Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 26 September 2009

Debat Buah Pala | Tsu Koon perlu hadir-Guan Eng

Debat Buah Pala, Tsu Koon Perlu Hadir - Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hanya akan berdebat isu Kampung Buah Pala dengan Presiden Parti Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon.

Guan Eng menambah debat itu harus disiar secara langsung di televisyen tempatan supaya rakyat dapat melihat permasalahan sebenar sekitar isu kampung itu.

Guan Eng berkata beliau bersedia bila-bila masa sahaja untuk berdebat dengan mantan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

“Jika anda tidak datang berdebat dan hantar pembantu saya rasa ia bukanlah sikap pemimpin. Pemimpin harus menunjukan kepimpinan sebagai contoh,” katanya.

“Bila berbicara mengenai gerakan ia sebenarnya mengenai presiden gerakan Koh Tsu Khoon yang mencabar saya untuk berdebat mengenai isu ini atau isu lain dan saya telah menyahut cabaran berkenaan.”

“Tetapi selepas itu dia tidak membuat tindakan susulan selepas melontarkan cabaran. Untuk mengatakan saya perlu berdebat dengan pemuda gerakan saya rasa ia tidak wajar,” katanya.

Semalam lima pemimpin Parti Gerakan Negeri Pulau Pinang menyerahkan surat cabaran kepada Guan Eng di Pejabat Ketua Menteri di kompleks Tun Abdul Razak.

Menerima cabaran tersebut, Lim berkata kerajaan negeri tidak pernah mengambil sikap lepas tangan dalam menangai isu kampung berkenaan seperti yang di dakwa pelbagai pihak.

Katanya, kerajaan negeri telah meluluskan supaya pemaju membina 24 buah rumah ganti kepada penduduk kampung Buah Pala bagi mengantikan rumah mereka yang dirobohkan.

Menurutnya kerajaan negeri masih memberikan peluang kepada penduduk yang belum memohon tawaran pampasan rumah tersebut dan berharap agar mereka segera menghubungi pihak kerajaan negeri. TVA

Zamri lawan Nizar| Isu SELCAT boleh bawa kejatuhan PAKATAN ?

Ambil iktibar tindakan Khir Toyo persenda penjawat awam dengan beri penyapu

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS pusat memberi amaran kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat "boleh tumbang seandainya kakitangan awam terus diaibkan dan mereka mula membenci pemerintah" berikutan tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat).

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS mengingatkan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim agar jangan mengulangi kesilapan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang menghadiahkan penyapu kepada pihak berkuasa tempatan dua tahun lalu.

Ketika itu Dr. Khir merupakan Menteri Besar Selangor.

Pada 12 November 2007, kerajaan negeri ketika itu pimpinan Dr. Khir menyampaikan hadiah penyapu kepada Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan dan ketua jabatan yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang.

Penerima pertama penyapu itu ialah Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor.

"Kita perlu mengambil pengajaran daripada tindakan Khir Toyo yang membawa penyapu dan menghadiahkan kepada pegawai kanan kerajaan (pada November 2007, lima bulan sebelum pilihan raya umum)... membawa kepada kerajaan negeri dijatuhkan, dibenci kakitangan kerajaan negeri," kata Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi kepada mStar Online ketika dihubungi hari ini.

Nasrudin melahirkan pendiriannya ini ketika banyak pihak menggesa agar Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali keluar Pakatan Rakyat negeri itu dan dikenakan tindakan disiplin ekoran pendirian beliau mempertikaikan secara terbuka perjalanan Selcat.

"Walaupun Datuk Hasan memberikan pandangan yang berbeza, jangan sampai beliau dipancung, jangan beliau dibuang.

"Perbezaan pandangan ini mewujudkan satu kaedah pemantauan pengurusan dan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri.

"Kita dengar dulu penjelasan daripada Datuk Hasan terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman," katanya.

"Apa yang ditegur oleh Datuk Hasan ada kewajarannya," kata beliau.

Hasan telah melahirkan sokongan kepada pihak yang mengkritik Selcat termasuk pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan Barisan Nasional (BN).

Malah, pemimpin Pakatan Rakyat termasuk pemimpin PAS sendiri merasakan Hasan tidak wajar menyatakan pandangan sedemikian kerana Selcat adalah inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat selepas memenangi pilihan raya umum 2008.

Isu Selcat: PAS timbang tindakan disiplin terhadap Hasan Ali?

Ketika diminta mengulas lanjut, Nasrudin memberitahu, sekiranya pegawai-pegawai kerajaan negeri merasakan mereka diaibkan dengan sesi soal siasat secara terbuka dan tidak mengikut kesusilaan, ia boleh menyebabkan perasaan membenci terhadap kerajaan negeri.

"Kalau mereka sudah menanam perasaan benci... mereka diperlekeh, dipersenda, saya bimbang mereka yang ada pengaruh ini (kakitangan kerajaan), mereka akan menyebabkan pulangan yang negatif kepada keraajan negeri.

"Tidak keterlaluan saya boleh katakan ia akan mengancam kemantapan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

"Saya minta jangan hanya menuding jari atas konflik yang berlaku ini, tetapi kita perlu mendengar pandangan semua pihak secara terbuka," kata beliau sambil menambah, "kita mahu satu pasukan kerajaan yang mesra pemerintah."

"Walaupun Selcat adalah satu jawatankuasa yang sah dan ada hak untuk memanggil kakitangan tetapi ia perlu dibuat secara adab dan susila yang sesuai supaya tidak aibkan dan memalukan mereka," katanya lagi.

Khalid akan mempengerusikan mesyuarat khas Isnin ini bagi menangani isu Selcat membabitkan anggota Selcat, Exco dan pegawai-pegawai daerah yang disoal siasat oleh jawatankuasa itu.

Selcat ditubuhkan oleh DUN Selangor selepas pilihan raya umum Mac 2008 untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawab dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Ia kini menyiasat penggunaan dana oleh wakil-wakil rakyat BN Selangor beberapa bulan sebelum pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Perjalanan Selcat kini dikritik dengan pegawai-pegawai daerah yang dipanggil memberi keterangan mendakwa mereka dilayan seperti penjenayah dan perlu menjawab soalan mengikut kehendak jawatankuasa itu.

Sebelum 1 Syawal lalu, Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi selain menjejaskan imej serta kredibiliti diri beliau sebagai penjawat awam.

Beliau adalah antara sembilan Pegawai Daerah di Selangor yang dipanggil memberi keterangan pada 9 September lalu.

Bakhtiar mendakwa siasatan yang diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim itu dilakukan dalam suasana tegang dan tidak berhemah.mstar

Nizar News | Ekspedisi royalti minyak anjuran rakyat-Husam



Selepas jenuh mendengar tuduhan beberapa media yang cuba mempersalahkan kerajaan negeri ketika menganjur Ekspedisi Misi Royalti ke pelantar Cakerawala berhubung isu tuntutan royalti minyak baru-baru ini sebagai misi maut, akhirnya wakil kerajaan negeri menjawabnya.Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, menjelaskan bahawa ekspedisi tersebut sebenarnya bukan anjuran kerajaan negeri sebaliknya anjuran sekumpulan rakyat Kelantan yang diantaranya melibatkan golongan nelayan sebagai tanda sokongan usaha kerajaan selain daripada ingin memastikan sendiri hak mereka.Husam memberitahu, cadangan ekspedisi berkenaan ditawarkan oleh nelayan yang mempunyai kapal sendiri serta peka terhadap usaha kerajaan yang memperjuangkan hak rakyat kepadanya dan beliau menyambut cadangan itu demi rakyat.Maka perancangan itu dibuat secara terbuka (bukan dalam bentuk paksaan) kepada sesiapa sahaja berminat untuk mengikuti ekspedisi tersebut dengan menggunakan bot nelayan.“Ekoran itu kita tidak paksa, cuma kita buka peluang, sukarela kepada sesiapa yang hendak naik kapal itu asal tidak melebihi muatan,” jelasnya dalam ceramah idilfitri di Rantau Panjang malam tadi.Ekspedisi Misi Royalti telah diadakan pada 4 Ogos lalu melibatkan 60 peserta termasuk ahli Parlimen, ADUN dan wartawan. Malangnya ia dimanipulasikan sesetengah media sebagai misi maut lantaran beberapa peserta mengalami kemabukan dalam perjalanan meredah Lautan Cina Selatan hampir 30 jam pergi balik sejauh 150 kilometer.Ekoran itu, ada sekumpulan wartawan di Kelantan secara senyap-senyap menyisihkan Husam yang dianggap bertanggungjawab menganjurkan ekspedisi itu yang mereka anggap tidak menjaga keselamatan wartawan.Padahal ia berlaku kerana mereka tidak biasa dengan suasana meredah lautan bergelora sebagaimana yang dilalui oleh para nelayan saban hari.Dalam pada itu Husam menggesa kerajaan Malaysia melihat inisiatif rakyat Kelantan itu dari sudut positif di samping menghargai serta menghormati kesungguhan rakyat Kelantan di mana orang kampung biasa sanggup menawarkan kapal sendiri bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan pusat dalam menuntut haknya.Justeru kerajaan pusat perlu berlaku adil dan tidak ada sebab untuk terus menafikan hak rakyat Kelantan apatah lagi pengeluaran Kelantan adalah yang tertinggi berbanding dengan negeri-negeri pengeluar minyak lain dalam Malaysia.Dalam masa yang sama Husam turut mendedahkan laporan Petronas 2008-2009 yang berakhir pada bulan Mac 2009 baru-baru ini dalam masa setahun Petronas sudah bayar royalti hasil daripada pengeluaran petroleum kepada Terengganu sebanyak RM3,000 juta dan Sabah RM900 juta.“Kalau kepada Terengganu dan Sabah kerajaan boleh bayar kenapa tidak kepada Kelantan?” soalnya.Sebelum ini kerajaan negeri melalui Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sudahpun dua kali menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung perkara berkaitan.Bagaimanapun semasa lawatan beliau ke Kelantan baru-baru ini memaklumkan isu tersebut masih dalam kajian namun hingga ke hari ini masih belum ada apa-apa tindak balas.Sebelum itu, ketika ditanya Husam dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara, Najib berkata, ia sedang dikaji dan apabila selesai beberapa soal teknikal, pihaknya akan bermesyuarat dengan Kelantan. themalaysianinsider

Jerteh Souq RM 70 juta terbengkalai,jasa Idris Jusoh pada penduduk Besut | pkfz





- Tidak Pernah Ada Jerteh Souq?
Jerteh, BESUT – Catatan dari informasi laman web menunjukkan tidak pernah ada secara rasminya apa yang digembar-gemburkan sebagai Jerteh Souq, sebagaimana di paparkan papan tanda mega projek tersebut yang sudah semakin usang disini.

Sekiranya diteliti, tender yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Besut (MDB) pada bulan Jun tahun 2006 adalah Membina & Menyiapkan Bangunan Perniagaan & Kemudahan Di Medan Selera, Jerteh (MDB.01/05/06).

Dengan makna lain, Jerteh Souq adalah nama ‘politik’ yang digunakan untuk propaganda dan supaya ia dilihat lebih hebat oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Apa pun, amat malang kepada rakyat Terengganu, khususnya pengundi Jerteh yang sekali lagi telah memilih Idris sebagai wakil rakyat DUN tersebut.

Tinjauan Buletinonline ke bandar Jerteh baru-baru ini mendapati projek mega tersebut sedikit pun tidak mengalami apa-apa perubahan sejak tinjauan dibuat pada Februari tahun lalu (2008).

Ketika lalu untuk masuk ke tapak pembinaan ’Jerteh Souq’, wartawan Buletinonline sempat berbual kepada seorang peniaga kecil-kecilan yang menjaja ’petai’ berhampiran pintu zink disitu.

Apabila ditanya, bila ’Jerteh Souq’ itu akan siap, beliau menjawab ringkas, ”tunggu Haji Deris naik semula (jadi MB)”.

Tanpa meneruskan pertanyaan, beliau sendiri berkata, ”nak siap guano, pitih abih doh!”. ”Tu semo kerjo puok-puok dio lah,”katanya lagi.

Buletinonline difahamkan, walaupun kerja-kerja yang telah dilaksanakan bagi pembinaan tersebut agak minima, namun tuntutan yang dibuat keatas kerja yang telah dilaksanakn melebihi dari sepatutnya.

Oleh yang demikian, kerja-kerja pembinaan 'Jerteh Souq' tersebut kini terbengkalai.

Menurut Timbalan Yang DiPertua PAS Besut Haji Hassan Salleh, Projek 'Jerteh Souq' adalah sebenarnya tapak Pasar Jertih yang sebelum ini memberikan ruang niaga kepada peniaga kecil.

Katanya, sebelum dimusnahkan oleh kerajaan dibawah pimpinan Idris, beberapa bangunan di pasar tersebut baru sahaja siap dibina oleh Kerajaan PAS Terengganu.

"Ia telah dipecahkan dan diubahsuai semula, untuk menjadikan ia sebuah pojek baru bagi diagih-agihkan kepada ‘kroni’.

”Ini adalah antara pembangunan yang membazir yang sedang berlaku di Jertih,"ujarnya

Katanya, pengubahsuaian pasar Jertih juga menyusahkan para peniaga kecil yang terdiri dari orang-orang Melayu, dimana, gerai-gerai yang menjual goreng pisang serta air batu turut ‘dirombak’ mengakibatkan mereka kehilangan mata pencarian.BO

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....