Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 10 Januari 2011

Kenyataan Tidak Bertanggungjawab Oleh Tim. Menteri Pelajaran

Markom dipelawa 'jadi calon' BN lawan PAS di Tenang

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal dengan tindakan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi (gambar)yang mempertahankan Pengarah Pelajaran Johor Tn. Hj. Markom Giran berkempen untuk Barisan Nasional di Sekolah Menengah Tenang Station pada 31hb Disember 2010.

Tindakan beliau amat memalukan rakyat Malaysia khususnya warga pendidik dan masyarakat di Dun Tenang, Johor. Dalam kenyataannya semalam Dr Mohd Puad menyatakan bahawa tindakan Tn Hj Markom tersebut tidak salah kerana sebagai penjawat awam beliau berhak menyokong polisi-polisi kerajaan.

Dr Mohd Puad memberi alasan bahawa calon belum dikemukakan maka tiada kempen dilakukan oleh Pengarah Pelajaran Johor tersebut. Sebenarnya Timbalan Menteri Pelajaran ini tidak mengkaji ucapan sebenar Tn Hj Markom yang rakamannya boleh diperolehi dengan mudah di YouTube " VIDEO MARKOM LIHAT DISINI ". Beliau juga boleh mendapatkan penjelasan daripada Pembantu Khas beliau En. Zahari Bin Sharif yang turut hadir dalam taklimat tersebut. Secara jelas Tn Hj Markom mengesa guru-guru kaunseling menyokong dan berkempen bagi calon Barisan Nasional(BN) dalam pilihanraya Kecil Dun Tenang. Antara ucapan-ucapan beliau adalah :

“Kalau tidak ada pilihanraya Tenang, maka saya tidak akan berjumpa tuan-tuan semua”
“ Memohon bantuan gerakan jentera bantu kerajaan untuk menang pilihanraya kali ini”

Tn Hj Markom juga meminta guru kaunseling berbangsa Cina dan India membuat program motivasi di sekolah Jenis Kebangsaan. Selepas program tersebut, guru kaunseling tersebut dikehendaki berjumpa ibu bapa pelajar bagi mengenalpasti kecenderungan politik mereka. Beliau menyatakan terdapat empat kategori ibu bapa iaitu hijau adalah penyokong pembangkang, kelabu mereka yang membantah dasar-dasar kerajaan, putih dan biru dipercayai penyokong BN. Tn Hj Markom juga mendesak kepada guru-guru kaunseling menukarkan kecenderungan poitik ibu bapa daripada kelabu kepada biru. Jika pegawai pendidikan tidak boleh berfungsi maka mereka akan ditukarkan ke tempat lain.

Tiada Sebab Umno Dapat Rampas Kelantan

PETALING JAYA: PAS Kelantan optimis parti berkenaan mampu terus menguasai kerajaan negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
Sehubungan itu Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun(gambar) berkata, matlamat Umno untuk merampas negeri itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak munasabah berdasarkan kemampuan parti berkenaan meyakinkan rakyat bagi melakukan perubahan kerajaan.
Menurutnya, Umno perlu lebih banyak belajar dan mencari isu-isu besar yang lebih dekat dengan rakyat jika mahu merampas negeri itu daripada PAS yang sudah memerintah selama 20 tahun.
"Tak mungkin Umno dapat rampas Kelantan daripada PAS sebab mereka tak ada isu penting yang dapat yakinkan rakyat sehingga mahu menukar kerajaan yang ada sekarang.
"Masih banyak perkara yang mereka perlu pelajari jika nak rampas Kelantan, bagi saya... buat masa ini mereka belum layak lagi ambil alih Kelantan," katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa parti itu akan memberi tumpuan khusus terhadap 23 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 45 kerusi dalam usaha untuk merampas negeri itu daripada PAS pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Mustapa dilaporkan berkata keyakinan untuk menawan Kelantan adalah berdasarkan perubahan yang berlaku di peringkat akar umbi kini seperti yang ditunjukkan pada pilihan raya kecil DUN Galas dan Manek Urai.

Calon Pas Dun Tenang,Firdaus atau Normala ??


KUALA LUMPUR, 10 Jan — PAS dipercayai telah memutuskan antara Exco Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Johor untuk mewakili Pakatan Rakyat di kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya kecil hujung bulan ini.
The Malaysian Insider difahamkan kepimpinan parti itu telah menyenaraipendekkan Firdaus Masod dan Normala Sudirman untuk membawa cabaran di Tenang.
Firdaus merupakan seorang peguam manakala Normala pula berkhidmat sebagai guru. Masing-masing berusia awal 30-an.
Normala juga merupakan exco Dewan Muslimat PAS pusat.
Jika dipilih sebagai calon, ini merupakan kali kedua Firdaus bertanding pada pilihan raya.
Beliau pernah mencuba nasib di Buloh Kasap, salah satu kerusi DUN dalam Parlimen Segamat, pada 8 Mac 2008 tetapi tewas di tangan calon Umno-BN Othman Jais dengan perbezaan 4,466 undi.
Normala merupakan anak tempatan yang lahir di Labis.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Zulkifli Ahmad enggan membayangkan sama ada kedua-dua mereka menjadi pilihan kepimpinan untuk membawa cabaran kali ini.
“Itu tekaan sahaja. Apa pun kami akan meletakkan calon yang boleh membawa kemenangan, itu pertimbangan kami,” kata beliau.

Video : Ucapan Pemimpin PR Pada Majlis Ceramah Perdana Di Stadium Malawati Shah Alam


Ucapan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim


Ucapan Ketua Umum PKR Datuk Sri Anwar Ibrahim


Ucapan Presiden Pas Tuan Guru Datuk Sri Hj Abdul Hadi Awang


Ucapan Mursyidul Am Pas Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

PAS Tetap Setia Dengan Pakatan

SHAH ALAM 10 JAN : Pemimpin tertinggi PAS semalam memberi jaminan akan tetap setia bersama Pakatan Rakyat dan menolak khabar angin bahawa parti itu akan bekerjasama dengan Umno.

Jaminan ini dinyatakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang apabila mengulas isu perjumpaan pemimpin PAS dan Umno atas undangan Yang Dipertuan Agong baru-baru ini.

Hadi berkata demikian di Majilis Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati, Shah Alam bagi memohon Allah menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang hebat diserang terutama isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

"Majlis ini dianjurkan oleh Pimpinan PAS Pusat untuk menyatakan kita akan bersama dengan rakan Pakatan Rakyat dalam sebarang cabaran dan penentangan BN. Kepada siapa sahaja rakan kita yang disentuh samada PAS, PKR dan DAP, kita akan bersama dalam hadapi segala cabaran. PR satu Pakatan yang makin hari makin kuat. Ini kenyataan terbuka yang kita nyatakan secara praktikal pada malam ini," katanya.

Majlis anjuran PAS Pusat ini mendapat sambutan luar biasa apabila hampir 10 ribu hadirin membanjiri kawasan stadium menyertai acara solat hajat dan memberi sokongan terhadap kerajaan Negeri.

Turut hadir di Majlis tersebut ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta pelbagai pemimpin dari kedua parti ini.

Dalam ucapan beliau, Nik Aziz menyentuh pengkhianatan Umno ketika PAS menjadi komponen Barisan Nasional.

"Dia nak bela Melayu tapi Melayu Kelantan tak nak bela. Inilah Umno. Nak suruh PAS berpadu dengan dia. Kita dah masuk BN, itupun dengan permintaan Allahyarham Tun Razak.

"Bila masuk dia tendang kita. Saya ingat pepatah arab. 'Anjing yang kurus, bagi makan sampai gemuk, dia gigit kita balik. Oleh yang demikian bila dia minta balik bersungguh minta balik bekerjasama kita kata tidak," kata Nik Aziz.TVS

Gambar : Sekitar Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Di Stadium Malawati Shah Alam









Calon Pas PRK Tenang Sudah Diputuskan

Besar Kemungkinan pertembungan antara wanita berlaku di Tenang apabila BN dikatakan akan mengemukakan calon wanita manakala PAS juga mempertimbangkan dua calon iaitu seorang lelaki dan seorang wanita.

"Mesyuarat hari ini telah membuat keputusan calon yang akan mewakili PAS tetapi ianya hanya akan diumumkan 16 Januari ini di Tenang," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Katanya, mesyuarat telah memilih salah seorang dari dua calon yang telah disenarai pendek oleh PAS Johor iaitu seorang dari Pemuda dan seorang lagi dari Muslimat PAS.

PAS hari ini mengadakan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Ini adalah mesyuarat pertama yang diadakan disitu selepas bangunan itImbang Penuhu mengalami kebakaran kecil hujung tahun lalu.

Antara agenda mesyuarat hari ini adalah mempertimbangkan calon untuk pilihan raya kecil Tenang bagi mewakili Pakatan Rakyat.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat 19 Disember lalu di Pulau Pinang telah memutuskan calon PAS akan mewakili Pakatan rakyat dalam pilihan raya kecil ini.

Menurut sumber media, BN akan meletak calon wanita dalam pilihan raya kecil ini. Ia dikaitkan dengan lobi MCA. Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah bekas anggota Parlimen Labis manakala dalam pilihan raya umum lalu anak beliau menjadi calon BN dan menang.

PAS Johor pula telah menghantar dua calon, seorang lelaki dan seorang wanita untuk dipilih oleh pucuk pimpinan PAS dalam mesyuarat hari ini.

Sebelum ini, lima nama disebut-sebut untuk dipilih sebagai calon PAS.

"Kita telah pilih salah seorang dari dua calon yang dikemukakan oleh PAS Johor itu," kata Mustafa kepada Harakahdaily hari ini.

PAS dijangka akan memaklumkan keputusan ini kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat dalam pertemuan menjelang ceramah dan solat hajat di Stadium Melawati malam ini.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....