Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 24 Julai 2011

Isu Langgar Mat Sabu : Video & Salinan Laporan Polis Ini Bukti Polis Berbohong !!!



Kenyataan Mat Sabu kepada Suhakam sebelum video polis dikeluarkan



Video yang dikeluarkan Polis yang menyatakan Mat Sabu tidak dilanggar oleh Pajero polis seperti yang didakwa



Salinan laporan polis yang dibuat oleh Mat Sabu pada 13/7/2011( untuk besarkan klik pada imej)
Petikan dari laporan polis yang dibuat dengan jelas menyebut Mat Sabu dilanggar oleh Proton Waja bukannya Pajero ( Untuk besarkan klik pada imej)

Pembohongan pihak polis dalam isu langgar Mat Sabu terbongkar lagi.Dalam kenyataannya pada Suhakam( rujuk video diatas ) dan loporan polis yang dibuat sebelum video polis dikeluarkan Mat Sabu dengan jelas menyatakan bahawa beliau dilanggar proton waja polis.

Sedangkan dalam video yang dikeluarkan pihak polis ( rujuk video diatas ),polis menyatakan bahawa Mat Sabu mendakwa dilanggar pajero,sedangkan video itu menunjukkan beliau tidak dilanggar.

Mat Sabu tidak pernah menyebut beliau dilanggar oleh Pajero samada dalam kenyataannya pada Suhakam atau laporan polis yang dibuat.Apa yang beliau nyatakan adalah " DILANGGAR OLEH PROTON WAJA.Apakah pihak polis tidak melihat laporan polis yang dibuat oleh Mat Sabu ??? nampaknya mereka kantoi lagiii !!!!

Perbicaraan Kes Saman Pemimpin Pas Terhadap Utusan Malaysia

KOTA BHARU, 24 Julai: Seorang wartawan Utusan Malaysia mengakui tidak menemui plaintif sebelum menyiarkan berita disifatkan berunsur fitnah terhadap pemimpin PAS Perak, Mohd Misbahul Munir Masduki.

Yuspisman Asli, 39 kini Ketua Biro Utusan Cawangan Kelantan mengakui perkara itu ketika ditanya peguam plaintif, Mohamad Hanipa Maidin (gambar) pada perbicaraan kes saman Misbahul terhadap Datuk Khalid Mohd dan Utusan Melayu Bhd di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.

Hanipa sebelum itu mahu kepastian sama ada wartawan berkenaan menghubungi Misbahul atau menemui sekretariat muktamar atau pengerusi tetap bagi mendapat kesahihan sebelum berita itu ditulis.

Mingguan Malaysia pada 3 Jun 2007 dalam laporan di muka hadapan menggunakan tajuk “Dewan Ulama PAS ibarat tin kosong – Perwakilan”.

Berita mengenai muktamar terbabit disiarkan dengan dakwaan wakil Perak, Misbahul Munir berkata, Dewan Ulama hanya hidup dalam kepompong mereka sendiri dan tidak berperanan dalam usaha mencelikkan rakyat terutamanya ketika berdepan dengan pelbagai isu melibatkan kepentingan umat Islam.

“Kepimpinan ulama yang dicanang oleh parti PAS tidak harus hanya menjadikan tin kosong melalui kewujudan Dewan Ulama, apabila aktiviti mereka lebih tertumpu di surau dan markas,” katanya dalam laporan berita tersebut.

Dalam writ samannya plaintif menyebut berita disiarkan di muka hadapan akhbar Mingguan Malaysia itu dibuat dengan niat jahat dan bertujuan mensensasikan berita fitnah.

Perbicaraan kes itu diadakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Khalid dan Utusan diwakili peguam Azhar Arman Ali.

Sebelum kes itu difailkan di mahkamah peguam plaintif telah menghantar notis supaya Utusan meminta maaf bercara bertulis dalam tempoh tujuh hari.

Defendan juga dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 dalam masa tujuh hari sebagai ganti rugi, namun pihak defendan gagal berbuat demikian.

Oleh itu plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan perintah menarik balik tuduhan fitnah dan ucapan minta maaf daripada kedua-dua defendan.

Ketika prosiding pada 5 Julai lalu Misbahul memberi keterangan di mahkamah terhadap tuntutan saman tersebut.

Dalam keterangannya Misbahul memberitahu beliau tidak berucap langsung atau menjadi pembahas pada muktamar kali ke-53 yang diadakan di Putik, Pengkalan Chepa.

Penerbitan berita fitnah tersebut menyebabkan maruahnya tercemar sehingga meletak dirinya di kancah kebencian dan kehinaan pada pandangan masyarakat.

Hanipa berkata, biar pun Yulpisman menganggap berita itu sebagai kritikan membina dalam keterangan hari ini, namun dalam berita yang disiarkan tidak menggambarkan situasi tersebut.

Menurutnya berita berkenaan tambah hangat apabila diulas pula Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sehari selepas itu, yang digambarkan Utusan terus mempertahankan berita tidak betul.

“Dalam kes ini plaintif telah dilihat memburukkan PAS apabila berkata, Dewan Ulama PAS ibarat ting kosong.

“Berita itu kemudian disebarkan melalui Utusan dengan edaran sehingga 400,000 naskah bertujuan bagi menarik perhatian ramai,” katanya.

Prosiding kes tersebut masing-masing menampil seorang saksi iaitu Misbahul bagi pihak plaintif dan Yuspisman (defendan).

Penghujahan kes berkenaan akan disambung pada 26 September hadapan.Hrkh

Kisah Paderi Katholik Britain Yang Memeluk Islam


Tak peduli sesiapa pun. Baik kanak-kanak, majikan, mahupun tokoh agama bukan Islam sekalipun. Ayat tersebut sesuai dengan kisah Idris Tawfiq , seorang paderi di Britain yang akhirnya memilih Islam di dalam hidupnya.
(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia) dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu).
(QS Yunus: 25)
Ayat tersebut di atas menjelaskan bahawa Allah SWT akan memberikan hidayah (jalan kebaikan) kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya untuk memilih Islam. Tak peduli sesiapa pun. Baik kanak-kanak, majikan, mahupun tokoh agama bukan Islam sekalipun. Ayat tersebut sesuai dengan kisah Idris Tawfiq , seorang paderi di Britain yang akhirnya memilih Islam di dalam hidupnya. Beliau menjadi mualaf setelah mempelajari Islam dan melihat sikap lemah-lembut serta kesederhanaan umat Islam.
Sebelumnya, Idris Tawfiq adalah seorang paderi di gereja Katholik Rom di Britain. Pada awalnya beliau memiliki pandangan yang negatif terhadap Islam. Baginya Islam hanya sesuai dengan keganasan, potong tangan, diskriminasi terhadap perempuan, dan sebagainya. Namun pandangan itu mulai berubah ketika beliau melakukan kunjungan ke Mesir. Di negara piramid itu, Idris Tawfiq menyaksikan ketulusan dan kesederhanaan kaum Muslimin dalam melaksanakan ibadah dan serta keramahan sikap mereka.
Beliau melihat sikap umat Islam yang jauh berbeza dengan pandangannya selama ini. Menurutnya, Islam sangat lembut, bertolak ansur, sederhanana, ramah, dan memiliki sifat keteladanan yang boleh dijadikan contoh untuk agama lain.

Mesir, negara yang membawa perubahan besar dalam hidup Tawfiq

Di Mesir, Tawfiq dapat merasakan kedamaian yang dicarinya. Pada awalnya hanya sebagai mengisi waktu cutinya dengan menyaksikan Pirmad, unta, padang pasir, dan pepohon padang pasir. Namun perkara ini membawanya kepada Islam dan membuat perubahan yang besar di dalam hidupnya.
''Mulanya mahu bercuti. Saya menaiki pesawat ke Hungary. Di Eropah saya mengunjungi beberapa pantai. Selepas itu saya menuju keKaherah, Mesir dan di sana saya menghabiskan masa yang paling indah di dalam hidup saya.''
''Ini adalah kali pertama saya berkenalan dengan umat Islam dan Islam. Saya melihat masyarakat Mesir yang lemah lembut, orangnya manis, tetapi sangat kuat,'' terangnya.
''Saya melihat mereka tenang, lembut, dan tertib dalam beribadah. Terdapat juga suara panggilan solat (azan), mereka yang kebanyakannya peniaga, segera bergegas menuju masjid. Indah sekali saya melihatnya,'' katanya.

Kutip Sampah : Sultan Kelantan Benar2 Berjiwa Rakyat

SULTAN Muhammad turun padang membersihkan kawasan Pantai Tujoh, Tumpat sempena Majlis Gotong-Royong dan Ramah Mesra semalam.

TUMPAT- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam mencemar duli mengutip sampah bagi menunjukkan contoh kepada rakyat di negeri ini supaya mementingkan kebersihandan alam sekitar.Baginda yang mengenakan baju T,seluar track serta bertopi kelihatan selesa bersama lebih 1000 orang rakyat mengutip sampah sarap selama hampir 2jam di Pantai Sri Tujoh di sini.

Majlis yang bermula pada jam 10.30pagi di dadakan disitu kerana Pantai Sri Tujoh adalah antara destinasi tumpuan orang ramai dan pelancong."Beta dapati masjid tidak dibersihkan,tandas tidak dicuci, ini tidak sepatutnya berlaku kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman," titah baginda kepada pemberita selepas majlis anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Al-Muhammadi itu berakhir.

Program itu adalah yang pertama seumpamanya diadakan dengan matlamat merapatkan hubungan mesra antara institusi diraja dengan rakyat jelata.Kosmo

[ Video ]Bersih 2.0 : Alasan Kerajaan Dan Polis Umpama Filem Seniman Bujang Lapok




KUALA TERENGGANU - Sekiranya Parlimen tidak dibubarkan sehingga Oktober depan, anggota Parlimen Pakatan Rakyat akan menyoal Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak dari manakah gas pemedih mata yang digunakan oleh polis menembak peserta BERSIH 2.0 dibeli.

Ahli Parlimen Machang berkata demikian merujuk kepada kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Khalid Bakar yang tidak menafikan dakwaan gas tersebut adalah sama sebagaimana yang digunakan pasukan keselamatan Israel untuk menembak pejuang Palestin. [Gambar - Saifuddin ketika menyampaikan ceramah di MTT, dengan cara popularnya, memancarkan gambar-gambar di skrin melalui LCD, menjadikan khalayak lebih jelas tentang sesuatu isu]

"Ada dakwaan menyebut, gas (ber)jenama ini, ALS ini dibuat di Amerika Israel pun guna gas yang sama, sasaran Israel umat Islam Palestin,

"kita punya pun brand jenama ini beli dari Amerika juga, Timbalan Ketua Polis Negara kata, tak tahu jangan cakap, tapi dia tak nafi beli dimana,

"kalau dia tak mahu jawab tak apa, kalau Najib belum bubar lagi Parlimen, bulan 10 ni sidang Parlimen, kita tanya dari manakah gas pemedih mata yang polis Malaysia guna,"ujarnya ketika menyampaikan ceramah penerangan disini, 21 dan 22 Julai.

Pada 21 Julai, Saifuddin dalam rangka lawatannya dua hari ke negeri Terengganu, menyampaikan ceramah di Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyah, Kuala Nerus, manakal pada 22 Julai, di Batu Burok, Kuala Terengganu.

Menurutnya, yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga akan menyoal Menteri Dalam Negeri Dato' Hishamuddin Hussein, tentang tindakan polis terhadap para himpunan BERSIH 2.0 yang berhimpun secara aman pada 9 Julai lalu.

Oleh itu, menurutnya kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh mengelak dengan memberi alasan demi alasan untuk menutup kezaliman dan keganasan yang dilakukan oleh pihak polis.

Sebelum tu, beliau berkata, kerajaan Umno-BN dan polis terus menafikan mereka telah membidik gas pemedih mata dan menembak air kimia beracun kearah Hospital Tung Shin

Beliau membidas penafian Pengarah Ketenteraman Awam, Dato' Salleh Rashid umpama cerita P.Ramlee adegan mentafsir mimpi dalam filem 'Seniman Bujang Lapok'.

"Nak menegakkan benang (yang) basah, Mat Sabu.....??? Mat Sabu jatuh sendiri...dia (Dato' Salleh) kata, dia boleh bohong macam tu saja... tak semena-mena...(Mat Sabu) boleh jatuh,

"(Macamana pula) Khalid Samad....tiba-tiba kena jahit di belakang (kepala)...sebab apa..??? tiba-tiba Khalid Samad hantuk kepala dia pada tiang??,"soal Saifudin dengan nada sinis, memperli alasan-alasan tidak masuk akal pihak polis dan kerajaan.BO

[Dengar ceramah penuh Saifuddin di Buletinonline Radio}

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....