Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 11 Januari 2012

Blogger Pro-Umno Hina Mahkamah dan Anwar

GEORGE TOWN, 11 JAN : Beberapa orang wakil dari Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Solidariti Anak Muda Keadilan (SAMM) Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis terhadap blogger pro-Umno, Papa Gomo yang mengeluarkan artikel menghina keputusan mahkamah.

Penyelaras SAMM Mohd Aidil Ibrahim berkata, selain artikel yang berbunyi 'hakim telah dibeli oleh DS Anuar Ibrahim', Papa Gomo juga menfitnahkan nama Datuk Seri Anuar Ibrahim dengan menggunakan perkataan "babi" serta ayat-ayat yang kurang ajar.

"Beliau (Papa Gomo) dengan jelas menerusi laman twitter-nya membuat kenyataan kurang ajar dengan menyatakan bahawa hakim telah dibeli oleh Anwar Ibrahim, menerusi perkataan dalam ruang komen tersebut jelas menunjukkan papa gomo memiliki hubungan istimewa dengan Perdana Menteri seperti bersembang dengan kawan-kawan, beliau 'twit' Perdana Menteri,"

"Kami juga mendesak agar kertas siasatan segera dibuka dan Papa Gomo diheret kemuka pengadilan kerana menghina mahkamah secara terang-terangan,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat satu laporan polis di Balai Polis Timur Laut, di sini hari ini.

Hadir sama membuat laporan polis, Timbalan Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang Ahmad Azrizal Tahir dan beberapa wakil dari Gerakan Jingga 13.TVS

Video : Panas !! PKR Dedah Dokumen Terperinci Penyelewengan Wang Zakat




PETALING JAYA, 11 JAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan dokumen bukti dakwaan berlakunya salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang selama ini dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya akan membuat satu laporan polis dan menyerahkan dokumen terperinci berkaitan kes ini di Balai Polis Dang Wangi esok.

"Pertama ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bernombor 2010B4112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150. Baucar tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat.

"Keduanya merupakan surat daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Datuk Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan bayaran kedua berjumlah RM32,150 pada 29 April 2010 digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP," katanya.

Dalam baucar bertarikh 29 April 2010 tertera nama Zainul Rijal Talha & Amir selaku penerima baucar atas perihal transaksi dengan penerima berhubung bayaran guaman Kes Datuk Seri Anwar Ibrahim melawan Shahsuddin Hussain, Datuk Che Mat Che Ali dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Turut dinyatakan adalah kumpulan wang zakat dan bank pembayar Bank Islam Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Jamil Khir berulang kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukkan sebanyak RM700,000 daripada kerajaan bagi menampung pelbagai bayaran termasuk kos guaman.

"Laporan Ketua Audit Negara menyebut wang itu dipulangkan semula pada Disember 2010 kira-kira enam bulan selepas peruntukkan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP. Jamil langsung tidak menyebut tentang hal ini," jelas beliau.

Nik Nazmi turut menafikan dakwaan laporan Utusan Malaysia pada 4 Januari lalu yang memtik Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara bahawa isu salahguna zakat ini tidak dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebaliknya PKR merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara.

Beliau turut menyatakan kesedian untuk bertemu dengan Datuk Jamil Khir Baharom bagi membincangkan perkara ini jika dijemput berbuat demikian.TVS

Jawatankuasa Fatwa Sahkan Dakwat Kekal Boleh Diguna Pada PRU 13

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) adalah harus dan dibenarkan.

Pengerusinya Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata perkara itu diputuskan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat tersebut tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air.

“Dakwat itu jika digunakan oleh umat Islam ia boleh diserap air jadi tidak akan menimbulkan sebarang masalah untuk menunaikan sembahyang,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai perkara itu di sini.

Mesyuarat yang berlangsung di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia itu turut dihadiri wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Kimia, Kementerian Kesihatan dan para mufti.

Pada Disember lepas, SPR mengumumkan dakwat kekal jenis ‘silver nitrate’ akan digunakan pada PRU13.

Dakwat itu adalah berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada PRU 2008, namun tidak digunakan selepas keberkesanan kaedah tersebut dipersoalkan pelbagai pihak.

Mengulas lanjut, Dr Abdul Shukor berkata ujian yang dijalankan Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan juga mendapati penggunaannya tidak memudaratkan atau pun memberikan kesan sampingan.

Bagaimanapun, katanya keputusan itu adalah tertakluk kepada penggunaan dakwat berdasarkan sampel sama yang telah diberikan kepada Jawatankuasa Fatwa dan yang telah diuji sahaja.

“Jika SPR berhasrat menggunakan dakwat jenis lain, maka keputusan lain perlu dibuat. Tetapi difahamkan SPR hanya akan menggunakan dakwat yang sama,” katanya.

- Bernama

Pas Sahkan Haron Din, Taib Azamuddin, Ismail Kamus Tiada Di Rumah Hasan Ali

KUALA LUMPUR, 11 Jan: PAS hari ini mengesahkan bahawa laporan berita mengenai kehadiran beberapa pemimpin PAS yang dilaporkan berada di rumah bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali, Ahad malam yang lalu adalah palsu.

Selepas Hasan dipecat pada siang hari, media melaporkan bahawa ramai pemimpin PAS yang hadir memberikan sokongan moral kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor tersebut.

Antara nama yang disebut hadir ialah Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib dan Datuk Ustaz Ismail Kamus.

“Laporan tersebut adalah tidak betul dan mempunyai niat tidak senonoh, kerana hakikatnya kesemua mereka tidak bersama pada malam tersebut.

"Ketika penjelasan itu diberikan, PAS mengesahkan bahawa Datuk Dr Haron Din sedang bermesyuarat Majlis Syura Ulamak di pejabat agung PAS, Ustaz Taib Azamuddin pula berada di China dan Ustaz Ismail Kamus sedang menerima rawatan,” terang Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim turut menjelaskan bahawa mantan timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang turut hadir bersama presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk memberikan sokongan moral kepada Hasan ada memaklumkan kepada Majlis Syura akan kehadirannya terlebih dahulu.

“Jelas perkara di atas adalah usaha pihak tertentu bermotif untuk memberi imej buruk kepada para pimpinan parti dan mengelirukan ahli-ahli PAS sehingga bersangka buruk terhadap pimpinan parti demi mengganggu persiapan terakhir pilihanraya.

Lantaran itu, semua ahli dan pimpinan parti mesti merujuk kepada media rasmi parti iaitu Harakahdaily dan Harakah cetak untuk mendapatkan sumber sahih dan rasmi parti,” tegas Tuan Ibrahim.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga menasihatkan semua ahli dan pimpinan parti untuk menguatkan kesedaran politik agar tidak mudah dipengaruhi permainan jahat pihak lawan.

“Dalam suasana ini, semua ahli PAS diseru untuk memperkukuhkan perpaduan dan ukuhwah dalaman parti agar kita dapat menjauhi kerja yang tidak menguntungkan jamaah dan menumpukan seluruh masa, tenaga dan dana bagi menghadapi persiapan pilihanraya umum yang semakin hampir,” seru beliau.Hrkh

Video : Ucapan Kesyukuran Dan Penghargaan Anak2 DS Anwar Selepas Bapa Mereka Dibebaskan Mahkamah




Anak2 DS Anwar Ibrahim merakamkan ucapan kesyukuran kepada Allah SWT selepas bapa mereka dibebaskan mahkamah atas tuduhan meliwat.

Mereka juga merakamkan penghargaan kepada pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat,yang memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada bapa mereka dalam menghadapi fitnah liwat.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....