Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 18 Oktober 2015

Video Terbaik !!! Himpunan Fastaqim H60K




Himpunan Fastaqim H60K yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu pada 17/10/2015.Kehadiran melebihi jangkaan 60K...

Ahad, 5 April 2015

Ayahanda DS Anwar Meninggal Dunia

 Gambar Terakhir DSAI Bersama Allahyarham Ayahandanya Dato Ibrahim Bin Abd Rahman Di Mahkamah Persekutuan


 
AL FATIHAH & SALAM TAKZIAH...!

Dukacita Di Maklumkan Ayahandanya DSAI
(Dato Ibrahim Bin Abd Rahman) Telah Kembali Kerahmatullah Pada Jam 1.45 Pagi Ini Di Hospital Serdang,Selangor.

"Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang-orang Yang Beriman"


Sabtu, 4 April 2015

Pas Besut Calon TG Hj Hadi Presiden, Tuan Ibrahim Timbalan


Pas Kawasan Besut yang mengadakan Mesyuarat Agung hari ini 4/04/2015 telah sebulat suara mencalonkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi sebagai Presiden dan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Presiden.

Sebelum itu perwakilan telah mencadangkan supaya pencalonan jawatan Presiden,Timbalan Presiden dan Naib2 Presiden dipilih oleh perwakilan sementara pencalonan AJK Pas Pusat diserah kepada AJK Pas Kawasan yang baru dipilih.

Bagi jawatan Naib Presiden pula,majoriti mereka memilih Ust Nasaruddin Hasan Tantawi,Ust Idris Ahmad dan Ust Nik Mohd Amar Nik Abdullah.Seramai 450 perwakilan dari 68 cawangan hadir.~ Tinta Hijau DKB



Rabu, 1 April 2015

Sejarah Pas Dan Kumpulan Serpihannya

     Parti serpihan Pas

    Oleh : Ustaz Riduan Mohd Nor dgn sedikit tambahan oleh Tinta Hijau DKB

    1) Tahun 1948: Lebih 5 ribu ulamak berhimpun di Gunung Semanggol untuk menubuhkan Hizbul Muslimin.

    2) Tahun 16 Jun 1948: Hizbul Muzlimin diharamkan termasuk kelompok kanan antaranya kumpulan yang diketuai oleh Burhanuddin al-Helmy.

    3) Tahun 1951 : Ditubukan Persatuan Islam se-Tanah Melayu oleh ulamak saki baki pimpinan Hizbul Muslimin.

    4) Tahun 1955: Dr Abbas Alias mendaftarkan PAS sebagai parti politik atas nama Parti Islam se-Tanah Melayu dengan logo tangan.

    5) Tahun 1955, PAS menang satu kerusi di Parlimen Kerian dalam pilihanraya pertama tersebut Tuan Guru Hj Ahmad Tn Hussein.

    6) YDP yang menggantikan Dr Abbas selepas itu ialah Prof Burhanuddin Al-Helmy dan timbalan beliau Dr Dzulkifli Muhammad.

    7) Tahun 1959, PAS menang Terengganu dalam pilihanraya pertama selepas merdeka. Dr Burhanuddin Al-Helmy menang bertanding di parlimen Besut ketika itu.

    8) Tahun 1964: Dr Burhanuddin dimasukkan di dalam ISA dan dipangku oleh Dato' Asri.

    9) Tahun 1974: Wujud satu perikatan Bebas Bersatu di Kelantan yang diketuai oleh Ahmad Fakharudin yg menentang keputusan Pas menyertai Barisan Nasional pada tahun 1974.

Selasa, 31 Mac 2015

Penjelasan Berkaitan Kubur Almarhum Tok Guru Nik Aziz Yang Dipagar


Makluman Berkaitan Kubur Al Marhum Ayahanda

Ada sebaran dan viral gambar kubur al Marhum ayahanda yang dipasang binaan pagar bertutup dan telah menimbulkan persoalan ramai.

Saya mohon menjelaskan bahawa binaan itu telah dibina oleh individu penduduk kampung dan murid ayahanda tanpa pengetahuan pihak kami keluarga. Tujuannya baik, iaitu untuk mengelak beberapa perbuatan bidaah yang bertentangan ajaran Islam yang suci oleh beberapa individu 'jahil dan rosak hati' yang datang dari luar seperti mengambil tanah untuk tujuan 'berkat' yang hakikatnya adalah 'sesat'.

Walau bagaimanapun pihak keluarga tidak setuju dengan binaan tersebut dan kami sepakat bahawa ia diletakkan dengan status 'sementara' atas maslahat di atas. Ia akan dipindahkan dalam tempoh terdekat insya Allah.

Kubur al Marhum ayahanda rahimahuLlah akan kekal dengan sunnah nabawiyah. Tanpa binaan selain batu nisan.

Mohon maaf dan terima kasih atas perihatin semua.
Terima kasih.
Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda.

SUMBER : FB Nik Abduh

Isnin, 30 Mac 2015

Foto Berbicara : Sokongan Padu Buat Tuan Guru Presiden Pas

Berbagai pihak dalam Pas tampil menyatakan sokongan kepada Tuan Guru Presiden Pas :




Video : Terbaik !!! Tribute To Dato' Sri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang


Video yang aku buat khas untuk didedikasikan kepada Presiden Pas,Dato' Sri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.

Walaupun beliau dicaci,dihina dan dihentam dari segenap sudut namun itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus memperjuangkan islam dibumi tercinta ini.

Aku berdiri teguh dibelakang kepimpinan ulama'.Aku sayang ulama'...


Ahad, 29 Mac 2015

Lagi Pencalonan Untuk TG Hj Abd Hadi Dan Tuan Ibrahim


PRESIDEN PAS DISAMBUT TARIAN SINGA

KUALA KRAU: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bukan sahaja kekal dicalonkan sebagai Presiden untuk sesi 2015-2017, malah menerima sambutan hangat dari masyarakat bukan Islam ketika hadir merasmikan Mesyuarat Agung Kali Ke-29 PAS Kawasan Kuala Krau.

Ketika pelbagai serangan dan tohmahan dihadapkan ke batang tubuh Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu terhadap konsistensinya memperjuangkan Islam, masyarakat Tionghua menyambutnya dengan tarian singa kebanggaan kebanggaan kaum tersebut.

Detik meriah itu dipersembahkan sempena mesyuarat agung tersebut di sini, 29 Mac.

Pada mesyuarat agung tersebut, para perwakilan sebulat suara mengekalkan beliau untuk terus menerajui PAS bagi sesi seterusnya disamping mencalonkan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man untuk jawatan Timbalan Presiden.

Bagi Naib-naib Presiden, perwakilan mencalonkan Ustaz Idris Ahmad, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah dan Dato' Mahfuz Omar.

Manakala bagi pencalonan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, perwakilan menyerahkannya kepada Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kuala Krau sesi 2015-2017 untuk mencadangkannya ~ Sumber

Sabtu, 28 Mac 2015

Pas Kaw. Kluang Calonkan Tuan Guru Haji Abd Hadi Sebagai Presiden,Tuan Ibrahim Timbalan


Pas Kawasan Kluang Johor telah mencalonkan Dato'Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi bin Awang sebagai Presiden Pas.Sementara Dato' Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man dicalonkan sebagai Timbalan Presiden.Berikut kenyataan Yang Di Pertua PAS kawasan Kluang  saudara Khairul Faizi bin Ahmad Kamil :

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Mesyuarat Agung PAS kawasan Kluang kali ke 32 telah bersidang di Balai Islam Haji Omar Jani, Taman Ilham telah membuat keputusan sebulat suara untuk mencalonkan Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS seperti berikut :-

Presiden
Dato'Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi bin Awang

Timbalan Presiden
Dato' Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Manakala bagi jawatan yang lain akan diputuskan di dalam Mesyuarat kali Pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS kawasan Kluang sesi 2015/2017 pada 1 April 2015 bersamaan 11 Jamadil Akhir 1436 sepertimana yang telah diberi mandat oleh perwakilan.

"Mendepani Cabaran, Melangkah Kehadapan"

Sekian. Wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Yang Di Pertua PAS kawasan Kluang
Sesi 2015/2017
7 Jamadil Akhir 1436 bersamaan 28 Mac 2015
2.12 petang

Dari FB  Khairul Faizi Kamil

Jumaat, 27 Mac 2015

Foto Husam Dan Dr Zul Berkunjung Ke Kediaman Presiden Pas


Khabarnya Husam,Dr Zul dan Dr Syed Azman berkunjung ke kediaman Tuan Guru Presiden hari ini.Aku tidak tahu apa yang dibincangkan mereka.Bersangka baik.

Walaupun aku menyokong Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang kekal sebagai Presiden Pas,aku juga tidak kisah jika jawatan Presiden dipertandingkan.

Harap Dato' Husam dan Ust Ahmad awang tidak menolak pencalonan.Siapa yang terpilih nanti terserah kepada perwakilan Muktamar.Hanya mereka yang berhak menentukannya ~ Tinta Hijau DKB

VIDEO : Mahfuz Dihalau Keluar Dewan Selepas Minta Jamil Khir Nyata Pendirian Tentang Hudud


Dewan Rakyat semalam tegang dengan pertelingkahan beberapa ahli parlimen PAS apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom menafikan bahawa kerajaan persekutuan pernah membawa usul pindaan yang dicadangkan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 kepada Majlis Raja-Raja pada 11 Mac lalu.

Ahli Parlimen Pkok Sena Datuk Mahfuz Omar diarahkan keluar Dewan apabila beliau terus mengasak Jamil Khir untuk menyatakan pendirian Umno berkenaan rang undang-udang itu.


Khamis, 26 Mac 2015

Surat Terbuka Kepada Umat Islam “ISU HUDUD YANG DIKELIRUKAN” Oleh Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang

 gambar hiasan

SURAT TERBUKA KEPADA UMAT ISLAM
“ISU HUDUD YANG DIKELIRUKAN”

Saudara dan saudari yang dihormati,

Dengan rasa rendah diri, surat ini saya tujukan kepada semua umat Islam dengan semangat saling ingat memperingati sesama kita.

Ada dalam kalangan umat Islam yang memberi alasan bagi menolak usul persendirian berkaitan undang-undang jenayah dengan menggunakan beberapa perkataan yang berkaitan hukum Islam. Antaranya menyebut perkataan-perkataan seperti “Siyasah Syari’yyah”, “Maqasid Syari’ah”, “Fiqh Aulawiyyat”, “Maslahah” dan lain-lain.

Ketika membicarakan tajuk yang berat seperti ini, maka tentunya sangatlah tidak manis sekiranya kita menjadi laksana burung kakaktua yang pandai hanya menyebut kalimah yang diajar oleh tuannya, namun tetap berstatus binatang tanpa akal tanpa memahami hakikat atau tasawwur daripada perkataan yang diucap. Maka menjelaskan maknanya dengan ilmu yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah adalah sangat penting.

“Hudud” adalah cabutan daripada salah satu daripada hukum jenayah yang banyak dan menyeluruh. Mungkin sengaja dijadikan hujah yang difikirkan bagi menolak syari’at. Mereka menganggap Hudud paling sesuai dijadikan sasaran kerana pandangan mereka paling ganas, tanpa mengetahui secara detail dan objektif. Tanpa menyedari pula betapa ganasnya undang-undang ciptaan manusia yang masih dibanggakan, seperti hukuman bunuh secara kuno : menjerut tali ke leher secara menggantung, begitu juga hukuman sebat sehingga menyeksa tanpa kesan mendidik masyarakat.

Penjelasan ini khusus bagi penganut Islam yang jahil tanpa dimaafkan, kerana beriman tanpa ilmu dan tidak berbudiman terhadap agama sendiri, serta tanpa peduli terhadap batas-batas iman dan kufur yang wajib diketahui dan dipelihara secara fardu ‘ain.

Rabu, 25 Mac 2015

Akar Umbi PKR Istihar Sokong Hudud


ANGGOTA AKAR UMBI PARTI KEADILAN RAKYAT MENYOKONG RANG UNDANG-UNDANG KANUN JENAYAH SYARIAH II (1993) PINDAAN 2015 DI KELANTAN

Baru-baru ini Parti KeADILan Rakyat mengumumkan bahawa ia tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian mengenai hudud yang akan dibawa oleh PAS sekiranya dibentangkan di Parlimen. Ini kerana, parti itu berkata, PAS telah mengambil keputusan secara "unilateral" (sebelah pihak) tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat dan ia bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari lalu.

Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas berhubung penghantaran notis oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu yang akan membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Parlimen.

Atas kesedaran itu kami dari anggota-anggota akar umbi PKR sebulat suara menyatakan sokongan kami terhadap Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) diluluskan dan sedar keputusan menyokong ini sebagai tindakan membelakangkan parti.

Sebagai umat Islam tanpa mengira ras keturunan perlu bangkit untuk sama-sama mempertahankan kesucian Islam dari diasak bertubi-tubi oleh beberapa pihak yang melihat isu ini sebagai agenda politik yang jelas melangkaui batas-batas munasabah toleransi, akomoditif bangsa Melayu/Islam.

Hudud : Kisah Disebalik Mesyuarat PR


KUALA LUMPUR – Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Mohd Fazli Hassan mendedahkan situasi sebenar yang didakwa berlaku dalam mesyuarat PR bagi menjelaskan undang-undang hudud sebelum ini.

Beliau turut menolak dakwaan pimpinan DAP dan PKR yang menyebut Pas tidak membuat sebarang penjelasan kepada PR tentang hudud.Menurutnya, beliau menghadiri tiga daripada keseluruhan pertemuan untuk menjelaskan hudud.

"Untuk makluman semua, tanggapan mengatakan pimpinan Pas tidak membuat penjelasan kepada pimpinan PR tentang Rang Undang-undang Mahkamah Syariah atau hudud adalah tidak betul.

"Saya sendiri sudah tiga kali bersama dengan pimpinan Pas Pusat dan pimpinan kerajaan negeri (Kelantan) berjumpa pimpinan PR menjelaskan tentang hudud.

"Sekali di ibu pejabat DAP di Cheras di mana semua pimpinan tertinggi PR hadir dan dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR). Kemudian di ibu pejabat Pas di Kuala Lumpur dan akhir sekali di bangunan Parlimen baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan.

Pada Rabu lalu, Dun Kelantan membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dan diluluskan keesokan harinya.

Namun, tindakan membentangkan enakmen itu menerima reaksi negatif daripada rakan komponennya, DAP dan PKR.

Sementara itu, Dr Mohd Fazli turut mendedahkan bahawa pimpinan PR meminta Pas menyebut perkataan pindaan untuk pembentangan di Dun Kelantan tersebut yang membuatkan pihaknya serba salah.

Bukan Semua Bukan Islam Tolak Hudud

 Gambar hiasan

Semalam aku ada bersembang dengan seorang jurujual berbangsa cina yang datang ke kedai isteri aku.Beliau berasal dari Kedah dan menetap di Kelantan.Ketika rancak berbual aku selitkan pertanyaan apa pandangan beliau tentang Hudud.

Katanya,beliau tiada masaalah dengan hudud,kerana ia hanya membabitkan orang islam sahaja.Katanya lagi dengan perlaksanaan hudud mungkin masaalah sosial yang melanda masyarakat islam sekarang dapat dikurangkan kerana orang takut melakukan jenayah.

Cuma beliau sedikit bimbang jika Hudud akan dikenakan pada bukan islam suatu hari nanti.Aku terangkan padanya itu hanya propaganda mereka2 yang tidak senang dengan perlaksanaan hukum Hudud.

Begitu juga dengan tuduhan kononya orang bukan islam tak boleh makan babi jika Pas memerintah.Terbukti ianya tidak berlaku walaupun Pas telah memerintah Kelantan selama 25 tahun.

Aku perjelaskan lagi,orang islam menurut mazhab syafii diwajibkan berkhatan.Tapi ianya tidak diwajib terhadap bukan islam,tak ada sesiapa yang akan memaksa beliau untuk berkhatan.Beliau ketawa kecil dan mengiyakanya ~ Tinta Hijau DKB

Selasa, 24 Mac 2015

Renungan Buat Para Pendokong Dan Ahli Pas

Gambar hiasan

Sejarah

Parti Islam Se-Malaysia atau lebih dikenali sebagai PAS merupakan sebuah organisasi yang telah didaftarkan pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Penang).

Tujuan

Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara Malaysia sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Dasar

Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan nyata.

Tujuan PAS ialah :

Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Usaha-usaha PAS :

Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

Foto Berbicara : Terbaik !!! Dari Tuan Guru Presiden Pas


Di hina, dicerca, namun sosok ini tetap bersama jemaah. Sosok ini tidak pernah ber"mufarakah".ada bau-bau di luar sana yang mahu singkirkan jemaahnya dari PR dek sosok ini beristiqomah dalam perjuangannya.

Selaku Timbalan Ketua Ulamak Sedunia, sosok ini tetap 'humble' menjadi makmum yang baik, bukan sesetengah makmum yang berniat jahat dan bacul, sanggup ber'mufarakah' walhal imamnya tiada kesalahan syarie yang boleh mengharuskannya ber'mufarakah.

Sekarang wujud pulak suara pembangkang mahu ber'semenda', mahu ber'khalwat', mahu ber'sekangkang' satu perbuatan yang amat dibenci oleh puak2 yang 'benci' kepada sosok ini.

Sekarang wujud pulak suara pembangkang mahu ber'semenda', mahu ber'khalwat', mahu ber'sekangkang' satu perbuatan yang amat dibenci oleh puak2 yang 'benci' kepada sosok ini. [sumber .]

Apa agenda semuanya ini?

Adakah semata2 mahu mengagalkan pembentangan "HUDUD" di Parlimen nanti?

Belum pun ber'cerai' udah ber'main' kayu tiga. ~ SUMBER

Isnin, 23 Mac 2015

Kerajaan Perpaduan DAP dan Barisan Nasional ???


Aku tertarik dengan kenyataan terbaru pemimpin DAP,Lim Kit Siang yang mencadangkan kerajaan campuran antara pembangkang dan kerajaan kononnya demi mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang undang.

Tidak sukar untuk difahami apa yang tersirat dari kenyataan tersebut.Tujuaannya untuk menghalang perjuangan islam Pas khususnya hudud.

DAP sudah mengeluarkan sikap sebenar mereka yang sanggup berbuat apa sahaja termasuk berbaik dengan musuh ketat mereka UMNO untuk berpakat dalam menolak Hudud.

Kalaulah kenyataan ini keluar dari pemimpin Pas terutama Presidennya tentulah gempar seantero Malaya dan akan dihentam kiri dan kanan oleh mereka2 yang kononnya pejuang Pakatan Rakyat.Bila kenyataan ini keluar dari mulut pemimpin DAP,diam,senyap dan hilang kata2...

Sebelum ini dihentamnya Pas kononnya nak berUG dengan Umno,alih dia pulak yang nak berkerajaan campuran dengan BN.

Bukan tugas yang mudah untuk menyaksikan islam tertegak di bumi Malaysia ini.Benarlah dalam politik kawan boleh jadi musuh,musuh boleh jadi kawan ~ Tinta Hijau DKB

Berikut kenyataan Kit Siang seperti dilaporkan Malaysia DISINI :

Susulan keadaan tidak menentu politik Malaysia, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang mengusulkan pembentukan sebuah kerajaan persekutuan campuran untuk “Selamatkan Malaysia”.

Kerajaan baru ini patut melibatkan anggota Parlimen kedua-dua belah kerajaan dan pembangkang yang mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Terkini !!! Lee Kuan Yew Meninggal Dunia


SINGAPURA - Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew meninggal dunia jam 3.18 pagi tadi di Hospital Besar Singapura akibat penyakit radang paru-paru yang teruk.

Pejabat Perdana Menteri Singapura‎ telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan berita kematian Perdana Menteri pertama negara itu.

Kuan Yew sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.‎

Kuan Yew, 91, dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Besar Singapura sejak 5 Februari lepas kerana menghidap radang paru-paru yang teruk.SH

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....