Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 20 Februari 2011

Detik-detik kejatuhan Mubarak penuh penghinaan



Oleh Suhaimi Mokhtar

Suasana hening dan tenang menyelubungi Dataran Tahrir ditengah-tengah ibunegara Mesir,Kaherah pada tanggal 11 Febuari lalu ketika para penunjuk perasaan dari satu kebangkitan revolusi rakyat menunaikan solat Fajr (Subuh) berjemaah beramai-ramai didataran itu,selang beberapa jam selepas Hosni Mubarak,Presiden Mesir selama 30 tahun melepaskan kuasa yang mengongkong rakyat Mesir.
Suara azan dan suara imam yang syahdu mengimankan solat memecah kesunyian pagi dengan memuji kebesaran Allah yang akhirnya menganugerahkan kebebasan selepas 18 hari para penunjuk perasaan berdemonstrasi menentang regim diktator Mubarak, yang melindungi regim zionis yahudi yang dilindungi pula, oleh negara kuasa Amerika Syarikat(AS) dan sekutu baratnya.
Selama 18 hari Dataran Tahrir dan di seluruh Mesir termasuk bandar besar seperti iskandariah,Suez dan lain-lain menyaks ikan demonstrasi besar-besaran yang berterusan hingga mencapai angka berjuta rakyat yang keluar berhimpun untuk membebaskan diri dari belenggu regim kejam dan ganas yang dibiayai oleh kuasa AS dn barat.
Kemenangan revolusi rakyat Mesir ini yang bermula pada 25 Januari,sama ada secara kebetulan atau tidak,jatuh pada hari yang sama kemenangan revolusi Islam Iran pada 11 Febuari 1979,32 tahun sebelumnya yang menyaksikan kejatuhan dynesti Pahlavi,Shah Iran,sahabat baik AS dan barat.
Tarikh keramat itu juga menyamai tarikh syahidnya Hassan Al-Bana,pengasas danpengerak Ikhwan Al-Muslimin pada tahun 1949.Tarikh-tarikh ini semuanya ketentuan Allah yang maha mengetahui segala-galanya dan yang merancang semuanya.
Kebangkitan revolusi rakyat Mesir ini bukan berlalu tanpa sebarang pengorbanan,ramai yang syahid,lebih 300 orang dan ramai juga yang cedera.Dataran Tahrir yang membawa erti kebebasan itu turut mengorbankan nyawa mereka dalam satu perjuangan pembebasan dan membela maruah.
Selama 18 hari 18 malam para penunjuk perasaan tidak meninggalkan Dataran Tahrir.Iltizam mereka yang begitu padu dan gigih akahirnya menyebabkan Mubarak yang berdegil pada mulanya mengakhiri pemerentahan kukubesinya melalui satu pengumuman paling ringkas,hanya beberapa saat,oleh Naib Presiden yang dilantiknya Omar Sulaiman.
Sebelumnya Mubarak tiga kali muncul di TV negaranya,cuba mempertahankan regimnya,tetapi segala rayuan dan kata-kata untuk membuktikan jasa-jasa cemerlangnya mempertahankan bumi Mesir sedikit pun tidak diendahkan oleh segala lapisan rakyat yang membencinya dengan meneruskan demonstrasi .

MB Selangor akan rombak Kabinet negeri ??

Barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor

KUALA LUMPUR, 20 Feb Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan beliau akan merombak pentadbiran negeri tetapi enggan memberikan butiran mengenai bila ia akan dilakukan.

Menteri Besar juga mengakui beliau telah mengadakan pertemuan dengan penyokong-penyokong kerajaan Dewan Undangan Negeri berhubung perkara tersebut bulan lalu.

“Kami akan lakukan, kemudian kami akan membuat pengumuman,” kata Khalid hari ini. Khalid (gambar kecil) berkata pertemuan dengan penyokong-penyokong kerajaan itu diadakan untuk membincangkan cara memantapkan pentadbiran kerajaan negeri.

“Keputusan belum dicapai. Kami hanya boleh melakukannya sebaik sahaja semua selesai, macam (isu pelantikan) setiausaha kerajaan negeri,” kata Khalid kepada pemberita hari ini.

Menteri Besar Selangor berhadapan dengan tekanan agar menggugurkan pemimpin kontroversial DAP Ronnie Liu daripada jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri.

The Malaysian Insider difahamkan mereka tidak gembira dengan cara beliau mengendalikan portfolio perumahan dan kerajaan tempatan, termasuk pengumuman dan kenyataan didakwa memperlekehkan dasar-dasar kerajaan negeri.

Khalid sebelum ini menjanjikan akan melihat perkara tersebut tetapi ini kali pertama beliau membayangkan rombakan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Liu, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran berhadapan dengan siri kontroversi sejak tahun lalu termasuk keputusan berkaitan larangan penggunaan logo 1 Malaysia pada permis bisnes dan isu juga pengeluaran surat sokongan politik.

Barisan Exco Kerajaan Negeri tidak mengalami perubahan sejak dibentuk Mac 2008.TMI

Video : Memalukan !!! Pelajar India Dipaksa Sebut " Keling Babi "





Ya Allah apa nak jadi dengan bangsa ni? malu lah MELAYU mana perginya akhlak dan sahsiah.
Sebagai umat islam dan bangsa melayu ambo secara peribadi amat kesal sedih dengan video yang memang menghina kaum India ini.Tindakan ini secara tidak langsung memalukan umat islam serta bangsa melayu itu sendiri.Untuk perakam video ini saya harap kamu akan terima balasan sewajarnya.
Manakala buat kaum India saya rasa kamu memang berhak marah ke atas perakam dan gengnya,tapi janganlah akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Ambo percaya majoriti kaum melayu dan umat islam amat tidak bersetuju dengan tindakan perakam video ini.
Kita tunggu apa pula tindakan yang akan dilakukan pihak berwajib dan Kementerian berkaitan dalam menangani gejala tidak sihat ini.Nampaknya slogan 1 Malaysia hanya tinggal slogan dan mereka sebenarnya telah gagal menterjemahkan dalam erti kata yang sebenar maksud 1 Malaysia yang mereka laung laungkan.
Seharusnya setelah lebih 50 tahun merdeka perkara seperti ini tidak timbul lagi.Ya Umno sememangnya telah gagal memupuk perpaduan antara kaum dalam erti kata yang sebenar.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....