Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 2 Mac 2012

[ Video ] Siaran Tertunda : Sembang Petang Bersama Ust Azhar Idrus Sempena Tahun Melawat Kelantan

Sebenarnya mykelantan.tv melalui ustream ada membuat siaran langsung program Ust Azhar ini.Tapi aku tak sempat nak update diblog.Jadi aku bawakan khas siaran tertunda untuk tontonan bersama,kredit untuk mykelantan.tv



Video streaming by Ustream
Video juga boleh dilihat DISINI

Gambar : Ceramah Hasan Ali Semakin Lengang




Bukan Islam Tim. Presiden Pas,Penjelasan Dr Dzulkefly Ahmad

Penjelasan Dr Dzulkefly Ahmad yang dipetik dari laman BLOGNYA :

Wacana “Mengapa Undi Melayu Pecah” anjuran Sinar Harian (SH) dari Kumpulan Karangkraf berlangsung pada 28 hb Februari lalu. Rata-ratanya ia ditanggapi sebagai hangat, tegang tetapi lancar dan terkawal. Mereka yang gagal untuk hadir dalam dewan menonton melalui internet @SinarOnline dan @Mobtv.my.  Liputannya dibuat dalam dua keluaran SH dan secara verbatim esok mengikut maklumat pihak pengurusan SH.

Dalam hampir 3 jam perbahasan bersekali dengan sidang akhbarnya yang menghuraikan pelbagai isu di sekitar tajuk wacana, amat malang sekali, ada pihak yang memanipulasi laporan wacana ini dengan sengaja mengenengah dan kini ‘memporakperandakan’ minda rakyat yang tampaknya bermotifkan politik.

Paling mutakhir seorang mantan PM juga tumpang semangkuk sekaligus dengan  lebih jelas membuktikan bagaimana pihak media yang andainya tidak cermat atau juga punyai agenda tertentu akan terpalit untuk  memenangkan sesuatu tumpuan umum dalam memobilisasi pandangan awam (public opinion). Lebih malang lagi bila saya kesani ada segelintir kecil pihak PAS sendiri yang terpengaroh meminta saya tarik balik kenyataan saya. Kenyataan apa, kalau boleh saya tanya.

Nyata bahawa Wacana ‘Mengapa Undi Melayu Pecah’ yang saya kira sihat dan informatif, kini telah diheret pihak tertentu secara sengaja atau tidak bagi menonjolkan isu ‘PAS bersedia di pimpin bukan-Islam’. Bukan tajuk wacana samasekali, tetapi itulah nasib panelis, yang mesti menjadi peringatan yang  bakal bersetuju menjadi panelis. Satu perkara atau isu, yang awalnya ditanggapi isu sampingan atau ‘side-dish’ menjadi habuan utama atau ‘main meal’ bagi lawan politik atau pihak tertentu.

Saya diingatkan supaya tulis penjelasan ini ringkas tetapi jelas. Biar orang kampong semua boleh faham. Saya cuba insyaAllah. Untuk tujuann tersebut saya mendengar rakaman verbatim dalam @Mobtv.my beberapa kali dan telah pun meminta pegawai saya menyalinnya. Justeru  yang tidak hadir dan tidak dengar perbahasan 3 jam itu tetapi mahu membuat kenyataan rasmi seperti Tun termasuk ramai dalam media sosial lain, tolong beri perhatian yang serius.

Video : Isu Exco,Kenyataan Terkini Ust Azizan




GURUN - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sedih dengan tindakan Pas kawasan Kuala Kedah yang memberi kata dua terhadap Datuk Ir Amiruddin Hamzah kerana didakwa tidak menyokong pendirian Yang Dipertuanya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi supaya menolak jawatan Exco yang ditawarkan.

Beliau berkata, perkara seperti itu pertama kali berlaku dalam sejarah Pas Kedah dan tindakan Pas kawasan itu seolah-olah bertindak menentangnya, juga amat mengejutkan.

“Dalam perlembagaan parti tiada perkara seperti itu. Dalam perlembagaan tidak disebut kes macam ini. Saya harap ia dapat diselesaikan secara baik,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja dan majlis pelancaran operasi pengeluaran bijih besi, semalam.

Hadir sama, Exco Prumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Industri dan Pelaburan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan Pengarah Urusan Kumpulan Permodalan Kedah Berhad (PKB), Harun Khalib.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....