Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 15 April 2011

" Saya tak belot, masih bersama pembangkang ", Laporan penuh temubual TMI dengan Raja Petra

KUALA LUMPUR, 15 April — Blogger kontroversial Raja Petra Raja Kamaruddin menegaskan beliau masih bersama barisan pembangkang sambil menafikan beliau telah membelot hanya kerana memberi TV3 satu temu bual eksklusif, yang disiarkan semalam dan kelmarin.
Raja Petra (gambar) mencetuskan kegemparan dua hari lalu apabila dalam temu bual itu mengatakan bahawa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menter Datuk Seri Najib Razak atau isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.
Editor portal Malaysia Today ini menjelaskan keputusan memberikan temu bual itu kepada The Malaysia Insider hari ini.

Respons penuh adalah seperti berikut:

TMI: Baru-baru ini anda berada di Australia, bermakna anda mempunyai pasport untuk mengembara. Di mana anda berada sekarang dan di mana anda tinggal (sekarang)? Adakah anda akan balik ke Malaysia dalam waktu terdekat?
RPK: Sekarang saya di Bali. Dan, tidak. Saya tidak akan balik ke Malaysia, sekurang-kurangnya sehingga kerajaan (yang ada sekarang) tukar. Jika Barisan Nasional (masih memerintah, maka saya sepatutnya akan dikebumikan di Brookwood sebelah ibu saya apabila saya meninggal dunia.
Mengapa anda bertanya sama ada saya balik ke Malaysia? Disebabkan temu bual saya dengan TV3? Jika saya mengadakan temu bual dengan TV3 dan kemudian kembali ke Malaysia (yang bermakna saya tidak boleh jika saya tidak memberikan temu bual), bukannya terlalu jelas bahawa temu bual itu menyebabkan (saya) membelot?
Langkah bodoh, bukan anda fikir begitu?
TMI: Mengapa anda memberikan TV3 temu bual? Anda pernah menyerang akhbar, khususnya media arus perdana di Malaysia sebelum ini. Mengapa percaya mereka? Apakah tiada ruang lain?
RPK: Adakah saya perlu percaya mereka untuk memberikan satu temu bual? Saya tidak percaya sama ada anda sendiri atau Malaysia Insider. Saya fikri anda alat bagi Khairy Jamaluddin dan Kalimullah Hassan. Lagi anda hantar (soalan) dan saya pun jawab.
Anda datang kepada saya. Saya tidak pergi kepada anda. TV3 juga datang jumpa saya. Saya tidak pergi jumpa mereka.
TMI: Sekarang, PKR menyifatkan anda sebagai orang yang tidak berpendirian, seolah-olah mahu mencemar nama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Adakah ia benar ataupun mereka memberi reaksi berlebihan?
RPK: Sesiapa yang mengecam Najib, (Datin Seri) Rosmah (Mansor), (Tun Dr) Mahathir (Mohamad), (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin), Khairy, (Datuk) Mukhriz (Mahathir) dan sebagainya adalah (mereka) yang mencintai tanah air, anugerah Tuhan, rakyat Malaysia yang setia, dan penjelmaan Ghandi dan Mother Teresa, sebagaimana dianggap oleh pembangkang.
Sesiapa, walaupun membuat kritikan kecil terhadap pembangkang atau pemimpin mereka, dianggap sebagai pengkhianat, orang yang tidak berpendirian, telah membelot, melakukannya kerana wang dan macam-macam lagi.
Inilah mentaliti pembangkang yang tipikal.
Mereka menuduh kerajaan tidak membenarkan kebebasan bersuara. Mereka maksudkan, sudah tentu, kebebasan untuk mengkritik kerajaan. Tetapi apabila anda mengkritik pembangkang, itu bukan kebebasan untuk bersuara. Anda Judas.
Tunjukkan saya satu perkara dalam temu bual dengan TV3 yang saya tidak pernah sebutkan sebelum ini. Adakah ada apa-apa yang baru dalam temu bual TV3 atau saya hanya mengulangi?
Orang kata: Saya hanya tulis di Malaysia Today. Berapa ramai yang sebenarnya membaca Malaysia Today? Berapa ramai yang akses internet? Sangat sedikit! Televisyen, bagaimanapun, televisyen menjangkaui 97 peratus penduduk, mereka kata.

Analisis PRN Sarawak : Menjelang Hari Mengundi Esok,' Antara Jangkaan Dan Realiti '

 Oleh : Wan Nik Wan Yussof

Bagi pertama kalinya, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Polis sejak dari awal proses pilihan raya negeri Sarawak sudah mengumumkan mengenai wujudnya Kerusi Panas. Ia dimaksudkan kepada kedudukan kerusi-kerusi yang berkaitan rapat dengan potensi persaingan sengit dan ketegangan isu kempen dimainkan antara parti-parti atau calon bertanding. Di samping kawasan itu juga ditandai warna merah yang menjelaskan keadaan lebih kritikal yang berkemungkinan besar pihak Barisan Nasional bakal kalah ditangan Pakatan Rakyat.

Jangkaan sebelum realiti


Menurut Malaysiakini (14 April 11) yang memetik sumber Umno berkata ada 28 kerusi panas yang melibatkan 19 kerusi dianggap bakal dimenangi Pakatan Rakyat. Sementara sembilan Dun lagi bakal menjadi medan perebutan yang belum pasti.

Sejumlah 19 kerusi panas itu, 15 kerusi adalah ditandingi SUPP, iaitu lima di Kuching, tiga di Sibu, tiga di Miri, dua di Sarikei, dan masing-masing satu di Sri Aman dan Bintulu. Sementara empat kerusi lagi ialah masing-masingnya tiga PBB dan satu SPDP. Jika ini berlaku bermakna, Pakatan Rakyat akan dapat memenangi setidak-tidaknya 19 hingga 28 Dun dan sekaligus memungkinkan upaya Pakatan Rakyat menafikan kuasa mutlak dua pertiga.

Sekiranya matlamat untuk menafikan kuasa dua pertiga, iaitu memenangi 24 kerusi, rasanya Pakatan Rakyat tidak mempunyai halangan besar. Ini kerana kesemua kerusi itu terletak di kawasan majoriti Cina dan Iban, kecuali tiga Dun ditandingi PBB merupakan Dun Melayu/ Melanau (Seribas, Beting Maro dan Lingga). Di Dun Panas itu juga berlakunya putaran ligat isu penolakan terhadap Tan Sri Abdul Taib Mahmud dari kuasa ketua menteri. Ia seperti mana dijelmakan oleh laras bahasa kempen DAP yang mengingatkan pengundi bahawa “vote SUPP = vote Taib” sehingga memaksa pihak Barisan Nasional memutar isu tersebut menggunakan pendekatan reverse psi-war dengan mengajak pengundi Cina mengundi Barisan Nasional demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan, kemakmuran dan kesederhanaan.

Apa pun semua laras bahasa kempen pihak Barisan Nasional sudah dilihat kaku dan tidak bermaya berikutan banyak isu-isu yang terdedah sudah membongkarkan kekayaan Abdul Taib, anak-anak, menantu dan kroninya menerusi pelbagai projek ekonomi dan kewangan.

Menurut Bridget Welsh (Malaysiakini 12 April 2011) isu-isu berkaitan Abdul Taib itu telah perlekatkan dengan kekangan ekonomi semasa, peningkatan perbelanjaan sara hidup, gaji yang murah diikuti dengan pembolotan kekayaan oleh elit politik kroni Barisan Nasional dan elit politik dari Semenanjung Malaysia yang seida mengaut hak rakyat Sarawak. Ia bakal mencetus suatu gelombang kebangkitan rakyat Sarawak seumpama dengan tsunami politik pada pilihan raya umum 2008.

Hal ini ada benarnya berasaskan kepada kajian persepsi oleh Zentrum Future dan maklumat Malaysiakini daripada ‘dalaman Umno’ yang menyimpulkan pihak Barisan Nasional Sarawak tidak lagi kalah lapan Dun, sebaliknya akan hilang kuasa dua pertiga.

Pilihanraya Sarawak : Pakatan yakin nafi 2/3 majoriti BN

Gambar fail-Anwar dalam satu ceramah di Sarawak

KUCHING: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat yakin dapat menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang bakal berlangsung kurang 24 jam dari sekarang.

Dalam sidang media terakhir beliau sebelum hari pengundian esok, Anwar berkata, keyakinan itu berlandaskan perkembangan melalui respon rakyat sepanjang tempohnya berkempen selama 13 hari di sini.

“Kita optimis dapat menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional, bahkan harapan kita adalah lebih dari itu, iaitu mahu menubuhkan kerajaan di Sarawak.

“Ia tidak mudah, kerana pilihan raya ini tidak dijalankan dengan bebas dan adil. Keprihatinan kami adalah berdasarkan perkembangan beberapa jam mulai sekarang,”

katanya pada sidang media di Hotel Grand Continental, pagi tadi.

Anwar menegaskan, Pakatan Rakyat sebenarnya bukan berhadapan dengan Barisan Nasional, tetapi jentera kerajaan yang ditunggangi Barisan Nasional.

“Barisan Nasional tiada wibawa, sehinggakan ketika mereka menganjurkan program pun, terpaksa menggunakan kapasiti sebagai jawatan Menteri.

“Jika mereka duduk di atas nama Barisan Nasional, ia tidak mendapat sambutan,” kata Anwar.

Dalam pada itu, Anwar berkata, usaha pihak tertentu yang melakukan rekayasa di media menjelang tidak lebih 24 jam dari tarikh pengundian merupakan percubaan untuk mengalihkan pandangan rakyat Sarawak daripada melakukan perubahan.

“Fokus sekarang ini adalah rakyat mahu tentukan pemilihan kepimpinan di Sarawak. Jangan benarkan sesiapa alih pandangan. Lusa boleh bincang tentang Anwar.

“…Nak bincang boleh. 17 haribulan boleh teruskan serangan seperti biasa terhadap Anwar,” kata Anwar.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.Keadilandaily

Gempar !!! Lelaki Disahkan Mati Oleh Doktor Hidup Semula 2 Jam Kemudian

BUTTERWORTH: Seorang lelaki berusia 65 tahun "hidup semula" selepas doktor-doktor di Hospital Seberang Jaya di sini mengesahkannya mati ( gambar kiri-sekadar gambar hiasan ).
Fenomena luar biasa itu yang juga dikenali sebagai Sindrom Lazarus kini menjadi perbualan orang ramai.
Selepas dimaklumkan mengenai kematian lelaki yang bekerja sendiri itu, ahli-ahli keluarganya mula membuat persediaan pengebumian malah mendirikan satu khemah di depan rumahnya yang terletak di Jalan Tok Elong, Tanah Liat di Bukit Mertajam.
Ketika isteri dan anak lelakinya yang berusia 26 tahun sedang dalam perjalanan ke Balai Polis Seberang Perai untuk membuat laporan, mereka terkejut apabila seorang doktor memaklumkan bahawa lelaki "hidup semula".
Menceritakan peristiwa tersebut, anak lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Wei berkata, dia mengejarkan ayahnya ke hospital kira-kira pukul 11 pagi Khamis apabila dia berhenti bernafas di rumah.
"Doktor-doktor menjalankan resusitasi kardio-pulmonari (CPR) sebelum mengesahkannya meninggal dunia sejam kemudian. Kami pun ke balai polis untuk melaporkan kematian sebelum menerima panggilan daripada seorang doktor pada kira-kira 1.30 petang," katanya.
Wei memberitahu, mereka bergegas ke hospital dan melihat ayahnya dipindahkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU) untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan lelaki terbabit dan abangnya yang berusia 70 tahun bertengkar di rumah mereka kira-kira 10.30 pagi.
Lelaki itu kelihatannya mengalami kecederaan pada tangan kanan dan rebah sejurus tiba di rumah.
Seorang jurucakap hospital berkata, doktor-doktor yang menjalankan CPR untuk lebih sejam tetapi tiada respons.

Pilihanraya Sarawak : Rombongan Najib Koyak Memorandum Rakyat Limbang

Keadaan kelam kabut apabila rombongan Najib enggan membenarkan penduduk Limbang dan DAP menyerahkan memo.


LIMBANG, 15 April: Bukan sekadar memorandum mereka tidak diterima bahkan pegawai yang menyertai rombongan Perdana Menteri di Pasar Tamu Limbang petang semalam telah mengoyak memorandum itu.

Inilah nasib rakyat yang cuba mendapatkan pertolongan Perdana Menteri sendiri bagi menyelesaikan masalah mereka sesuai dengan slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”

Menurut Adun Pasir Pinji, Thomas Su, penduduk di sini bersama dengan DAP telah menunggug ketibaan rombongan PM untuk menyampaikan dua memorandum iaitu “Membekal Doktor Pakar dan Menaiktaraf Peralatan Perubatan di Hospital Limbang” dan satu lagi adalah mengenai “Membekal elektrik dan Air Bersih Serta melantik seorang Ketua Rumah Bagi Kampung Merasam Barat Limbang”.
"Kami menunggu ketibaan Datuk Sri Najib dan akhirnya beliau sampai di Pasar Tamu Limbang pada pukul 6 petang.

"Apabila beliau keluar dari kereta, beliau menuju ke arah lain dan enggan menerima memorandum kami walaupun hanya beberapa meter jauh daripada calon DAP di sini Leong Kwang Yew.

"Semasa Leong Kwang Yew dan Adun Selangor Jenice Lee cuba mendekati Perdana Menteri, rombongan BN pula menolak dan menghalang kedua-dua mereka secara kasar.

PRN Sarawak : Biar Foto Berbicara," Dimana BN Kuat,Disitu Rakyat Merempat "



Foto foto diatas dirakamkan ketika kempen calon Pas di Dun Beting Maro " DISINI "[Facebook Pas Sarawak ].Sedih,sayu pun ada.Bagaimana daifnya kehidupan rakyat hasil dari pemerintahan 50 tahun pemerintahan BN di Sarawak.Sedangkan Taib Mahmud hidup dalam kemewahan yang melimpah ruah.

Apakah tidak ada Program Pembangunan Rakyat Termiskin ( PPRT ) di daerah ini.Dimanakah bantuan jutaan ringgit untuk rakyat termiskin dilimpahkan sehingga nak ganti dinding rumah rakyat pun tak mampu.Berdasarkan poster Najib/BN didinding rumah mereka tentunya penyokong setia BN sejak sekian lama.Kenapa mereka tidak dibantu.Tentunya mereka dibiarkan hidup dalam kemiskinan demi memastikan sokongan mereka pada BN berterusan.

Tujuan gambar diatas dipaparkan bukanlah bertujuan mengaibkan mana mana pihak.Sekadar memaparkan realiti sebenar kehidupan rakyat Sarawak amnya dan Malaysia khasnya di bawah pemerintahan BN.

Slogan " Dimana BN kuat ,disitu rakyat merempat "bukan omong kosong semata mata tapi terbukti kebenarannya.Fikir fikirkanlah....

JOM BERUBAH,GANTIKAN BN DENGAN PR....

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Video : Pesanan Tok Guru Nik Aziz Untuk Pengundi Sarawak



Untuk Pengundi Sarawak: Berubah ke arah Sarawak Baru, undilah calon Pakatan Rakyat
Imbang Penuh
SERUAN YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT UNTUK PENGUNDI SARAWAK

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Menemui sekalian pengundi Sarawak budiman. Semoga kita semua berada dalam rahmat Tuhan dan bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi pilihan raya ke-10 Negeri Sarawak.

Sesungguhnya Tuhan telah memberi ingatan kepada kita semua:

Maksudnya: “Pada hari manusia akan keluar berselerak untuk diperlihatkan kepada mereka setiap amalan mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (surah Al-Zalzalah, ayat 6-8).

Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” (surah Az-Zariyat ayat 56)

Justeru mematuhi ingatan Allah ini, kita hendaklah melakukan sesuatu itu dengan niat beribadat, kerana ibadat itu akan mendapat pahala. Pahala pula adalah bekalan untuk kita hidup aman-sejahtera selepas kita mati (berada di akhirat) nanti.

Begitu pula kita kena hendaklah percaya, apabila mengundi itu diniatkan sebagai ibadat, maka ia sama juga dengan sembahyang. Apa yang kita dapat dari sembahyang adalah pahala. Maka mengundi itu juga kita akan dapat pahala. Pahala adalah umpama duit yang yang boleh berjual-beli ketika di alam akhirat (hidup selepas mati).

Apa yang penting, kita hendaklah mengundi calon dan parti yang membawa kebaikan dan membela nasib kita untuk hidup aman-sejahtera.

Sesungguhnya calon Pakatan Rakyat, sama ada dari PAS, DAP dan KeADILan adalah terdiri daripada mereka yang layak untuk dipilih. Ini kerana semua mereka memiliki kesungguhan dan sedia membela nasib dan hak kita semua.

Yakinlah, mengundi seorang calon yang layak, pastinya akan dapat berkhidmat dengan baik kepada kita semua. Ia adalah satu amal ibadat yang mulia, dan pasti mendapat restu Tuhan ke arah mencapai hidup yang aman-sejahtera.

Oleh itu, saya berharap agar kita semua dapat melakukan perubahan ke arah membina Sarawak Baru yang menjanjikan keadilan dan kesejahteraan untuk semua rakyat.

Terima kasih dan tahniah kerana mengundi calon Pakatan Rakyat––PAS, DAP dan KeADILan.

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan
Al-Mursyidul Am PAS

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....