Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 13 Ogos 2012

Kempen Internet Blackout


Catatan pada Jam 11.57 PM 13/8/2012 : Blog Tinta Hijau Dari Kaki Bukit tidak akan mengemaskini berita pada 14 ogos 2012 sebagai tanda sokongan pada kempen Stop 114A -Internet blackout. Artikel Berkaitan klik sini

Kes saman Utusan : Hasan Ali gelabah diasak peguam Anwar

KUALA LUMPUR 13 Ogos: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali( gambar ) tidak keruan selepas diasak peguam N Surendran berhubung tuduhan beliau kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalalkan homoseksual.

Dalam keadaan tertekan, Hasan tetap mempertahankan kenyataannya mendakwa Anwar menyokong homoseksual seperti yang disiarkan pada muka depan Utusan Malaysia pada 17 Januari lalu bertajuk “Tolak Anwar – Hasan”.

Berikut adalah soalan yang diasak Surendran kepada Hasan:

Surendran: Anwar telah mengatakan “We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women”. Berdasarkan pendapat anda, adakah ayat ini menunjukkan Anwar tidak menyokong homoseksual?

Hasan: Yang Arif saya membaca keseluruhan ayat. Ayat pertama dan ayat kedua (but we should not be seen to be punitive and consider the archaic law as relevant) tidak dapat berdiri dengan sendirinya dan ia tidak memberi maksud homoseksual tidak diterima.

Surendran: Kalau kita lihat ayat kedua, adakah anda setuju ‘archaic law’ adalah undang-undang lapuk?

Hasan: Saya tak setuju sebab kelapukan tidak pernah berlaku dalam undang-undang Islam.

Surendran: Adakah anda setuju tidak ada apa-apa rujukan undang-undang Islam dalam ayat itu?

Hasan: Undang-undang Islam tidak ada tetapi ayat ini merujuk kepada undang-undang Islam.

Surendran: Adakah anda setuju tidak ada rujukan undang-undang Islam?

Hasan: Ya, tidak ada.

Jangan caci hudud - Tok Guru Nik Aziz


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta mana-mana pemimpin DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan negara Islam termasuk hukum hudud supaya tidak mengeluarkan perkataan ‘cacian’.

Nik Aziz bagaimanapun berkata, beliau boleh menerima tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menentang pelaksanaan hudud kerana ia secara tidak langsung memberi kefahaman kepada orang ramai khususnya masyarakat bukan Islam.

“Saya setuju, biar (Karpal) bising, dari bising itulah orang akan faham, tetapi jangan sampai mencaci,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kenyataan Karpal yang berterusan mempersoalkan pemimpin Pas yang mahu melaksanakan hudud di negara ini dengan alasan ia tidak termaktub dalam perlembagaan negara.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pelaksanaan hukuman hudud memberi kesan langsung kepada masyarakat berbanding pelaksanaan hukuman yang dipraktikkan sekarang.

“Mengikut undang-undang sekarang, jika kes dadah, pesalah dikenakan hukuman gantung sampai mati tetapi jika hudud mereka dikenakan potong tangan.

“Jika gantung mereka hanya dibawa ke kubur tetapi jika potong tangan seluruh manusia akan mengambil pengajaran dan tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan diri,” katanya.

Ditanya, tindakan Karpal menjejaskan Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Nik Aziz berkata, orang ramai harus memikirkan siapa yang menolak sebenarnya menolak hukuman hudud.

“ Jika kita tidak undi DAP kerana tolak hudud, macam mana dengan Umno yang juga menolak pelaksanaan hukuman itu,” katanya.SH

Video : Dedah !!! Siapa Sebenarnya Abdullah Saamah?




Adun Kelaboran Tumpat YB Zaki Ibrahim mendedahkan siapa sebenarnya pengasas Pondok Geting Tumpat yang digelar Tuan Guru Abdullah Saamah.

Beliau sering dilabel tok guru pondok oleh kebanyakan media massa pro Umno dan sering terpampang di dada-dada akhbar dalam pelbagai isu-isu terkini.Keratan Klip Video dalam majlis Ceramah Menuju Putrajaya, @ Pasir Tumboh.

Mahkamah tolak saman Umno Selangor terhadap Harakah


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membuat keputusan menolak saman yang dibuat oleh Umno Selangor berhubung penerbitan satu artikel dalam akhbar Harakah yang didakwa memfitnah parti itu.

Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin membuat keputusan tersebut setelah meneliti peruntukan yang terkandung di dalam Seksyen 9C Akta Pertubuhan.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang mengatakan, hanya penama yang dimasukkan dalam daftar pertubuhan sahaja berhak menyaman atau disaman oleh mana-mana pihak terhadap pertubuhan berkenaan.

Mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Datuk Abdul Rauf Jusof, Setiausaha Kerja Umno Pusat iaitu penjawat awam Umno
adalah penama yang berdaftar sebagai pendaftar pertubuhan dan hanya beliau yang berhak membuat pendakwaan.

Hakim juga turut memutuskan kedua-dua pihak menanggung kos masing-masing.

Plantif iaitu Setiausaha Pehubungan Umno Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menamakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, penyunting akhbar tersebut Ahmad Lutfi Othman dan wartawannya, Khairul Azlam Mohamad sebagai defendan.

Mustafa yang ditemui di lobi mahkamah menyatakan kes saman telah selesai dan ia berlangsung dalam masa yang singkat.

"Terima kasih kepada barisan peguam yang mengendalikan kes ini dan apa yang kita ketahui tadi ia telah selesai dengan baik.

"Hakim telah menolak permohonan dari Umno terhadap tindakan saman itu, syukur segalanya telah selesai," jelasnya.

Peguam yang mewakil defendan adalah Asmuni Awi, Zulhazmi Shariff dan Dr Dzulkarnain Lukman manakala plantif pula diwakili Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Turut hadir di mahkamah hari ini adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Dalam saman itu, Mohd Zin menuntut semua defendan membayar ganti rugi RM10 juta termasuk ganti rugi keterlaluan atau teladan untuk libel dan faedah empat peratus setahun.

Saman tersebut dibuat berhubung serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, pada 3 Ogos lalu.Hrkh

Video : Soalan Abby Abadi kepada Ustaz Azhar Idrus




Program Santai Anak Muda Bersama Selebriti bersama Abby Abadi, Faisal Tahir, Man Raja Lawak dan Ustaz Azhar Idrus yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 11 Ogos 2012 lalu...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....