Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 3 November 2010

Rasuah : Adun BN Negeri Sembilan Diarah Bela Diri

KUALA LUMPUR, 3 Nov — Mahkamah Tinggi Seremban hari ini memerintahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim membela diri bagi tiga tuduhan membabitkan kes rasuah terhadapnya.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, SPRM berkata Hakim Datuk Ahmad Nafsy Yassin membuat keputusan itu setelah mendengar rayuan pihak pendakwaan dan memerintahkan tertuduh membela diri berhubung ketiga-tiga pertuduhan.
Mengikut tuduhan pertama, Mustafa, 52, didakwa di bawah Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana secara rasuah pada 28 Ogos 2008 meminta melalui Mustafa Pendek suapan sebanyak RM3,000 daripada M. Manimaran sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan permit menjual pasir.
Kesalahan itu dilakukan di Lot 1321 Mukim Pantai, Seremban.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 10(a)(aa) kerana secara rasuah menerima suapan sebanyak RM2,000 daripada orang yang sama untuk tujuan sama.
Kesalahan tersebut dilakukan di Restoran Jahrin Maju, No. 17, Bunga Raya 2/1, Taman Bunga Raya 2, Mantin pada kira-kira 5 petang pada 31 Ogos 2008.

PRK Galas: Untuk Menang PAS Perlu 51% Undi Melayu

GUA MUSANG: PAS hanya memerlukan lebih sedikit dari 51% undi orang-orang Melayu untuk memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dijadual esok. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh dan juga bekas speaker DUN Perak V Sivakumar berkata, perkiraan ini berdasarkan undi Orang Asli dan Cina tidak diambil kira.
"Galas mempunyai seramai 1,889 pengundi dari masyarakat Orang Asli dan 2,317 pengundi Cina. Saya rasa undi-undi tidak boleh diambil kira kerana para pengundi Cina akan mengundi PAS manakala Orang Asli akan mengundi Barisan Nasional." jelas beliau.
Bercakap pada satu sidang media di ibu pejabat DAP di Kampung Baru di sini semalam, Sivakumar yang juga penolong setiausaha DAP Perak berkata, memandangkan fenomena ini maka tumpuan akan beralih kepada para pengundi Melayu.
"Oleh itu PAS perlu mendapat 51% undi Melayu untuk menang, kata Sivakumar yang melahirkan keyakinan bahawa majoriti daripara 185 pengundi India di kawasan itu akan menyokong calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad.
Sementara itu, Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim berkata beliau yakin PAS dapat mengekalkan kerusi itu. Beliau percaya penyokong Cina akan bertambah dan ini akan memberi kelebihan kepada PAS.
Teng berkata, DAP melancarkan kempen mengedar risalah mengenai kekerasan yang digunakan terhadap aktivis-aktivis Gerakan Rakyat Malaysia Untuk Teoh Beng Hock Sabtu lalu.

Video : Biadab !!! Nor Deris Kapirkan Tok Guru Nik Aziz




MELALUT BETULLAH MAMAT NI,UNTUK PENGETAHUAN SEMUA SEMASA DLM PAS (SEKITAR TAHUN 80-90 AN)NOR DERIS NI ADALAH JUARA MENGKAPIRKAN UMNO...BILA DIA BERSAMA UMNO...PAS PULOK DI KAPIRKAN NYA.....

Malasla nak ulas panjang korang tengok Video tu dan fikirkan sendiri.Cuma satu je ambo nak sebut dengan adanya orang macam Nor Deris ni dalam Umno,nampaknya makin sukarlah mereka nak rampas Kelantan...
Rakan blogger pro PR ada mengulas dengan panjang lebar tentang isu ini DISINI...

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....