Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 20 September 2010

Video : Hebat !!! Cara Pak Menteri Umno Raikan Aidilfitri




Lagi gambar 'DISINI'
SUMBER GAMBAR DAN VIDEO

TEMERLOH, 20 Sept: Pelbagai pihak melahirkan rasa kesal dengan tindakan anggota Parlimen Bera yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Ismail Sabri Yaakub yang telah mencemarkan sama sekali kesucian Aidil Fitri.

Aidil Fitri dicemarkan oleh beliau di majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri yang diadakan di Laman Kerayong, Parlimen Bera pada 19 September semalam.

Dalam majlis itu, Ismail telah mempersembahkan tarian yang sangat tidak sesuai untuk dipertontonkan oleh beliau kepada penduduk tempatan sempena hari raya Aidil Fitri yang sepatutnya diraikan dengan penuh kesyukuran oleh umat Islam.

Video tarian itu kini disebarkan melalui YouTube dan mendapat bantahan dari pelbagai pihak.

"Ha3 Inilah satu lagi cara Melayu sambut raya. Selain tengok cite2 hantu malam raya. Last2 jdï hantu raya...

"p/s: boh la lagu joget/rap melayu. Barulah masuk dgn tema raya cara umno," tulis satu komen dalam laman YouTube itu.Hrkh

Zaid Ibrahim Anggap Anwar Hanya Ahli Biasa PKR



Datuk Zaid Ibrahim yang sedang bersaing untuk kerusi timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat, menganggap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim “terlalu berkuasa” walaupun hanya menjadi ahli biasa di segi struktur jawatan parti. Beliau berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden PKR pula hanyalah sebagai “lambang semata-mata” dan justeru itu beliau akan “membela kuasa presiden” jika menang pada pemilihan parti.
Komen terbaru Zaid yang disiarkan dalam blognya dibuat setelah beliau semakin ketinggalan dari segi jumlah pencalonan untuk jawatan timbalan presiden.Daripada 90 cabang yang sudah mengadakan mesyuarat agungnya, Zaid cuma mendapat pencalonan daripada 23 cabang, manakala pesaing utamanya Azmin Ali menerima 45 pencalonan, PKR mempunyai 218 cabang.Zaid sebelum ini berkata kuasa sebenar dalam PKR berpaksi kepada Ketua Umum PKR yang disandang oleh Anwar manakala jawatan presiden dan timbalan presiden tidak membawa sebarang kuasa sebenar. Kali ini beliau mara selangkah dengan mendakwa kononnya wujud rasa tidak puas hati akar umbi dari segi pembahagian kuasa dalam parti.
"Terlalu kerap saya dengar bisikan mengenai kononnya Datin Seri Wan Azizah bukan ketua sebenar. Malah ada pula yang berkata beliau tidak ada kuasa. Keadaan ini berlaku kerana ada di kalangan kepimpinan parti yang kurang menghormati jawatan presiden,” kata Zaid."Kepimpinan parti lebih selesa memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Ketua Umum, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim,Saya juga memberi kepercayaan dan sokongan penuh kepada Anwar kerana dia pengasas parti dan juga Ketua Pembangkang tetapi dari segi struktur parti buat masa ini beliau hanya ahli biasa," tambah beliau.Jawatan Ketua Umum disandang oleh Anwar kerana kekangan undang-undang yang dihadapi beliau selepas menghabiskan enam tahun dipenjara atas tuduhan fitnah.

Tok Guru Nik Aziz lawat keluarga Sosilawati




Tok Guru Nik Aziz Nik Mat (kanan) dan Buhari (kiri) pada sidang media di rumah Sosilawati di Gombak, tengah hari tadi.

GOMBAK, 20 Sept — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini melawat keluarga jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh dengan kejam bersama tiga yang lain baru-baru ini.

Dalam lawatan ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis di sini, Nik Aziz yang turut diiringi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menemui bekas suami pertama Sosilawati Buhari Mohamad selain anak-anak ahli perniagaan itu.

“Tujuan saya datang hari ini adalah untuk mengucapkan takziah kepada keluarga beliau (Sosilawati) yang dibunuh dengan kejam baru-baru ini.

“Ini kerana apabila berlaku kematian sudah menjadi kewajiban untuk saya datang melawat dan mengucapkan takziah selain bercakap sesuatu yang boleh menenangkan keluarga mangsa,” katanya ketika sidang media selepas menemui keluarga Sosilawati.

Beliau juga berharap keluarga Sosilawati supaya bersabar dan menganggap apa yang berlaku ini adalah kehendak Allah.

Baca seterusnya...

Panas !!! Surat terbuka Nazri Aziz kepada Awang Selamat

Nazri: Saya berharap Awang juga mempunyai agenda yang sama melainkan ketuanya adalah orang lain.

BUCHAREST, Sept 20 — Saya ada membaca komen Awang Selamat terhadap saya dalam kolumnya. Saya ingin membuat beberapa penjelasan supaya pembaca tidak menganggap apa yang dia tulis itu adalah betul.
Pertama, saya tidak pernah takut untuk dikritik oleh pembangkang. Saya mahu Awang datang ke Parlimen dan melihat dan mendengar dengan sendiri ucapan-ucapan yang menyakitkan hati dan serangan yang saya terima ketika saya mempertahankan kerajaan berhubung isu-isu yang berkaitan dengan Perdana Menteri. Sepanjang tempoh 33 tahun pembabitan saya dalam politik, saya tidak terlepas daripada kritikan mana-mana pihak termasuk komen terbaru daripada Awang. Saya sendiri tidak tahu tentang Awang kerana saya tidak tahu siapa dia Awang. Saya harap dia juga seorang lelaki macam saya dan membuktikan bahawa dia tidak takut untuk berhadapan dengan kritikan dan bersembunyi di sebalik nama samaran yang dia gunakan.
Saya juga bukan anti Dr Mahathir. Bagi saya, setakat ini beliau adalah Perdana Menteri terbaik yang saya pernah berkhidmat. Bagaimanapun, sebagai seorang bekas Perdana Menteri juga ada banyak kekurangannya. Awang sewajarnya keluar daripada peredaran masa dan berhadapan dengan hakikat bahawa saya kini berada dalam kerajaan sebagai seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bukan sebaliknya. Justeru, yang mengkritik kerajaan ialah Tun Mahathir dan bukan sebaliknya. Sudah tentu, sesiapa sahaja tanpa mengira siapa yang mengkritik kerajaan akan menerima serangan dalam tindakan saya mempertahankan kerajaan, sebagimana yang telah saya lakukan ketika Tun Mahathir dan Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri.

Juara program realiti TV 'Imam Muda' bersama Lim Guan Eng dan Karpal Singh!



Oleh: Pria Malaya

Harap penyokong fanatik Umno tidak menuduh Juara Imam Muda 2010 ini sudah 'tidak suci', kena samak (sbb sentuh org bukan Islam) dan pelbagai fitnah dan 'seranah' semata2 beliau bergambar dan berdampingan dengan pemimpin dari DAP, Karpal Singh dan Lim Guan Eng...

Jauh dari itu, harapan semoga Saudara Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan (rakan penulis) terus maju dan berjaya..jangan ditakutkan dengan ugutan dan sogokan wang demi berundur atau lari dari perjuangan..sesungguhnya rezeki datangnya dari Allah, bukan dari pihak kerajaan atau mana-mana pihak...wallahua'lam...







Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....