Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 23 Mac 2014

Terkini PRK Kajang : Keputusan tidak rasmi PKR Menang

Peti undi mula dibawa masuk ke pusat penjumlahan di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, yang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan bagi pilihan raya kecil DUN Kajang dijangka akan dapat diketahui seawal jam 9 malam.

Jumlah keseluruhan yang keluar mengundi hari ini adalah 72 peratus, lebih rendah dari angka 87 peratus yang direkodkan dalam pilihan raya umum 5 Mei tahun lalu.

LAPORAN LANGSUNG

7:35pm Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil umum PKR menang di dua kawasan majoriti Melayu - Sekamat dan Taman Delima. PKR tewas di kedua-dua kwasan tersebut dalam pilihan raya umum ke-13.

7.30pm Tak rasmi:

PKR - 15,055
BN - 9,628
Majority - 5,427

Kira-kira 88 peratus undi telah dikira.

PKR nampaknya mengekalkan kerusi DUN Kajang dengan majoriti berkurangan sebanyak kira-kira 1,000 undi.

7.14pm Tak rasmi dari sumber MCA:

PKR - 13,414
BN - 8,226

Ini adalah jumlah dari sekurang-kurangnya 80 peratus undi.

7.13pm Tak rasmi - Sumber PKR menunjukkan undi dari 55 telah dikira

PKR - 10,187
BN - 6,494

7.10pm Penyokong dan petugas parti kini masih ternanti-nanti dengan keputusan pilihan raya DUN Kajang. Mereka sedang mengira tally di Pejabat Umno Hulu Langat di Pekan Kajang.

Antara pemimpin yang hadir di sini ialah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adanan Tengku Mansor, SUK Umno Datuk Rauf Yusoh dan Ketua Bhagian Umno Datuk Johan Abdul Aziz.

Video Aksi2 Menarik Penyokong PR Dan BN Di Hari Mengundi PRK Kajang


Jom lihat video aksi2 menarik penyokong PR dan BN di hari mengundi Pilihanraya Kecil Dun Kajang.Lagi gambar dan video aksi penyokong PR DISINI ~ Tinta Hijau DKB






Video & Gambar : Kangkung,Kelapa Dan Parodi Raja Bomoh Warnai PRK Kajang

Kangkung dan kelapa menjadi popular pada hari mengundi PRK Kajang.Begitu juga aksi parodi raja bomoh.Kelapa merujuk kepada aksi raja bomoh mencari pesawat MH370 di KLIA.

Sementara kangkung pula sebagai sindiran kepada Najib yang menyebut tantang penurunan harga sayur itu di ketika harga barangan lain melambung naik.

Saksikan aksi2 penyokong PR bersama kangkung dan kelapa serta aksi lucu parodi raja bomoh.Sementara itu dilaporkan SPR melarang dibawa kedua benda terbabit ke tempat mengundi BACA SINI  ~ Tinta Hijau DKB





MH370 : Operasi Tidak Temui Objek Yang Dikesan Satelit China

 Pegawai tentera Laut AS, Francis Enriquez memantau skrin radar di atas pesawat P-3 Orion dalam misi mencari MH370 di Lautan Hindi. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Misi pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi gagal menemui objek yang imejnya dicerap oleh satelit China, meskipun operasi semalam meliputi lokasi objek itu dikesan.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam kenyataannya di sini hari ini, berkata AMSA menggunakan maklumat yang disalur oleh China itu untuk memeta plot pencarian.

Hari ini, pencarian dibahagikan kepada dua, dalam kawasan yang sama meliputi keluasan 59,000 kilometer persegi, kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth, kata kenyataan itu.

Sebanyak lapan pesawat dikerah melaksanakan operasi hari ini termasuk empat pesawat awam iaitu dua Bombardier Global Express serta sebuah Gulfstream 5 dan Airbus 319.

Satu daripada pesawat awam terbabit berlepas dari Perth kira-kira 9 pagi, manakala tiga lagi dijadual berlepas antara pukul 11 pagi hingga tengah hari.

Menurut kenyataan itu pesawat P8 Poseidon milik tentera udara Amerika Syarikat berlepas pada pukul 11 pagi, manakala sebuah P3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) berlepas pada 11.45 pagi.

"Sebuah lagi P3 Orion RAAF akan menyusul pada 2 petang," kata kenyataan itu yang menambah P3 Orion milik tentera udara New Zealand akan berlepas pada 4 petang.

Objek Ditemui Satelit China Mungkin Sayap Pesawat MH370

 Imej dari satelit China

Berita satelit China menemui objek lain di Lautan Hindi semalam memberikan dorongan baru untuk mencari pesawat MH370 dalam misi pencarian yang sudah masuk minggu ketiga.

Lebih banyak pesawat dan kapal menyertai operasi mencari dan menyelamat antarabangsa mengeruk kawasan laut terpencil Bumi, selepas Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam berkata penemuan satelit terkini merupakan objek berukuran kira-kira 22.5m panjang dan 13m lebar.

Dr John Blaxland dipetik berkata kepada agensi berita China, Xinhua, jika ukuran tepat, ia konsisten dengan sayap pesawat Boeing 777-200ER, lapor The Sydney Morning Herald (SMH) hari ini.

Apabila ditanya apakah penemuan satelit China itu menyerupai imej satelit awal diumumkan Australia, Dr Blaxland dari Australian National University berkata, ia berbeza.“Bentuknya sama tetapi jika ukuran tepat, ini lebih besar saiznya,” katanya.

Menurut pihak berkuasa pentadbiran Sains, Teknologi dan industri bagi Pertahanan Negara berkata, objek dikesan oleh satelit pemantauan bumi "Gaofen-1", kira-kira jam 12 pagi 18 Mac waktu Beijing, lapor SMH.

Pada 20 Mac lalu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyampaikan maklumat penemuan dua imej satelit bersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370.

Pakar kejuruteraan penerbangan berpendapat, objek berkenaan berkemungkinan sayap pesawat Boeing 777-200ER.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....