Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 9 November 2011

Video : Malaysia 2-1 Thailand [SEA Games 2011] ALL GOAL



SKUAD Harimau Muda berjaya mengutip mata penuh apabila menewaskan Thailand 2-1 dalam saingan Kumpulan A Sukan Sea yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Rabu.

Gol pertama perlawanan dijaringkan oleh kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-25 permainan.

Pada babak kedua perlawanan, skuad Malaysia peluang untuk menambah jaringan, namun gagal dilaksanakan penyerang pasukan, Syahrul Azwari Ibrahim.

Thailand cuba mengasak dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-75 apabila T. Natand melakukan rembatan cantik di kawasan penalti gara-gara kelekaan barisan pertahanan negara.

Terikat dengan kedudukan seri, skuad Malaysia terus bangkit melakukan serangan dan jaringan Izzaq Farris Ramlan pada minit ke-85 berjaya memberi kemenangan kepada skuad Malaysia sekali gus menjadi bekalan penting untuk perlawanan seterusnya.

Malaysia kini menduduki tangga teratas kumpulan selepas mengumpul empat mata dalam dua perlawanan.Mstar

Gambar : Aidiladha di Kampung Perdamaian Sukhirin






Panas !!! Ahli Umno Tulis Buku Desak Najib Berundur Sebelum PRU 13

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Sementara Datuk Seri Najib Razak baru sahaja selesai menunaikan haji manakala Umno pula membuat persiapan mengadakan perhimpunan agung 2011 hujung bulan ini, buku terbaru tulisan seorang ahli parti itu, yang menggesa beliau berundur sebagai presiden dan perdana menteri memasuki pasaran.
 Tulisan buku (gambar) itu juga mendakwa kepimpinan Najib sudah tidak boleh diyakini dan dipercayai, dan harus berundur untuk menyelamatkan Umno dan masa depan orang Melayu.
Najib juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Buku setebal 267 halaman dengan judul "Kesilapan-kesilapan Najib" membuat rumusan — "Najib wajar berundur sebelum pilihan raya umum ke-13."
Penulisnya Shahbudin Husin berkata, Najib harus sanggup melakukan pengorbanan besar dengan meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 dan menyerahkan kepada pemimpin lain mengemudi parti dan kerajaan.
"Ini kerana Najib sudah tida ada harapan lagi untuk memulihkan sokongan rakyat bagi membawa kemenangan kepada Umno dan BN," kata Shahbudin yang pertengahan tahun ini menghasilkan buku pertama mengenai Najib iaitu "Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End . . . Najib Perdana Menteri Terakhir . . ."
Shahbudin, ahli Umno bahagian Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhujah bahawa pelbagai percubaan dilakukan oleh Najib seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), memberikan gula-gula dalam Bajet 2012, naik bas, naik basikal dan pelbagai cara lainnya seperti tidak membuahkan hasil."Beliau tetap dipertikai dan tidak dipercayai," kata penulis.Dia menambah, "menang atau mendapat majoriti dua pertiga masih jauh dari lingkungan Najib."
Katanya, pilihan raya umum ke-13 hanya memberi makna kepada Najib jika beliau berjaya melepasi garisan dua pertiga majoriti sokongan di Parlimen, "sesuatu yang sangat-sangat mustahil sebenarnya untuk dicapai."
Dengan menggariskan 19 kesilapan Najib menerusi bukunya, Shahbudin berkata, kegagalan memenangi pilihan raya umum ke-13 sudah tentulah akan menyebabkan Umno dan BN hilang kuasa dan Najib akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika gagal.
"Orang-orang Melayu dan ahli Umno tidak akan dapat memaafkan Najib kerana merasakan kekalahan itu adalah berpunca daripada kelemahan dan kegagalannya yang menyebabkan melakukan terlalu banyak kesilapan dan kehilangan sokongan," Shahbudin menulis lagi.
Katanya, jika gagal mendapat majoriti dua pertiga pula, pasti akan timbul suara-suara yang akan memintanya berundur kerana setelah diberi peluang sebagai Perdana Menteri, Najib dilihat gagal melakukan yang terbaik.
"Akan wujud desakan supaya pemimpin lain pula mengambil alih teraju kepimpinan parti dan kerajaan.
"Sehingga ini pun sudah kedengaran suara-suara dalam Umno sendiri yang mahu bertindak mendesak Najib berundur jika beliau gagal membawa BN melepasi garisan dua pertiga itu nanti," katanya lagi sambil berkata pandangan itu dikumpulkan menerusi pengamatan dan perbincangan dengan ahli-ahli akar umbi Umno dan BN.
Senarai kesilapan itu disenaraikan di bawah tajuk "1Malaysia Silap Pertama Di Hari Pertama Sebagai PM", "Menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan", "Mewujudkan Kabinet Kawan-kawan", "Kabinet Lemah dan Ramai Menteri Senator", "Rasionalisasi (Sebenarnya Pemotongan) Subsidi", "Pelantikan APCO", "Gagal Mengawal Karenah dan Gaya Mewah Rosmah", "Gagal Mengurus Parti Komponen dan Anggota Kabinet", "Terlalu Banyak Program Transformasi Tapi Hasil Diragui", "Tidak Tegas dan Flip Flop".
Tajuk-tajuk lain yang menyusul ialah "Manipulasi Media Yang Melampau", "Menjadikan Umno Kurang Melayu", "Terlalu Bergantung Kepada Bekas Panglima Anwar", "Merestui Budaya Politik Jijik dan Lucah", "Membiarkan Amalan Nepotisme dan Kronisme", "Mempunyai Ramai Pegawai Tapi Tidak Membantu", "Tidak Bijaksana Mengendali Bersih 2.0", "Mansuhkan ISA Rugikan Melayu" dan "Terlalu Mengejar Populariti".

[ Video ] Sidang Dun Selangor : Panas !!! Baru 30 Minit Bermula, ADUN Batang Kali Diarah Keluar Dewan




SHAH ALAM 9 NOV : Kira-kira 30 minit sidang Dewan Negeri Selangor bermula, Speaker DNS Datuk Teng Chang Khim mengarahkan ADUN Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim keluar dewan kerana melanggar arahan speaker.

Mohd Isa bertindak sedemikian ekoran tidak berpuas hati dengan jawapan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung manfaat program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) kepada penjawat awam yang telah bertungkus lumus bekerja membantu dan menjayakan kerajaan negeri.

Teng sebelum itu menjelaskan bahawa pertanyaan tersebut telah dijawab dengan baik oleh Khalid selain menyifatkan soalan tambahan yang diajukan oleh Mohd Isa tidak releven.

Khalid menjelaskan kakitangan kerajaan adalah sebahagian daripada rakyat Selangor dan ia adalah sebahagian daripada komuniti yang turut menerima manfaat dari penganjuran MES.

Bagaimanapun, Mohd Isa tetap tidak berpuas hati dan berkeras untuk tidak duduk.

Sehubungan itu, Mohd Isa diarahkan untuk keluar dewan dan tidak dibenarkan untuk mengikuti sidang dewan selama sehari.

Dalam perkembangan yang sama, Mohd Isa ketika ditemui TvSelangor sejurus selepas keluar dewan berkata tindakan Speaker menghalang dirinya menyertai dewan selama sehari adalah satu penganiayaan terhadap dirinya.

"Saya rasa bagi kerajaan yang berkreadibiliti dan akuantabiliti telah melakukan penganiayaan kerana tidak membenarkan ahli dewan bertanyakan soalan mengenai penjelasan,"katanya.TVS

Video : Panas !!! Pemandu India Bergaduh Dengan Polis Di Lokasi Kemalangan




KECELUPARAN seorang anggota Polis yang didakwa menyebut perkataan "pukimak" ditujukan kepada seorang pemandu lori, mengundang suasana tegang di sebuah lokasi kemalangan.

Pemandu lori yang berang, tidak dapat mengawal emosi terus turun dari lori yang dipandunya lantas memarahi dan mengherdik anggota Polis tersebut. Pemandu lori berbangsa India itu turut mencabar anggota Polis agar membuka pakaian seragamnya jika mahu dipukul.

Anggota Polis yang diherdik tersebut tidak mahu kalah, sebaliknya turut sama mencabar pemandu lori agar memukulnya. Namun beliau dilihat tenang dan tidak memilih untuk membuka pakaian seragamnya.

Ramai pengguna jalanraya yang lalu-lalang di kawasan kemalangan tersebut memperlahankan kenderaan kerana hairan dengan situasi pergaduhan "Polis lawan pemandu lori" itu.

Seorang lagi anggota polis difahamkan sebagai rakan sekerja anggota Polis yang bergaduh, bertindak meleraikan pergaduhan itu sambil bercakap di telefon bimbitnya.

Salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian sempat merakamkan suasana pergaduhan tersebut. Di bawah ini hasil rakamannya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....