sesiapa tetapi saya yakin mereka yang ini
sengaja menyebarkan berita palsu ini untuk meraih simpati orang ramai
dan berkemungkinan orang itu mungkin boleh kutip derma kilat jika berita
saya meninggal tersebar,” katanya.
Mesej kononnya pelakon itu sudah meninggal dunia disebarkan menerusi laman mikro Twitter tengah hari tadi.
Justeru tegas Bob Kuman, dia kesal dengan penyebaran berita itu dan
berharap pihak-pihak terbabit agar menyemak sumber maklumat yang
diterima sebelum disebarkan menerusi blog, laman sosial dan juga laman
web.