Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 17 Disember 2009

'Marilah Kita Doakan Kebahagiaan Bung Dan Pasangannya' -Mohamad Aziz

PETALING JAYA: “Kebahagiaannya (Bung) adalah kebahagiaan saya juga. Marilah kita mendoakan kebahagiaan Bung dan pasangannya,” kata Datuk Mohamad Aziz, rakan baik Datuk Bung Mokhtar Radin.

Dalam masa yang sama, hanya perkataan ‘selamat’ yang terpacul daripada mulut Mohamad, Ahli Parlimen Sri Gading setelah beliau berbual dengan Bung Mokhtar, Ahli Parlimen Kinabatangan melalui telefon.

“Apa yang saya boleh katakan, beliau sudah selamat. Saya tidak mempunyai maklumat lain,” kata Mohamad yang turut menambah terpulang kepada media untuk menginterpretasikan perkataan ‘selamat’ itu.

Ditanya sama ada Bung Mokhtar telah melangsungkan majlis pernikahannya dengan Zizie, Mohamad menjawab beliau tidak tahu-menahu berhubung hal itu.

Bung Mokhtar didakwa telah bernikah dengan Zizie namun begitu kedua-dua pasangan ini menafikan perkara itu.

Desas-desus mengenai perkahwinan Zizie dan Bung Mokhtar mendapat liputan meluas media hari ini, bagaimanapun kedua-dua mereka enggan memberikan sebarang komen mengenai kesahihan hubungan intim itu.Mstar

Anti-GST sanggah kenyataan Menteri Kewangan Kedua




KUALA LUMPUR, 17 Dis: Pasukan Khas Pakatan Rakyat Anti-GST (Anti-GST Task Force) hari ini sekali lagi menyanggah kenyataan Menteri Kewangan kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan membebankan rakyat.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak masuk akal, Ahli Jawatankuasa Anti-GST Tony Pua berkata, pengenalan GST akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung lebih RM 6.4 bilion cukai yang sepatutnya diperolehi daripada pihak industri.

"Jika perolehan cukai daripada para peniaga akan dikurangkan sehingga RM 5.4 bilion dan dalam masa yang sama pendapatan negara bertambah kepada RM 13 bilion, bermaksud jumlah cukai RM 6.4 bilion akan diperolehi daripada rakyat.

"Persoalannya bagaimana menteri boleh keluarkan kenyataan rakyat berpendapatan rendah mampu menyimpan seperti mereka yang berpendapatan tinggi?. Pengecualian cukai RM 6.4 bilion yang dinikmati oleh para peniaga akan dibayar oleh pengguna yang terdiri daripada pekerja berpendapatan rendah, pesara, pelajar ataupun golongan pertengahan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pelating Jaya Utara pada sidang media di lobi Parlimen pagi tadi.

Seorang lagi Ahlijawatankuasanya, Dr. Dzulkifli Ahmad pula berkata, perlaksanaan GST merupakan satu beban kerana ia mengakibatkan semua rakyat tidak mengira sempadan pendapatan terpaksa membayar cukai dengan kadar yang sama sekaligus membuatkan golongan berpendapatan rendah lebih menderita.

"kalaulah golongan berpendapatan rendah buat simpanan, golongan pendapatan tinggi pun buat simpanan, kelompok pengeksport pun buat simpanan akhirnya macammana datangnya pendapatan lebihan daripada cukai ini. Rakyat yang manjadi mangsa kerana terpaksa membayar cukai," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor juga berkata, rancangan Kerajaan melaksanakanGST disebabkan mereka sudah kehabisan sumber kewangan dan terpaksa mencari sumber ain untuk menampung hutang Kerajaan.

"Menteri cuba yakinkan rakyat cukai ini baik untuk rakyat tapi sebearnya Kerajaan sudah banyak berhutang sehingga terpaksa mencari sumber lain,"tegasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata, pasukan Anti-GST akan meningkatkan usaha memberikan penerangan kepada rakyat mengenai kesan buruk yang akan ditangggung rakyat jika GST dilaksanakan.

Ini termasuk perbincangan meja bulat parlimen melibatkan ahli parlimen dan pakar industri bagi mendapatkan pandangan dan maklumbalas daripada golongan ini.

"Untuk tempoh Januari hingga MAC, Pasukan Anti GST akan meningkatkan tindakan membantah pelaksanaan cukai ini.

Kami akan mengadakan perbincangan meja bulat parlimen dengan 'industry ekspert' untuk dapatkan pandangan dan maklumbalas daripada kelompok ini.

"Kami juga akan adakan kaukus parlimen melibatkan Ahli Parlimen tentang GST," katanya lagi.

Selain itu, pasukan ini akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara melibatkan program berbentuk forum, pengedaran risalah penerangan mengenai GST.

Rakyat juga boleh memberi maklum balas mengenai GST melalui emai NOtoGST@gmail .com

Semalam, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pelaksanaan GST yang bermula pertengahan 2011 nanti dijangka hanya sekitar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di antara lima hingga 10 peratus selama ini.

Menurutnya, GST juga dikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian dan makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat khususnya golongan miskin serta berpendapatan rendah.

Beliau berkata, pelaksanaan GST berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.

Ahmad Husni berkata, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 dikecualikan daripada membayar GST.Hrkh

Stadium Runtuh ; Pemimpin Umno Terengganu Tidak Sependapat




- Hishamudin Sedih, Ahmad Said Belum Terima Laporan, Shabery Sudah Arah Baiki?

KUALA TERENGGANU – Tragedi runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin akan terus diingati oleh rakyat dan kerajaan sebagai satu peristiwa hitam pemerintahan Umno/ BN Terengganu.

Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu yang juga Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Dato’ Seri Hishamudin Hussein meluahkan rasa sedihnya setiap kali beliau memandang kepada Stadium Sultan Mizan yang runtuh atapnya, pada 2 Jun lalu.

”Saya rasa sedih, setiap kali (kapalterbang) landing (mendarat) nampak stadium, eerrr...,” katanya berucap dihadapan wakil-wakil rakyat BN dalam majlis bersama wartawan disebuah hotel disini, kelmarin.

Menurutnya, tidak ada maknanya kalau memiliki stadium yang indah, sekiranya pemimpin Umno/BN Terengganu tidak berubah.

Sejak 2 Jun lalu, tatkala struktur dan keseluruhan bumbung stadium bernilai RM292 juta itu relai ke bumi, pemimpin Umno sering tidak sependapat berkenaan kejadian tersebut.

Semalam 16 Disember, Timbalan Pengerusi Umno Terengganu yang juga Menteri Besar berkata Kerajaan Terengganu masih menunggu laporan siasatan kejadian Stadium itu.

"Saya dimaklumkan laporan siasatan mengenai kejadian itu sudah siap dan telah dibawa ke Kabinet. Bagaimanapun kerajaan negeri belum menerima sebarang maklumat sehingga ini," kata nya sebagaimana dilaporkan agensi Bernama.

Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco.

Ahmad berkata kerajaan negeri perlu melihat terlebih dahulu laporan itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya termasuk tindakan undang-undang.

"Kita mahu laporan itu betul-betul kukuh kerana apabila dibawa ke mahkamah, kita ingin pastikan kita boleh menang sebab ia melibatkan teknikal dan banyak pandangan," katanya.

Sedangkan sebelum ini telah dua kali Ketua Penerangan Umno Terengganu yang juga Menteri Belia dan Sukan Dato’ Ahmad Shabery Cheek mengeluarkan kenyataan berkaitan pembaikan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pada 14 November, 2009, Shabery berkata menyatakan kabinet telah mengarahkan kontraktor asal membaiki semula bumbung stadium yang runtuh itu.

Shabery berkata semua kos untuk kerja-kerja baik pulih itu dipertanggungjawabkan kepada kontraktor asal kerana stadium berkenaan masih dalam tempoh jaminan mereka.

"Kertas siasatan mengenai kejadian itu termasuk puncanya telah dibentang dalam mesyuarat pasca-kabinet 6 November lalu dan kabinet mengarahkan pihak kontraktor membaiki semula stadium berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menutup Konvensyen Halatuju dan Wawasan Gerakan Belia 4B(M) negeri Terengganu.

Manakala pada 6 Disember lalu, sekali lagi Shabery menegaskan, pihaknya yakin kontraktor yang bertanggungjawab akan meneruskan kerja-kerja pembaikan itu seperti diarahkan Kabinet.

Katanya, Kabinet telah memutuskan tanggungjawab membersih dan memulihkan runtuhan diserahkan kepada kontraktor asal yang terbabit dalam pembinaan stadium itu.

''Kita akan pastikan mereka siapkan tetapi kerana ingin menyelesaikan beberapa masalah teknikal... kerja-kerja membersihkan stadium terpaksa mengambil masa agak lama.

''Jika mereka tidak mampu kita akan serahkan kepada kontraktor lain... tetapi yang pasti segala tanggungjawab terletak kepada kontraktor asal," katanya.BO

PR Tidak Amal Kronisme Pemberian Kontrak






Dakwaan kronisma yang dilemparkan terhadap Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Selangor tidak berasas sama sekali dan berniat jahat, tegas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau menegaskan pemilihan kontraktor di peringkat pihak berkuasa tempatan dibuat secara telus tanpa unsur pilih kasih seperti yang mencemar institusi penjawat awam di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional lalu.

Saya ingat perkara ini bukan aneh, sebab sebelum ini untuk ditandatangani borang-borang itu pula perlu ditandatangani oleh Adun-Adun ataupun Ahli Parlimen Barisan Nasional jadi saya mengarahkan mengikut alasan yang dibuat oleh Barisan Nasional dulu sebab alasan mereka ialah dia terpaksa gunakan Adun-Adun dan Ahli Parlimen itu sebab Adun-Adun itu lebih kenal dengan kerajaan negeri”, kata Khalid.

Golongan tertentu mempersoalkan prosedur yang menuntut borang pendaftaran kontraktor di peringkat PBT memerlukan sokongan Adun dan Ahli Parlimen.

Tan Sri Khalid berkata prosedur ini digunapakai hasil dari input yang diberikan pegawai-pegawai daerah dalam sidang Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) September lalu.

Beliau menambah setiap Adun dan Ahli Parlimen sudahpun diberi peruntukan untuk menyediakan Pusat Khidmat Masyarakat masing-masing.

“Sekarang atas sebab itu, sebab yang diberikan oleh Barisan Nasional itu saya gunakan sebab itu saya rasa munasabah dan semua borang-borang itu ditandatangani oleh Adun-Adun dan juga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat”, jelasnya lagi. - TVS

Ibu Zizie Restu Jika Benar Bung Mokhtar Nikahi Anaknya

PETALING JAYA, Dis 17 — Pelakon Zizie Izette yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin belum bernikah dan tidak ada sebarang majlis resepsi dalam waktu terdekat ini.

Demikian reaksi ibu Zizie, Khaty Fauziah berhubung laporan konon anaknya sudah bernikah dengan Bung Moktar, wakil rakyat dari Sabah itu.

Malah semalam Bung Moktar juga menafikan desas-desus sudah berkahwin dengan aktres itu.

Menurut Khaty, apa yang dilaporkan dalam laman-laman web semuanya tidak benar dan sebagai ibu sudah tentu beliau paling sibuk ketika ini menyelenggarakan majlis pernikahan anaknya.

"Sumpah demi Allah, Zizie belum bernikah lagi. Kalau ada, saya akan jemput anda semua datang majlis perkahwinannya," kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Pada masa yang sama, Khaty memberitahu, dia merestui Zizie untuk bernikah dengan sesiapa sahaja lelaki pilihannya termasuk Bung Moktar.

"Kalau sudah jodoh anak saya dengan beliau (Bung Moktar) saya terima seadanya.

"Ajal, maut dan pertemuan semuanya kerja Allah, siapa saya untuk menghalang semua ini daripada berlaku," jelasnya.

Khaty yang tidak menafikan pernah beberapa kali bertemu Bung Moktar menyifatkan wakil rakyat itu sebagai seorang lelaki yang baik hati dan jujur.

"Tidak hairanlah kenapa beliau disayangi oleh masyarakat di kawasannya serta disenangi banyak pihak," katanya menggambarkan peribadi Bung Moktar.

Ditanya sama ada Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) itu sudah menyuarakan hasrat untuk meminang Zizie, Khaty berkata perkara itu hanya berlaku antara mereka berdua.

"Saya hanya dimaklumkan oleh Zizie bahawa Bung Moktar ada melamarnya sebagai isteri tetapi itu antara mereka berdua, tidak lagi secara rasmi melalui saya," katanya.

Sepanjang perbualan dengannya, telefon bimbit Khaty tidak putus-putus berdering dan sebilangan besar panggilan itu diterimanya daripada wartawan yang inginkan pengesahan pernikahan anaknya itu.

Laporan itu menyebut pada pertemuan tersebut Khaty turut memohon kerjasama semua pihak agar tidak membesar-besarkan cerita peribadi anaknya.

"Saya harap semua pihak faham keadaan Zizie. Bukan mudah untuk dia membuat keputusan kerana ada hati yang perlu dijaga.

"Semua orang sedia maklum, beliau (Bung Moktar) sudah berkeluarga dan ada hati yang perlu Zizie jaga. Kami tidak mahu membiarkan hati pihak lain terguris," pinta Khaty dalam nada yang sebak.

Khaty sedar apabila anaknya dikaitkan mempunyai hubungan dengan suami orang, sudah tentu mereka sekeluarga akan menerima tempiasnya.

Namun dalam hal ini, Khaty tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak meskipun hati kecilnya sedikit tersinggung dengan pandangan negatif setengah pihak.

"Anak saya bukannya muda lagi. Dia sudah 31 tahun, sudah matang. Selama 14 tahun bergelar artis, sudah banyak pengalaman yang dilaluinya," katanya.

Beliau juga percaya Zizie akan membuat pelbagai pertimbangan dan mengambil kira banyak hal sebelum membuat keputusan bernikah apatah lagi dengan suami orang.

Khaty turut membawa wartawan Utusan dan Kosmo meninjau kediamannya di Bukit Antarabangsa bagi membuktikan tidak ada sebarang persiapan majlis pernikahan Zizie dengan Bung Moktar.TMI

Istana Kelantan:Dari Krisis Rumah Tangga ke Krisis Perebutan Takhta



KUALA LUMPUR: Isu sensasi yang menyelubungi Istana Kelantan ekoran pergolakan rumah tangga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan model Indonesia, Manohara Odelio Pinot kini beralih ke satu episod baru apabila Tengku Fakhry mencabar kekandanya di mahkamah pula.

Dan tindakan Tengku Temenggong Kelantan itu bakal mencetuskan krisis baru dalam pergolakan dalaman istana di negeri Serambi Mekah itu.

Semalam, Tengku Fakhry mencabar keputusan kekandanya, Pemangku Sultan Kelantan yang membatalkan kedudukan beliau sebagai Ahli Majlis Perajaan negeri itu di Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof semalam menetapkan 31 Disember ini bagi keputusan permohonan yang dikemukakan oleh Tengku Temenggong.

Majlis Perajaan merupakan badan yang bertanggungjawab mengesahkan penabalan waris dan kedaulatan kerajaan negeri itu selain menentukan kekosongan takhta jika sultan tidak dapat menjalankan tugasnya dalam tempoh masa yang lama atas sebab-sebab tertentu.

Tengku Muhammad Fakhry, 31, merupakan anakanda ketiga Sultan Kelantan dan merupakan seorang lagi waris bagi takhta di istana negeri.

Beliau dipilih oleh ayahandanya menganggotai majlis berkenaan kira-kira lapan tahun lalu.

Sementara itu, ketua peguamnya K. Shanmuga berkata, tindakan Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra, 35, itu dilihat dalam keadaan tertentu sebagai cuba merampas kuasa sultan.

“Perlembagan Negeri Kelantan jelas menyatakan, hanya sultan yang berhak mengubah kedudukan ahli di dalam majlis tersebut.

“Tengku Mahkota hanya memangku takhta selama mana sultan uzur," katanya selepas menyerahkan permohonan semakan kehakiman berhubung keputusan pemangku Sultan Kelantan itu.

Dalam kenyataan permohonan semakan berkenaan menyebut, Sultan Kelantan gering sejak Mei yang menyebabkan Tengku Mahkota dilantik sebagai pemangku pada 25 Mei.

Baginda dimasukkan ke hospital di Singapura sejak bulan itu tetapi baginda dilaporkan semakin pulih.

Shanmuga berkata, memang Tengku Mahkota merupakan pewaris utama takhta Kelantan. Bagaimanapun pelantikannya bukan secara automatik sebaliknya perlu disahkan kedaulatan pemerintahannya oleh Majlis Perajaan.

“Jika beliau tidak disahkan, maka adiknya Tengku Bendahara sebagai pewaris kedua berhak disahkan oleh majlis berkenaan dan jika itu tidak berlaku maka pewaris seterusnya iaitu Tengku Temenggong berhak mewarisi takhta,” jelasnya.

Dalam permohonannya yang difailkan pada 1 Disember lalu, Tengku Muhammad Fakhry menamakan kekandanya, Tengku Mahkota; kerajaan negeri, setiausaha Majlis Perajaan dan lima yang lain iaitu ahli majlis terbabit yang dilantik oleh pemangku sultan pada 24 Mei lalu sebagai responden.

Dalam kenyatannya, Tengku Fakhry ketika itu mendakwa bahawa Tengku Mahkota dipilih oleh majlis berdasarkan Artikel 22A Perlembagaan Kelantan semasa sultan tidak berupaya menghadiri hal ehwal kerajaan negeri.

Beliau mendakwa pernah menulis surat pada 25 Oktober kepada setiausana majlis bagi mendapat penjelasan mengenai tindakan melucutkan kedudukannya dalam majlis dan surat itu dijawab pada 26 Oktober dengan menyebut bahawa ia adalah perintah Tengku Mahkota.

Selain itu, putera sultan berkenaan meminta mahkamah membatalkan keputusan tersebut atau mengisytiharkan bahawa pembatalan pelantikan adalah bertentangan dengan perlembagaan negeri.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi yang mewakili responden dalam bantahannya berkata bahawa Tengku Mahkota mempunyai kuasa mutlak untuk melucut keahlian mana-mana ahli majlis.

Beliau berkata, keputusan itu tidak boleh dipersoalkan oleh mahkamah kerana tindakan itu merupakan prerogatif diraja yang tidak boleh dibicarakan.Mstar

Isu royalti: Umno amal politik feudalisme

Oleh Mohamad Hanipa Maidin

Apabila PAS mula memerintah semula Kelantan pada tahun 1990, Kerajan pimpinan Y.A.B Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat mewarisi dua perkara.Perkara pertama Kerajaan PAS mewarisi hutang yang dibuat oleh mantan Kerajaan BN yang dahulu kepada Kerajaan Pusat. Perkara kedua Kerajaan PAS mewarisi aset iaitu dalam bentuk gas dan petroleum.

Mengenai warisan hutang tersebut , ianya adalah beban yang Kerajaan PAS Kelantan harus tanggung meskipun hutang itu tidak ada kena mengena dengan Kerajaan PAS. Hutang dibuat oleh Kerajaan BN kepada Kerajaan Pusat .


Namun atas semangat Federalisme, meskipun hutang itu diwarisi oleh Kerajaan lama iaitu Kerajaan BN, Kerajaan PAS tetap membayar hutang tersebut tanpa mengira bahawa bukan Kerajaan PAS yang berhutang.

Mengenai warisan aset petroleum, ianya adalah hakmilik rakyat Kelantan. Dengan lain perkataan tidak kira parti mana pun yang memerintah aset petroleum itu adalah milik rakyat Kelantan dan Kerajaan Kelantan hanya bertindak sebagai pemegang amanah mewakili rakyat Kelantan.

Petroluem wujud di persisiran pantai Negeri Kelantan bukan atas kebijaksanaan mana-mana parti yang memerintah. Ia adalah anugerah atau nikmat Allah kepada rakyat Kelantan.

Tidak seperti aset petroleum yang mana kewujudannya tidak ada kena dengan parti yang memerintah , hutang sesebuah Kerajaan ada kena dengan pentadbiran parti yang menguasai Kerajaan tersebut.

Apa yang malang meskipun Kerajaan PAS Kelantan mewarisi kedua-dua aset dan hutang, Kerajaan pusat yang diwakili oleh BN bertindak dengan zalim kepada Kerajaan PAS .

Kerajaan Pusat memaksa Kerajaan PAS Kelantan membayar hutang yang dibuat oleh mantan Kerajaan BN. Tetapi apabila menyentuh aset petroleum yang ada di muka bumi Kelantan, Kerajaan Pusat BN tidak membenarkan aset tersebut dinikmati oleh Kerajaan PAS Kelantan bagi membangunkan Negeri Kelantan

Apa yang dilakukan oleh Kerajaan Najib ini , jika boleh dibuat analogi, adalah seperti mana kisah seorang ayah yang kaya tetapi kedekut dan busuk hati.

Ayah tersebut kaya raya dengan memiliki banyak aset. Tetapi dalam masa yang sama beliau juga banyak hutang. Sebelum beliau mati , ayah tersebut mewasiatkan pada anak-anaknya , tolong jelaskan segala hutang beliau tetapi anak-anak beliau tidak boleh sama sekali menggunakan asetnya yang banyak itu. Tolong beritahu saya ayah seperti ini ayah jenis apa ?

Mana-mana pihak yang membaca Akta Pembangunan Petroleum 1974 sudah pasti akan tahu bahawa menjadi tanggungjawab Petronas untuk membayar bayaran tunai ( cash payment ) kepada mana-mana Negeri termasuk Negeri Kelantan jumlah wang yang dipersetujui antara Petronas dan negeri-negeri yang ada sumber petroleum.

Mengapakah Petronas dikehendaki membayar kepada negeri-negeri tersebut ? Jawapannya sepertimana di dalam seksyen 4 Akta tersebut.

Seksyen 4 menyatakan , sebagai ganti kepada pemberian hakmilik, hak, kuasa dan kebebasan yang diberikan oleh negeri-negeri kepada Petronas untuk mencari gali dan menyedut minyak dari mukabumi negeri-negeri tersebut , Petronas bersetuju untuk pertamanya membuat perjanjian dengan negeri-negeri tersebut dan keduanya untuk membayar jumlah wang tertentu dalam bentuk wang tunai kepada negeri-negeri tersebut .

Atas dasar itulah pada tahun 1976 semua negeri-negeri di Malaysia telah bersetuju menandatangani perjanjian royalti petroleum dengan pihak Petronas.

Sejak perjanjian royalti ditandatangani antara negeri -negeri dan Petronas pada tahun 1976, Petronas tidak pernah mengkhianiti perjanjian tersebut apabila ia secara konsisten dan menepati masa membayar royalti kepada negeri-negeri yang memilik sumber Petroleum seperti Negeri Trengganu, Sabah dan Sarawak .

Hanya setelah Kerajaan Trengganu dikuasai oleh PAS pada tahun 1998, barulah Petronas dengan berat hati dan setelah didesak oleh Kerajaan Pusat menghentikan bayaran royalti berbentuk tunai kepada Kerajaan PAS Trengganu. Di situlah bermulanya pengkhianatan yang dilakukan oleh BN atas sifat dengki dan politik sempit yang mereka amalkan.

Seksyen 4 Akta tersebut menunjukkan bahawa jika negeri-negeri tidak setuju untuk menyerah hakmilik , hak , kuasa dan kebebasan untuk sedut dan carigali minyak dari negeri-negeri di Malaysia ini termasuklah negeri Kelantan, maka Petronas tidak berhak sama sekali mendapat manfaat dari hasil petroleum tersebut dari negeri-negeri tersebut.

Jelas negeri-negeri atas semangat Federalisme sanggup berkorban demi kepentingan negara untuk membiarkan asetnya diambil atau diurus oleh Petronas. Ini satu pengorbanan besar yang dilakukan oleh negeri-negeri di Malaysia demi menjunjung semangat Federalisme.

Malangnya semangat Federalisme hanya dijunjung oleh negeri-negeri sahaja dan tidak oleh Kerajaan Pusat.

Secara zahirnya saya rasa mana-mana negeri tidak ada masalah dengan pihak Petronas mengambil alih pengurusan petroleum menggantikan negeri-negeri. Meskipun PAS adalah parti pembangkang, kita juga rasa bangga dengan pengurusan Petronas yang dikendalikan secara profesional dan cekap sehingga mengaut keuntungan yang tinggi sekaligus menguntungkan negara.

Malangnya orang-orang politik di dalam BN dengan tanpa rasa bersalah sanggup melakukan perkara-perkara yang memalukan Petronas seperti menyalahgunakan wang petronas untuk kepentingan politik mereka dan mengkhianati perjanjian yang ditandantangani dengan pihak negeri-negeri seperti Trengganu dan Kelantan.

Umno dan BN tidak mempunyai alasan sama sekali untuk menafikan hak rakyat Kelantan kepada royalti Petroleum. Memandangkan perjanjian royalti ditandatangani antara Kelantan dan Petronas, secara mudah wang royalti itu hanya boleh dibayar kepada Kerajaan Kelantan sahaja dan mestilah, berdasarkan seksyen 4 Akta tersebut dibayar secara tunai.

Ini perkara yang amat asas dalam mana-mana undang-undang kontrak - iaitu mana-mana pihak yang bukan pihak kepada perjanjian tidak berhak mendapat manfaat dari perjanjian itu.

Oleh itu tindakan Kerajaan Pusat menggunakan wang tunai yang menjadi milik Kerajaan Kelantan dengan berselindung atas nama wang ehsan adalah satu jenayah pecah amanah ( breach of trust ) dan juga boleh tergolong kepada kesalahan mencuri .

Jika wang ehsan itu benar-benar diambil dari wang royalti yang sepatutnya menjadi hakmilik Kelantan ia adalah satu kesalahan. Jika sebaliknya wang ehsan itu bukan dari royalti yang menjadi hak milik Kelantan, ia sekaligus mengesahkan bahawa Kelantan harus diberikan wang royalti tersebut kerana wang ehsan itu bukan datang dari wang royalti.

Persoalammya dari mana wang ehsan itu Kerajaan ambil ? Jika ia ambil bukan dari wang royalti , ia bertanggungjawab untuk memberitahu rakyat dari mana wang itu diambil ? Pihak Audit dan SPRM harus menyiasat perkara tersebut .

Malang sungguh bagi negara ini dalam perkara yang sepatutnya tidak perlu kepada pertikaian -iaitu hak Kelantan kepada royalti pertroleum- ianya masih menjadi bahan pertikaian . Mengapa ?

Jawabnya kerana inilah Umno dari dulu, kini dan selamanya- hanya tahu menipu dan menzalimi rakyat. Itulah kepakaran Umno yang sukar untuk mana-mana pihak ingin tandingi !!!

http://peguampas.blogspot.com/

Saya Belum Sedia Ganti Tok Guru Nik Aziz Sebagai MB –Datuk Ahmad Yakob

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini dengan tegas menyatakan bahawa beliau belum bersedia untuk menggantikan kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Malah menurutnya, sekiranya benar-benar dipilih menggantikan Nik Abdul Aziz, ia sebagai satu tanggungjawab besar yang sukar digambarkan.

“Bukan soal terima atau tidak, ini adalah soal tanggungjawab yang cukup besar… ia bukan perkara main-main.

“Saya sendiri rasa begitu kerdil dan tak berkemampuan untuk lakukan seperti yang telah dilakukan oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz) selama ini bagi membangunkan Kelantan,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Ahmad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang membayangkan bahawa beliau akan mewarisi kepimpinan di negeri itu berdasarkan hirarki kedudukannya sekarang.

Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, Ahmad sebagai pelapis nombor satu kepimpinannya.

Sebelum ini timbul beberapa spekulasi berhubung pengganti yang layak bagi menggantikan menteri besar itu.

Polemik isu semakin hangat selepas Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mencadangkan agar Nik Abdul Aziz mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam Pas negeri.

Bagaimanapun menurut Ahmad, beliau menyifatkan kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang menamakan dirinya sebagai pengganti kepimpinan di Kelantan hanya sebagai kiasan.

“Benarkah Tok Guru cakap macam tu? Tapi bagi saya itu hanya kiasan Tok Guru sahaja.

“Tok Guru cakap macam itu berdasarkan kedudukan saya sekarang sebagai orang nombor dua, saya timbalannya sekarang.

“Tak berbangkitlah isu-isu macam ini, kita masih memerlukan Tok Guru menerajui Kelantan,” katanya.

Selain Ahmad, dua lagi nama yang sering disebut-sebut mungkin dipilih menggantikan Nik Abdul Aziz ialah Mohd Amar dan seorang lagi exco Kelantan iaitu Datuk Husam Musa.

Ketiga-tiga mereka juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan.Mstar

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....