Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 16 September 2010

Di Malaysia, saya dipanggil India,di India, saya dipanggil Malaysia…siapa saya?


BATU GAJAH, 16 Sept: Speaker Pakatan Rakyat Dun Perak, V Sivakumar berkata, rakyat negara ini mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan negara daripada segala ancaman.
“Kita lahir di Malaysia, kita juga akan mati di Malaysia, kita tidak ada negara lain melainkan Malaysia.
“Oleh, itu kita harus setia dan mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan Malaysia daripada segala bentuk ancaman. Kita mahu melihat Malaysia yang bebas daripada jenayah, rasuah, kronisme dan nepotisme,” ujarnya yang juga Adun Tronoh pada sambutan Hari Malaysia anjuran Pakatan Rakyat Batu Gajah yang bertemakan ‘Malaysia Untuk Rakyat Malaysia’, hari ini.
Sambutan itu diadakan pada pukul 10 pagi di Cawangan DAP Kampung Baru Bemban.
Turut hadir ialah Lim Pek Har (Adun Menglembu), Yang Dipertua PAS Batu Gajah, Ustaz Ismail, Wakil PKR saudara Anthony, Pengerusi DAP dari cawangan-cawangan Dun kawasan Tronoh, ahli-ahli dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.
Program dimulakan dengan jamuan ringan diikuti dengan ucapan pimpinan tempatan untuk menyemarakkan Semangat Malaysia.
Beliau juga melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan berkata, “Bila saya berada di Malaysia, saya dipanggil India. Bila saya pergi ke India, saya dipanggil Malaysia…siapa saya?”
Soalnya, adakah 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri akan berjaya mencari satu penyelesaian untuk masalah itu yang dihadapi oleh sebilangan besar rakyat yang dilahirkan di negara ini.
“Atau pun 1Malaysia hanya sekadar mata kail untuk memancing undi dalam pilihan raya akan datang?” soalnya lagi.

Jika Perkasa Jadi Parti Politik......

SHAH ALAM 16 SEPT : Biarpun Perkasa berangan-angan menjadi sebuah parti politik, seorang penganalisis politik berpendapat, cita-cita sedemikian terlalu tinggi selagi pertubuhan bukan kerajaan itu berpaut kuat kepada politik perkauman.
Bercakap kepada TV Selangor, Pensyarah dan penganalisis politik, Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff menganggap Perkasa kelihatan terlalubersifat perkauman sekaligus menyukarkan mereka memenangi kerusi di dalam pilihan raya terutama di kawasan majmuk.
Kata beliau, sesebuah parti politik tidak memerlukan 10 ke 20 tahun untuk diterima rakyat tetapi aspek penting yang menentukan masa depan ialah pucuk pimpinan parti, intipati perjuangan, dan isu yang mendorong penubuhannya.
"Jadi walau berapa tahun sekalipun, jika perjuangan sesebuah parti tidak boleh menembusi pemikiran masyarakat, tidak ada isu besar yang dibawa untuk memenangi hati rakyat di Malaysia pelbagai kaum dan agama ini, maka parti itu tidak akan berjaya," katanya.
Bagi Dr Muhammad Agus, lebih mustahil lagi untuk mana-mana partipolitik baru termasuk Perkasa untuk mengulangi pencapaian mengkagumkan yang dilakukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui entiti Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Kes Sosilawati: Suspek utama ada 7 aduan jenayah komersial




makkal osai 150910

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata, suspek utama siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya turut mempunyai kaitan dengan kes orang hilang, pembunuhan dan jenayah komersil di daerah Kuala Langat.

Beliau berkata suspek utama itu yang juga seorang peguam turut disiasat berkaitan kes kehilangan seorang lelaki warga India di sini yang didakwa hilang sejak awal tahun ini. Bagaimanapun, Khalid berkata laporan polis mengenai ahli perniagaan warga India itu baru dibuat pada 8 September lalu. "Jadi macam mana kita tahu jika tidak ada laporan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Polis Bersama Masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat yang dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Timbalannya, Datuk Hussin Ismail, di sini hari ini.

Khalid berkata, peguam tersebut juga didapati mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita di Banting tahun lalu.

Laporan akhbar menyatakan bahawa wanita itu T Selvi, 44 isteri kepada seorang pemilik bengkel kenderaaan dipercayai dibunuh kerana perselisihan faham mengenai urus niaga pinjaman wang yang melibatkan peguam itu.

"Walaupun suami mangsa ada membuat pelbagai ulasan mengenai kes itu, saya tidak bercadang beri apa-apa komen kerana kes itu sedang disiasat," kata Khalid.

Beliau berkata, polis mendapat petunjuk-petunjuk baru mengenai kes pembunuhan wanita itu selepas siasatan dijalankan ke atas pembunuhan Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohamad, 38.

"Kes ini tidak pernah ditutup dan kita akan lakukan risikan bagi mendapatkan lagi maklumat," kata Khalid.

Beliau berkata, pihaknya ada menerima tujuh laporan jenayah komersial terhadap peguam itu antaranya kes pecah amanah dan penipuan jual beli tanah sejak tahun 2005 yang membabitkan kerugian RM7.1 juta. Ditanya sama ada peguam itu "membeli" polis-polis di Kuala Langat, katanya jika sesiapa mempunyai maklumat sedemikian mereka boleh melaporkan terus kepada beliau, Bukit Aman mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kita tidak akan lindungi orang kita yang menyeleweng," tegas Khalid.-Bernama

Pengumuman Azmin Tanding Tim. Presiden PKR,Ulasan Zaid Ibrahim

Azmin Ali mengumumkan keputusan mahu bertanding jawatan timbalan presiden PKR di Kota Kinabalu, Sabah pagi tadi.

Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan tindakan Naib Presiden PKR Azmin Ali menawarkan diri bersaing dengannya bagi merebut jawatan timbalan presiden parti itu berjaya dibuat dengan penuh "gaya" pagi tadi.
"Dia lakukannya penuh bergaya," selorohnya ketika ditemui dalam sebuah seminar mengenai integriti di sebuah universiti di Kuala Lumpur hari ini. Diminta memberikan reaksinya, Zaid (kanan) bagaimanapun secara sarkastik berkata: "Ia pertunjukkan yang mengagumkan. Amat mengejutkan."
Azmin pagi tadi mengumumkan hasratnya bertanding jawatan naib presiden di sebuah hotel di Kota Kinabalu dengan diringi sekumpulan pemimpin kanan PKR.
Walaupun ada yang menafikannya, sejak minggu lalu, beberapa wakil rakyat PKR telah muncul menyatakan sokongan terhadap Azmin sebagai pemimpin nombor dua parti itu.Malaysiakini

Suspek Utama Kes Bunuh Sosilawati Beli Gelaran 'Datuk' RM180,000

PETALING JAYA: Peguam bergelar 'Datuk' yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dipercayai mengeluarkan RM180,000 bagi membeli gelaran tersebut.

Siasatan polis di setiap negeri bagi menjejaki pihak yang mengurniakan gelaran Datuk kepada suspek berusia 41 tahun itu gagal menemui sebarang petunjuk, kata sumber.

Sumber mendakwa, pihak yang 'menjual' gelaran itu kepada suspek berjanji bahawa namanya akan termasuk dalam senarai penerima gelaran Datuk.

Dikatakan bahawa ahli perniagaan berkenaan memberitahu suspek bahawa dia boleh menggunakan gelaran tersebut berikutan penyenaraian namanya itu.Sumber mendedahkan, polis juga sedang menjejaki ahli perniagaan terbabit.

Di Banting, Bernama melaporkan bahawa pasukan forensik polis menemui lebih banyak objek di Sungai Panchau yang dapat membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Sepasukan polis dilihat membawa beberapa objek, termasuk apa yang dipercayai sebagai serpihan tulang.

Pihak media tidak dibenarkan menghampiri tempat kejadian malah skrin kanvas dipasang di kawasan tersebut, menjadikan keadaan lebih sukar untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Turut dilihat berada di tempat kejadian, Pengarah Unit Forensik, Datuk Abdul Malek Harun.Mstar

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....